Saturday, December 24, 2011

Ludah Meludah

Kah kah kah!!!



***

Panglima

1. Entah mana la kepanglimaan sangat pun aku tak tahu, masing-masing dah tua gemuk pula tu.

2. Umur dah berusia, tapi cakap macam budak 17, 18 tahun, masukkan dalam Youtube pula tu.

3. Kalau yang diturunkan tu bendera Datuk Seri Anwar Ibrahim, rasa-rasanya brader panglima ni nak komen apa pula?

4. YANG PALING AKU SAKIT HATI, LEPAS SAMAKAN ORANG DENGAN KUDA, LEPAS NAK LUDAH ORANG, PANGLIMA NI BOLEH PULA BERTAKBIR BAGAI. MACAM APA YANG NAK DIBUAT TU SATU JIHAD! PUIIII!!

***

Mahasiswa

1. Bangang juga. PWTC tu sah-sah la tempat UMNO. Macam ko log in fesbuk orang, ko letak muka ko sendiri.

2. Tujuan asal nak serahkan memorandum saja. Yang nak emosi sampai turun bendera tu apa hal la?

3. Kalau nak jadi mahasiswa yang berpolitik memang kena berarak ke? Assignment dah hantar belum? Exam bila?

***

Bagi aku dua-dua pun bangang. Dan bagi aku juga hal ni tak adalah sebesar mana yang orang bising-bisingkan.

Kalau budak-budak Mahasiswa buat protes secara aman damai, kan senang. Aku tak tahu la kalau dah ada yang kena pukul ke apa ke, tapi turunkan bendera tu dah puas la?

Panglima tu aku tak tahu pun wujud sampai la hari ni. Masuk Youtube, hit beribu dah tu. Padan muka. Lepas ni UMNO orang akan pandang lagi sampah sebab Panglima emo ni.

p/s : baru turun bendera dah nak ludah-ludah. emo Meleis!

fin.

KL Gangster


Aku ni kalau filem Melayu memang memilih. Tambah-tambah sejak dah tak ada filem Yasmin Ahmad ni. Lagilah aku jarang turun wayang nonton filem Melayu.

Tambah-tambah filem Shamsul Yusoff. Sebab bagi aku filem dia ni lebih pentingkan untung dari jalan cerita. Cerita hapak tapi kutipan juta-juta.

Kalau macam tu download pun aku malas.

***

Well, then KL Gangster happened.

Ramai kawan-kawan aku cakap filem ni best. Even yang menjaritengahkan filem Melayu pun cakap filem ni ada dia punya tarikan.

Jadi, setengah tahun kemudian, aku pun terdetik nak tengok benda ni. So ini dia kesimpulan aku.

***

1. Tipikal Shamsul Yusoff. Plot kosong, bertumbuk ja banyak. Sampai ke sudah aku tak tahu moral cerita ni sebab sekali lagi aku tekankan, plot KOSONG.

2. Tipikal Shamsul Yusoff juga, banyak sangat pengaruh Hollywood. Asal gangster je mesti nama Dragon la, Shark la. Tapi kredit juga la. Hero kekal dengan Malek.

3. Aku paling benci cerita yang anti klimaks. Ending, dah cukup orang jahat kena sayur. Abang pukul adik dah cukup sedih, tiba-tiba watak Sofi Jikan kena juga mention dia punya 'sengat' tu. Apahal? Benda serius jadi kelakar.

4. Bagi aku watak adik Malek tak ada pun tak apa. Seriusly, apa fungsi dia? Apa?

5. Watak Shark tu ni setakat aku tanya tak ada seorang tahu apa kaum dia sebenarnya.

6. Moral yang cuba disampaikan aku rasa jangan bergangster, kelak masuk jel juga. Tapi....ah, malas pula aku nak eksplain!

7. Kalau di KL, logik ke orang lari tengah-tengah jalan Masjid India tu pegang pistol tapi still end up tak kena cekup dek polis? Logically? So, pengarah punya research macam mana?

8. For once, aku harap Shamsul Yusoff buat filem yang tak nampak sangat pengaruh Hollywood dan sudah-sudahlah berlakon dalam filem arahan sendiri.

****

Apa-apa pun klip 3gp lagi gampang.

p/s : rindu nak tengok filem Yasmin Ahmad. tak payah nak ada ayah Dato' pun boleh menang anugerah di Jerman.

fin.

Wednesday, November 30, 2011

Wednesday, November 23, 2011

Budaya Fesbuk

Ada seorang buat silap, buat maksiat, pakai baju seksi atau melakukan seks sebelum nikah. Ya oh ya, benda ni memang salah. Kalau ikut hukum hudud pun memang kena rejam dengan batu.

Tapi disebabkan Malaysia sekarang ni tak boleh pakai hukum hudud lagi, rakyat Malaysia ada fikir satu cara yang lagi power untuk menghukum orang-orang yang macam ni.

Caranya ialah, tulis dalam Fesbuk.

***

Terus terang gua cakap benda tu bangang. Nasihat dalam medium yang lebih private kan senang. Atau ko sengaja nak publisitikan Fesbuk ko?

Bangang.

p/s : pernah juga aku buat benda tu dan aku rasa benda tu bangang. bangang.

fin.

Sunday, November 20, 2011

Usang > Takdir Illahi > Takdir Ilahi

Pendahuluan

Semalam tamatlah sudah Festival Teater MAKUM. Alhamdulilah UKM berjaya merangkul tempat ketiga dengan dua anugerah pelakon harapan, dan kebanyakan aspek berjaya mendapat pencalonan.

***

Setelah 3 kali dipentaskan akhirnya naskhah ini dipertandingkan. Dan kepuasan dicapai akhirnya.

Memori dan Evolusi

1. Ain dan Ari
Usang

Takdir Illahi KL

Takdir Ilahi MAKUM

2. Mak Pukul
Usang

Takdir Illahi KL

Takdir Ilahi MAKUM

3. Scene Mail
Usang

Takdir Illahi KL

Takdir Ilahi MAKUM

4. Scene Sham dan Ain/Aishah/Kak Eton
Usang

Takdir Illahi KL

Takdir Ilahi MAKUM

5. Scene Abang Bad
Usang

Takdir Illahi KL

Takdir Ilahi MAKUM

6. Scene Seroja
Usang

Takdir Illahi KL

Takdir Ilahi MAKUM

7. Team produksi
Usang

Takdir Illahi KL



Takdir Ilahi MAKUM

***
Review

1. Kali pertama tak join Takdir Ilahi tapi, tahap orgasm kepuasannya mencapai tahap pementasan Februari di mana aku pengarahnya.

2. Sentimental value Takdir Ilahi pada aku masih tinggi. Masih ada lawak Korea, dan chemistry gua dengan Ain masih power walaupun gua tak berlakon. (Rindu Mai.)

3. Orang yang gua target paling menonjol, semua tercalon untuk anugerah tertinggi lakonan walaupun semuanya kurang bernasib baik.

4. Kali ni ada lagu Pelangi. Dulu tak pernah orang nak ajar lagu ni kat gua.

5. Entri sebelumnya gua ada cakap gua nak dapat sesuatu. Amin, gua memang dapat benda tu dan gua memang dah buktikan sesuatu.

6. Again, ditegaskan, aku bukan peminat tegar naskhah Takdir Ilahi jika di dalam medium pertandingan kerana ia susah untuk menjadi pemenang. Namun, bagusnya naskhah dan arahan ini, kelemahan itu berjaya dikaburi dengan kelebihan lain.

7. Orang akan selalu banding membanding watak Mak dengan Kak Adik, watak abang Bad dengan gua dan watak Ain dengan Mai. Ouchhhh, snappp!! Mereka berjaya membuktikan sesuatu bukan? Now eat your words back!

8. Budak setting tetap budak paling power walau tak tercalon. Pokok dengan rumah top class. First time budak setting jadi korus 3, suara jantan pula tu masa nyanyi.

9. Ini kali kedua gua melatih pelakon baru untuk teater ni. Mereka baru tapi mereka dengar cakap. Aku suka betul. Terutamanya Pejal dan Firdaus. Serius aku tiada masalah mengajar mereka dan jika diberi 3,4 hari lagi, aku yakin boleh ajar mereka jadi lagi superpower dari apa yang mereka ada sekarang. Itu fakta, sebab mereka tak jemu mengulang.

10. Yang nama gua tak sebut, korang juga okay. Cuma kalau nak sebut nama semua, gua risau entri ni akan jadi entri biodata pula.

11. Budak lelaki yang tebang dan stapler pokok tu hensem bukan main.

12. Abang Bad kali ni kurang Korea dan bergaya.

****

Penutup

Lepas ni akan ada orang yang buat lawak, "Weh, malam ni latihan pukul berapa?", katanya sambil tersenyum dan ketawa. Tapi bila dia seorang diri, benda lawak ni tak akan jadi lawak tapi akan jadi benda yang sedih.

