Tuesday, December 29, 2009

Muallaf - Realiti yang Cuba Dinafikan


Setelah lebih setahun tayangan perdana di Singapura, akhirnya Muallaf ditayangkan juga di Malaysia. Itupun kesan dari kematian Yasmin Ahmad, pengarah cerita ini. Kalau tidak, jangan harap.

Sungguh cerita ini penuh dengan mesej. Penuh dengan pengajaran yang kita cuba terapkan dalam matapelajaran Pendidikan Moral di sekolah-sekolah. Dan betapa kita gagal. Dan bila seorang pembikin filem mau menampilkan realiti ini di mata kita, kita menggelabah.

Tahun lepas, Muallaf ditayangkan selama 4 minggu di Singapura, mencatatkan jualan tiket yang lebih tinggi dari filem terbaik Yasmin, Sepet. Betapa orang luar lebih menghargai karya kita. Sedangkan filem ini sangat mengagungkan Islam, kenapa ia mendapat sambutan di negara yang didiami sebahagian besar orang bukan Islam? Fikir-fikirkan wahai minda masa depan.

Muallaf ialah cerita tipikal Yasmin Ahmad. Penuh mesej, tapi sukar untuk ditafsir. Ini tafsiran aku sendiri. Brian adalah watak yang telah berjauhan dengan ibunya dan agamanya (Katholik) kerna ayahnya yang terlalu tegas mendidiknya atas dasar agama. Namun setelah berjumpa Ani dan Ana yang tegar dengan Islam, Brian mula berubah. Tidak keterlaluan dikatakan Brian mendekati keluarganya adalah disebabkan Islam itu sendiri.

Secara tersirat, Yasmin cuba menyatakan keindahan Islam. Betapa Islam mampu menyatukan, mampu menakjubkan walau orang yang bukan penganut. Subhanallah.

Selain itu, Ani dan Ana juga selalu mengulangi verse dari Bible dan Quran. Ini mungkin antara adegan kontroversi filem ini. Ini sangat unik. Kerna ada orang pernah mengatakan pada aku, macam mana kita mau mempertahankan agama sendiri jika kita hanya tau agama sendiri dan malas membuka minda untuk mempelajari agama-agama lain?

Yasmin mengucup Sharifah Amani selepas adegan yang diibaratkan Amani antara adegan yang paling sukar. Note : Amani memanggil Yasmin ibu.

Secara ringkasnya Muallaf membuka mata kita untuk lebih sedar betapa pentingnya agama dalam hidup ini. Namun ada yang cepat menggelabah, tidak nampak sesuatu yang mereka tidak faham lantas mengatakan filem ini suatu yang keterlaluan.

Aku malas mereview cerita ini. Filem Yasmin mungkin bosan bagi sesetengah orang. Tak ada muzik, hanya kata-kata. Bagi aku filem Yasmin adalah inspirasi. Filem Yasmin adalah realiti.

Selepas ini, tiada lagi. Bolehlah orang kita tidur disaluti fantasi lagi. Dan mari menonton Pulau Asmara okay!!!!!

Fin.

Thursday, December 24, 2009

25 Disember

...ini mungkin entri paling panjang...

Apa signifikan tarikh ni dalam hidup setiap orang? Krismas? Cuti?

Aku tak tau la korang, tapi tarikh ni memang signifikan dalam hidup aku. Sebab? 25 Disember ni adalah ulangtahun kelahiran arwah ibu aku yang ke 55 jika dia masih ada. Ibu telah kembali ke rahmatullah pada 8 tahun lepas, tarikh 21 November 2001 jam 2.20 petang.

Apa signifikan entri ini pada aku? Apa signifikan entri ni pada mak aku?

Besar signifikan dia. Entri ini adalah tribute pada mak aku yang aku rasa mak yang paling hebat dalam dunia. Percayalah, tak akan ada gantinya.

Ayah atau aku lebih mesra memanggil pak adalah seorang yang garang dan tegas. Sangat. Mak pula seorang yang penyayang. Kerap dirotan, pasti aku berlari ke arah mak. Tipikal. Setiap anak kecil macam tu. Sebab aku tau marah macam mana pun mak pada aku, mak tak akan pukul aku. Sayangnya dia pada anak-anak dia. Mungkin itulah keseimbangan suatu famili. Betul?

