Saturday, April 30, 2011

The Royal Wedding - The Bridesmaid

Gua tengah browsing tentang fairy tale wedding antara Prince William dengan Kate Middleton, dan akhirnya gua jumpa benda yang gua terfikir dari awal gua baca The Star pagi ni.


The kiss was a fairy tale itself, tapi mata aku tak boleh lekang dari adik sebelah kiri ni.

Hahaha. Rasanya most people already figure out kenapa dia tutup telinga, sudah tentu sebab sorakan all of London for the newlyweds.

Budak ni, salah seorang daripada 6 bridesmaid untuk perkahwinan ni adalah Grace van Cutsem, goddaughter untuk Kate Middleton.

Hari ni sikap feminin gua terserlah sedikit sebanyak. Come on la beb, ini gambar kiss of the year if not the whole decade tu. Dan gambar Grace sedikit sebanyak menampakkan unsur kecomelan dalam wedding ni.


Comel!

sumber : thedailymail

fin.

Wednesday, April 27, 2011

Dilema Nasi Lemak


Gua tergelak bila baca paper ada kajian mengatakan budak sekolah sekarang dah makin obes, atau dalam kata lain makin gemuk. Gua lagi tergelak bila gua baca lagi paper penjualan nasi lemak akan mula dihadkan kepada sekali seminggu di setiap sekolah.

Apa la bangang salahkan budak-budak obesiti kat makanan di sekolah?

Dari peraturan bangang macam tu baik buat peraturan dekat fast food. Customer yang nak beli makanan fast food kena tunjuk ID dulu macam nak beli rokok dengan arak.

Generasi gua membesar dengan nasi lemak juga and we turn out to be okay!

Dari pening-pening fikir benda bangang macam ni baik fikir macam mana nak tingkatkan perkhidmatan awam dalam negara ni, macam mana nak atasi masalah pengangguran dalam negara.

Dalam banyak-banyak benda yang jadi cover page paper tahun ni, ini benda paling bangang sekali.

Malu sikit dengan member-member kita di Jepun, Syria dan Libya, tak ada masa langsung fikir masalah obesiti.

fin.

Kenduri Kahwin


Gua kalau kenduri kahwin ni gua suka basuh pinggan.

Sebab jauh dari pandangan orang ramai dan nampak efisyen dengan wujudnya checkpoint-checkpoint pinggan kotor di kalangan orang basuh pinggan.

Dan dengan senioriti yang gua ada, gua boleh maki budak angkat pinggan supaya buat kerja dengan lebih teratur dan cepat.

Tapi sekarang spesies orang macam gua dah kurang. Semua kenduri kahwin nak tempah katering!

fin.

Saturday, April 23, 2011

Penunggu Istana




Pernah dengar The Blair Witch Project? Filem ni bukan apa sangat pun, tapi fenomena selepas cerita ni adalah sangat menggempakkan.

Aku taknak cerita panjang pasal fenomena The Blair Witch Project. Tapi apa yang aku boleh cakap The Blair Witch Project is the first of its kind.

Kali ni kita ada Penunggu Istana. The first of ours. Dan setakat aku surf internet dan blog Uncle Seekers, aku dapati kita macam akan ada fenomena Penunggu Istana.

p/s : memang tak sehebat The Blair Witch Project, tapi aku seronok sebab ini yang pertama dari kita. dan hasilnya bukanlah langsung tak okay.

fin.

Thursday, April 21, 2011

Brader Barcelona II


Mana brader Barcelona semalam? Mana? Mana?

MANAAAAAAAAA???????

finel rezak : barcelona 0-1 real madrid

p/s : dah menang cup, main buang bawah bas. bangang punya ramos.

fin.

Monday, April 18, 2011

Kasi Malu Orang Melayu


Ini sinopsis cerita semalam.

Semalam gua tengok bola kat mapley dengan kawan-kawan gua. Yang panjang, yang gemuk dan lain-lain. Tiba-tiba berlaku adegan.

Seorang mamat ni (gua panggil Melayu la, senang sikit) tiba-tiba bangun pukul mamak seorang ni. Dah orang kasi setel, dia buat power lagi nak angkat kerusi konon nak hentak mamak ni. Melayu ni gemuk, so rasanya dia memang kuat. Dah habis adegan dia pergi duduk dan sambung minum.

