Wednesday, December 15, 2010

Illuminati dalam Jiwa

Aku kenal Illuminati sejak aku terbaca mengenainya di dalam Gempak semasa aku berada di Tingkatan 2 atau 3. Dari imej Great Seal, terpampang jelas piramid dan mata di atasnya.

Apa itu Illuminati?

Illuminati bermaksud 'enlightent' bermaksud sesuatu yang diterangi. Ditubuhkan pada abad ke 17, kononya Illuminati terdiri daripada golongan saintis yang ternama pada ketika itu. Dan mereka ini yang digelar 'the enlightent one'.

Pasti ada yang pernah terdengar cerita bagaimana Galileo Galilei dikecam kerana mengemukakan idea bahawa bumi bukan pusat sistem solar sebaliknya matahari. Dan oleh sebab itu juga ia digelar Zaman Gelap. Bodohnya orang Eropah kerana menentang kemajuan pada masa itu.

Mengikut pemahaman melalui filem Angel and Demon, Illuminati ditubuhkan untuk menentang gereja Katolik akibat kejadian 'la purga' yakni 4 orang saintis telah dihukum bunuh oleh gereja kerana mengamalkan konsep sains yang menentang Kristianiti.

Tapi ada juga pendapat yang mengatakan ia ditubuhkan pada tahun 1776 oleh Adam Weishaupt di Bavaria atas satu tujuan ; untuk menguasai dunia.

Walau apa sekalipun, Illuminati sering dikaitkan dengan prinsip Luciferian. Lucifer mengikut Old Testament adalah syaitan yang membelakangi Tuhan kerana tidak mahu ada makhluk yang lebih lemah darinya menguasai alam.

Mengikut konsep Luciferian, its survival against the fittest. Sesiapa yang punya kekayaan dan kepandaian layak menguasai dunia dan mengawal mereka yang tidak punya apa-apa.

***

Sejak itu terdapat pelbagai kejadian seperti Revolusi Perancis sebagai contoh dikaitkan dengan pertubuhan rahsia ini.

Sehinggalah hari ini, kita masih lagi paranoid tentang kewujudan Illuminati dan merasakan mereka akan bangkit semula demi memusnahkan kita semua.

***

Bullshit.

Banyak aku tahu pasal Illuminati, dari sejarah hinggalah ke simbolnya dan objektif pertubuhannya. Ada nampak aku paranoid pasal benda alah ni?

Dah tu tak payah nak madefaking punya paranoid bercakap pasal kemusnahan yang akan dibawa oleh Illuminati jika sepatah haram pun lu tak tahu pasal benda alah itu. Tak payah mahu bising bahawa umat Islam bakal dimusnahkan oleh golongan ini.

Itu madefaking punya sesat!

Umat Islam akan musnah jika umat Islam dah tak jadi umat Islam lagi. Tak payah mahu salahkan Yahudi dan Illuminati. Kita dibesarkan dalam komuniti Islamik, kita sendiri dah mumaiyiz, jadi kita tahu yang mana betul dan yang mana salah.

Jadi aku tanya kau, jika umat Islam sesat, bercium di celah khalayak ramai itu salah Illuminati juga ke?

Kalau kau jawab ya, maka lu memang dah madefaking gila punya sesat.

fin.

Saturday, December 11, 2010

Fatin vs John

" Ini adik gua lah, Fahim!! " kata Fatin seraya melepaskan tumbukan sopan kepada meja yang berdekatan sehingga terbelah dua.

Gua yang sudah serasi dengan kuasa mahakuat Fatin hanya mampu menggelengkan kepala dan menghirup teh tarik yang belum habis.

" Oh, apa lu buat di sini? " tanya gua sinis walaupun sudah jelas kelihatan di tangan kanan Fatin 10 bungkus nasi lemak yang sudah berada di dalam plastik.

PANG!!

Gelas teh tarik gua pecah tiba-tiba. Kaca-kaca bertempiaran di sekeliling kedai. Terdapat sebutir kaca yang masuk ke dalam telinga seorang pakcik dan keluar semula dari hidung menyebabkan pakcik tersebut mengalami pendarahan dalam otak.

" Kurang ajar. " kata Fatin mula geram.

" Dah lama aku cari kau. " kata John dengan lagak kemasnya.

" Ceh. John rupanya. " kata gua dengan lagak lagi kemas darinya. Gua mula menghunuskan pedang gua padanya. Benda gaduh-gaduh ni gua tak suka tangguh-tangguh.

" Biar gua setel. " kata Fatin sambil mengunyah putu mayang yang dibawanya dari rumah.

" Aku bukan nak gaduh dengan kau!! " jerit John seraya melepaskan tembakan ke arah Fatin. Fatin tangkas melompat ke udara.

PANG! PANG! Lagi dua tembakan ke arah Fatin. Fatin tenang.

Zass!! Fatin menggunakan jurus Langkah Kilat beliau. Hilang terus dia dari pandangan John. Walhal dia sudah pun berada di depan John sekarang.

Sebelum sempat John memberi reaksi Fatin melepaskan tumbukan yang pertama. Hancur testis kiri John. Bersembur daging-daging dan darah.

Sebelum sempat John menyatakan wasiat beliau, Fatin sudah melepaskan tumbukan kedua ke arah perut John. DUSH!! Hancur berkecai badan John.

Pagi itu, hujan darah turun di Kedai Nasi Lemak Kampung Baru.

" Kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga. " bisik Fatin sambil membetulkan tudung yang sedikit terlipat akibat tiupan angin sebentar tadi.
p/s : cerita pasal John klik [John]

fin.

Friday, December 10, 2010

Jalan-jalan Pusing Taman

Dah seminggu gua duduk di rumah Mak Teh gua di Penang. Sekalipun gua tak pernah keluar rumah. Biasalah, gua takut kena renjatan budaya pula. Dengar khabar angin ramai awek-awek lepak waktu petang.

Sebab tu la gua nebes.

Tapi semalam gua gagahi juga. Gua bergegas pergi ke padang yang berdekatan sambil membawa novel. Nak menunjuk pada awek kena lah high class sikit.

Tapi haram tak ada awek pun di padang. Dasar indah khabar dari rupa.

Maka gua dengan yakin bergerak pulang ke rumah setelah jam 7.

Depan rumah Mak Teh ada rumah awek. Nampak saja gua, terus dia tegur.

" Amboi, tunang Diana Daniele. "

Gua senyum pada awek tu dan melangkah masuk rumah dengan gaya Johny Depp.

***

Mesti awek tu teruja nampak gua buat gaya Johny Depp.

fin.

Sunday, December 5, 2010

Kawan Lelaki Sejati

Ismeth bukanlah gemuk mana sangat. Tapi dia sering dicemuh kerana berat badan beliau yang dikatakan agak melampau dan membebankan keselamatan awam.

Pada mulanya Ismeth mudah menerima tohmahan semua itu. Bagi dia, itu semua adalah hasad dengki kerana tidak ramai yang punya tubuh badan seksi seperti dia. Namun hati siapa yang tidak terluka kalau setiap hari orang asyik mengeji perutnya?

Bagi Ismeth, dia hanya ada seorang kawan baik. Palie. Palie sering menemani Ismeth dan mendengar suara dan permasalahan Ismeth.

Palie juga dulu punya masalah yang sama. Masyarakat pada asalnya selalu mengeji Palie seorang yang panjang. Namun Palie berjaya juga mengharungi semua itu dengan hati yang tabah.

" Palie, aku ada masalah. " kata Ismeth pada suatu petang tatkala mereka menghabiskan masa di tepi pantai.

" Apa masalah awak? " tanya Palie sambil membelai rambut Ismeth dengan lembut.

" Orang selalu pandang sinis pada aku. Kata mereka aku ni gemuk. " jelas Ismeth, sudah tidak dapat menahan sebak. Air mata sudah mula bergenang di matanya.

" Kau kena sabar. Kau kena ikhlas pada diri kau. " kata Palie sambil menggenggam erat tangan Ismeth.

" Tapi... Aku tak sanggup!! Siapa yang mampu beri aku sokongan? " kata Ismeth sedih. Air mata mula bergenangan di alis matanya.

" Aku kan ada. " jawab Palie sambil merenung manja mata Ismeth.

Kata-kata dari Palie jelas berjaya mengharukan Ismeth. Tiba-tiba dia dengan laju berlari ke arah laut dan menyepak-nyepak air laut sambil menjerit,

" AKU DAH BEBAS!!!!! "

Palie hanya mampu memandang dengan tersenyum. Dengan penuh lemah gemalai dia memegang kedua belah bahu Ismeth dan berkata,

" Dah senja. Jom balik. "

***
notakaki :
* ini bukan cerita gay.
* gay adalah perbuatan terkutuk yang dilarang dan haram di sisi agama serta dipandang sinis dek masyarakat.
* ini adalah cerita rekaan. sebarang persamaan nama karakter di dalam cerita ini dengan orang sebenar sama ada yang masih hidup ataupun telah tiada adalah disengajakan.

fin.

Saturday, December 4, 2010

The Social Network : Ini sebuah Review!!



Mark Zuckenberg adalah seorang billionwan yang paling muda di dunia, 24 tahun. Dan sudah ada yang membuat filem berkenaan beliau.

Dan dia seorang Yahudi.


The Social Network.

Selepas 2 bulan tayangan perdana di US, akhirnya ia ditayangkan juga di Malaysia. Dan ia telah dicanang-canang akan menerima penganugerahan Oscar.

Penonton Malaysia jarang memberi resepsi yang baik kepada filem yang tercalon di dalam Oscar, dari Slumdog Millionaire sehinggalah ke The Hurt Locker. Jadi resepsi media yang kurang semasa pelancaran filem ini di Malaysia. Tiada hebahan besar-besaran seperti Harry Potter.

Baru tadi aku selesai menonton The Social Network dan ianya bukan seperti apa yang aku jangkakan. Aku jangka filem ini adalah mengenai perjalanan hidup Zuckenberg dalam membina empayarnya. Aku tersilap. Aku suka filem yang memberi impak. Bagi aku inilah dia.

Sepanjang perjalanan filem ini, Zuckenberg tidak pernah senyum walau sekali. Dan ianya memang lakonan yang sangat menarik.vSenang untuk aku cakapkan, filem ini adalah filem yang aku paling suka tahun ini. Mungkin mengatasi Harry Potter dan Prince of Persia.

Dan aku suka keangkuhan yang ditunjukkan oleh Jesse Eisenberg semasa melakonkan watak Zuckenberg.

Aku melihat filem ini seperti Slumdog Millionaire, dari seorang yang tak punya apa-apa sehinggalah tercipta sebuah empayar.

p/s : 500 juta orang pengguna fb sekarang. bayangkan sambutan filem ini di luar negara. sebab itu mungkin tiada resepsi media yang banyak.