Dan selalu-selalulah toleh ke arah Panggung Seni yang akan menjadi sunyi dari suara dan hentakan kaki anda semua.

p/s : anugerah pelakon untuk mereka yang berjaya menawan hati penonton atau mereka yang berjaya menguasai konsep teater dan berjuang mengikut landasan pengarah?

fin.

Saturday, November 19, 2011

Takdir Illahi - Musim Kedua

Takdir Illahi Musim Kedua


Gua ingat bulan 2 hari tu dah last dah benda ni. Celaka, ada sekali lagi rupanya.

***

Setelah dipaksa, dikerah dan dipujuk oleh Farah Elyani dan Encik Bung, maka gua pun turun pentas, atas dasar mahu melihat tanda aras yang telah diletakkan pada Februari lepas dipatuhi atau sudah dijangkaui.

Masalah yang paling ketara, sudah tentu menggantikan Mai.

Tiada masalah, klon Mai berjaya dijumpai. Kredit untuk budak-budak ni. Gua tak tahu macam mana boleh jumpa, tapi jumpa juga. Power betul.

***

Pementasan kali ni gua tak join secara langsung, maklumlah, gua dah jemu nak jadi abang Bad. Berikut adalah nota ringkas power tak power pementasan kali ni.

1. Pementasan kali ni menampilkan pengarah produksi paling 'sihat' dalam sejarah Takdir Illahi.

2. Anis, budak KBA yang pendiam, dah berubah.

3. Abang Bad kali ni kurang hensem, bergaya dan tak true Korea.

4. Maknyah dengan pondan tu berbeda besar. Kalau tak percaya boleh rujuk Jalan Bukit Bintang.

5. Skandal cinta SM teknikal dan pengarah produksi. Cinta terlarang ni, jangan tanya gua kenapa berlaku.

6. Kali ni kalau tempah bas, asyik bas 2 tingkat je. Jadi kejadian air tumpah sampai banjir ni kalau berlaku memang akan jadi hujan lebat. Tapi tak jadi.

7. Ain baru takut dengan Mai. Itulah Mai, gua dah suruh ko kecilkan paha.

Yang kiri tu klon Mai, yang 2 dari kanan gua tak tahu klon siapa.

8. Set kali ni power betul. Kalau nak harap si Anis 2nd year tu tak ke mana set kali ni.


Setting 3 generasi.

9. Pokok goyang scene last tu memang true KOREA!!!!!

10. Esok malam penyampaian hadiah. Gua nak satu benda je, satu benda je. Doakan gua dapat benda tu. Gua nak buktikan sesuatu kepada seseorang.

****

Dah 2 hari show berakhir, tapi semua masih meroyan dan cuba mengisi kekosongan pagi-pagi buta yang dulu penuh dengan warna-warni dan jerit-pekik mak memanggil Ain.

Sekarang lohong kosong itu sudah tidak dapat diisi lagi. Ia akan terus menjadi lohong yang dalam dan gelap. Namun, lohong itu mengingatkan kita semua bahawa,

" Kita pernah di situ. "

Cukuplah dengan memori tu.

p/s : nak budak tu menang sesuatu supaya aku boleh buktikan sesuatu pada seseorang. personal glory, maybe.

fin.

Thursday, November 10, 2011

AUKU

AUKU adalah Akta Universiti dan Kolej Universiti.

Sebenarnya benda ni dah lama, dan aku pun baru nak tulis.

Apa-apahal, yang nak bangkang AUKU tu sangat kenalah sedar bahawa AUKU adalah Akta Tubuh Universiti, tanpa AUKU macam mana sesuatu IPT itu hendak ditadbir?

***

" Tiada sesiapa jua, semasa menjadi seorang pelajar Universiti, boleh menyatakan atau berbuat sesuatu yang boleh ditafsirkan sebagai menyatakan sokongan, simpati atau bangkangan terhadap mana-mana parti politik atau kesatuan sekerja atau sebagai menyatakan sokongan atau simpati dengan mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang haram. "

Itu lah Seksyen 15(5) yang dikatanya agak kontroversi tu. Anyway, kes tu dah setel di Mahkamah Rayuan, dan Mahkamah Rayuan sendiri dah decide Seksyen tu tak relevan dan menghalang pelajar berfikir secara kreatif.

***

Ini pendapat gua.

1. Kreatif tu bukan datang dari apa pertubuhan (politik atau tak) yang kau join. Kreatif itu bagi aku datang dari kesungguhan kau. Kalau kau masuk parti politik just for the sake of joining them, so apa kreatifnya di situ?

2. Mahasiswa bagi aku adalah jiwa muda, di mana mindanya boleh kita kata agak reaktif. Macam mana kalau orang berjiwa Voldemort hasut mereka ini? Sudah tentu jadi kacau bilau bukan?

Bukan semua minda di IPT boleh berfikir secara rasional. Pahit untuk diakui, tapi itu benar, tengok sendiri orang yang membantah/menyokong AUKU ini tanpa faham betul-betul apa bendanya AUKU itu.

3. Saya baca di MalaysiaKini "AUKU menghalang mahasiswa dekat dengan golongan kelas bawahan dan sebaliknya mahasiswa lebih suka enjoy". Ada betulnya, selaku pemimpin masa depan, apa salahnya kalau kita ambil masa dan tengok golongan kelas bawahan? Tapi, apa kena mengenanya dengan AUKU?

4. Kita ada PTPTN, kita ada JPA dan pelbagai bantuan untuk mahasiswa. Malah mahasiswa diberi peruntukan untuk pelbagai jenis aktiviti. Di Chile, pelajar buat demonstrasi jalanan semata-mata untuk perjuangkan sistem pendidikan mereka. Soalan : Adakah negara kita seteruk mereka?

****

Kesimpulan

Kalau dilihat dari aspek tertentu, aku rasa Seksyen 15(5) ni ada juga mengongkongnya. Kalau kita dikatakan sebagai pemimpin masa depan, kenapa kita tak diberi peluang untuk melihat sendiri how this country is run?

Tapi, aku masih berpegang bahawa, akal sesetengah mahasiswa ini masih lagi reaktif. Mereka akan emosi dengan sedikit provokasi. Bagi aku golongan inilah sebabnya Seksyen 15(5) diwujudkan.

Aku tak bangkang, aku juga tak sokong, tapi melihat pada keadaan pilihanraya kampus aku dah nampak betapa emosinya mahasiswa jika bergerak dengan panji politik.

Apa pula jadi kalau mereka terlibat dengan politik sebenar?

p/s : bukan masalah untuk pelajar berpolitik, masalahnya bila politik itu dibawa masuk ke dalam kelas.

fin.

Tuesday, October 25, 2011

Facebook-ers

Satu ketika dulu gua deactivate FB. Sebab gua rasa FB dah tak perlu.

Lepas tu gua activate balik. Sebab gua rasa perlu balik. Sebab bila gua deactivate gua rasa ditinggalkan. Segala jenis hal dibincangkan dalam FB. So gua nak ambil bahagian. Dan gua perlu tahu benda-benda yang berlaku di sekeliling gua juga.

Sebab kebanyakan orang yang ada FB ni, semuanya tak ada handphone, emel dan sebagainya. So satu-satunya cara untuk berkomunikasi dengan mereka ni adalah menggunakan FB.

****

So fine, gua buka FB. Tapi gua tengok macam tu juga.

Link dakwah dishare beramai-ramai. Dan orang like kalau ada kena mengena dengan pandangan mereka. Lepas tu ada la seorang dua komen. Yang selebihnya tahu share ja. Yang share tu baca semua ke tak entah la.

Status bersifat sosial masih lagi banyak, so what? Dah memang laman sosial kan? Dan FB awek cun dan seksi memang cepat dapat komen kalau dia tulis " Tali bra I putus."

Status menganjeng dan mengumpat memang femes. Banyak orang nak babitkan diri mereka. Ini terbaik. Tulis saja macam ni " BN tu kurang ajar. " Maka ramailah yang akan komen.

****

Kat luar negara, Bhutan dan beberapa negara Eropah, tunjuk perasaan berjaya diadakan hanya dengan bantuan FB.

Tapi gua tak tahulah, orang Malaysia ni. Kalau ada status berunsur perbincangan, benda penting dan sebagainya kita buat tak tahu saja kan?

Don't give me "aku tak ada ilmu banyak nak komen situ" shit. Kalau kau diam sampai bila-bila kau bangang ada FB tapi tak ada ilmu.

Dan kalau ada post berunsur perbincangan, kenapa kebanyakan orang kita buka dan "kejap lagi lah komen". Dan seterusnya buat komen bangang macam "k" atau "ikut ah" atau "hoi gua nak pergi tengok wayang, jom ah".

Majulah sikit warga manusia. Majulah. Kalau simpan FB hanya untuk flirt dan nganjeng, tolonglah bangun. Anda sekarang tak ada life. Go and make one before you end up as trash.

p/s : okey, jangan terasa. kalau tak buat jangan terasa. dan jangan nak masam muka dengan aku sebab benda ni. gua tujukan pada warga manusia bukan pada mana-mana Nur atau Muhammad.

fin.