Pernah aku ponteng kelas mengaji. Aku tipu mak dengan alasan atok (atok yang mengajar aku mengaji dulu) sakit perut. Petang itu mak pun mau pergi menziarah atok. Aku gelabah. Kantoi. Menangis aku seorang depan mak. Mak senyum dan berkata " Malam ni pak ang tau, habis la". Reaksinya, lagi kuat aku menangis. Malam tu mak beritahu pak sambil tersenyum. Pak pun tersenyum. Selamat.

Pernah juga aku dihadapkan ke badan disiplin sekolah sebab aku menggunting blazer seorang pengawas dengan tidak sengaja. Guru disiplin mau ibu bapa datang esok. Teka dengan siapa aku beritahu? Ya, pastinya dengan mak.

Satu lagi peristiwa yang membuatkan aku tak lupa. Semasa kecil aku suka tengok gusti. Satu hari aku pergi ke pasar sehari di rumah (orang Perlis panggil nat). Aku nampak baju yang aku minat. Tapi aku mana ada duit. Aku cakap pada mak. Mak beri duit. Kata-kata mak yang membuatkan aku sebak setiap kali aku ingat sampai ke hari ni "Biarlah, dia tak pernah minta apa-apa pun sebelum ni". Sungguh. Aku tak perlu cakap. Aku memang sayang mak.

Setiap minggu ada nat. Mak mesti pergi. Berjalan seorang membeli barang dapur. Setiap minggu mak akan bawa balik laksa. Sebab dia tau itu kegemaran aku. Betapa aku menyesal aku tak pernah mengucapkan terima kasih setiap kali mak membelikan aku laksa. Sampai hari ni, aku masih akan ke nat membeli laksa untuk diri sendiri. Mungkin itu satu cara untuk aku tunjukkan yang aku masih mengingati mak aku.

Dulu mak selalu tak sihat. Dan aku sangat takut. Bercita-cita untuk jadi seorang doktor atas alasan mau menolong mak. Tapi aku tak sempat.

Hari 21 Disember 2001, mak pergi tak kembali. Aku berusia 14 tahun masa tu. Tapi hari tu aku menangis. Menangis sekuat hati. Tak ada siapa yang mampu pujuk. Anak lelaki mak tapi dalam usia yang sedemikian apa saja yang boleh aku buat. Aku hanya mampu menangis. Sepupu aku memujuk, 'life must go on'. Betul. Tapi life will never be the same.

Memang. Memang ini suatu dugaan. Memang ada yang menghadapi dugaan yang lebih teruk. Dan memang aku tak patut merungut, tapi sungguh aku rindu.

Kerap aku mendengar kawan-kawan bercerita mau pulang ke rumah jumpa mak. Mak maki sebab result teruk lah. Sembang dengan mak pasal boyfren/girlfren lah. Mak panggil balik jaga adik lah. Mak suka nyakat lah.

Banyaklah.

Dan sumpah aku jeles. Dan bila ada penceritaan sedemikian, aku terdiam dan tersenyum hipokrit. Seronok dan sebak dalam satu masa.

Aku bukan lelaki yang mampu meluahkan segala isi hati (trait yang aku perolehi dari ayah aku), tapi dalam hal ni aku sedar. Aku memang rindu. Dan aku memang tak bersedia untuk semua ini.

Aku tak mungkin pandai menulis sesuatu untuk mak. Hanya ini yang mampu aku ungkapkan. Maaf, tak ada gambar mak dalam bentuk digital. Esok aku tulis lagi tentang mak aku. Aku tak memaksa kamu membaca. Aku menulis kerna ini saja ruang luahan aku.

Esok 25 Disember 2009. Orang lain sambut Krismas. Bagi aku, aku akan menyambut ulang tahun emak aku yang ke 55 jika dia masih ada. Dan aku harap kalau dia masih ada dia boleh tersenyum.

"8 tahun tanpamu bukanlah suatu perjalanan yang mudah"

Hargailah apa yang kamu ada kerna kamu tak akan tau bila kamu akan kehilangannya.

Fin.