Bagero no Ichi

Breakfast ni tak boleh buat main, kata gua kepada Carlos. Ini hidangan makan yang paling penting dalam sehari.

Carlos hanya mengangguk sambil menghirup air teh panas yang baru sampai.

Pagi-pagi makan nasi lemak Kampung Baru ni baik juga. Sedap pun sedap. Carlos nampak masih menggeletar setelah dipukul gangster sebentar tadi.

Sambil menoleh ke arah KLCC, gua sedikit gusar dengan pengaruh Yakuza di bandaraya ini. Sejak dua menjak ni kegiatan mafia masyarakat punya belambak. Yakuza yang diketuai oleh gua semakin hilang pengaruhnya.

Carlos pun sudah semakin risau. Baru dua hari lepas gua reject surat perletakan jawatan Carlos. Risau juga gua dekat Carlos. SPM pun tak seberapa, nanti dia nak kerja mana?

Lepas ni, gua rasa terpaksa buat meeting tergempar dengan brader Yakuza gua.

" Hoi, Nas! "

Kurang ajar betul. Gua toleh kiri nak tengok siapa yang panggil gua. Pedang yang gua dah selit di pinggang gua sisipkan tangan kanan gua. Karier macam gua ni kena bersedia sebarang dugaan.

Dan gua nampak seorang gadis pandang gua. Di situ juga peluh jantan gua menitik.

Carlos nampak cemas.

" Siapa tu bro? "

Gua diam. Tak jawab soalan Carlos.

Gua pandang gadis itu. Gadis yang pernah bekerja saing gua. Gadis yang pernah berkali-kali menyelamatkan nyawa gua ketika diserang bom di Dubai, pengganas di London dan sebagainya.

Kali ni gadis itu tampak tidak seperti Yakuza. Memimpin seorang anak kecil di tangan kanan, dia menyapa lagi.

" Lu ni pehal? Sawan? "

Ceh. Gadis yang pada satu ketika digeruni dengan nama " Bagero no Ichi".

Bagero nombor satu. Fatin.

fin.

Thursday, December 2, 2010

Nur dan Ali

" Aku memang tak suka kau. Dari awal lagi aku tak suka. Kau yang terhegeh-hegeh. Bitch "

Nah. Dengan kata-kata yang mudah, Sazali memutuskan hubungan dengan Nur. Nur pantas menangis mendengar kata-kata itu. Sazali pula hanya melangkah pergi meninggalkan Nur tanpa menoleh ke belakang.

Dan hari itu Nur berasa sakit sangat.

***

Nur dan Sazali : 10 tahun

" Sakit ke Ali? " tanya Nur sambil tahan ketawa kepada Sazali.

" Tak ah. " kata Sazali perlahan. Payah gamaknya nak menjawab di bawah kain pelekat yang tergantung itu. Dan barangkali suara Sazali sendiri sudah hilang ketika menjerit melarikan diri dari tok mudim sebentar tadi.

" Oh. Nur nak tengok boleh? " tanya Nur, bergurau.

" TAK BOLEH!!!! "

Entah dari mana Sazali mengumpul suara untuk menjerit kembali.

***

Sazali itu cinta pertama Nur. Mana mungkin Nur tangkas melupakan Sazali begitu saja.

Nasib baik Ismadi balik masa tu.

***

Nur dan Sazali : 19 tahun

" Sudahlah tu, gila. Dari pagi ke malam bawa ke pagi balik kau nangis. Mak kau risau tau tak? " pujuk Sazali selepas sembahyang Jumaat suatu hari.

Nur menangis kerana Ismadi sudah pergi luar negara untuk melanjutkan pelajaran. Masakan tidak, mereka bertiga tidak pernah berpisah sejak kecil. Itulah Nur, asyik berkawan dengan budak lelaki saja kerjanya.

Menangis lagi.

" Adoiiii, jangan lah menangis lagi. Aku janji belanja kau makan ais kacang fevret kau jika kau tak menangis lagi. Sudahlah. " pujuk Sazali lagi, rimas kerana baju Melayunya sudah basah dek air mata Nur.

" Betul? " kata Nur. Tiba-tiba berhenti menangis.

Ceh. Dari kecil lagi Nur memang macam tu. Kalau menangis, bagi saja ais kacang. Hanya Ismadi, Ali dan saudara mara saja yang tahu.

" Gemuk penipu. " kata Sazali tidak puas hati kerana diperdayakan Nur.

***

Balik saja dari Dubai, Ismadi sering melawat Nur. Selain Sazali, hanya Ismadi saja yang mampu merawat hati Nur. Tapi masa lawatan Ismadi sangat terhad. Kerana dia sudah menjadi seorang doktor sekarang.

Dan hati Nur juga bukan sebegitu mudah dirawat.

Ismadi datang juga setiap hari. Namun, untuk menenangkan hati Nur bukanlah semudah itu. Ini tidak boleh jadi, tegas Ismadi. Dia perlu cari jalan.

Suatu pagi di depan bilik Nur terhidang semangkuk ais kacang. Dengan disisipkan bunga ros putih-bunga kegemaran Nur.

Dan ianya berterusan setiap hari sehinggalah hari itu-hari Ismadi melamar Nur.

***

Nur dan Sazali : 22 tahun

" Aku taknak kahwin. "

Melopong Sazali mendengar Nur mengucapkan kata-kata itu. Sambil menahan gelak dia bertanya,

" Pehal kau? "

Sedangkan dia sudah tahu jawapan itu. Sudah tentu kerana sifat Nur yang seakan lelaki menyebabkan ramai lelaki tidak suka mendekati dia. Selama ini hanya Sazali dan Ismadi saja yang mampu bertahan.

" Rileklah. Susah sangat kau kahwin saja dengan Ismadi. " gurau Sazali.

" Banyaklah kau! Habis tinggal kau seorang la membujang? " marah Nur tiba-tiba.

Sazali hanya mampu tersenyum. Nur beredar sahaja Sazali bingkas mengambil dompetnya dan melihat gambar di dalam dompetnya. Itulah cintanya.

***

Hari perkahwinan Nur dan Ismadi tidak dihadiri oleh Sazali. Ismadi hampa. Kerana dia sedar walau bagaimana hubungan Nur dan Sazali dia sedar bahawa mereka bertiga itu kawan sejak kecil.

Setidaknya, Ismadi mampu memaafkan Sazali.

***

" Ais kacang? Ais kacang apa? Ros putih? " kata Ismadi kebingungan.

" Bukan Madi yang kasi ke? " Nur tegas bertanya lagi.

Ismadi geleng kepala. Nur bingung. Kalau bukan Ismadi, siapa lagi?

Takkanlah...

***

Tit. Tit.

Sazali terkujur tidak bermaya di atas katil. Dia menguatkan juga dirinya memandang ke luar. Kepalanya yang sudah botak dan berbalut rasa berdenyut-denyut sangat.

Di luar, ibunya sudah tidak dapat menahan sebak. Doktor Rajesh hanya kelihatan menggelengkan kepala kepada ibu dan kakak Sazali. Barah Otak peringkat akhir. Mungkin itu yang diujarkan oleh doktor Rajesh.

Tit. Tit.

Sudah setahun dia menyedari hajatnya sudah tak lama. Bukan senang juga dia mahu merahsiakan itu semua dari kawan-kawan dan keluarganya.

Ah, kepala masih sakit.

Perlahan-lahan dia membuka dompetnya dan mengeluarkan sekeping gambar.

Tit. Tit.

Gambar dia, Nur dan Ismadi. Semuanya senyum dan gembira.

Tit. Tit. Titttttttttttttttttttttt........

fin.

Tuesday, November 30, 2010

Habit

Gua pernah menonton rancangan Malaysia Hari Ini atau apa rancangan sembang-sembang yang gua tak ingat pula tajuknya.
Tajuknya adalah tentang masalah kencing.
Ada orang telefon dan bertanya, dia sering rasa mahu kencing sebelum makan, adakah itu penyakit? Dijawab ringkas oleh doktor, bukan penyakit sebenarnya sebaliknya itu adalah tabiaat.
Sepertimana kita kalau target saja ke dalam mangkuk tandas, mesti akan terkencing. Itulah tabiaat.
Sekarang gua ada satu tabiaat yang seperti itu juga tapi lebih kurang annoying.
Asal gua online saja gua rasa nak terberak!!!
p/s : kalau di rumah tak apa, kalau di CC gua terpaksa tahan.
fin.

Senapang Kayu

Entah zaman lu atau tak, entah lu sempat ke tak bermain senapang kayu.

Senapang kayu adalah alatan permainan kanak-kanak. Menggunakan terung belanda sebagai peluru, senapang ini adalah permainan rutin petang gua pada satu ketika.


Ayah gua adalah seorang tukang. Jadi banyak kayu terpakai di rumah. Setelah sesi 'memujuk' oleh gua dan adik gua, ayah gua telah menyediakan senapang kayu untuk kami berdua.


AK-47 untuk gua dan M16 untuk adik gua. Dan sumpah, hanya senapang kayu gua dan adik gua saja yang berupa senapang pada ketika itu. Maka, bertambah jeles kawan-kawan gua melihat gua.

Rumah atok kawan gua adalah rumah dua tingkat yang di mana kawasan bawah adalah tidak berdinding penuh. Hanya tembok yang setinggi setengah meter. Bertentangan dengan kawasan rumah, tanah lapang yang tidak rata.

Apa lagi, kawasan rumah kawan atok gua jadi kubu terrorist, kawasan lapang yang tidak rata jadi kubu counter terrorist.

Kami berperang. Walhal gua tak tahu macam mana nak mati. Kalau kena pun pura-pura cedera parah dan kemudiannya tembak balik.

Rindu pula zaman tu.

***

Sesekali akak kawan gua (yang rumahnya juga berhampiran) akan melalui kawasan permainan gua. Dan dia akan menegur dengan cara menjerit takut jika ada yang tertembak terung belanda ke mata salah seorang.

Dan selalunya kawan gua akan protes,

" Ceh. Baik dari dia tu, pakai seksi-seksi. "

Dan kami akan teruskan berperang selepas melihat akak itu masuk rumah dan mengunci pintu.

fin.

Monday, November 29, 2010

Gadis Bertudung

Baru ini aku ada tengok satu page di FB. Perempuan Bertudung vs Perempuan Bertudung tapi Telanjang. Selain page yang menghentam sesama manusia, page usaha dakwah dan kadangkala menyampaikan ilmu sebegini aku sokong juga.

Cuma apa yang aku mahu tulis selepas ini adalah berdasarkan prinsip.