Wednesday, October 19, 2011

JRR Tolkien







Untuk golongan yang tak duduk dalam gua mesti kenal JRR Tolkien. Ya dia adalah penulis Lord of The Rings yang sangat-sangat power.

Sebab bagi gua trilogi paling power yang gua pernah tengok bukan Godfather, bukan Pirates of the Carribean (gua tak kira filem nombor 4 tu sebahagian dari cerita asal) tapi adalah LOTR.

Untuk golongan yang tak tahu juga, novel LOTR adalah antara 4 buah novel sepanjang zaman yang terjual lebih 100 juta naskhah di seluruh dunia.

Apa yang menyebabkan Tolkien ni power?

Berbelas tahun, atau berpuluh tahun sebelum menulis LOTR, Tolkien buat draf Middle Earth dulu. Maksud gua bukan draf yang main-main.

Draf yang dia buat dari sejarah dewa-dewa zaman dulu, macam mana terciptanya Middle Earth, puak Aragorn (Numenorean), puak Elf dan puak Dwarf. Dah habis merangka semua ni baru dia tulis LOTR.

Punya power draf dari Tolkien ni, even bila dia dah mati sekalipun anak dia boleh lagi keluarkan buku berdasarkan draf ni.


Atas ni adalah peta Middle Earth First Age dan Third Age. Untuk LOTR, peta Third Age yang digunapakai (peta bawah.)


Bahasa dan Tulisan

LOTR ni memang klasik. Siapa yang baca buku dia akan tahu sendiri kenapa dia klasik. Satu buku dia penuh dengan poem. Yang belajar sastera Inggeris tahulah betapa indahnya bahasa dalam ni.


Dan lagi satu powernya adalah dia berjaya mereka tulisan Elf, dan bahasa Elf dalam ni. Ini adalah Angerthas, Elf Rune kalau tak silap aku. Simbol G tu simbol Gandalf.
Appendix

Bila korang baca LOTR korang akan berjumpa bahagian Appendix. Bahagian Appendix ni bahagia yang menceritakan apa-apa yang korang tak faham, dalam kes ni sejarah sebelum LOTR. Dalam ni dia ada listkan raja-raja sebelum tu dan family tree Frodo walaupun sebenarnya ada nama dalam ni tak ada kena mengena pun dengan jalan cerita.

The Hobbits


Selain LOTR, novel ni pun mencapai jualan lebih 100 juta dan antara top best selling fiksyen sepanjang zaman. Dan katanya novel ni dah pun dijadikan movie. Tahun depan keluar, Yippeeee!!!

JRR Tolkien

Sepanjang gua baca novel, gua tak pernah baca penulis yang sedetail ni. Kalau minat baca saja tak cukup, korang baca buku ni macam baca buku sejarah.

fin.

Saturday, October 15, 2011

Sebab Apa Kita Masih Bangang?

Kalau kau artis, politician atau ahli sukan, kau kena terima hakikat yang kau akan diperhati. Dan orang-orang macam inilah yang kita kata sebagai public figure atau role model.

Jadi setiap benda bangang yang kau sebut, orang akan quote dan setiap benda pandai yang kau buat pun orang akan gahkan. Itu resam dunia yang kau pilih.

****

Jack Marshall merupakan seorang kanak-kanak berusia 6 tahun yang merupakan peminat bola sepak. Menginap di England, dia juga merupakan peminat tegar bolasepak, kelab Manchester United.

Apa yang membezakan Jack dan kanak-kanak lain adalah dia menghidap barah otak peringkat akhir.

Dan minggu lepas, Jack telah menghembuskan nafasnya yang terakhir.

RIP Jack Marshall

sumber

****

Untuk meningkatkan tahap kesedaran masyarakat terhadap barah ibubapa Jack telah mendaftar satu akaun Twitter atas nama Jack.

Dan antara selebriti yang menyokong tujuan ini adalah pemain bola sepak England sendiri, Wayne Rooney dan Jack Wilshere.

Yang paling tegar sudah tentu Wilshere, walaupun berumur 20 tahun, dia kerap kali tweet tentang Jack Marshall (walaupun Jack Marshall adalah peminat Manchester United dan Wilshere adalah pemain Arsenal). Pernah pada satu ketika dia membawa Jack Marshall ke Emirates Stadium.

Jack Wilshere

Semasa jelajah Arsenal ke China, seorang peminat dari China datang kepada Wilshere dan bertanya perihal Jack Marshall. Ini membuatkan Wilshere sangat terharu, dan aku juga pada ketika itu.

Seorang pemain bola yang berusia 20 tahun berjaya menyampaikan mesej kepada dunia tentang bahayanya barah dan cabaran hidup seorang kanak-kanak berusia 6 tahun.

****

Secara konklusinya dunia sekarang ni penuh dengan selebriti. Dan sekarang ni bermacam jenis cara untuk mereka berkomunikasi dengan kita. Antara cara yang paling cepat adalah menggunakan Twitter.

Dan aku respek, orang macam Wilshere ni. Walaupun baru 20 tahun, dia menggunakan status selebriti dia ni untuk satu tujuan yang aku rasa, mulia.

So apa kaitannya tajuk di atas dengan segala cerita di atas.

Balik di Malaysia, sila cuba log in akaun Twitter anda dan follow akaun pemain bola Malaysia.

1. Protected Tweet. Maknanya orang selain orang yang follow mereka saja boleh baca. Well fine, aku rasa mereka perlu privasi (aku rasa kalau perlu privasi tak perlu buat Twitter kot, dah kau memang terkenal pun, even pelakon Hollywood pun delete akaun Twitter kalau rasa privasi diganggu, kau siapa yang nak protect tweet ni?) .

2. Dan lagi satu, tweet mereka tak ada satu pun membina.

Paling ketara tweet Amirulhadi (pemain Selangor dan Malaysia). Kalau awek komen, pantas balas. Balas pun cara sempurna terbaik. Pernah sekali seorang peminat Selangor wish good luck untuk perlawanan Piala Malaysia. Dan dia balas macam ni.

"ermmmm, k."

Ermmmmm, k.

Kualiti bola sepak kita dengan England memang jauh macam langit dengan bumi. Tapi sekarang terbukti mentaliti pemain bola sepak kita dan England pun turut jauh.

p/s : kalau tak percaya, follow sendiri Amirulhadi. Gua dah follow, tapi gua terus unfollow lepas 2 hari.

fin.

Wednesday, October 12, 2011

Drama Gampang II


Tajuk Drama : Jangan Hantar Aku ke Neraka

Sinopsis : Seorang ibu tunggal ada 3 anak. 2 laki seorang gadis. Eh silap. 1.5 laki, 1.5 gadis. Disebabkan hal tu, budak ni disisihkan. Orang kampung pandang hina sebab budak ni sotong. Tak ada orang nak kahwin dengan akak dan abang dia. Sampai last sekali abang dengan kakak emo terus halau adik. Last sekali mak mati, abang cacat, kakak kena rogol, adik lembut balik kampung simpan misai (ini gampang sekali ni).

Macam drama gampang yang lain, tajuk langsung takdak kena mengena.

Kegampangan :

1. Mak mati. Adik lembut balik nak tengok mak. Abang turun suruh orang kampung ikat adik lembut kat tiang. Orang kampung akur. Babi. Ini paling bodoh, ada tok imam bagai tengah baca Yasin, orang kampung boleh pula ikat sotong ni kat tiang rumah?

Paling babi samseng kampung ada datang masa tu. Pakai songkok duduk dari jauh gelak-gelak kat sotong ni. Motif??

2. Duduk kampung nama Salimah, pergi KL tukar jadi Sally. Ya Allahhhhhhh!!! Tak boleh lagi klise ke? Berapa ratus dah nama orang kampung pergi bandar tukar jadi nama Sally tah? Salim pun tukar Sally.

3. Duduk bandar rasanya dah kaya hantar duit kat mak RM500. Hantar pakai pos laju. Abang curi buat main judi. Gua tak tahu. Gua tak pernah buat. Nak hantar RM20 pun gua pakai money order. Abang dia tak jahat, budak tu yang bodoh letak duit dalam sampul pos laju.

4. Kalau lu orang lembut pergi bandar nak kerja cari butik pakaian saja. Setakat ni gua tak pernah lagi tengok drama orang lembut kerja kerani atau arkitek. Kerja butik ja.

5. Sekali kena rogol, terus pregnant. Lepas tu dah kena rogol trauma sampai baju pun tak salin. Trauma. Orang kampung boleh buat tak tahu pula. Tindakan yang diambil adalah talipon mamat lembut kat bandar.

6. Seperti mana tugas samseng yang biasa, mula-mula pukul abang sampai cacat. Lepas tu rogol akak. Kedua jenayah dibuat selepas ketuk pintu. Lepas buat jenayah pergi balik markas gelak-gelak. Paling gampang kayu pukul orang tersusun kat markas. Sumpah bangang yang jadi samseng tu.

7. Ending akak mati, adik lembut balik jaga abang. Sekarang dah ada misai. Misai nampak sangat lukis. Gampang la woiiii!!!!