Wednesday, December 23, 2009

Gadis dari Sungai Petani Eps 6

Dah 2 minggu perempuan tu tinggal di rumah aku. Aih, tak ada sindrom yang menunjukkan dia akan berambus pun. Aku nak halau, tak sampai hati pula. Tapi biarlah. Sekurangnya, ada pembantu rumah percuma. Bila aku tak ada di rumah, dia akan mengemas dan memasak untuk aku. Bezanya, aku tak payah memberikan gaji pada perempuan tu.

Dan dalam 2 minggu ini juga, aku langsung tak tau nama perempuan tu. Lagipun bukan dia ingat. Memang menyusahkan bila mahu panggil dia. Asyik-asyik dengan 'hoi, hei, wei'. Tapi kalau diadakan poll aku paling kerap memanggil dia hoi. Kalau aku mau panggil dengan nama-nama ciptaan sendiri seperti Yati, Melur dan Kathy rasanya agak keterlaluan pula. Jadi buat masa sekarang, aku kekal dengan hoi.

Hari demi hari berlalu, perempuan ni makin buntu untuk cari identiti dia yang asal. Kadang-kadang ada juga dia keluar pergi Pudu dan tempat aku jumpa dia. Tapi hasilnya hampa. Balik muka muram macam itik. Ada pula masa untuk aku pujuk.

Dan aku masih lagi dengan aktiviti riadah aku. Berekreasi di disko, minum air pemberi tenaga seperti Carlsberg dan Heineken, tak lupa juga bersenam bersama gadis-gadis bandar ni. Tapi cuma kali ni aku tak bawa balik ke rumah. Aktiviti aku dihadkan hanya di rumah gadis-gadis tersebut atau hotel-hotel murah di pinggir bandar. Gila, kalau gadis kota ni jumpa perempuan tu, tak ke jatuh saham aku nanti?

Hidup aku kian menguntungkan. Mungkin perempuan tu bawa tuah pada aku. Mungkin.

...........................................

Hinggalah hari tu. Aku tak tau. Hari yang paling indah atau malang dalam hidup ini. Hari tu aku dinaikkan pangkat.

Ya, aku masih ingat. Hari tu hujan renyai-renyai membasahi bibirku yang tersenyum lebar ni.

Bersambung...

Monday, December 21, 2009

Pan's Labyrinth : Kisah Fantasi Realiti Tragis

Rasanya gua tengok cerita ni masa gua first year. Gua balas DVD kawan gua, Eddy. Dia tak kisah pun, dia lagi suka kalau orang tengok cerita-cerita fairy tale ni, jadi sekepala ah dengan dia. So gua expect cite ni cerita fairy tale ala-ala Narnia ah, masuk kua almari camtu.

Sekali gua tengok, terus gua sentap. Hati gua ni bagai dikoyak-koyak walaupun gua tak menitiskan air mata. Walaupun cerita ni diucapkan dalam kalimah Sepanyol, tapi gua terharu gila tengok cerita tu.

Gua malas nak cerita sinopsis, korang boleh tekan google dengan kudrat korang sendiri rasanya. Korang juga boleh buka wiki untuk mengetahui betapa cerita ni mendapat standing ovation di Cannes Festival selama hampir setengah jam. Okay, kalau korang tak tau kualiti Cannes, korang memang diisytiharkan oleh gua skema.

Cerita ni telah memasukkan unsur-unsur realiti dan fantasi dalam satu adunan yang menarik. Korang boleh tengok makhluk yang pelik tapi unik dalam cerita ni. Korang boleh tengok adegan pecah kepala. Korang boleh tengok adegan yang menyayat hati.

Gua tak tau macam mana mau puji cerita ni, tapi gua rasa cerita ni adalah antara cerita yang paling bagus gua tengok sepanjang hayat gua. Dengan ending dia memang akan membuatkan orang yang berhati tisu seperti Say O dan Pejal menangis teresak-esak.

Dan lagu ni memang mendatangkan kesan pada gua. Gua tak berani dengar malam-malam kalau sorang ni, nanti gua rasa sedih.



Dua kali buat FTS gua pakai lagu ni. Gua harap FTS yang akan datang pakai lagi lagu ni. Wahahahaha!!!