****
Okay. Melayu tu bangang!

Khalayak ramai pehal nak buat macam tu? Pukul pula orang macam tu. Kalau jadi kes, lu malu, keluarga lu malu.

Yang lagi bangang boleh pula lepas tu duduk gelak-gelak dengan kawan dia. Bangang! Macam tak ada apa-apa jadi. Bangang!

Lagi sekali Melayu tu bangang!

fin.

Otak Kiteww Harus Rehaddd

Study 6 jam, selebihnya tengok AF dengan Mentor. Itu yang tak lepas peratus tu. Budak ni pelik lah!

fin.

Sunday, April 17, 2011

Mari Mengira Peratus!

Aku dah malas nak lawan. Bukan sebab tak boleh. Sebab diorang ni memang dah power.


Memang FAIL!!

fin.


Trolling is Fun


Pagi tadi gua buka page saya benci amir jadah tu gua dah tak boleh komen. Means dia dah block gua.

Kah! Kah! Kah!

Tapi panji-panji gua masih dikibarkan di situ.

p/s : aku suruh study upsr taknak, gigih nak buat group tu. emo lah tu.

fin.

Saturday, April 16, 2011

Tak Tidur Sebab Benda Ni


Pagi ni gua tak tidur lagi. Lepas sarapan RM1 cadangnya nak tidur. Payah juga kalau tak tidur ni, nanti Diana Daniele ajak dating tak larat pula.

Kemudian, nak dijadikan cerita gua ada jumpa page Maharaja Lawak. Peh, bila gua usha bukan main ramai lagi yang tak suka Amir dan kutuk brader ni dalam page ni.

Gua pun tak suka Amir, tapi orang dah cucuh api, gua suka letak minyak la lagi. Ini hasilnya.

Ini masa gua api-apikan admin group benci Amir tu.


Buat group pandai, jawab soalan FAIL!

Lepas tu kata orang bodoh.


Keh! Keh! Keh! Statement paling bengap sekali dari brader ni. Ikhlas??

****

Yang ni pulak, seorang budak perasan power cakap orang bodoh.

Dah la minat MU. FAIL!!!

****

Ini minah yang gua tak suka. Tulis macam tak pandai mengeja. Apa jadahnya gini?


Cikgu memang ada cakap ke peratus tak boleh tambah? Gua pulak kena da besau pown tak pndy.

Kah! Kah! Kah! Mengungkit pula tu sebab gua lambat balas. Kah! Kah! Kah! Yang ni pula gua marah dia sebab bahasa dia sangat menjengkelkan.


Mula-mula cakap dia budak-budak. Then cakap dah kerja. Hahaha, emo. Terkena juga minah ni. FAIL!!

p/s : rancangan realiti ni untuk hiburan saja. tak payah over sangat lah. dan tolong dan tolonglah perkasakan bahasa kita. sekian.

fin.


Mapley


Kalau lu nak tau mapley tu merupakan tempat paling happening di Bangi ni lepas jam 12. Mapley tu adalah akronim bagi Mamak Place. Kot. Gua main taram ja sebab bukan gua yang cipta akronim ni.

Waktu pagi macam ni penuh la mapley dengan budak-budak muda yang dahaga dan lapar air tangan mamak kat situ.

****

Tapi sejak kebelakangan ni gua agak selalu juga menolak jemputan kawan-kawan gua yang kerap ajak gua ke mapley waktu-waktu macam ni.

Bukan apa, gua cuma gusar bila gua fikirkan benda ni.

Tahukah anda semua makan waktu-waktu macam ni boleh mengakibatkan gemuk?

Makin jauh la harapan gua nak ada six pack hujung tahun ni.

Gua tak ada cita-cita untuk simpan badan macam ni.

p/s : saingan mapley sekarang ni gua rasa yang paling dekat adalah kafe ktho.

fin.

Friday, April 15, 2011

Brader Barcelona

Bukan Brader Barcelona

Kalau gua tanya mana kelab bola sepak yang paling power, maka ramai orang akan jawab FC Barcelona. Yang minat bola sepak, bola jaring, guli, congkak, porn dan makan pun akan jawab benda yang sama. FC Barcelona.