Komen : Drama Melayu sekarang ni suka betul buat drama tak ada kaitan dengan tajuk.

fin

Monday, October 3, 2011

Drawing

Well, tak ramai yang tahu minat aku sejak kecil adalah melukis. Semua pasal terpengaruh dengan Dragon Ball.

Dulu, lukisan aku memang lahanat punya huduh. So aku berhenti bila aku masuk sekolah menengah. Then, tiba-tiba lepas setahun dua, keinginan tu datang balik. Dan aku pun lukis balik.

Aku tak expect lukisan aku akan cantik sebab dah lama aku tak melukis, but rupanya lukisan aku masih maintain. Tak lawa dan tak la gampang sangat.

Akak cakap its run in the family. Abang seorang arkitek dan sepupu aku kalau dia melukis mata seorang perempuan, kau memang akan rasa nak ambil simpan dan jadikannya Monalisa kau. Mata sahaja, baru.

Hence, baru-baru ini aku cuba melukis semula. Asah bakat yang terpendam.

Ini apa yang aku dapat. Sorry, stroke agak kasar sebab aku pakai pensil dan tak guna pembaris. Nak cuba adapt Blade of the Immortal tapi Hiroaki Samura sensei ada kelasnya tersendiri.

****

Aku suka tiru manga yang aku suka. Ini aku tiru dari manga One Piece.



Aku tak pernah cuba lukis potret. Hahahaha. So memang nampak celaka. Lepas ni dah taknak lukis dah potret.


Ini kawan aku suruh lukis.


Dan ini, lukisan yang aku sendiri pun tak tau datang dari mana. Aku ambil pensil dah dapat ini.


Dalam kepala otak ni nak lukis macam-macam, komik, rumah dan sebagainya. Tapi selalu sangat malas.

fin.

Thursday, September 29, 2011

Spektra



Gua tak tahu kalau lu orang sempat merasa benda ni atau tak.

Dulu masa zaman muda-muda, zaman takde Astro lagi, zaman MegaTV baru nak up, TV2 (ke TV1 tah, gua tak berapa ingat) ada satu slot drama Spektra. Slot ni lagi awal dari drama Kutub Utara Kutub Selatan kat TV3 senja-senja tu kalau lu orang ingat.

Standard RTM lah, dulu pun sama, slot drama ni kadang-kadang ceritanya gampang juga, tapi memandangkan gua kecik-kecik dulu suci, tak sunat lagi, dan tak tahu membezakan yang mana gampang yang mana tidak, maka gua pun layan la slot drama ni dengan arwah mak gua dulu.

(Arwah mak dulu merupakan pengomen tegar setiap drama. Setiap dialog dan pergerakan akan dikritik beliau. Gua rasa gua ada belajar benda ni juga kat dia.)

Berikut merupakan antara drama Spektra yang gua ingat.

1. Cerita pasal orang main badminton. Zaman ni baru setahun dua lepas menang Piala Thomas, masa tu Yap Soon Kit tak menang gangsa beregu tahun 1996 lagi. Cerita dia pasal orang tak reti main badminton belajar main badminton. Pastu ada la musuhnya. At the end menang la dengan musuhnya, lawan beregu. Eleh, buat-buat drop 1 set sebab nak bagi musuh over konfiden. Kahkahkah! Kadang-kadang bila gua tengok Lee Chong Wei kalah 1 set gua mesti ingat dia akan buat comeback macam drama ni.

2. Drama ni gua tak ingat langsung pasal apa. Gua cuma ingat pasal seorang perempuan yang banyak mulut tinggal kat rumah bapa tunggal ni. Satu hari mak perempuan ni datang. Maka mereka berdua pun pergi la pasar pergi beli ayam. Adegan ni gua ingat sampai sekarang sebab sampai saja depan gerai ayam ni, mak perempuan dengan perempuan saling pandang memandang lepas tu angguk kepala dan start kompelin harga ayam kat tauke ayam. Gua tak tahu kenapa gua ingat benda ni.

3. Lagi satu cerita pasal orang miskin kat Indonesia. Kahwin dengan orang sana, datang kat Malaysia, jadi kaya, pastu ingat famili Indonesia dah mati, tak boleh balik. Anak Indonesia dah besar, datang Malaysia cari ayah yang dah kaya. Ayah pula dah ada sorang anak. Maka bergaduhlah bila dah tau pasal identiti budak ni. Cerita ni sumpah best!

4. Ini drama tragik. Pasal seorang laki ni. Ada budak-budak gampang ni main kat kilang mercun. Lepas tu kilang tu meletup. Disebabkan laki ni nak tolong budak-budak ni, maka laki ni cacat. Lumpuh seluruh badan. Disebabkan keteguhan yang ada pada diri dia, dia belajar melukis pakai mulut. Laki ni nama dalam drama ni Mahmud. Nama kat luar Fendi Abu Bakar kot.

5. Ada satu drama tu. Cerita dia macam gampang tapi tajuk dia memang lejen. Tajuk dia : Kisah mencari Ayah. Kisah pasal seorang budak ni nak cari ayah dia kat Kuala Lumpur naik beskal.

Kesimpulan : Walaupun kebanyakan ceritanya macam gampang, tapi gua masih ingat juga. Sebab apa? Sebab cerita dia tak klise macam drama sekarang. Asyik-asyik cerita orang masuk ofis, lepas tu orang pangkat tinggi dengki kat orang pangkat lagi tinggi.

p/s : gua tengok drama dengan mak gua je. adik gua suka tengok cerita cina petang-petang.

p/p/s : kalau lu rasa cerita spektra ni klise juga maka lu silap. mana tahu entah-entah drama klise sekarang yang tiru spekta ni ye dok?

fin.

Tuesday, September 27, 2011

Pari-pari


Hanya ada 2 jenis pari-pari dalam dunia ni.

Pari-pari kerdil dengan pari-pari wajah bengis.

Yang kata ada lagi semua tu tipu.

***

Grats

p/s :
I'm like the morning mist. For when the sun rose I am no more.

fin.

Monday, September 26, 2011

Done and Dusted


Okay gua dah deactivate FB. Kali terakhir gua deactivate tahan seminggu ja. Macam gampang. Kali ni gua harap gua deactivate tahan la dalam berminggu-minggu dari seminggu.

Gua pun dah malas buka FB sejak gua ada Twitter dan gua tulis segala yang gua nak tulis dalam blog (gua dah ada 3 blog seperti yang dimaklumkan kawan gua).



****

Ada yang dah tengok videoklip Cinta Mukabuku? Gua sorang je ke rasa videoklip tu macam gampang?

p/s : I never know why I went back. But, I'm glad I did.

fin.

Friday, September 23, 2011

Gampang


Group Sumber Informasi Pelajar Baru.

Tapi buat post perli-perli banner Pesta Konvo yang pakai kain putih saja, tak lawa katanya. Siap tanya balik yang organise pesta konvo ni tak pernah masuk persatuan ke?

Aku tanya balik orang yang menulis pernah masuk persatuan ke? Kalau penganjuran macam gampang, perli dalam FB juga ke?

Lagi aku cakap kalau nak provokasi tak payah la di group ni.

Dia balas,

" mereka ini dulu pun pernah buat seperti macam ini kat aku "

Ahh, sudah. Apa gampang punya bahasa 'seperti macam' ni?

Lepas tu terus budak tu tak komen dah.

Seperti macam gampang perangai!

fin.

Wednesday, September 21, 2011

Twitter, bukan Facebook



Setelah berhari-hari gua baru dapat tahu yang Facebook dah tukar layout. Dan ramai yang kompelin, macam biasalah, ke atas layout baru ni.

Sesungguhnya gua sikit pun tak peduli. Sebabnya sekarang gua dah bergiat aktif dengan Twitter.

Sepertimana Nami dalam TTGB ( ya, aku pun baca juga TTGB kadangkala) yang katanya sudah jarang update blog disebabkan sudah ada Twitter, aku pun sama juga.

Sebabnya Twitter lagi mudah kalau nak rageeee, lagi compact dan yang paling palingnya Twitter boleh dihapdet pakai henpon hatta 3310 sekalipun dengan bayaran RM 1 seminggu.

(Aku rasa ini sangatlah worthy, aku dapat kontek adik aku di Poland dan kawan aku di Indonesia sebanyak RM 1 je. Siapa sanggup bayar? Dan aku buat semua ni guna henpon cikai sahaja.)

***

Sebenarnya aku dah ada Twitter sejak tahun 2009 lagi. Masa tu Facebook di Malaysia, Asia umumnya baru nak naik. Dan Myspace dah nyawa-nyawa ikan masa tu.

Aku buat Twitter sebab aku dapat info, di Amerika, orang di sana lebih menggunakan Twitter berbanding Facebook. Dan untuk tahu apa bagusnya Twitter, aku pun sign up, yang pada masa tu hanya Opah yang ada untuk aku follow dan dia follow back.