Perasan atau tidak, dunia sekarang lebih memandang perempuan itu bertudung atau tidak berbanding sifat perempuan itu. Dan suka aku katakan page FB ini seolah-olah satu metafora yang menggambarkan situasi itu.

Bertudung tetapi telanjang, kenapa itu terjadi? Kerana mereka bertudung bukan atas dasar kewajipan tetapi atas dasar kemestian. Mesti kerana 90% rakan di kelas bertudung, mesti kerana dari kecil aku disuruh bertudung, mesti kerana aku akan dimarah ayah jika membuka tudung.

Suka juga aku samakan itu semua dengan ibadat. Solat dan puasa kerana wajib untuk orang Islam, bukannya kerana orang di sekeliling berbuat demikian, malu jika makan ketika bulan Ramadan. Itu mentaliti kita sekarang, lelaki mahupun perempuan. (Penegasan : Bukan entri mengondem perempuan.)

Bagi ustazah aku, untuk punya akhlak mulia, sila betulkan dulu ibadat anda. Percayalah, jika anda solat kerana takut pada Allah, dan bukannya kerana terpaksa, pasti anda sendiri sedar kewajipan bertudung itu.

Aku dulu berada di dalam komuniti konservatif yang membahagikan wanita kepada dua, bertudung atau free hair. Tetapi percayalah, ianya lebih dari itu.

Bagi aku benar, bertudung yakni menutup aurat adalah satu kewajipan bagi semua wanita. Tapi sebetulnya, sila baiki akhlak dan ibadat dulu. Pernah kamu nampak orang ke disko bertudung labuh? Dan selamat juga kalau aku katakan sesetengah orang yang meneguk Heineken itu pada siangnya bertudung ke pejabat dan menyapa rakan-rakan.

Jadi, apa silapnya?

Pada amal dan ibadatnya.

Aku percaya pada perubahan. Jika seorang gadis free hair sudah bersolat sempurna, ikhlas dan menunaikan zakat, pasti Allah akan membuka hatinya untuk menutup aurat.

Pemikiran aku memang konservatif. Bagi aku tak guna seorang gadis itu menutup aurat di khalayak, tetapi di belakang dia berperangai buruk. Dan aku jenis yang percaya perubahan yang bagus adalah perubahan yang mengambil masa. Perubahan sedikit demi sedikit, bukannya perubahan mendadak yang si polan itu tidak tahu motif kenapa dia perlu berubah.

Dan asas yang bagus akan mencipta sesuatu yang kuat bukan?

Ya. Mendedahkan aurat itu berdosa. Aku tidak menghalalkan itu semua tetapi bagi aku masih terdapat isu yang perlu ditekankan selain hal aurat itu sendiri.

Dan aku tegaskan, menutup aurat adalah sesuatu permulaan yang baik. Cuma jika ianya dilakukan atas dasar kewajipan dan bukannya kemestian.

p/s : semua ini aku tulis atas dasar prinsip dan psikologi seorang manusia. jadi minta jangan ada yang melatah sebut pasal agama pula. aku boleh dibetulkan jika ada tersilap kerana aku juga seorang manusia.

fin.

Sunday, November 28, 2010

PC

Apa perlu ada dalam PC gua? Kalau benda-benda ni tak ada dalam PC gua bolehlah gua histeria dan repot polis bahawa PC gua telah dirompak.

1. My Computer. Gua rasa benda ni penting.

2. Recycle Bin. Ini pun penting. Mana tahu kalau gua ada terlanjur delete benda-benda yang gua akan menyesal di kemudian hari.

3. Adobe Photoshop. Kemahiran menganjing boleh ditingkatkan dengan kepakaran mengedit gambar. Dan orang yang kacak bakal bertambah kacak jika tahu edit.

4. Adobe Premiere. Atau sebarang alat untuk mengedit video.

5. Series seperti How I Met Your Mother dan House. Ini penting bagi meningkatkan gua punya tahap bertutur dalam bahasa Inggeris.

6. Wallpaper Diana Daniele. Tanda cinta sejati takkan luntur ditelan arus modenisasi.

fin.

Malaysia dan Hoki

Malaysia tak pernah layak ke final Sukan Asia dalam acara hoki. Dan kali ini Malaysia mencipta sejarah apabila layak ke final dengan menjadi pasukan yang tidak pernah kalah menjelang final.

Jadi petang itu, aku sengaja melepak di salah sebuah kedai makan melihat sejarah tercipta. Di samping pemain-pemain Malaysia yang sudah berambut Pekan kebanyakannya.

Dan menjelang 10 minit masa terakhir, Malaysia ketinggalan di belakang Pakistan 0-2.

Tit! Tit! 1 Mesej Diterima.

" Malaysia konfirm kalah. Tengok gameplay saja dah tahu. "

Pelik benar. Gameplay Malaysia dari seawal minit sampailah ke 10 minit terakhir langsung tak berubah. Kenapa dalam 10 minit terakhir baru menyatakan gameplay Malaysia yang menjurus kepada konfirm kalah.

Amatur dalam dunia hoki, gua reply.

" Apa saja la yang kau tahu pasal gameplay hoki. "

Tak balas.

Sudahnya, Malaysia kalah 0-2 dengan Pakistan. Sebab gameplay mungkin.

Tit! Tit! 1 Mesej diterima. Bukan orang tadi. Orang lain.

" Kan dah cakap Pakistan mesti menang. "

Terus gua toleh kiri dan kanan. Mana lah tahu mungkin gua sekarang sedang terperangkap dalam kontinum ruang dan masa yang menyebabkan gua sebenarnya sekarang berada di Karachi dan bukan Malaysia.

p/s : oh. dan aku orang yang tengok malaysia lawan singapura pada opening game, bukan sekadar tunggu masuk final baru rasa mahu sokong skuad hoki negara.

fin.

Saturday, November 27, 2010

Sabtu

Hari Sabtu 10 tahun yang lalu.

Sepertimana budak-budak belasan tahun yang sebaya dengan gua, berjaya bangun di pagi Sabtu sebelum jam 10 adalah satu kejayaan yang memberangsangkan.

Sayup-sayup terdengar bunyi TV di ruang tamu. Jelas, adik gua mendahului gua dalam acara bangun pagi hari ni. Ayah gua mungkin sudah di kebun getah, menoreh. Mak gua pula, sepertimana rutin mingguan dia, sudah di pasar tani membeli ikan dan sayur untuk keluarga.

Keluar saja dari pintu bilik gua, gua mendengus kecil. Gua terpaksa membuat pilihan yang pertama dalam hidup gua pada hari itu. Pergi kanan atau kiri. Kanan bermakna gua terus capai tuala dan berus gigi. Kiri bermakna gua join adik gua tengok TV.

Gua benci betul buat keputusan. Gua minta-minta ada hidayah.

Lagu tema Dragon Ball dimainkan di TV. Gua pusing kiri.

Pukul 10 ada cerita Ultraman 80. Tapi adik gua mesti nak tengok Teletubby. Bertempur lagi lah nampaknya kejap lagi.

10.30 macam biasa, mak balik. Gua apa lagi, tanpa berlengah panjang terus pergi dapatkan mak. Mak gua dari jauh lagi dah boleh agak. Dia keluarkan plastik merah. Ada laksa lagi. Tiap-tiap minggu mak beli laksa.

Gua ambil mangkuk, gua isi laksa dengan kuah. Gua ngadap TV sekali lagi. Adik gua pun sama. Memang adik beradik pemalas. Gua belajar dari dia lah ni.

Laksa gua hirup sampai licin.

Gua tak sabar tunggu minggu depan. Dapat makan laksa mak gua beli lagi.

***

Hari ni hari Sabtu juga. Bezanya hari ni dah tak ada Dragon Ball dan TV rumah gua pun dah lingkup.

Tapi gua masih bangun seawal jam 9 dan terus ke bilik mandi.

Hari ini gua nak ke pasar tani, makan laksa.

" When mother went away, some part of her still live inside of me. And this is a way of myself saying that I never forget those memory. "

fin.

Thursday, November 25, 2010

Zaleha

Zaleha di kaki langit malam ini. Meneliti lohong gelap di kanvas hitam di atas ubun-ubun kepalanya.

Lohong gelap yang terdampar itu seluas infiniti.

Dan sepertimana wanita romantis yang lain, Zaleha menyamakan lohong gelap itu seperti hatinya. Yang juga gelap, seluas infiniti.

Sekali-sekala kerdipan cahaya di kanvas hitam menenangkan hati Zaleha. Namun kedipan cahaya itu hanya sementara. Ia bakal hilang dan tidak muncul lagi.

Di kaki langit hari ini Zaleha masih meneliti lohong gelap itu.

Yang segelap hatinya.

fin.

Wednesday, November 24, 2010

Cerita Pondan TV3



Kawan-kawan. Jangan lupa ya tengok setiap hari Selasa jam 9 malam. Hanya di TV3!!!

Ceh.

Apa jadah lelaki nama Asmara? Tolong lah faham!

p/s : orang cakap nama menggambarkan perlakuan. minta simpang gua nak bagi anak gua nama Asmara.

fin.

Dunia, Oh, Dunia

Gua ada kawan. Kawan gua ni gadis. Gadis yang suka warna pink. Siapa kenal gua dan dia akan dapat teka tanpa perlu memerah otak.

Dia adalah gadis biasa yang takutkan lipas dan jenis yang sanggup berhabisan separuh hayat di kedai kasut walaupun tidak mahu beli kasut. Gadis tipikal biasa.

Dan dia juga jenis yang suka tacing. Lembu kena langgar treler, menangis. Helmet calar, menangis. Baju lambat kering, menangis. Sebab tu gua agak protective kalau dengan dia. Bukan gua saja, orang lain pun akan buat benda yang sama.

Takut nanti dia nampak ada mat rempit jatuh motor pun dia nangis. Itu yang payahnya.

Jadi agak rare untuk gadis seperti ini memberi kata-kata nasihat mahupun semangat pada mana-mana individu.

Dan lagi aneh juga, kata-kata dari dia mampu menaikkan semangat mana-mana individu.

Mungkin, dalam erti kata yang tersurat, jika gadis yang suka menangis boleh memberi kata-kata semangat kepada aku, kenapa aku yang kononnya protective pada dia tidak boleh menjadi sehebat kata-kata gadis itu?

Pelik tapi ianya selalu membantu walaupun ayatnya sekadar,

" Nak makan kasut? "

***

Minta maaf.

Kadang-kadang aku bersifat terlalu mementingkan diri sendiri. Aku ada masalah dan aku bercerita kepada barangsiapa yang perlu. Itu normal.

Dan aku berharap mereka faham situasi aku. Itu pentingkan diri sendiri.