Tapi FC Barcelona ni memang power pun. Dah banyak benda dia menang. Sampai Justin Bibir pun minat Barcelona ni.

Pendek kata kalau ikut bahasa mudah faham budak-budak muda sekarang ni Barcelona ni macam Mawi dalam AF. Memang konfirm menang.

****

Tapi ini bukan cerita pasal Barcelona. Ini cerita pasal brader Barcelona.

Gua dah buat kajian. Dekat Bangi ni gua rasa tak ada seorang pun ada darah Barcelona. Gua yakin. Gua berani pancitkan tayar BJC3534 untuk buktikan point gua.

Tapi seorang brader ni gua nampak asal Barca menang saja dia kibar bendera Barca. Jenis mahal punya bendera. Lepas tu lari-lari sambil buat muka jenis konfiden lepas jawab exam.

Brader ni tak sedar agaknya yang semua benda ni kerja Yahudi untuk sesatkan kita semua ja.

Hari Ahad ni gua kompem tangkap gambar!

Lu tunggu! Lu tunggu!!!

p/s : gua takut brader tu ada seminar ja menjelang Ahad ni.

fin.

1,2,3...Off!


Lebih baik kau benci aku sebab ini diri aku yang sebenar dari kau benci aku sebab aku cuba untuk menjadi orang lain semata-mata untuk puaskan kau.

Minta maaf.

fin.

Wednesday, April 13, 2011

Karton Paling Power


X-Men The Cartoon.


1. Dulu kami ada ni. Sekarang Spongebob Squarepants. Dan orang hairan kenapa ramai pondan sekarang ni.

2. The best Wolverine ever. Bukan dalam movie tapi dalam kartun. Dan Rogue. Oh, sangat tak pondan.

3. Baca komen Youtube. Some guys jizzed in their pants just by watching this. Darn, they didn't make superheroes like they used to in the 90's anymore.

4. Dalam movie Cyclops dan Wolverine dilakonkan oleh Hugh Jackman dan James Marsden. Jackman adalah pelakon Broadway Australia, dan Marsden pula sekarang banyak berlakon dalam cerita pondan seperti Enchanted dan Hop. Sebab tu X Men the Movie sucks.

5. Lagi best dari mana-mana cerita Korea dan Justin Bibir.

fin.

Monday, April 11, 2011

Tulis Point Form Macam Exam


1. Gua ni memang lelaki. Bila gua nampak perempuan, gua akan ghairah. Dan gua juga akan cuba sedaya upaya gua menarik perhatian perempuan mana-mana yang gua rasa gua minat. Pendek kata gua tak gay.

Tapi memang macam haram la bila lu layan perempuan ja, tapi kawan lelaki lu layan macam semut. Nampak tak nampak je bai!

2. Manusia semua berubah. Kita terima dan adapt. Itu lumrah alam brader. Patutnya lu kena sapa pakcik Charles Darwin bila dia cakap pasal teori evolusi.

Tapi kadang-kadang kita tak sedar bila kita kata orang berubah, yang berubah tu adalah kita, bukan dunia. Muhasabah.

3. Kawan-kawan. Member-member ni memang best bila masa gelak-gelak. Bila time down baru la kita tau mana satu kawan, mana satu gampang. Yang dulu susah cari kita pun hilang bila kita tengah susah.

Jadi hargailah kawan yang betul-betul ada. Sebab kawan yang betul-betul ada tak minta apa-apa pun untuk ada.

4. Lagi cakap pasal kawan. Kalau kawan, kawan sajalah dengan ikhlas. Bukan atas sebab musabab lain.

Kalau dia ada kereta lu kenal. Kalau kereta dia pancit, lu buat macam sampah. Lu tu yang sampah sebenarnya.

5. Gua ni nampak je macam tak kisah. Tapi sebenarnya gua kisah. Gua terasa, tapi gua diam. Konon orang cakap perlu ada kematangan.

Jadi gua diam dan gua tak cerita kat orang atas dasar respek. Tapi adakah lu masih respek sama gua?

p/s : gua harap dengan penulisan point form ni gua akan dapat markah penuh. sekian.

fin.