First impression, Twitter bagi aku terlalu simple, sebab dia hanya perlu update status ja itu pun tak boleh lebih 140 aksara. Aku pada masa tu berpendapat, disebabkan Twitter tak boleh upload gambar dan sebagainya, so Twitter ni no fun. So aku kembali pada FB.

Masuk tahun 2011, aku (atau kita secara umumnya) dah tahu segalanya tentang FB dan sudah tentu ada yang bosan sudah kan?

So pada Mei 2011 aku buat langkah drastik, aku buka semula akaun Twitter aku (yang pada masa tu dah dekat setahun aku tak buka) dan aku sign up supaya Twitter ni link dengan henpon aku.

Maksudnya sekarang aku boleh tweet di mana saja aku nak.

Aku juga follow akaun kawan-kawan, staronline dan pujaan-pujaan aku (tolak NajibRazak, mainly semuanya footballer.

Dan sejak tu tahap penggunaan aku di FB dan blog semakin berkurang.

(Mei aku hanya ada 300 tweet dan menjelang September aku dah ada 1700 tweet.)

***

Kelebihan Twitter.

Bagi aku Twitter lagi cepat menyampaikan maklumat dari FB.

Contoh, isu pemain bola nak kena jual mana-mana. Aku dapat terus tahu dari akaun pemain tu sendiri dan mana-mana akaun bola sepak yang aku follow. Tambahan pula akhbar dan mana-mana blog sukan sekarang pun banyak yang follow akaun sportsman untuk berita mereka.

Lagi, aku rasa ia lagi senang untuk interaksi berbanding dengan FB. Sebab apa? Aku tak payah explain lah, sebab bukan korang faham kalau korang tak ada Twitter.

Lagi aku follow akaun Najib Razak. Kehkehkeh! Yang ni best juga. Dengar dia merapu.

Even, Michele Obama pun ada Twitter, so aku figure out, kalau artis, pemimpin dan popstar semua ni berkehendakan untuk membuka akaun Twitter, aku rasa Twitter is really worthy. Dan dengan follow mereka ni anda akan tahu terus pemikiran mereka macam mana.

Contohnya Tiz Zaqyah. Semua orang yang dah percaya yang Tiz tu gadis sopan bila buka Twitter dia mesti melopong. She talked, and she talked bad. Kadang-kadang aku tengok dia macam budak remaja, bukan artis. And bila aku buka page FB dia, peh, skema.

Heh.

All in all, aku simpulkan kekurangkerapan aku membuka blog dan FB sekarang rata-ratanya sebab Twitter. Dan buat masa ini, aku rasa Twitter sudah cukup, dan ianya bagi aku juga jauh lebih bagus dari FB.

Jadi, harap maaf.

p/s : aku harap lagi ramai kawan-kawan aku ada twitter. aku tak follow ramai orang bukan sebab aku malas, tapi sebab twitter ni memang orang tak pandang pun.

fin.

Monday, September 19, 2011

Bosan

Sekarang ni hidup gua dah hilang punca.

Ecewah!

Mula-mula gua ingat nak abadikan hidup gua kalahkan Palie dalam Fantasy Football lepas kasi can dia menang mula-mula.

(Masa gua kasi can.)

(Masa gua still kasi can.)

Mudah. Dah menang dah.

Kalau gua tau macam ni, baik gua mula main masa game yang dah tengah-tengah. Baru nampak ada cabaran sikit.

***

Bilik baru rumah gua ni macam setan punya puaka. Payah nak tidur. Payah nak bangun.

***

ISA dah mansuh ni tenang la sikit gua nak kompelin dalam blog. Nanti tak pasal-pasal masuk lokap payah nak explain kat ayah gua nanti.

***

Okay lah. Gua nak pergi berak.

**awek tu nama shila amzah.
**gua tak pandang pun dia, dia yang nak snap gambar gua, pehal?
**payah lahanat tulis huruf S pakai paint!!!

fin.

Wednesday, September 14, 2011

Kisah Mencabar Palie

** palie merupakan kawan gua yang extra panjang.

Alkisah bermula....

Gua dengan Palie ada main fantasy football. Tapi Palie macam celaka jahanam punya perangai dia start satu minggu awal. Jadi maknanya gua ketinggalan dengan dia satu game. Dah la game first Palie dapat 60 point.

Maka ketika bermulanya game gua ketinggalan 0-60.

3 game berikutnya....
(klik gambar untuk tumbesaran)

Gua hanya ketinggalan 8 mata saja.

***

So gua pun cabar Palie. Kalau dia kalah dengan gua nanti, dia kena pakai baju Arsenal tengok bola dengan gua.

Palie akur. Gua rasa dia berdebar juga. Maklumlah gua belum pakai strategi all out attack lagi.

***

Berikut adalah mesej cabaran gua pada Palie.

Gua : Palie, minggu depan gua mesti menang.

Palie : we'll sea...

(gua tiru bulat-bulat ayat dalam sms)

fin.

Saturday, September 10, 2011

Cheers masa Orientasi itu Bangang?


Minda seseorang boleh membuatkan kita respek atau kita kecam dia habis-habis. Yang baiknya, dalam dunia serba moden minda kita semakin matang, semakin tahu berfikir. Dan itu semua bagus, merangsang kita untuk menjadi sesuatu yang lebih bagus.

Tapi kadang-kadang aku kesal bila tengok minda seseorang boleh menjadi terlalu *mind my words* bangang disebabkan politik.

****

Aku ada terjumpa, entah mana-mana, cari sendiri kalau berminat, tentang hal orientasi di UKM. Katanya pelajar ni banyak yang mental stress, sakit tekak dan lesu semasa minggu orientasi. Dan ada juga keadaan mental stress yang berterusan menyebabkan pelajar tidak dapat meneruskan pengajian dengan sempurna.

Oh. Dan ada juga kajian yang mengatakan pelajar dari luar negara mengatakan mentaliti mahasiswa di negara ini masih lagi bukan berada pada tahap minda kelas pertama.

Dan semua ini disalahkan pada tradisi MMP (sekarang BMP di UKM) yang banyak cheers dan aktiviti keanakan.

****

Aku rasa tak payah aku ulas panjang. Benda ni memang bangang pun.

1. Oversea student ada sekali masa MMP tak? Kalau tanya aku, aku tak pernah pula lihat. Jadi dari apa mereka kata mentaliti kita bukan lagi pada minda kelas pertama? Sudah tentu bukan dari MMP, bukan? Ke aku silap?

2. Dengan cheers lagi katanya kita akan mengundang semangat Assabiyah. Okay. Benda ni paling bangang. Lepas MMP ada jumpa budak KTHO pukul budak Burhan atas dasar berlainan kolej? Ada yang boleh melepak kolej lain sampai lupa balik. Assabiyahkah?

3. Cheers itu bukan kerja mahasiswa minda kelas pertama. Minda kelas pertama, itu definisi masing-masing, tapi apa yang setiap orang, PC dan budak-budak, cheer bukan sebab nak tunjuk yang mereka tu bangang, tapi sebab nak have fun. Simple as that. Jadual dalam MMP memang dah cukup ketat, tak boleh ke orang-orang ini have fun for some while?

4. Akan ada orang bangkang ' datang UKM untuk belajar, bukan untuk berseronok'. Tahniah. Untuk pengetahuan yang mahu membangkang, minggu orientasi bukan dibuat untuk belajar, ia dibuat untuk kesediaan pelajar untuk belajar. Dan tidak ada langsung aku tengok ada pelajar yang buat cheer sebagai tanda protes tak mahu belajar.

5. Hahahaha. Kamu semua pun pergi tengok wayang, bersiar-siar semasa minggu kuliah kan? Maknanya semua yang berbuat demikian bukanlah berada dalam tampuk minda kelas pertama?

****

Bagi aku cheers itu perlu. Kalau tak perlu sekalipun benda ni benda paling kecil untuk didiskusikan dan dijadikan isu.

Tapi, aku open. Kalau ada pihak mampu offer 1 modul tanpa cheers yang ada segala jenis pengisian yang sama dengan MMP kali ini dan dalam masa yang sama tak stressing, well, silakan.

For the mean time, just focus on the bigger things ahead.

fin.

Monday, August 29, 2011

Hari Raya


" Bulan lepas you dapat gaji banyak, bulan ni lagi banyak. Eh, you tak kerja masa raya eah? "


****

Ya. Gua tak kerja masa raya. Sebab gua dah berhenti pun bila raya.

Bagi gua raya masa untuk makan kuih, pergi sembahyang raya, pergi kubur, makan kuih lagi, makan laksa pula, tidur sekejap, sambung makan kuih dan balik rumah buat muka kesian kot kot ada duit raya.

Ya. Itu definisi raya bagi gua selain melayan sanak saudara dan budak-budak kecik serta berkumpul ramai-ramai.

Ya. Itu dia.

Bukan bekerja untuk triple pay 12 jam sehari macam orang tak ada life.

Bukan.

Jadi Selamat Hari Raya buat mereka yang sudah ketemu definisi Hari Raya paling bermakna.