Kalau gua boleh bagi bintang, gua akan bagi tahi bintang kat cerita ni. Sebab filem-filem lain semua dapat bintang so gua bagi tahi bintang, susah nampak kan?

p/s : tengok la cerita ni kalau korang suka berangan, tengok la cerita ni kalau korang rasa hidup korang membosankan..

Fin.

Saturday, December 19, 2009

Mr 2 Bon Clay : Watak Sampingan Penting


Hanya untuk peminat-peminat One Piece. Disebabkan post yang sebelum ini adalah terlalu serius, maka aku mengambil keputusan untuk menulis post yang lebih santai.

Mr 2 Bon Clay@Bon Kurei. Dia muncul dalam manga dan anime One Piece sebagai kawan, kemudian menjadi musuh dan akhirnya menjadi kawan kembali. Tiada watak jahat dalam One Piece yang kembali dan memberi impak seperti dia setakat ini.

Jadi, apa yang menariknya watak ini. Satunya dia adalah pondan, satu-satunya pondan dalam One Piece. Dia juga merupakan satunya Officer Agent Baroque Works yang tak punya partner disebabkan kepondanan beliau, kerna dikatakan beliau sudah memiliki trait lelaki dan perempuan dalam diri.

Keunikan dia juga ditambah kerna di antara watak yang kuat dalam One Piece tanpa menggunakan kuasa Devil Fruit. Dia hanya menggunakan kuasa Devil Fruit untuk menipu lawan (Mr 2 berkeupayaan untuk menukar rupanya menjadi sesiapa saja yang pernah disentuh). Kekuatan dia adalah Okama Kenpo yang berjaya mencederakan Sanji. Oh, bounty dia hanya 32juta sedangkan bounty Mr 3 adalah 50juta, tapi kekuatannya masih menandingi Mr 3.

Jadi kenapa watak Mr 2 sangat penting? Well, aku percaya tanpa Mr 2, Luffy tak akan menjadi kuat seperti sekarang.

Kali pertama Mr 2 menyelamatkan Luffy adalah ketika di Arabasta, dia telah mengumpan Hina demi membiarkan Luffy terselamat. Kali kedua ketika di Impel Down, dia membawa Luffy bertemu Ivankov untuk merawat Luffy yang sudah nyawa-nyawa ikan pada masa tu. Tidak dilupakan juga dia sendiri juga nyawa-nyawa ikan setelah bertarung dengan Unit Serigala di Impel Down. Dan yang paling hebat dia sanggup ditinggalkan di Impel Down demi membiarkan Luffy, Jinbei, Crocodile dan Buggy melepaskan diri atas alasan persahabatan.

Percayalah, tanpa Mr 2, Luffy tak akan sampai di Ibu Pejabat Marine. Tanpa Mr 2 juga Luffy tak akan berjaya sampai kepada Ivankov, Jinbei dan Crocodile. Keunikan Mr 2 disebabkan dia telah membuat comeback sejak Arabasta dan mampu meninggalkan kesan kepada peminat One Piece.

Dan setiap kali dia muncul, pengorbanan yang agung akan disusuli. Dia telah dianugerahkan sebagai watak One Piece yang ke-21 paling popular.

Dia dikatakan telah mati setelah bertarung dengan Magellan di Impel Down.

Selain watak utama One Piece, dia layak meninggalkan kesan mendalam kepada peminat.

p/s : tulis pasal One Piece. agaknya memang dah tak ada benda mau tulis kan? lihat lagi biografi Mr 2 di [sini]

Fin.

Thursday, December 17, 2009

Suka-suki di Maal Hijrah


Lima bulan lalu adalah kali terakhir gua tulis pasal bola sepak Malaysia di [sini]. Itu masa mereka kalah 2-3 dengan MU. Hari ini gua tulis lagi. Sebab apa? Sebab hari ini sejarah tercipta lagi.

Gua tak tau la, kalau sebut ja pasukan bola sepak Malaysia. Pasti gua terbayang harapan yang menggunung yang tinggal harapan saja. Berapa kali mereka memberikan kita sinar, yang kononnya mereka adalah pasukan yang akan membawa kembali kegemilangan Malaysia. Tapi di saat akhir, terkandas jua. Ingat lagi Pesta Bola Merdeka yang terbaru ni?