Sunday, April 10, 2011

Birthday Wish

Gua sekarang ni tengok dah jadi fesyen. Fesyen FB.

Tengok dalam event baru tahu birthday member hari ni, klik, dan tulis "HB :)". Semua setel within 2 minutes.

Buat macam tahu birthday member seminggu sebelum, padahal tidak. Tak ikhlas langsung.

***

Sorry to say kawan-kawan. I prefer the old fashion way. Texting atau secara direct bagitahu dia selamat hari lahir.

Sebab at least nampak effort. Bukan mencari benda mudah.

Sebab tu saya tak wish benda kawan-kawan saya melalui FB. Jadi saya harap kawan-kawan saya tak ambil hati.

Amacam? Explaination ni okay tak?

p/s : gua plan nak hide/tukar birthday gua kat FB, nak tengok siapa yang tahu dan perasan.

fin.

Saturday, April 9, 2011

Dalam Movie ada Wahida


Dah lama gua tak update blog dengan post-post santai. Mungkin sebab gua dah sedikit matang dalam kehidupan harian.

Dah lama juga gua tak mengkritik sistem politik Malaysia, Libya mahupun Brazil. Mungkin sebab gua dah jarang membaca suratkhabar.

Semua ni berkait rapat dengan kecederaan ibu jari gua yang agak parah dalam seminggu dua ni. Dan gua dapati agak payah nak belek-belek suratkhabar sambil baring-baring dalam keadaan ibu jari yang cedera parah.

***

Baru-baru ni gua tengok cerita Hop. Google sendiri kalau nak tau. Gua malas review dan bagi sinopsis.

Yang gua boleh simpulkan dari cerita ni, kalau anak gua jadi Easter Bunny, gua takkan berbangga sebaliknya mengambil keputusan untuk buat-buat tak kenal anak gua. Jadi filem ni gua kategorikan sebagai filem pelik.

Tapi sekurangnya dalam filem ni ada Wahida.

p/s : biar filem macam haram, kalau tengok dengan orang yang kita suka, maka kita tak akan tidur dalam GSC. amin.

fin.

Tuesday, April 5, 2011

Jari, Obor-obor, Nurse Garang dan WRJ9492

Tukul punya kerja, obor-obor yang dapat nama. Tapi memang angkara obor-obor. Gua kalau benda lain gua tak berkira sangat. Tapi kalau dengan obor-obor memang gua hangin satu badan.

Malam tu nak kata dingin tak dingin, nak kata hangin pun tak hangin. Gua macam biasa kerja paku memaku ni dah jadi rutin gua dah. Maka nak tak nak gua pun memaku sebab alam sekeliling gua penuh dengan gadis-gadis yang tak pernah kenal tukul dan paku.

Sekali gua paku. Macho. Dua kali gua paku. Macho. Tiga kali gua paku. Hancur.

Gua dengan spontan hisap ibu jari gua sebagai tanda protes atas kesakitan yang melampau. Sesudah tu gua keluarkan jari gua dan goyang-goyang dengan harapan kesakitan itu dapat bergoyang pergi.

Secara tak langsung, tiba-tiba sirap turun dari langit. Tap. Tap. Tap.

Gua rasa ada dalam segelas darah gua gugur malam tu.

****

Macho, macho juga. Tapi kalau dah isi terkeluar dekat jari, nak tak nak gua kena juga pergi hospital memohon bantuan.

Dan terima kasih kepada Nurse Garang, Popod Pendek dan Yuyu Comel yang menemani gua ke hospital yang berdekatan.

2 kaunter, sekali x-ray, cucian yang memedihkan dan 1 suntikan kancing gigi gua pun lepas dari hospital tersebut. Tapi gua terpaksa datang setiap hari untuk cuci luka yang semakin tak smart ini.

****

Walau apa pun gua nak ucapkan terima kasih kepada WRJ 9492 dan penggeraknya kerana kalau tanpa anda, memang gua dah putus harapan dan putus jari.

fin.

Saturday, April 2, 2011

A New Dawn

Semoga hari ini lebih baik dari hari semalam.

Amin.

fin.