Dunia kita mana sama. Mana mungkin anda faham jiwa aku. Anda di sana bersedia untuk mendengar pun sudah satu nikmat bagi aku.

Jadi minta maaf.

" The world doesn't revolve around me and I should be treating it like that. "

fin.

Tuesday, November 23, 2010

Macam Bagus

Balik kampung ni sedap juga. Sambil minum teh waktu petang, gua boleh sembang dengan nenek gua yang dah berusia 77 tahun dah.

Seronok sembang dengan nenek. Salasilah keluarga banyak gua tahu. Dan nenek juga jenis yang takkan tanya pointer berapa atau dah ada teman wanita atau belum. Macam ayah gua juga.

Jadi bertambah sedap air teh yang gua hirup ni.

Kadang-kadang menapak juga seorang dua bertanya soalan sensitif. "Dah ada teman wanita?" atau "Bila lagi?". Gua diam dan terus hirup teh.

Minta harap maklum. Ada banyak benda gua suka kongsi tapi bukan benda pasal kahwin. Gua masih belum bersedia dan sudah tentu banyak lagi yang gua ingin capai sebelum gua mampu masukkan cincin tunang dalam wishlist gua.

Gua bukan orang yang takut usia menghambat untuk mencari jodoh. Gua nak cari sesuatu yang perfek atau hampir perfek.

Jadi jika ditanya lagi soalan tu pada gua, gua akan diam sambil minum teh.

***

Di kampung memang indah. Tapi ada juga yang tidak indahnya.

Itu yang gua tak tahan. Gua balik sekali sekala pun ada yang nak buat muka. Entah mana la agaknya salah gua. Tak seminggu lagi gua di sini. Gua rasa tak sempat lagi gua nak buat salah pada orang.

Ahhh, tekanan.

Tak suka tak apa. Gua boleh blah. Tapi jangan anggap lu bagus sangat.

p/s : banyak benda gua dah buat tapi gua tak pernah tunjuk hebat dengan orang. malah bila gua balik kampung gua rasa gua paling tak hebat.

p/s/s :
" dokk, jangan tulis benda gini. nanti ada yang terasa. "

dah kalau tak ada orang nak terasa buat apa gua menulis?

fin.

Monday, November 22, 2010

Entri ke-300


Kucar-kacir betul malam ni.

Keluar makan di kedai. Saja sekali-sekala mahu mewah-mewah sambil menonton Lee Chong Wei menentang Lin Dan.

15 minit baru ada pelayan. Sabar itu separuh daripada iman.

Dengar pula juruhebah TV2 yang ibarat menanam tebu di tepi bibir. Gua saspek dia mesti playboy. Tak ada langsung benda pesimis diucapkan.

Ketinggalan 11-1. "Oh tidak mustahil katanya"

Chong Wei dapat 3 mata. " Kita harap kebangkitan 3 mata ini menandakan kebangkitan Chong Wei. " Sudahnya kalah juga.

Puas gua mencarut-carut sama komentator TV2, makanan gua pun sampai.

" Tukang masak terlupa. " kata abang pelayan sambil tersengih.

"Syabas buat Dato Lee Chong Wei kerana memaksa Lin Dan hingga ke 3 set. " juruhebah menganjing agaknya. Kalau dia memuji sumpah tak ikhlas sebab Chong Wei kalah lebih 10 mata. Bagi gua teruk untuk seorang pemain no 1 dunia.

Habis game, gua pergi ke kaunter untuk membayar. Gua hulurkan not RM50. Tak pelik bagi makanan yang dekat harga RM10 gua makan. Gua makan tomyam.

Kalut pakcik mencari wang baki.

" Duit ada dalam laci. Laci tak boleh buka. "

Sudahnya laci tu terbuka juga entah macam mana cara entah.

Tomyam sedap ke tak? Senang cakap gua tak pelik nama kedai tu bukan kedai tomyam. Selebihnya fikir sendiri.

p/s : pakcik itu adalah pelayan merangkap penjaga kaunter merangkap pemilik kedai. gua tak pernah nampak kedai makan yang tak seurus tu selama gua hidup.

fin.

Sunday, November 21, 2010

Kerana Potongan 1cm

Aku berumur 14 tahun ketika itu. Berada di salah sebuah sekolah elit di Perlis dan merupakan top 5 di dalam kelas dan top 100 di dalam tingkatan. Aku merupakan salah seorang jejaka idaman di dalam kelas mahupun sekolah.

Hatta, saham aku naik lagi apabila aku cuba dicalonkan untuk menjadi pengawas yang rata-ratanya guru hanya memilih 2 orang dalam setiap kelas. Dipendekkan cerita, aku gagal dan dari kelas aku hanya seorang yang berjaya di dalam interview untuk menjadi pengawas.

Suatu hari sebelum ke kelas Seni, aku bergurau kasar dengan kawan pengawas aku menggunakan gunting. Tanpa disengajakan aku terpotong blazer dia dalam 1cm di bahagian lengan. Dia seakan marah pada aku. Tapi kami masih boleh bercakap setelah aku memohon maaf.

Esoknya aku dihadapkan ke hadapan guru disiplin atas kesalahan menggunting blazer kawan aku. Dan ibubapa aku disuruh datang ke sekolah.

Kerana potongan 1cm.

Kawan-kawan aku yang lain semua memberikan kata-kata simpati pada aku dan rata-rata mengeji kawan gua kerana mengadu pada ayahnya. Aku yang dalam keadaan terpinga-pinga tidak dapat berbuat apa-apa. Peliknya aku sedikit pun tidak marah kepada kawan pengawas aku itu.

Esoknya, setelah ayah aku pergi berjumpa guru disiplin, ayah aku berkata pada aku.

" Sikit saja. Takpalah, kalau dia suruh kita ganti, kita gantilah. "

Mati-mati aku ingat aku akan kena maki sesudah itu.

Hasilnya, aku sedikit pun tidak mendapat sebarang hukuman dari kejadian itu sama ada di sekolah mahupun di rumah. Kawan aku masih lagi memakai blazer itu setelah menjahitnya kembali dan aku masih lagi berkawan dengan dia.

2 tahun selepas itu, guru datang ke kelasku dan memanggil aku untuk menjadi pengawas. Di saat itu aku sudah mengambil keputusan untuk ke SBP

Moralnya, jika atuk kamu pengerusi PIBG sesebuah sekolah dan bukan penoreh getah macam ayah aku, orang akan dengar cakap kamu walaupun atas dasar benda yang semerapu mungkin.

Sampai sekarang, aku tak faham motif memanggil aku ke bilik disiplin.

Dan sampai sekarang juga aku benci orang yang menggunakan politik dan pengaruh atas dasar kepentingan sendiri.

fin.

Hey Gadis!!

Rahim memang kurang pemalu orangnya. Jika dibandingkan dengan rakan-rakan sebaya yang lain dia memang kurang pemalu.

Biasalah. Malu bertanya sesat jalan, kata Rahim pada rakan-rakan yang lain.

Walaupun prinsip itu tak kena cara, namun tak ada orang boleh buat apa-apa pada Rahim.

Satu hari Rahim sangkut dengan seorang gadis.

Tapi Rahim tak pula cakap banyak bila jumpa gadis itu.

Kawan Rahim tanya kenapa?

Rahim jawab " Malu ah derr."

Bodo punya Rahim.

Akhir sekali Rahim koma 2 minggu diterajang kawannya.

fin.

Saturday, November 20, 2010

Ang Bila Lagi?

Sekali lagi gua dengar soalan ni, memang gua lari dari rumah!!

fin.

Dari Sepupu untuk Sepupu (bhgn 2)

Kawan lelaki sepupu gua dah balik dah. Tidur semalam rumah nenek gua dan ditemani oleh gua bagi mengelakkan fitnah dan syak wasangka.

Hari Khamis dia balik, datang pula kawan perempuan sepupu gua tidur rumah nenek gua.

Gua apa lagi, terpaksa kawal rambut supaya kekal gaya Korea. Biasalah, saham gua kat kampung memang agak mahal kalau dibandingkan di bandar. Dan hanya gua saja yang dapat capai tahap Korea di sini.

Esoknya gua tahu adik sepupu gua iaitu sepupu gua yang kecil sekali ni nak bertunang bulan depan.

Nasib jantung gua kuat. Ada can kena heart attack kalau tiap-tiap hari macam ni.

fin.

Thursday, November 18, 2010

Dari Sepupu untuk Sepupu


Hari ini Hari Raya Aidil Adha.

Tapi hari ni adalah hari raya yang gua rasa dah terkena modenisasi.

Pertama, rumah nenek di Perlis dah pasang wireless TM. Bukan calang-calang broadband, wireless. Gua bajet lepas ni boleh la rumah nenek gua convert jadi ala-ala Starbucks. Boleh datang minum-minum sambil online.

Yang paling hebat sepupu gua.

Hari ni hari raya, pergi beraya dengan kawan-kawan gadis dan seorang jejaka. Nak pulak jejaka ni tak sempat beli tiket untuk pulang ke kampus hari ni. Jadi tidur rumah nenek gua.

Peh. Untuk pengetahuan semua, nenek gua masih belum lagi jumpa Diana Daniele, sepupu gua dah laju.

Bahagianya sepupu gua. Rasa teringin pula nak berkecimpung dalam benda-benda bahagia ni.

p/s : tiada cerita lembu-lembu yang rebah, nampak sadis pula nanti.

fin.

Monday, November 15, 2010

" Aku kan ada. "

Wahida adalah seorang gadis Melayu tipikal. Berbaju kurung, lemah lembut dan menjerit kuat apabila ternampak lipas. Namun, Wahida punya satu fobia yang tidak dipunyai gadis Melayu yang lain.

Wahida takut pada hujan. Tambahan pula kalau hujan yang datang dengan pakej guruh dan kilat.

Sejak kecil Wahida akan menangis apabila hujan.

" Kau ni kenapa? "

Tanya kawan-kawan Wahida apabila melihat Wahida yang sudah biru mukanya pada satu hari hujan yang lebat.

" Aku tak boleh. Aku takut hujan. " jawab Wahida ringkas.

Umur 18 tahun, Wahida masih punya fobia itu. Tapi umur 18 tahun juga, Wahida jumpa Soleh.

Suatu hari di gelanggang badminton, hujan turun dengan lebatnya. Wahida sudah biru mukanya.

" Soleh, aku takut hujan. " jelas Wahida, jujur tanpa disoal.

Soleh senyum dan membalas,

" Aku kan ada. "

Tiga perkataan mudah. Wahida tak sangka 3 perkataan mudah itu mampu mengurangkan rasa cemas dan takut di dadanya.