Gua dah jumpa.

p/s : raya tahun ni jumpa gua kat Korea. tapi raya kedualah. raya pertama gua kat rumah, nanti kena cop derhaka mati pula gua.

fin.

Tuesday, August 16, 2011

Puasa 2


Kejadian berlaku dalam pukul 5 lebih macam tu dalam bulan puasa ni juga.

Brader 1 : Peh, lu tengok ketat tak ketat baju awek tu.

Brader 2 : Nak masuk neraka la tu. Pakai tudung pun macam tak pakai tudung. Tak puasa lah tu!!

****

2 jam sebelum kejadian tu Brader 1 dan Brader 2 tengah seronok-seronok minum kopi dan hisap rokok kat belakang kedai.

p/s : how hypocrites are ruling our lives today.

fin.


Monday, August 15, 2011

Shitbrix


Akak : Bagi saya kek yang ni ye. (tunjuk mana-mana sambil senyum)

Gua : Yang mana satu ya kak?

Akak : Yang ni. (senyum lagi)

Gua : Yang mango ke peach ye kak?

Akak : Yang ni lah. (senyum)

Gua : Errr, yang warna kuning ke oren?

Akak : Haah, yang ni. (senyum)

****

p/s : need to stop this rotten feelings. **headache.

Tuesday, August 9, 2011

Oscar


Semua orang pun tahu Hollywood. Semua orang pun tahu anugerah paling grand untuk filem-filem Hollywood adalah Oscar Award.

Kalau untuk muzik kita ada Grammy, untuk drama TV kita ada Emmy, dan Holy Grail untuk filem Hollywood pula adalah Oscar Award.

Semua orang pun tahu benda tu kalau kita minat filem Hollywood.

****

Tapi benda yang kita kurang tahu adalah kebanyakan filem Hollywood yang berjaya di Oscar atau tercalon di Oscar tidak ditayangkan di Malaysia.

Gua rasa pelik dengan hal ni. Gua tengok kebanyakan filem Oscar ada value dia yang tersendiri. Kadang-kadang ceritanya berat, kadang-kadang ringan tapi mesejnya masih sampai dengan cara yang tersendiri.

The Hurt Locker, Crazy Heart, The Fighter, The Blind Side, Black Swan dan The King's Speech. Tak banyak yang tahu tentang filem-filem ni walhal ia adalah filem yang mendominasi Oscar dalam dua tahun ni.

Jeff Bridges. Kalau bukan disebabkan Tron, kita mesti tak kenal Pelakon Terbaik Oscar 2010 dan tercalon sekali lagi pada tahun ni.

Jadi kenapa agaknya filem-filem ni tak ditayangkan di sini?

Bagi gua satu saja. Sesetengah filem ni mesejnya terlalu berat dan sukar untuk mentaliti orang kita yang mahukan hiburan saja. Justeru ianya sukar untuk dimaterialisasi dalam bentuk wang ringgit dan keuntungan.

****

Selaku orang yang minat teater, habis saja Oscar, aku akan mendownload semua movie available yang ada kaitan dengan Oscar tahun tersebut.

Dan setakat ini hasilnya tak menghampakan.

For the next entri aku akan fokus pada filem-filem Oscar yang berjaya menambat hati aku.

p/s : i'm bored. thus, i'm writing this type of entry. yeah.

fin.

Sunday, August 7, 2011

Puasa

Bulan puasa ni bulan berkat. Bulan cover dosa. Bulan paling bersih.

Bulan puasa ni juga orang kata tak elok nak emo-emo.

****

Tapi kerja di Sekret Resipi ni memang buat gua emo.

Bukan pasal kastemer yang macam-macam. Bukan pasal bos yang macam-macam. Tapi pasal rakan sekerja yang tak berapa nak pandai.

Gua tak faham betul.

Payah benar ke kerja Sekret Resipi ni? Penat sangat ke? Gua tengok kerja bawah aircond tiap hari. Tak ada pula kena kerja bawah matahari. Tak ada lah tiap hari kena angkat kotak besar-besar.

Penat sangat ke?

Dah tu pehal tak puasa!!????

p/s : lama-lama gua kerja sini gua rasa nak lempang je sekor-sekor yang malas puasa ni. cakap pandai. bangang!

fin.

Friday, August 5, 2011

Jangan Monyet, Jangan!



Siapa-siapa tak pernah tengok ni zaman kanak-kanak dia memang sengsara.

Oh, Selamat Berpuasa!!

fin.

Saturday, July 30, 2011

Ops Facebook 1

Objektif :
Membuktikan Facebook sudah menjadi gaya hidup, bukan lagi permainan suka-suka anak muda zaman sekarang.

Hipotesis :
Facebook sudah menjadi gaya hidup anak-anak muda sekarang.

Abstrak :

Semua orang ada Facebook. Dulu Friendster dan Myspace terkubur macam tu saja. Tapi ia tak jadi fenomena sepertimana Facebook. Jadi sejauh mana ianya menjadi fenomena? Adakah menjadi gaya hidup? Adakah ramai anak muda zaman sekarang mendewakan Facebook dan menganggap apa yang diperolehi dari Facebook adalah benar?

Slutwalk, satu perarakan jalanan (bukan Bersih 3.0) telah diadakan di seluruh dunia (Korea dan USA antaranya) hanya dengan bantuan Facebook. Revolusi tahap kecil di Palestin dan Nepal berjaya diadakan dengan Facebook. Malah rejim Israel menganggap Facebook sebagai satu ancaman.

China sudah mengharamkan penggunaan Facebook sejak bertahun lalu.

Malah, ada cubaan untuk memulakan revolusi di Arab Saudi menggunakan Facebook.

Jadi sejauh manakah kehebatan Facebook? Saya cuba menyingkap fenomena ini.

Kaedah :

1. Ubah birthday dalam Facebook dan tengok ramai mana orang yang komen.

2. Minta maaf setelah buat benda lahanat ni sebab benda-benda yang melibatkan Facebook selalunya boleh buat putus kawan.

3. Dalam sebulan lebih sikit, ubah sekali lagi birthday anda dan tengok ada lagi tak orang yang wish birthday anda lepas tu.

Keputusan Awal :

1. Pada awal kajian, aku dapati ada lebih 60 orang wish kat aku. So aku minta maaf pada 60 orang tersebut. Niat anda sweet. I'll appreciate it anyway.

2. Pada sesi kedua penukaran birthday aku nak tengok akan adakah pengulangan orang yang sama wish birthday. Jika ada ianya membuktikan satu teori aku bahawa orang tu tak pernah tengok wall aku pun, dia sekadar wish sebab ada notification dari FB.

3. Dan jika nombor nanti masih dalam lingkungan 30 ke atas, aku berjaya membuktikan yang kita sekarang hidup dalam 'Facebook circle'. Apa saja maklumat yang kita nampak di FB kita anggap betul tanpa kita digest sepatutnya.

NOTIS:

Buat rakan-rakan yang telah wish semalam, terima kasih. Saya hargai ingatan anda walaupun semalam bukanlah hari lahir anda. I received some sweet wish from you guys and I really appreciate it. Minta maaf kalau saya telah memainkan hati dan perasaan anda.

Yang mana tak puas hati boleh roger saya. Boleh kita jumpa, minum-minum teh sama-sama. Yang perempuan saya belanja.



eksperimen akan bersambung sebulan lagi.....

Wednesday, July 27, 2011

Senang Jadi Bos

Gua cakap betul. Jadi bos ni memang senang.

Lu nak datang kerja pukul berapa pun lu datang la, takkan ada orang berani maki. Bila datang suruh la siapa-siapa buat kopi kat lu. Bila dah siap kopi dah boleh start kerja.

Dah bosan buat kerja keluar la jalan-jalan. Kerja yang tak siap lu suruh assistant lu buat. Bila balik lu ambil semula kerja tu dan sambung balik benda yang dah tinggal sikit. Kalau boleh buat-buat sibuk sambil jalan laju-laju, so orang tak berani marah.

Bila ada orang tegur lu, lu boleh tegur pekerja lu, suruh diorang baiki kesalahan tu. Tak ada hal.

Kalau ada salah silap, lu buat meeting tergempar lu maki la siapa-siapa yang lu nak maki. Potong gaji kalau boleh.

Kalau malas datang kerja lu talipon ofis cakap lu sibuk. Kalau boleh datang ofis seminggu sekali. Dah datang seminggu sekali tu jangan duduk saja, cari kesalahan pekerja-pekerja lu. Boleh maki-maki kalau nak.

Lepas tu boleh balik, tidur atau main badminton.

****

Macam gua cakaplah. Jadi bos ni senang ja.

Tapi nak jadi bos yang bagus, itu susah.

fin.

Tuesday, July 26, 2011

Cerita Tauladan

Gua harap cerita benar ini boleh dijadikan iktibar sesama kita. Maklumlah, kita ni kena saling ingat mengingati.

****

Pada suatu ketika, petai berbuah dengan lebatnya. Maka Cik M pun mengait petai yang berdozen banyaknya tu dan dihimpunkan di dalam rumahnya.