Kali ni K Rajagopal membawa skuad U-23 yang dah cukup sinonim dengan beliau. Dan dari pemerhatian gua pada penulisan gua 5 bulan lalu, gua rasa mereka ada peluang. Entah kenapa, tapi itulah yang gua rasa. Mungkin sebab mereka masih muda dan mungkin sebab mereka kenal dengan jurulatih. Tak lupa juga K Rajagopal juga merupakan seorang jurulatih yang tak pernah menjanjikan apa-apa. Itu gua suka.

Gua terkilan melihat mereka dibaham Vietnam pada peringkat kumpulan. Tapi mereka berjaya membuatkan gua menoleh dengan keputusan 2-1 menentang Thailand yang mana gua tak pernah anggap sebagai suatu benda yang mampu dilakukan. Gua silap. Gua silap besar.

Petang tadi gua tengok mereka masuk ke padang dengan gah. Menyanyikan lagu Negaraku dengan bersemangat. Dan mereka bertempur macam wira tadi. Itulah Harimau Malaya.

Gua tak expect Malaysia akan menjadi segarang itu. Separuh masa pertama agak hambar, tapi datang saja separuh masa kedua, penyokong Vietnam yang merangkumi 2/3 stadium terdiam melihat kegarangan Malaysia. Malaysia boleh skor 2,3 gol sebelum gol pembukaan di minit ke 80.

Gol tu tak adalah cantik. Tapi gol itu yang membawa perasaan 20 tahun lalu. Perasaan juara. Pasukan ini masih muda, jika dipupuk dengan betul siapa tau apa lagi yang boleh digapai. Jika bersih dari mainan politik, gua yakin Malaysia mampu menjadi lebih maju.

Buat masa ini, cukuplah dengan gelaran juara Sukan SEA. Siapa tau langkah seterusnya adalah Piala Dunia?



Syabas Malaysia, pemenang pingat emas Sukan SEA acara bola sepak lelaki edisi ke 25!!

Fin.

Malaysia vs Vietnam : Sejarah Tercipta?

Usain Bolt, Michael Phelps dan Argentina. Tiga nama ini disebut dalam 1 nafas pada Sukan Olimpik lalu. Phelps dengan kejayaan merangkul 11 pingat emas, Bolt dengan kepantasan kilat mencatatkan 3 rekod dunia. Dan Argentina kerna berjaya memenangi pingat emas acara bola sepak lelaki.

So, bila Malaysia layak ke Final untuk berentap dengan Vietnam pada esok hari satu euphoria kembali ke Malaysia. Wah, pasukan negara berentap dalam final Sukan SEA, dah lama kita tak dengar kan?

Di saat ini juga semakin ramai orang menjadi fan FAM di dalam Facebook, mangsa terbaru adalah sahabat gua, Pejal. Buat rakyat Malaysia, itulah sokongan mereka kerna mereka tak mampu nak terbang ke Laos, nak menjerit anak tekak menyokong pasukan negara.


1st step Sukan SEA, next year gua nak menang World Cup lak-K. Raja gopal yang cuba menafikan realiti.

Untuk pasukan Malaysia, apa saja yang boleh dibuat sudah dibuat. Mengalahkan Thai dan Laos bukanlah suatu benda yang mudah. Rasanya Malaysia melalui perjalanan yang lebih sukar dari Vietnam untuk ke final ibarat kena mendaki gunung berapi 18 tingkat dulu, manakala Vietnam pula diibaratkan menaiki kereta cable naik ke puncak.

So sekarang masing-masing dah sampai kat puncak. Dah sampai puncak kena ah gocoh kan? Seperti mana yang gua baca dalam suatu blog, kemenangan dah memang milik kita sebab pemain Malaysia lagi handsome.

So, gua expect Malaysia menang. Gua harap Malaysia menang.

Tapi selalunya harapan tinggal harapan je kan?

Fin.

Tuesday, December 15, 2009

Festkum : Satu Konklusi

Baru sehari aku menaip berkenaan kontroversi malam semalam, sudah ramai yang memberi komen. Sudah banyak kata-kata yang dilemparkan, sama ada betul atau salah sama-samalah kita tafsirkan sendiri. Aku bukan pandai menilai dikir barat, akustik mahupun tarian india. Jadi aku tak pasti sama ada yang hak yang beroleh pingat pada malam itu. Tapi aku hargai komen yang aku terima.