Sejak hari itu, jika hujan, Soleh akan SMS, berjumpa atau call Wahida dan menyatakan 3 perkataan itu.

" Aku kan ada. "

Dan Wahida akan mampu menghilangkan rasa cemas di dada tika hujan.

Petang itu hujan lebat. Soleh sudah berjanji mahu berjumpa Wahida.

" Aku kena cepat. Wahida mesti tengah takut sekarang ni. "

Hari ini Soleh mahu melamar Wahida. Dia sudah membeli cincin untuk melamar Wahida.

Di rumah, Wahida masih menunggu Soleh. Masih takut akan hujan yang lebat.

Tit! Tit! 1 mesej diterima.

" Aku kan ada. Sender : Soleh "

Wahida tersenyum sendiri. Dengan Soleh, dia tak akan takut hujan lagi.

Esoknya di dada akhbar terpampang berita " Seorang Remaja Mati Dirompak di Hadapan Kedai Emas. "

" ....berada di genggaman remaja ini ialah telefon bimbit yang sudah berlumuran darah... "

Rupanya setelah ditikam Soleh sempat menghantar mesej kepada Wahida. Kerana dia tahu Wahida pasti berada di dalam ketakutan pada masa itu.

Sebelum menghembuskan nafas yang terakhir, Soleh masih sempat memikirkan Wahida.

Hari ini hujan lagi.

Bezanya hari ini Wahida tidak takut lagi.

Kerana selamanya Soleh ada di hati Wahida.

" Wahida, kau jangan takut lagi. Aku kan ada. "
-Soleh-

fin.

Zaiton Abdullah

Hot, ayu, cantik dan menarik. Dari zaman Jepun sampai zaman Blackberry! Yang ini Diana Daniele pun takkan boleh lawan.

Anakku Sazali, Hang Tuah, Bujang Lapok dan Ibu Mertuaku. Semua pun filem terbaik!

fin.

Apa Cerita Politik Kita?

Gua tak ambil sains politik dan gua tak tahu cara berpolitik. Tapi ini gua tulis berdasarkan minda gua dari bacaan suratkhabar dan pemerhatian ringkas gua.

Gua harap Malaysia dapat terapkan sistem politik seperti di AS!!

Kalau anda semua bukan tinggal di dalam gua, anda pasti tahu di AS hanya ada 2 parti iaitu Republikan dan Demokrat. Dan betapa dua parti politik ini bersaing sengit di dalam setiap pilihanraya.

Tiada dasar monopoli. Kalau kamu buat kerja dengan bagus, media akan laporkan kamu buat kerja dengan bagus. Jika tidak, media akan kritik. Sepertimana media mengkritik Obama tidak berupaya memulihkan ekonomi AS.

Media negara mengkritik orang yang paling berkuasa di dunia. Kalau di sini, gua rasa dah kena tahan bawah ISA.

Sekarang dewan Senat mereka dipenuhi dengan pembangkang. Kuasa demokrasi mereka jelas terpancar. Memang mereka Yahudi, memang. Tapi ini perkara baik yang aku nampak dalam sistem mereka.

Sistem mereka mengamalkan kalau cara kamu memberi kebaikan kamu akan dapat peluang. Jika tidak, tidak mungkin kamu dapat hidup.

Kuasa penuh pada rakyat. Dan mungkin juga cara pemikiran orang kita yang mengundang semua ini.

Tapi itulah dia. Semasa pemimpin kita sedang bertelagah pasal benda-benda remeh di dalam TV, Senator di AS sibuk berbahas cara-cara untuk memulihkan ekonomi mereka.

Tentang itu kita kalah.

Memang Yahudi itu teruk tapi kita kena akui, sistem mereka itu efisyen.

p/s : kawan gua cakap parlimen di UK pakai kerusi kayu saja. kalau ahli parlimen datang apa majlis duduk di kerusi plastik saja. apa mau komen bro?

fin.

Sunday, November 14, 2010

Hoki Wanita

Baru tengok perlawanan hoki wanita antara Malaysia dan Jepun. Malaysia kalah di saat akhir 2-4.

Dari apa yang gua tengok, gua boleh buat 1 kesimpulan penting.


Pemain hoki Jepun lagi hot dari Malaysia!!!

fin.

Saturday, November 13, 2010

Anak-anak Kak Na

Gua ada sepupu. Dan sudah tentu beliau sudah berkeluarga. Nama dia Kak Na. Mempunyai kerjaya sebagai seorang guru, beliau sudah punya 4 orang anak gadis.

Yang last baru saja kenal dunia 26 Ogos dulu.

Anak gadis pertama nama Alia. Paling pendiam antara trio. Yang nombor 4 apa kira ye dak? Gigi pun tak tumbuh lagi.

Tahun ni ambil SPM. Ada sedikit-sedikit genetik gua mungkin sebab dialog ni.

Gua : Nanti nak ambil apa lepas SPM?
Alia : Ambil Math sebab minat Add Math.

Pehhh. Gua pun minat Add Math tapi bila gua masuk UKM baru gua tahu dunia Math tidak seindah Add Math. Gua tak cakap kat dia, biar dia lalu sendiri.

Gua memang Pak Andak yang cool dan memikirkan kesejahteraan anak saudara!

Anak gadis kedua nama Anisa. Paling bising antara trio. Ini gua tak tahu apa cita-cita. Tapi gua nampak ini paling pandai main Facebook.

Tapi yang gua emosi tak tahan, ini yang paling gila Justin Bibir.

Anak gadis ketiga nama Amira. Paling peramah antara trio walau baru darjah empat. Ini sesi dialog yang buat gua rasa nak jadikan dia anak buah nombor 1 gua.

Gua : Maksu (adik gua) belajar di Poland. Mira nak ikut?
Amira : Takmau.
Gua : Habis, Mira nak pergi belajar mana?
Amira : Dubai.

Umur 10 tahun dah mula rancang masa depan nak belajar di Dubai. Gua umur 10 tahun sunat pun tak lagi.

p/s : untuk rekod, anak gadis keempat nama Nur Afrina.

fin.

Tuesday, November 9, 2010

Bicara Soal Bola

Mungkin tidak dapat dinafikan lagi bahawa Manchester United adalah salah sebuah kelab yang terbesar di dunia. Stadium Old Trafford sendiri adalah stadium yang terbesar antara kelab EPL di hadapan Stadium Emirates milik Arsenal.

Oleh itu, adalah menjadi kebanggaan untuk mana-mana pemain menyarung jersi the Red Devils.

Namun begitu, bukan semua pemain hebat itu hebat di Old Trafford. Dan bagi sesetengah individu ini, menyarung jersi Manchester United boleh dikatakan sial bagi mereka.

1. Diego Forlan


Beliau pernah digelar Diego Forlorn semasa mewakili United dan dianggap flop kerana penyerang Uruguay ini sangat jarang menjaringkan gol sepanjang di United. Mungkin gol yang paling diingati adalah ketika mengalahkan Liverpool 2-1 di Anfield.

Selepas itu, Forlan dijual ke Villareal setelah United mendapatkan Wayne Rooney. Hasilnya, pada musim yang sama beliau berjaya meraih kasut emas Eropah bersama Thierry Henry.

Setelah Torres dijual ke Liverpool, Forlan berpindah pula ke Athletico Madrid di mana dia menolong kelab itu memenangi Europa League musim lepas. Forlan juga memenangi Golden Ball Piala Dunia setelah membantu Uruguay ke separuh akhir Piala Dunia tahun ini.

Di mana tiada pemain Manchester United pun terlibat di situ. Haha.

2. Gerard Pique


Dilihat sebagai understudy Ferdinand, walaupun bermain dengan agak bagus, pembelian Vidic dan versatiliti Fletcher telah menyebabkan Pique sering tidak termasuk di dalam kesebelasan utama United.

Namun, Barca akhirnya telah membeli semula bekas pemain muda akademi La Blaugrana itu dengan harga yang dirahsiakan. Setelah keluar dari Manchester United dia telah memenangi 6 piala di dalam satu musim dan juga Piala Dunia pada tahun ini.

3. Giuseppe Rossi


Rossi pada satu ketika dilihat sebagai protege yang akan menggantikan Ruud van Nistelrooy di United. Walaupun masih muda, kebolehan dia menjaringkan gol dapat dilihat walaupun dia seringkali tidak berada di dalam kesebelasan utama United.

Namun akhirnya dia dijual ke Villareal pada musim 2007/08. Di situlah dia mencipta kegemilangan apabila berjaya menjaringkan sekurangnya 11 gol di dalam la Liga setiap musim dan sekarang menjadi regular skuad Itali.

Ini senarai top 3 yang aku boleh simpulkan. Banyak lagi, cuma mungkin resume mereka tidak sehebat mereka di atas. Seperti Phil Neville, Nistelrooy sekalipun.

Ya. Manchester United adalah kelab yang besar. Dan jika anda tidak bermain lagi di dalam kelab ini mungkin itu a step down di dalam karier anda. Tidak. Anda tersilap.

Nasihat gua pada Macheda, berhenti main dengan Manchester United dan sila join Villareal atau mana-mana kelab Sepanyol jika ada azam untuk jadi top striker Itali atau Eropah bahkan dunia sekalipun.

Dari : Bukan peminat Manchester United dan Villareal.

fin.

Malaysia Mundur


Semua orang dah sedia maklum siapa menang Pengarah Terbaik dalam FFM baru-baru ini. Dan boleh tahan ramai juga orang yang meluat kemenangan dia. Termasuk aku. Well, ini sedikit sebanyak analisa aku.

Orang cakap dia tak layak menang sebab dia baru. Bagi gua itu bukan persoalan. Kalau karya bagus, tak kisah la lu berumur 16 tahun sekalipun, lu layak menang.

Masalahnya karya dia bagus ke? Filem yang dipertandingkan oleh dia adalah Evolusi KL Drift. Beb, terang-terang tiru Fast and Furious. Even tajuk sama dengan F&F 3: Tokyo Drift. Storyline jangan cakap lah. Memang copy paste terus cerita F&F. Pasal penagih dadah yang naik kereta sport. Sudah la tiru, tak reti adapt dalam situasi Malaysia pula tu. Ada polis naik kereta sport drift atas jalan, solo tanpa back up?

Dan cara dia jadikan watak Aaron Aziz macam watak Mafia di Itali dan US yang stand above the law, walau nampak jahat gila dengan tatu bagai tapi polis still tak boleh sentuh. Dan memang la box office. Bukan sebab jalan cerita seperti Papadom dan Cinta tapi sebab orang nak tengok kereta racing dalam KL. Itu saja, jangan perasan lebih.