Bila terlihat jutaan petai di rumah, maka ditanyalah pada Cik M nak buat apa dengan petai banyak-banyak tu?

Maka dijawablah oleh Cik M jenis menjawab tak pandang muka dan buat-buat sibuk.

" Nak sedekah kat oranglah. Dapat pahala, barulah ayam kat rumah tak kena penyakit. "

Jawab Cik M yang juga merupakan usahawan ayam kecil-kecilan.

Baru-baru ini ayam Cik M didapati mati 5 ekor. Sebab kematian masih lagi tidak dapat dikenalpasti.

****

Moral : Entah korang dapat tak dapat moral cerita ni. Ye, kalau nak buat baik, ikhlas lah. Buatlah kerana tuhan, bukan niat supaya tuhan balas jasa kamu.

" Aku tidak meminta rezeki daripada kamu, bahkan Aku yang memberi rezeki kepada kamu"

Itu ayat al Quran. Dia akan bagi pada orang yang usaha. Tapi janganlah bersedekah pun ada niat minta balasan.

I just think thats wrong.

He give what He want to give. We just accept it cause we know its the best.

fin.

Monday, July 25, 2011

Bacalah Harian Metro.

Semua orang pun mesti dah tau apa yang jadi kat Norway. Walaupun gua tak tengok Buletin Utama, Dunia Jam 10, tapi gua masih juga tahu apa yang jadi.

Hasil dari pembacaan media cetak yakni akhbar.

Pada yang tak tahu, boleh belajar-belajar ambil tahu. Pada yang tak tahu tapi pasal Bersih 2.0 dia serba tahu boleh pergi mampus.

****

Okay, kejadian yang berlaku di Norway mengejutkan seluruh dunia. Seorang lelaki telah mengebom bandar Oslo dekat Parlimen dan telah menembak mati 85 orang remaja di pulau Utoeya kalau tak silap aku.

Dia menyamar jadi polis dan memujuk mangsa keluar dengan alasan mahu membantu. Setelah mangsa keluar dia menembak mati semua orang.

Bagi gua hal tembak menembak di negara orang putih ni bukanlah benda baru. Tapi bila ia dilakukan oleh seorang lelaki dan mengambil nyawa hampir 100 orang (97 orang setakat hari ini), gua rasa ianya satu benda yang sadis dan sangat ganas.

Kamonlah. Gua main Counter Strike sejam lebih pun tak mampu bunuh orang sampai banyak tu, ini dalam realiti seorang lelaki buat macam tu.

Apa-apa pun lelaki ini dikatakan seorang aktivis yang membenci orang Islam, beliau pernah menulis di dalam blog yang katanya lebih kurang macam ini " 13% of British Muslim is prone to al Qaeda ideology ". Beliau juga dikatakan sangat membenci konsep multirasial yang diterima Eropah dan Norway.

Tapi gua masih belum jelas lagi tentang motif beliau.

For me, he deserved death sentence. The cruelest way possible.

****

Oh pasal tajuk di atas. Alah, semalam kan tajuk cerita di Norway ni jadi front page semua paper. Cuba lu baca Metro semalam. Apa front page dia?

Pasal seorang pondan yang buang kemaluan.

Wartawan dia memang lagi pentingkan pondan Malaysia dari 100 nyawa yang terkorban di Norway.

Oh, tajuk cerita pasal Norway hari ini lagi best.

" Beihrik ingin hapuskan Islam. "

Bangang punya Metro. Dia tahu ke tak tahu apa yang dia tulis tu? Salah dan boleh mencetuskan emosi. Bodoh!

Beihrik tu orang yang bertanggungjawab pasal kejadian di Norway tu. Dan dia sepertimana yang aku kata, tidak suka konsep multirasial di Eropah. Kalau dia nak hapuskan Islam kenapa dia tak pergi Arab Saudi, Iraq atau Iran. Bom negara tu. Instead, dia bom negara sendiri.

Dia lelaki yang ingin mencetus revolusi, bukan mahu hapuskan Islam, bodoh!

Tapi Metro still lagi akhbar tabloid yang paling dibaca rakyat Malaysia. That speak about our mentality.

****

Metro is our version of News of the World. Apa? Cerita pasal News of the World pun tak tahu? Baik lu pergi belajar mengaji kalau macam ni punya bangang.

Tu la, selalu sangat baca Harian Metro!

fin.

Wednesday, July 20, 2011

Perlis

" Dah ada 2 dah Secret Recipe kat Perlis. Dah maju dah Perlis sekarang ni. "

Kata seorang kastemer Secret Recipe.

Nampaknya dia menjadikan Secret Recipe atau francais makanan, kedai-kedai berjenama untuk dijadikan batu pengukur kemajuan Perlis.

Ok, nanti aku komen panjang pasal isu ni. Dah nak kena masuk kerja balik dah. Lambat kena potong gaji pula.

to be..

Tuesday, July 19, 2011

Liverpool 6-3 Malaysia


Maaflah sebab lambat. Bukan apa, gua jadi segan nak tulis. Takut nanti tak pasal-pasal orang suruh gua buka baju celah-celah CC ni. Kang jadi isu pula. Gua bukan ada 6 pack lagi.

Oklah. Tulis banyak-banyak budak sekolah malas baca. Jadi gua pendekkan dalam point form.

1. Gol Safiq Rahim tu agak-agak Gerard boleh buat tak?

2. Gol Safee Sali tu lagi hensem dari gol Torres dulu-dulu.

3. Fan Liverpool hari tu gua bimbang juga ramai yang tak solat Maghrib.

4. Bila Carragher dah keluar, defend Liverpool main macam Myanmar. Tahun depan Carragher konfirm injured lagi. Buatlah main macam Myanmar tu.

5. Sudah-sudah la pasal fan Arsenal boo team Malaysia. Sekarang lu orang nak jadi patriotik la. Sebelum menang AFF dulu, semua pun cakap Malaysia main macam sampah. Masa tu takde pula hal patriotik ni. Game ni gua tengok gol Liverpool lagi kuat orang jerit. Patriotik? Kah! Kah! Kah!

6. Macam biasa, Arsenal lagi power dari Liverpool.

7. Gua harap polis tak ambil tindakan dekat budak MU yang buka baju tu. Kalau buka baju pun kena tangkap, pakai baju pun kena tangkap, gua akan jadi buntu terus.


fin.

Friday, July 15, 2011

Fan Liverpool Terkena!!

Kah! Kah! Kah!

Semua orang pun tahun Arsenal, Liverpool dan Chelsea semua datang ke Malaysia atas tujuan mengukuhkan fanbase dan dapat banyak wang di sini. Ura-ura katanya Arsenal dapat 15juta waktu sampai di Malaysia.

Tapi at least pemain, coaching staff dan manager kena lah juga tunjuk pada fan di sini yang diorang peduli.

Contoh, walaupun datang 2, 3 hari, budak-budak Arsenal sempat buat promosi di Midvalley, tweet di Twitter, upload gambar dan sebagainya sebagai tanda yang mereka peduli atau saja-saja tunjuk yang mereka terharu dengan sokongan orang Malaysia.

Tapi bila baca paper hari ini, gua tengok budak-budak Liverpool semua dah terkena. Dalglish dah balik ke England tak sampai sehari sampai ke Malaysia.

Jadahnya?

Kononnya dia nak ada bila Liverpool beli Stewart Downing. So he left 24 players to be with just one. Bagi aku ini ada satu tanda disrespect. Sebab macam kita semua tahu, fan MU dan Liverpool adalah sangat ramai dan hardcore di sini. Dan diperlakukan sebegini sangatlah faker.

No Gerard, No Suarez and now not even Dalglish.

Tak pernah datang pun Malaysia, and Malaysian Kop, dia tak peduli pun anda semua.

Hahahahaha!!

fin.

Thursday, July 14, 2011

5 Kali Kena Trolling

Seperti mana yang dah sedia maklum, gua tengah kerja di Secret Recipe. Baru dua minggu, tapi dah penat gila sebab setiap hari kerja 12 jam.

Dan gua jadi lagi gelisah memandangkan budak yang kerja dengan gua dah resign. Jadi kerja gua jadi lagi berlambak-lambak.

Tapi Secret Recipe kan pujaan ramai, setakat 2 minggu gua duduk sini dah ada 5 orang datang minta kerja kat sini. Jadi gua bersyukur. Ada la juga orang nak kurangkan beban gua nanti.

***

Budak #1,
Budak perempuan ni minta part time. Macam-macam bos tanya dia awal-awal, dia angguk je. Bos tanya bila boleh start, dia cakap paling awal pun Isnin. Dia balik, bos panggil semula interview dan gua tak tahu apa yang berlaku.

Budak #2,
Budak lelaki, yang ni kacak. Bos interview juga macam-macam. Gua tak dengar apa atas sebab komitmen dengan tugas.

nota : selang beberapa hari lepas tu, masa bos bergurau kasar dengan pekerja lama bos keluarkan statement 'lu orang tak ada alasan lagi haaa, esok dua staf baru nak masuk'.

kesan : sampai ke sudah gua tak nampak bayang budak berdua tu.