Aku menulis semalam, aku akui berdasarkan amarah yang tinggi. Aku bukan jenis yang mahu berlagak sombong. Sedangkan bukan atas jasa aku seorang kami beroleh juara. Aku tulis kerna mau membalas cacian yang aku kena pada malam semalam. Mungkin kata-kata aku nampak arrogant, tapi ya, memang aku tulis sebab aku ego. Dan harap maaf, mungkin amarah lebih mengaburi entri semalam.

Aku sudah agak isu biased akan dijadikan sebagai pertaruhan. Baiklah, buat IPT yang rasanya layak untuk menang, aku mau tanya. Dengan bersikap seperti semalam, adakah anda memburukkan UKM atau memburukkan IPT anda sendiri? Kalau ya sekalipun kami menipu, kenapa perlu berlagak sedemikian dalam majlis rasmi seperti semalam? Maaf kalau aku katakan aku kesal kerna universiti yang terlibat sebagai tuan rumah yang berlagak seperti itu. Walhal IPT lain yang datang dari jauh, yang rasanya turut teraniaya, mengamalkan konsep lebih diplomatik dan sopan.

Bukan aku mau mengeji IPT saudara/i, tidak sama sekali. Aku cuma mau kamu semua memikirkan kesan dan akibat kejadian semalam. Yang buruk namanya siapa? Kamu sendiri bukan? Dan apa hasil dari sikap anda semua itu? Apa keuntungan yang anda peroleh?

Aku tak tau mengenai dikir, aku dah dengar mengenai pelbagai kontroversi. Pantun, aku rasa terhina apabila ada yang mengatakan kami mengubah syarat untuk menang walhal pertandingan lain turut kami juarai dalam apa syarat sekalipun. Dan boria, sudah malas aku mau jelaskan. Mungkin bukan rezeki aku(itu aku sedar dari malam show lagi) dan USM. Dan rasanya ada medium lain yang boleh anda hubungi jika dakwaan anda berasas.

Mahasiswa, bangunlah. Entri ini bukan untuk provokasi. Tetapi mau menyedarkan anda. Anda semua adalah bakal pemimpin tapi malangnya semalam, anda telah menyamakan diri anda dengan mat-mat rempit di Dataran Merdeka.

Mungkin benar UKM tak layak menang. Tapi kalau kita boleh selesaikan secara lebih bertamadun rasanya pasti lebih baik kan? Lagipun penilaian juri siapa yang tau.

Sudahlah. Aku bukan mau mulakan pergaduhan tapi hanya mau jernihkan keadaan. Yang sudah tu sudahlah. Aku maafkan kamu yang boo kami, dan aku jua mohon maaf pada semua yang merasakan kami tak layak menjadi juara walaupun aku tak tau langsung mengenai hal ini.

Aku berharap dapat berjumpa lagi dengan kamu semua pada mana-mana festival seni yang akan datang. Dan pada masa itu, aku harap kita boleh sama-sama bangun dan berjabat tangan.

Maaf jika ada yang terasa. Sekali lagi, entri ini bukan berbentuk provokasi.

Fin.

Monday, December 14, 2009

Eh, Ini Pertandingan Boo ke??

Maka jam 11.30 tadi berlabuhlah sudah acara FEStKUM (Festival Kebudayaan Universiti-universiti Malaysia). Acara pembukaan di UKM, gah kata mereka yang hadir. Jadi UM pun cuba menandingi pembukaan dengan penutup yang sama gah.

Syabas. Cubaan yang baik. Mungkin ada yang tak betul, tapi tiada insan yang semuanya betul. Kita semua masih belajar. Syabas, aku kagum dengan kesungguhan urusetia dari UM.

Tapi barangkali kalau aku mau menegur pun, mungkin dari segi backdrop pentas. Agak kurang tepat. Majlis Penutup FEStKUM yang dilabel mungkin boleh diganti dengan Acara 'Boo' IPT yang Lu Tak Suka Secara Tak Bertamadun Bersama Rakan-rakan.