Gua ada belajar juga cara pengarahan. Dan pengarah yang bagus mampu adapt sesebuah cerita ikut peredaran masa dan tempat. Bagi gua aspek pengarahan Syamsul gagal. Dan karakter yang ada dalam cerita, semua pun sama. Tak ada versatiliti.

Kalau karya Syamsul bagus, aku akan tabik pada dia. Sungguh. Masalahnya tak. Sendiri mengarah, sendiri jadi watak utama. Tak ramai yang berjaya berlakon dan mengarah sekali buat saja seperti Afdlin dan P Ramlee.

Ya. Untuk Syamsul, orang bukan dengki lu menang. Tapi memang orang rasa lu tak layak menang pun. Sila bawa karya kreatif sendiri untuk menang seperti pemenang yang lepas-lepas.

Kalau ada sesiapa mampu buktikan gua salah, sila bagi idea lu kat gua.

Lagi satu, memang sah Syamsul ni tak layak menang. Tapi gua pelik kenapa si Farid Kamil ni bising-bising pulak. Padahal kalau Syamsul tak menang pun bukan dia layak dapat.

Kalau Mamat Khalid yang memang ada potensi untuk menang nak bising gua tak ada hal lah juga.

Nampak sangat ada isu.

fin.

Friday, November 5, 2010

P Ramlee

Apa pandangan kamu?

Untuk jiwa yang dibesarkan dengan lagu dan filem P Ramlee, aku sangat menghormati legenda ini. Even sekarang aku menulis sambil menonton filem drama Ali Baba Bujang Lapok.

Satu filem yang mampu membuatkan aku tergelak dan tak mengantok pada jam 2 pagi walau dah berkali aku tonton filem ni.

Dan bukan filem ini saja. Banyak lagi filem lain yang aku tetap tak bosan menonton.

Bujang Lapok, Do Re Mi, Madu Tiga, Anakku Sazali dan lain-lain.

Dan baru ini Astro telah mengenang beliau dengan menayangkan filem-filem beliau semula. Bukan setakat itu penanyi indie negara juga bergabung untuk mendendangkan semula lagu-lagu beliau.

Apa pandangan kamu?

Bagi aku irama P Ramlee adalah suci. Suatu irama yang mampu menahan segala arus masa dan kukuh di ingatan semua. Dan aku agak terganggu mendengar lagu-lagu beliau dinyanyikan semula dalam irama yang berbeza.

Getaran Jiwa - Bittersweet

Mungkin ini adalah nyanyian semula yang agak baik. Aku masih dapat merasai aura P Ramlee dalam lagu ini. Lagipun iramanya tidak banyak diubah. Bagi aku, aku masih dapat mendengar lagu ini dengan rasa selesa.

Jeritan Batinku - Lan
Suara Lan memang unik. Tapi dia bukan P Ramlee. Tapi dia mencuba dengan agak bagus. Namun, muzik bagi aku agak spoil. Lagu Jeritan Batinku dari filem Ibu Mertuaku setiap kali aku dengar akan menyebabkan bulu romaku meremang. Tapi bukan versi ini.

Itulah Sayang - The Ramlees
Lagu yang aku hafal dan hold high in the heart. Sayang. Hancur dibuat mereka. Bagi aku, melodi asal lagu ini adalah suatu yang unik. Boleh menyebabkan aku menangis, namun nyanyian gabungan ini menyebabkan aku rasa sangat menyampah. Sungguh.

Tunggu Sekejap - Hujan
Ini agak okay. Aku mendengar tiada banyak irama yang diubah. Dan nyanyian Noh berjaya kuadaptasikan dalam irama ini. Seperti Bittersweet, cubaan yang menarik. Dan aku mampu mendengar dengan selesa.

Apapun ini pandangan aku saja. Lagipun aku tahu ini bertujuan untuk mengambil untung saja. Aku tak pandang sangat tribute itu sejauh mana. Cuma bagi aku irama lagenda ini janganlah dimainkan begitu sahaja. Irama P Ramlee adalah sangat unik. Kalau diubah tak tentu hala punahlah jadinya.


Irama dan lagu tak boleh dipisahkan. Jika dipisahkan, pincanglah lagu, rosaklah seni.
P Ramlee

I stand corrected by the way.

Apa pandangan kamu?

fin.

Thursday, November 4, 2010

John

John adalah penembak tepat di KL. Bahkan dia merupakan penembak yang digeruni di ibu kota. Dan John pula adalah ahli dalam keluarga Mafia Del Piero. Family Del Piero.

Selaku hitter dalam family mafia ini, John sangat dihormati dan garang.

Di KL sekarang pula tengah berlaku pergelutan kuasa di antara puak Yakuza dan puak mafia. Hatta puak Yakuza pula sedang dalam masalah birokrasi sendiri kerana terdapat seorang ahli yang baru saja meletakkan jawatan atas masalah peribadi.

" JOHN! Gua dah lama tak puas hati dengan lu! " kata lelaki pendek yang baru saja pecah masuk ke dalam rumah John.

John tenang. Berkemban sebab baru saja keluar mandi sambil memandang ganas 6 orang yang baru memecah masuk rumahnya dengan memegang semi auto machine gun masing-masing.

" John, lu akan mati hari ini! " jerit lelaki pendek itu.

John tenang. Melihat muka-muka ganas lelaki di depannya langsung tidak menggentarkan John.

Pang! Pang! Pang!

John tangkas sembunyi bawah katil dan mengambil revolver yang disimpan di dalam laci.

Pang! Pang! Pang! Pang! Pang!

John melepaskan 5 tembakan. Berkecai kepala 5 orang penyerang John. Hanya tinggal lelaki pendek itu.

Pang!

Tiada belas kasihan. Berkecai juga kepala lelaki itu dikerjakan John. John mengeluh. Tualanya terkoyak sedikit. Nampak bontot.

Tet! Tet!

Mesej sampai.

" John. Gua baru nampak geng Yakuza tu kat Kampung Baru. Makan nasi lemak. "

John tersengih puas.

Tiba-tiba tuala jatuh akibat ikatan tak kemas.

fin.

Part 2 : Heart

*thump* *thump*

I reached to my left chest and I felt my heart moved. Though slowly it was moving, like a baby learning to walk.

*thump* *thump*

If it is still moving why does it even hurt just to open my eye?

Yeah. My heart is still moving but it has been badly broken.

*thump* *thump*

Weird. No matter how bad my heart is broken, it can still work.

Slowly. But it still work.

fin.

Wednesday, November 3, 2010

Part 1 : A Pitch Black Life

The world seem like an ocean. An ocean so vast that I can't escape everywhere I swam.

Oh yeah, I can't swim. And the ocean's current seem to pull me into the darkness. I struggled to go for the light. Gasping for air and thrusting my body upwards.

But still the current is too strong. It keep pulling me towards the bottom like an invincible hand strangling me, holding my body and won't let go.

How I wish there are hand pulling me up. As I being pulled to the dark pit of the oceans, I realised the light has fade away and there are no hands grabbing mine and helping me up.

From that moment, I decided to give up. Yes. I'm giving up on this world.

The world that pulling me to the darkness and drowning me.

I gave up. And as that moment I was drawn into a total blackness.

fin.

The Godfather



Memetik petikan dari filem 3 Abdul, 'Barangsiapa yang tak menonton cerita ni memang tak cukup syarat hidup dia. '

Selain Is dan Aizzat Naeim gua tak sure siapa lagi rakan gua yang nonton filem ni.

Cukuplah kalau gua cakap filem ni dua daripadanya pernah memenangi Best Picture dalam Academy Award, top 5 filem mesti ditonton sepanjang hayat oleh pengkritik filem Amerika dan tak pernah gagal dicalonkan dalam Academy Award sepanjang trilogi filem ini.

Filem ini berkisar pada kehidupan Michael Carleone yang ayahnya merupakan ketua gang Mafia terbesar di New York. Apabila nyawa ayahnya terancam, dia terpaksa mengambil alih tampuk pimpinan family Corleone dan menjadi ketua Mafia selepas ayahnya.

Kekuatan filem ini bukan disebabkan Mafia itu. Bukan disebabkan ada adegan bunuh-bunuh. Tapi kekuatan filem ini adalah dari lakonan Al Pacino, plot cerita ini yang menggambarkan kehidupan seorang mafia. Sinis jika dilihat, di dalam kelompok mereka, penuh dengan kasih sayang dan persahabatan, nilai ikatan family. Tidak tipikal cerita gangster mahupun Along yang pasti ketua penjahat buta sebelah mata atau ada parut besar.

Most of all, aku suka ironi cerita ini.

Michael berkata dia takkan terlibat dengan kegiatan ayahnya sepanjang dia hidup. Namun, ketika nyawa ayahnya dalam bahaya, dia terpaksa melibatkan diri.

Selama dia menjadi Don Carleone, semua yang dia buat adalah atas dasar family/keluarga. Dia mahu melindungi keluarga Corleone itu. Dan tiada siapa di dalam family Corleone yang lebih menyayangi family itu sepertinya.

Namun, di penghujung trilogi, digambarkan Michael mati atas sebuah kerusi berseorangan.

Ironi. Seorang yang punya segalanya tidak dapat melawan kematian. Dan walau dia perjuangkan segalanya untuk melindungi familynya, akhirnya dia tetap mati berseorangan.

Jelas, matlamat tidak menghalalkan cara dan apa yang kamu ada pada hari ini tidak semestinya mengekori kamu pada hari esok.

Sekurangnya aku sedikit-sedikit faham itu.

fin.

Tuesday, November 2, 2010

Yakuza dan Gangster

Sampai saja di Kampung Baru gua tengok Carlos dah kena pijak-pijak dengan 3 orang gangster. Ceh, Carlos. Dengan 3 orang pun tak boleh lawan.

" Lepaskan dia. " kata gua sambil membetulkan pedang yang terselit di pinggang.

Gangster yang paling gempal badannya memandang sinis gua.

Zass!! Dia mencekik leher gua sambil ketawa terbahak-bahak.

Zapp!! Pergelangan tangan gangster itu terputus dari badan. Dua gangster yang lain nampak terkejut melihat kepantasan pergerakan gua bermain pedang.

Gua halakan pedang gua pada gangster yang lagi dua.

" Next." kata gua.

Gigih, dua orang gangster itu berlari ke arah gua.

Zass! Zuss! Gua meluncur sliding ke arah mereka sambil memutarkan pedang gua. Terputus kaki gangster berdua paras lutut ke bawah.

Darah memancut-mancut macam air sirap.

Gua ambil sapu tangan dalam kocek, gua lap mata pedang gua bersih. Takut berkarat.

" Yok Carlos, breakfast. Gua dengar nasi lemak kampung baru sedap. " kata gua pada Carlos.

fin.

Relentless

Face the fact.

There's no heaven on earth.

