Tuesday, November 23, 2010

Macam Bagus

Balik kampung ni sedap juga. Sambil minum teh waktu petang, gua boleh sembang dengan nenek gua yang dah berusia 77 tahun dah.

Seronok sembang dengan nenek. Salasilah keluarga banyak gua tahu. Dan nenek juga jenis yang takkan tanya pointer berapa atau dah ada teman wanita atau belum. Macam ayah gua juga.

Jadi bertambah sedap air teh yang gua hirup ni.

Kadang-kadang menapak juga seorang dua bertanya soalan sensitif. "Dah ada teman wanita?" atau "Bila lagi?". Gua diam dan terus hirup teh.

Minta harap maklum. Ada banyak benda gua suka kongsi tapi bukan benda pasal kahwin. Gua masih belum bersedia dan sudah tentu banyak lagi yang gua ingin capai sebelum gua mampu masukkan cincin tunang dalam wishlist gua.

Gua bukan orang yang takut usia menghambat untuk mencari jodoh. Gua nak cari sesuatu yang perfek atau hampir perfek.

Jadi jika ditanya lagi soalan tu pada gua, gua akan diam sambil minum teh.

***

Di kampung memang indah. Tapi ada juga yang tidak indahnya.

Itu yang gua tak tahan. Gua balik sekali sekala pun ada yang nak buat muka. Entah mana la agaknya salah gua. Tak seminggu lagi gua di sini. Gua rasa tak sempat lagi gua nak buat salah pada orang.

Ahhh, tekanan.

Tak suka tak apa. Gua boleh blah. Tapi jangan anggap lu bagus sangat.

p/s : banyak benda gua dah buat tapi gua tak pernah tunjuk hebat dengan orang. malah bila gua balik kampung gua rasa gua paling tak hebat.

p/s/s :
" dokk, jangan tulis benda gini. nanti ada yang terasa. "

dah kalau tak ada orang nak terasa buat apa gua menulis?

fin.

3 comments:

Fatin Mazelan said...

pehal lu? makin sedih plak wa tgk lu skrg ni.

Nazrin Saad said...

itulah dia. tekanan keluarga lagi sukar nak diterima akal dari tekanan kawan-kawan sebenarnya.

semua sbb kata2 pepe-entah ni. air dicincang takkan putus.

bukan sedih pun brader, tertekan ja.

Fatin Mazelan said...

perit dgn keluarga jangan dicerita. lu tgk wa hepi sedih bagai tapi lu belum pernah tahu macam mana wa kat rumah.

semua wa sorok. sedangkan apek pun masih belum tahu. ehe.

hal keluarga, sendiri je simpan. even pedih macam mana pun.