***

Budak #3,
Cerita ni epik. Dia datang hari kawan gua tu nak resign. Jadi gua memang bersyukur gila babi. Kira ada pengganti la, tak la gua jadi kuli 100%. Boleh gua agihkan tugas kuli tu kat dia sikit. Gua tak dengar apa yang dibincangkan, tapi last sekali bos salam tangan budak laki tu.

nota : gua jadi optimis bila malam tu bos suruh gua ajar budak baru yang akan datang esok. gua jadi suka. boleh gua buat teman nyembang.

kesan : sampai ke sudah juga gua tak nampak bayang budak tu. gua masih jadi kuli 100%.

***

Budak #4 dan #5,
Budak perempuan berdua ni datang semalam. Nampak macam tak ada potensi pun nak dapat kerja. Tapi kalau ikutkan, gua datang pun macam celaka dapat saja kerja. Dan betullah, memang diorang dapat pun kerja tu.

nota : kawan sekerja bisik esok ada dua orang budak nak masuk.

kesan : pergi mampus gua nak percaya lagi!!!!!!!

fin.

Wednesday, July 13, 2011

Arsenal FC - The Best Team in The World



**post bersifat global. jadi ditulis dalam bahasa Inggeris.

Finally the Gunners has touched down in Malaysia. The last time Arsenal arrived here in Malaysia, Patrick Vieira has not yet become captain, Henry is not at his prolific best yet and the likes of Cesc Fabregas, Robin van Persie, Jack Wilshere is still a young children.

Today the Gunners will face Malaysia XI. Unlike the class of 1999, this Malaysian team has shown significant progress for this past three years winning the Asean Suzuki Cup earlier this years and remain unbeaten on international scene ever since.

I might not be watching the game today, much to my disappointment as I have other commitment to abide.

But I expect both team to give the best.

I have been an ardent Arsenal fans since the year before the Japan World Cup. I had known Martin Keown, Lauren, Reyes, Pires and Wiltord.

As far as what I'm concern on, the class of 1999 went on to become the Invincibles during 2004 season after the came to Malaysia. And I believe the class of 2011 would achieve greater heights also.

So, for Arsene and the squads, I and all Malaysian Gunners wishing you all the best.

Lets beat Chelsea, Manchester United and City to the title next year. And as for Liverpool, they are long gone.

Heh!

p/s : guess my English is this good huh?

fin.

Tuesday, July 12, 2011

Monday, July 11, 2011

Bodoh

Bila Bersih dikaitkan dengan agama itu tersangat la bodoh!

Bukan main ramai dalam FB mengaitkan bahawa Ambiga itu adalah orang yang menentang Islam, menyokong murtad, jadi menyokong perjuangan Ambiga ibarat seperti menjatuhkan Islam, menyokong saudara Islam yang murtad.

Well, aku bukan mana-mana serbanistas tapi aku meluat bila isu agama dikaitkan dengan hal seperti isu demonstrasi jalanan ni.

Aku tak tau hal berkaitan Ambiga itu betul atau tak, tapi apa yang aku tau Melayu/Muslim yang menyokong Bersih itu bukan berniat untuk menjatuhkan Islam. Mereka ada niat mereka yang tersendiri.

Jadi siapa kita untuk menilai mereka macam tu? Kenapa nak tuduh saudara seagama kita nak menjatuhkan agama kita sendiri?

Anda memang la bangang kalau berfikiran macam tu. Bersih adalaha satu demonstrasi jalanan yang nak kita ada pilihanraya yang adil. Leave it that way. Tak payah nak kaitkan dengan isu agama, bangsa dan sebagainya. Benda ni akan jadi panjang kalau benda macam ni diusulkan pula.

Sedangkan kita semua tahu, tujuan rally hari Sabtu adalah untuk apa.

Bukan sebab agama.

Aku bukan penyokong Bersih tapi aku sangat rasa terhina sebab mentaliti kita sangat bodoh bila semua benda kita nak kaitkan dengan hal agama dan bangsa.

Jangan jadi paranoid sangatlah!

fin.

Saturday, July 9, 2011

Baru Belajar




Ini fire hose.

Baru belajar dekat Sikret Resipi Kangar.

p/s : fire hose pun kena lap ke brader???

fin.

Friday, July 8, 2011

D-Day (Demonstration Day)

Sejak dua menjak ni banyak sangat roadblock. Nak pakai baju KDO (warna kuning) pun rasa serba salah. Nanti kena cekup polis pula.

Okay, seriusly benda ni dah mencapai tahap bangang yang paling bangang.

Mula-mula kata boleh bagi kebenaran kalau demonstrasi buat kat stadium. Lepas tu pula kata Bersih ni tak berdaftar jadi tak boleh bagi stadium kerajaan.

Mula-mula kata boleh bagi kalau ada permit. Then cakap Bersih ni sesuatu yang melanggar undang-undang, so tak boleh bagi permit.

Come on lah beb.

Jangan la handle benda ni sebangang yang mungkin. Tiap hari ada saja berita yang tunjuk orang yang tak suka Bersih tu bangang-bangang orangnya.

Abang-abang polis pun tolong la berhenti tangkap orang pakai baju kuning. Buat roadblock ala-ala sudah la. Orang jadi paranoid tau dengan benda ni!

Gua tengok bukan main banyak mahkamah penuh sebab kes Bersih ni. Tak ke buang duit rakyat tu? Beribu-ribu duit habis sebab orang jual t-shirt. BANGANG!

Tolong la hentikan benda ni. Kalau esok ada demonstration tapi tak ada apa-apa yang berlaku, yang malunya siapa?

Polis dan kerajaan! Tu pun kalau tak malu lagi.

fin.

Wednesday, July 6, 2011

Paranoia

Baca blog ini, http://mpz-howisee.blogspot.com/

Ini blog abang sahabat gua. Dia memang lagi tua dari gua, dan sah-sah dia memang lagi matang dari gua. Walaupun gua kadang-kadang bias, tapi cara penulisan brader ni sangat telus dan global. Furthermore ianya menyentuh aspek serius yang bukan diambil terus dari buku tapi berdasarkan pengalaman dan sumber lisan.

Nak percaya atau tak, depend. But it worth pondering.

****

Okay, semua orang dah tau pasal Bersih 2.0.

Aku boleh simpulkan Bersih ni sebagai satu benda saja, paranoia. Yang satu paranoid dengan demonstrasi jalanan yang kononnya akan menggugat keamanan negara dan mengisytiharkan perang pada Sultan. Dan yang satu lagi paranoid dengan isu pilihanraya yang tak telus.

Okay, sudah-sudah la dengan paranoid masing-masing. Katanya Bersih pun dah setuju nak buat demonstrasi dalam stadium.

Tahun ni people power sangat kuat. Hosni Mubarak digulingkan oleh demonstrasi yang paling besar dalam sejarah Mesir. Katanya, kumpulan orang ini dapat dilihat walaupun berada di langit. Silvio Berlusconi, antara pemimpin negara Eropah yang paling lama memerintah juga dilihat semakin goyah di Itali.

Semua ini kekuatan rakyat. Pemerintah yang dilihat tidak mampu memerintah, akan digulingkan oleh suara majmuk.

Berbalik pada situasi negara sendiri. Apa yang anda nampak pada Bersih?

On one side, aku nampak kerajaan sangat-sangatlah paranoid. Aku tak tahu kesahihan ada perkaitan Bersih dan militan Filipina atau mereka ini merancang untuk menghidupkan semula Komunis, tapi dari media aku nampak paranoidnya kerajaan kita.

Kenapa perlu tangkap orang yang bertshirt Bersih? Aku yang tak tahu menahu ini hanya dapat menafsirkan yang kerajaan nak memasukkan elemen takut dalam diri rakyat supaya jangan melawan. Well, tough luck, untuk golongan rebel, benda macam ni lagi la membentuk peluang untuk mereka memberontak.

On the other side, pembangkang juga jelas menunjukkan kebangangan mereka. Bersih itu mungkin perlu, tapi apa saja yang boleh dicapai dengan demonstrasi. Apa sudah jadi dengan Parlimen mereka yang katanya ingin menawan Putrajaya tahun lepas?

All talk only.

PRU lepas mungkin rakyat sudah fedap dengan BN dan cuba mencari angin baru, membuka peluang baru. Dan pembangkang sudah mendapat lebih kuasa dalam Malaysia. Malangnya, ini bukan opportunity taken, but opportunity wasted. Dalam 2,3 tahun ni pembangkang nampak tegar untuk melawan kerajaan dengan cara-cara bangang melainkan lebih menumpukan untuk kepentingan rakyat.

Aku tak akan terkejut kalau PRU akan datang negeri pembangkang dapat semula kepada BN.

****

Frankly speaking, politics is already taking over our nation's leader rationale. Long term, kita yang akan sengsara, rakyat.

Bersainglah dengan cara sihat. Bangungkan negara and people will vote for you not by staging a rally, neither by arresting people who had Yellow Shirts.

fin.