Means there's neither fairies nor angels here.

Stop dreaming and start living.

fin.

Monday, November 1, 2010

Mesej dari Carlos.

Trett tett tett!!

Talipon berbunyi di pagi hari. Carlos SMS gua rupanya.

" Gua perlukan lu sekarang. "

Carlos ni mesti tak ada kredit lagi. Kalau tak, mesti dia call gua ni. Tak pun dia kedekut ni. Yelah, dia pakai Celcom, gua Maxis.

Dapat saja SMS Carlos, gua bergegas capai tuala dan pergi toilet. Selesai mandi, gua ambil wuduk dan solat Subuh.

Trett tett tett!!

Talipon berbunyi lagi. Carlos lagi.

" Cepat la derr. "

Gua reply.

" Tunggu. Gua baru sudah Subuh. Lu dah ke belum? "

Carlos tak reply.

Terus gua capai pedang Yakuza gua nak pergi tolong Carlos. Mesti gang Kampung Baru kacau dia lagi la tu.

Sejak-sejak pembantu gua letak jawatan ni, makin banyak pula kerja gua.

fin.

Nak Kritik Ni, Jangan Terasa Pula!!

Apa guna ada blog kalau tak boleh mengkritik isu-isu mainstream ye dokk? Kali ni gua nak mengkritik Festival Filem Malaysia 23. Jadi, mari bersama-sama gua ikuti sesi kritikan ini. Stay tune!! Cewah, udah macam kelab disney malaysia dah pula bunyinya.

Kritikan gua bahagikan kepada dua. Pro-Diana Daniele dan Kontra-Diana Daniele. Macam ni baru nampak agak profesional dan tak bias.

Kontra-Diana Daniele (Tak Sapot Diana Daniele)

Dengar cerita macam haram, betul ke?

Bagi siapa yang tahu, filem terbaik kali ni dimenangi oleh filem Magika yang dibintangi adik Diana Daniele kita. Dan untuk yang pernah menonton Magika, rata-rata gua mendengar carutan saja dari komen-komen persis penonton yang ada.

" Tiru cerita Alice in Wonderland. " kata kawan gua semasa menonton trailer di Alamanda satu ketika dulu. Kemudian lagu-lagu yang berkonsepkan broadway juga bercambah di dalam filem. Walhal juri-juri FFM dari dulu mementingkan nilai-nilai kebudayaan kita untuk diterapkan di dalam filem bagi memenangi anugerah (konon) berprestij ini.

Bagi gua terus terang tahun ini tak ada cerita Melayu yang boleh dibanggakan. Lagenda Budak Setan mungkin boleh dibanggakan dari segi jalan cerita tapi kalau lakonan dan sinografi sangat memalukan dan gua kesian melihat karya agung itu dijadikan seperti itu.

Kalau tengok anugerah Academy, The Hurt Locker yang menang Best Picture telah menang dahulu pengarah dan beberapa anugerah kecil seperti bunyi terbaik. Then orang tak sangkal kemenangan untuk Best Picture. Tapi Magika haram tak menang apa sekalipun sebelumnya, tup-tup terus menang Filem Terbaik.

Untuk Magika menang, sebuah cerita yang entah apa-apa amatlah lagi gua tak puas hati. Hanya sebab adik Diana Daniele berlakon cerita ni saja boleh gua bagi muka sikit.

Pro-Diana Daniele (Sapot Diana Daniele)

Urghhh!!

Pengarah terbaik, siapa menang? Ya betul. Shamsul Yusoff.

Itu memang gila. Buat cerita dengan meniru Fast and Furious (even tajuk pun tiru, Tokyo Drift, KL Drift remember? ) dan masih boleh menang pengarah terbaik?

WHATTT???? Janda Diana Daniele ini katanya memenangi anugerah ini kerana bakatnya dalam arahan walaupun baru mengarah 2,3 filem yang box office kononnya dan mampu menghasilkan jalan cerita yang konsisten dan menarik. Menarik my ass!!!

Tak semua pemenang boleh dibahaskan namun kemenangan Shamsul memang sangat dibenci hatta oleh pengarah-pengarah lain sekalipun. Yasmin Ahmad, salah satu pengarah terbaik generasi ini hanya dapat anugerah itu melalui filem Talentime, filem ke 4 beliau walau filem Sepet sebelumnya mendapat pengiktirafan di Perancis dan Jerman sekalipun. Alasan? Yasmin masih baru di arena filem pada masa itu.

Okay. Shamsul sekarang dah seniorkah di dunia filem? Apa saja sumbangan beliau di dunia filem? Pernah dia bawa filem kita ke luar? Seperti Yasmin? Pernah cerita dia jadi sebutan ramai, ikon macam Nur Kasih dek Khabir Bhatia? Pernah dia tunjukkan versatiliti dia macam Afdlin Shauki?

Justeru itu apa haknya dia untuk menang anugerah itu? Kalau ada yang mampu beri jawapan, gua akan terima seadanya.

p/s : cerita asal terbaik dimenangi ahadiat akasyah untuk lagenda budak setan. satu-satunya anugerah yang gua tak kompelin.

fin.

Saturday, October 30, 2010

Penalty dan Open Play. Mana lagi Bagus?

Kan gua dah cakap Kelantan pasukan gua. Kan gua dah cakap Kelantan on form. Kan gua dah cakap! Kalau buat kata bookie ni mesti gua untung lagi.

Sebelum siapa-siapa nak kritik pasal perangai penonton Kelantan, sila jawab soalan ni dulu. Pernah pergi tengok bola kat stadium? Kalau jawapannya tak, sila jangan pandai-pandai kritik.

Kalau lu biasa pergi stadium, sila tengok kiri kanan. Ada orang diam? Ada orang yang tak carut-carut?

Yang gua tau, fan Kelantan lah sebab final kali ni jadi tumpuan satu Malaysia. Kalau tak Piala Malaysia tak ramai pun yang akan pandang kecuali penyokong pasukan bertanding.

Keputusan final Kelantan 2, Negri 1.

Fakta menarik. Penjaring gol pertama dan kedua final kali ini adalah sama dengan penjaring gol pertama dan kedua final tahun lepas.

Jari tengah untuk FAM.

p/s : still entri Faten masih diletakkan di atas sebab hari ini hari beliau.

fin.

Thursday, October 28, 2010

Glee dan Pindan, eh, Pondan

Menonton Glee dikatakan pondan tapi menonton Step Up tak pula. Okay. Lain cerita.

Semalam gua tengok repeat Glee yang ada Neil Patrick Harris di kaca televisyen. Nampak saja adegan nyanyian lagu Dream On oleh Patrick dan Schuester (original oleh Aerosmith), abang ipar gua lekas-lekas buka videos Dream On dek Aerosmith.

Itu impak Glee sedikit sebanyak.

Jadi gua sarankan tv Malaysia buat la cerita macam Glee. Hotel Mania gua tak kira. Itu baru la cerita pondan. Lelaki pakai celak dan lip gloss then menari-nari tepi swimming pool, itu gay gila. Gua tak pelik kalau cerita pondan ni tak laku.

Kenapa gua nak cerita macam Glee ada di Malaysia? Sekurangnya, selain memartabatkan industi drama, industri muzik pun terus naik.

Sebelum ni lagu Aerosmith yang gua tahu hanya I Dont Want to Miss a Thing. Tapi impak Glee menyebabkan gua tengok lagu-lagu Aerosmith. Itu baru satu. I Want to Hold Your Hand dek Beatle versi slow, The Rocky Horrow Show, Journey. Itu semua dari Glee.

Bayangkan kalau ada drama TV yang mempromosikan kembali lagu-lagu Jamal Abdillah, Wings, Search, P Ramlee!!

Industri muzik negara kita sekarang tercemar dengan realiti TV. Cuba tengok carta Era, sampai minggu tah berapa lagu Shahir nombor satu walhal banyak lagi lagu yang lagi bagus dari lagu dia. Dan selain lagu tu, apa lagi dia ada?

Tengok Aizat. Tak menang AF, tapi apa yang dia ada sekarang. Komposer dan penyanyi. Mawi boleh buat macam tu? Lagu Mawi ada lagi top carta Era sekarang?

Itu masalahnya industri muzik kita. Kita yang buat industri kita tak tahan lama. Mati cepat. Yelah, kalau ada hero evergreen nanti AF18 dah tak laku dah la.

And trust me, I dont know since when but AF now start producing craps to the industry.

Kalau ada penerbit drama yang baca entri ni gua harap semoga ada drama muzikal berkualiti yang diterbitkan. Yang mempromosikan lagu-lagu berkualiti sepanjang zaman yang orang dah tak ingat sekarang.

Nak idea kontek gua. Add facebook.

Dan tolong. Jangan ada lagi lelaki pakai celak dan lip gloss. Euwww sangat.

fin.

Wednesday, October 27, 2010

Final Piala Malaysia



Asyik jiwang saja dalam blog, nanti dicop pondan, maka gua beralih kepada satu isu yang lebih maskulin. Final Piala Malaysia.

Sepanjang ni gua tak pernah berminat untuk menulis tentang bola sepak Malaysia tapi bukan untuk final kali ini. Kerana final kali ini penuh dengan kontroversi. Itu gua suka.

Ini repeat final tahun lepas. Final tahun lepas gua tak tengok. Sebab gua sibuk melagho di PD, menghilangkan henset Palie dan dipecahkan cermin kereta oleh Mat Pit. Rujuk entri beach boys.

Tahun ini repeat final yang sama. Tapi tahun ini gua rasa keputusan bakal berubah. Tahun ini milik Red Warrior. Dan tahun ini gua sokong Red Warrior. Sebenarnya gua tak sokong mana-mana team, cuma kalau disuruh memilih gua akan memilih Kelantan. Sebabnya gua dah tulis dalam bentuk point form supaya lebih mudah ditafsir.

  1. Rekod pertemuan memang memihak Jang. Tapi ikut form, Kelantan lebih cemerlang.
  2. Laluan Kelantan ke final lebih susah dari laluan Negeri Sembilan.
  3. Kelantan main cantik, ikut otak bukan ikut lutut.
  4. Fan Kelantan, itu true football fan walaupun sedikit agresif kadang-kala.
  5. Kelantan ada Akmal Rizal, pemain yang pernah bermain di Strasbourg, tempat kelahiran Arsene Wenger, idola bola sepak gua.
  6. Sebagai tanda jari tengah kepada FAM dan mana-mana anti FAM.
Itu dia. Gua tak suka repeat final yang sama, dan mungkin gua tak tengok pun final ni. Tapi bola sepak kita wajah kita ye dokk?

fin.

Monday, October 25, 2010

Entri Tak Ramai Orang Faham

Akhirnya seperti mana Piala Malaysia tahun lepas, tahun ini juga tidak akan ada sokongan dari pihak gua untuk mana-mana pasukan yang beraksi di Bukit Jalil hujung bulan ini.

Tapi terima kasih untuk FAM, gua mungkin bias kepada The Red Warriors untuk final kali ini.

Gua tak tengok perlawanan Negeri Sembilan. Gua cuma tengok Kedah dan Kelantan dari Alor Setar ke Kota Bharu.

Ini pemerhatian gua.

Alor Setar dan Kota Bharu masalahnya sama saja untuk pasukan Kedah. Tengah tak hidup langsung. Bila di Kota Bharu, dengan kehadiran semula Sabre Abu, barulah nampak ada orang main midfield.

Tapi tetap sama juga. Hantar pada winger, winger cross, keeper sambut bola. Percayalah cakap gua, letak Halim Napi sekalipun pasti tak akan ada masalah.

Ramai salahkan Helmi Eliza aka kekasih Leha dan adiknya di atas kekalahan Kedah. Ikhlas cakap, gua memang nak salahkan Helmi sebab nak apikan Leha, tapi terus terang Helmi did a great job di Kota Bharu.

Cara dia kawal pertahanan, cover backline memang true class. Dan tak lupa juga cara dia save sepakan percuma Indra Putra. Gua nak tengok keeper Kelantan buat macam tu.

All in all, Kelantan memang main good football malam tu. Serangan berantai bak kata Hj Hasbullah Awang. Menyirap darah gua tengok serangan Kelantan.

Kedah kalah dengan pasukan yang lebih baik. Walaupun begitu, tak ada kekesalan yang perlu ada. Pasukan Hijau Kuning mara ke separuh akhir dengan pasukan yang tonggaknya terdiri daripada anak jati negeri sendiri walhal tonggak pasukan The Red Warrior sendiri ada anak jati Kedah.

Bercakap lain dari isu ini, amacam pergantungan Sathianathan. Atas komen yang dibuat yang bukan untuk pasukannya sekalipun, dia telah digantung perlawanan sepanjang 6 bulan oleh FAM.

Gua tak faham motif FAM. Sudahlah menggantungkan jurulatih Kelantan pada hari perlawanan separuh akhir pasukan beliau, bahkan hukuman yang dikenakan pula adalah tidak wajar. Apa sudah jadi dengan kebebasan bersura? Barangkali FAM tidak suka ditegur, sebab itulah pasukan kebangsaan tak pernah maju sepanjang 2 dekad ini.

Well still, gua akan bias kepada the Red Warrior untuk final kali ni. Tahniah untuk Negeri Sembilan dan Kelantan. Dan jari tengah untuk FAM.

fin.

Tuesday, October 19, 2010

Final Stage

** entri khas untuk neutralise entri di bawah. takut nanti orang cop gua emo. tak.

Sekarang di UKM. KDO dalam konteks yang lebih spesifik.

Menyelasaikan isu tertunggak sepertimana pembayaran bil broadband adik gua. Nanti lah gua cerita pasal isu itu. Kalau gua masih punya akal yang waras dan dunia yang stabil. Sebab bila gua fikir saja pasal isu tu, gua automatik akan down. Eh tak, down to understatement. Gua rasa macam nak mati.

Abaikan perenggan atas. Entri ini berbentuk diari. Mungkin ada awek-awek cun yang berminat membaca diari gua. Mana lah gua tahu. Apa gua kisah.

Pulang pada hari Jumaat. Sedikit tertekan dan emo apabila mengetahui hardisk PC rosak sebelum ke sini. Namun gua tenang, dah 2 tahun. Dah ajal dia mungkin. Jangka hayat yang sama dengan hardisk Say O, cuma lebih 2 bulan sebab gua beli PC awal sebulan dari Say O dan hardisk Say O rosak awal sebulan dari aku.

Sampai UKM menyelasaikan isu gua. Dan damn. Terima kasih Khairul Khairiyah Khasbullah. Dia berusaha lebih dari gua untuk menolong gua. Di situ gua dah tak nak mati sebab gua tahu dalam berbillion orang di dunia ini, sekurangnya dah ada seorang yang betul ambil berat pada gua. Dan ya, sudah tentu gua akan ingat sampai mati.

Balik ke sini hanya untuk menyelesaikan isu dan berjumpa golongan kelab famili gua. Tak sangka ada persembahan teater pada hari Sabtu. Dan gua terkena tempias untuk menolong sedikit sebanyak. Tak apalah, dah memang minat.

Hari ini dapat tahu lagi jadual ramai pelajar kena dianjakkan ke hadapan atas masalah komplikasi pentadbiran. Virus dalam komputer mungkin. Kalau guna Kaspersky kan senang, ini pakai antivirus free download dari Internet memanglah.

Dan ya, timing gua sucks juga untuk berjumpa ahli kelab gua. Ramai yang sibuk dengan projek, exam, demam dan sebagainya. Sebab itu gua tak hebahkan kedatangan gua. Agak tak elok gua hegeh-hegeh ajak orang pergi berbasikal sedangkan orang ada projek yang perlu disiapkan kan?

Jumaat jumpa KK, Ahad baru sempat jumpa Wann. Dua individu yang kalau gua tak jumpa akan mengeluarkan kata-kata yang buat gua rasa macam gua penjenayah. Jadi gua mesti jumpa. Mereka sibuk. Tapi jumpa juga gua. Terharu juga gua walaupun gua faham sangat situasi mereka.

Ijan, Wawa dengan Leha, itu tiap hari pun jumpa. Ha ha ha (gelak Shin Chan kata KK). Mereka ada projek atau tidak itu gua kurang pasti. Tapi diari harian gua tak akan kosong selagi mereka tetap ada. Menghiburkan. Melalaikan. Menggembirakan. Dan at one time, mematangkan.

Minggu akhir suatu semester sebelum peperiksaan memanglah menyibukkan. Dan lagi memberi tekanan. Tak ramai yang mampu tersenyum dan ketawa. Jadi gua hanya berdoa yang terbaik untuk anda semua.

p/s : pelik. sampai di ukm dah 4 hari itu saja nama yang gua jumpa dan tulis? oh. thats because those name i mentioned above is the name that i hold highly in my heart.

fin.

Nota Kecil buat FAM

Ini Arsene Wenger yang cakap,

" There is no better psychological education than growing up in a pub... I learned about tactics and selection from the people talking about football in the pub – who plays on the left wing and who should be in the team. "

Ya. Wenger membesar di pub dan sekarang menjadi salah seorang pengurus bola sepak yang terhebat di dunia.

Mungkin FAM hanya perlu pergi ke warung-warung mamak berdekatan untuk mencari pengurus bola sepak yang mampu mengurus pasukan bola sepak kita dengan jujur, amanah, berani dan tak korap.

fin.

Sunday, October 17, 2010

Fenomena

Peluang diberi, awak ambil, awak gunakan sebaiknya.

Tapi dalam 10 orang akan ada seorang yang taking it for granted.

Malang bagi aku, aku dalam golongan seorang itu.

Kenapa aku tak pernah belajar?

Yes. Coz I'm an idiot.

p/s : its hard to ask people to stand by me tonight. its just hard but it is just me.

fin.

Friday, October 15, 2010

Cerita Serius

Aida,

Hari ini genap setahun awak pergi meninggalkan saya dan Aqilah.

Awak pergi pada pagi yang hening dan sunyi. Pagi yang nyaman kerana baru didatangani hujan rintik yang sekejap. Udara nyaman tika air hujan jatuh ke atas dedaunan pokok dan rumput-rumput menghijau. Nyaman. Tapi sayang kau tak berkesempatan untuk merasainya.

Hari ini Aqilah sudah berusia setahun 7 bulan. Dia sudah pandai berlari dan bercakap.

Aqilah sangat aktif. Dia suka berlari dan menjerit. Kadangkala aku pelik, kenapa anak yang sekecil ini mampu menghasilkan suara yang sekuat itu. Dia kuat merengek, Aida. Nasib baik kadang-kadang ibu dan kakak datang untuk membantu.

Ibu ada juga menyuruh aku mencari pembantu rumah. Tapi aku masih belum bersedia mahu menyerahkan anak kecil ini ke tangan orang yang aku tak kenal.

Kau tahu, sekarang aku sudah pandai menyalin lampin Aqilah. Dan aku juga tahu macam mana mahu memujuk dia mandi. Kalau dulu, aku hanya mandikan dia sehari sekali kerana aku terpaksa mengejar dia keliling rumah.

Aida,

Aku rindu kau. Tiap malam sebelum tidur tika aku melihat foto kita bertiga, kadangkala aku berdoa supaya Tuhan putarkan kembali masa dan mengambil aku, bukannya kau. Kerna aku tak sanggup bangun setiap pagi dan menyedari sepasang tangan yang ku pegang itu hanyalah fragmentasi memoriku.

Namun, aku cuba kuat untuk Aqilah. Dia perlukan papa yang kuat. Sekarang akulah papa dan mama anak kecil itu.

Aida,

Aku risau hari yang mendatang. Apa yang akan aku jawab jika Aqilah bertanya mana ibunya? Aku takut untuk menyatakan realiti. Aku takut akan realiti kerna aku masih belum bersedia untuk kehilanganmu sayang.

Aku sedar aku takkan mampu memutar kembali masa ke tahun lalu. Saat manis kita bersama aku rasakan seperti hidup yang lain.

Namun, aku akan terus di sini. Bersama cahaya mata kita, bersama anugerah kau untukku.

Kerna setiap kali aku merenung matanya, aku melihat kau.

Dari suamimu.

Thursday, October 14, 2010

Scanlations


Gua pembaca manga. Alah, komik Jepun tu laaaaa.

Baru-baru ni salah satu laman sesawang untuk gua baca manga telah ditutup sebagai tanda respek kepada pelukis komik yang tak suka orang membaca karya mereka secara percuma.

(Walaupun pada hakikatnya berlambak lagi laman sedemikian. )

Okay fine. Respek.

So gua beli semula buku Dragon Ball dan One Piece jenis tebal Comics House untuk bacaan dan koleksi gua sebab gua suka 2 manga ni. Walaupun gua dah tahu jalan cerita.

Dan gua perasan di atas komik ni ada tulis "Hak Cipta Rasmi dalam Bahasa Malaysia."

Bangganya gua baca buku Hak Cipta Rasmi. Tapi.....



Dah bertahun gua cari tapi tak ada pun tulis kat buku ni Hak Cipta Rasmi.

Kalau upload di website satu bentuk piracy, benda-benda camni apa lak?

Saja nak cakap dah bertahun gua tak beli Kreko.

Sekali lagi gua bangga.

fin.