Tema FEStKUM kali ni 1Malaysia, mungkin mau menerapkan prinsip ini dalam diri setiap pelajar IPT. Syabas buat pihak penganjur, misi ini gagal sama sekali!

Kontinjen UKM di'boo' oleh sesebuah kontinjen yang konon hebat dari mula majlis. Tak tau mana salah. Tak tau mana tak betul. MC sebut nama UKM, mereka mau 'boo'. Oh, seperti kawan-kawan yang mereka bela di ladang itu kan? Patut la IPT kamu penuh haiwan tersebut setiap kali gua melintas mau ke Mines.

Gua tak nafikan, UKM juga membalas selepas itu. Tapi, come on la beb, anak jantan kan? Apa lagi yang boleh kita buat setelah tempat kita menuntut ilmu diinjak-injak seperti itu? Apatah lagi kalau kita tidak berbuat apa untuk menerima itu semua? Pasti kau membalas kan? Maaf. Senyap bukan cara aku.

Sehingga kami ditenangkan oleh pegawai, mereka masih mengejek-ejek. Walhal kami menang pingat emas, mereka apa pun tak ada. Barangkali cuba menambat hati penganjur untuk mengadakan pertandingan 'boo', yang sah-sah mereka menang. Aku mengaku kalah dari awal!

Dah, kalau aku mau mengeji kau, sampai esok pun tak habis. Summary malam ini adalah seperti berikut, kau 'boo' kami dari jam 9 hingga 11 malam. Keputusan akhir :

Gangsa : UPM
Perak : UiTM
Emas : UKM

Maaf, 'boo' kau tak menarik perhatian juri pun. Maaf. Sekuat mana pun 'boo' kau, kau masih kalah. Kami menang.

Kau 'boo' lah sampai keluar anak tekak. Aku hanya perlu bisik ini pada kau. UKM juara.



Nak 'boo' lagi??


Fin.

Friday, December 11, 2009

Gua Tak Perfect

*ceh*

Gua bukan pernah minta untuk jadi sempurna.
Gua bukan pernah ingin untuk jadi sempurna.
Gua bukan pernah ingin dipuji sempurna.

Namun.

Ketaksempurnaan gua la yang membuatkan gua menyakitkan orang.
Ketaksempurnaan gua la yang menyebabkan orang tak suka gua.

Entah apa lagi yang mampu gua buat.

p/s : merindui orang-orang itu yang kerap menjadi tempat gua mengadu...

Fin.

Wednesday, December 9, 2009

Bacaan Doa Pagi

"Bacaan Doa pagi" diketuai oleh Yeh. Dan bergegas menaiki bukit ke dewan makan untuk menyantap roti canai yang separuh besar dari roti canai yang saiznya hanyalah separuh dari apa yang mamak-mamak al-Fareez mampu bagi. Itu semua selepas bacaan al-Mathurat dan kuliah Subuh oleh Herr Karim.

Itulah rutin harian Jumaat gua selama 2 tahun.
Itu 5,6 tahun dulu.

(Sebab apa hari Jumaat? Suka hati gua ah!)

And how things have change.

Gua sekarang dah boleh bangun pagi. Tak perlu lagi dikejutkan oleh besi kontot Herr Karim. Peh, kalau lu dengar, lu tau sendiri lah. Sampai sekarang pun gua tak mampu cari bunyi yang sekuat bunyi tu. Dan sampai sekarang juga gua bingung macam mana besi kontot tu boleh keluarkan bunyi sekuat itu. Gua juga bingung mana la tempat dia simpan besi kontot tu, sebab gua dan rakan-rakan cuba cari dan sembunyikan tapi gagal.

Dulu gua pemalu. Tak percaya tanya la kawan sekolah gua. Gila pemalu. Kalau ada gua nampak perempuan dalam dewan makan gua terus nyamar jadi abang kerja dewan makan. Gua ingat lagi, gua kena hadiahkan purse warna cream(kalau tak silap) kat kawan perempuan sebagai 1 aktiviti form 5. So nak tak nak kena ah bincang dengan awek tu apa dia nak, berapa harga dan apa nak sebagai balasan. Perbualan dia macam ni ah lebih kurang,

Awek : Eh, Nazrin. Erm, kita kena tukar adiah kan?
Gua : Eh, yeke? Erm, oh ok. Apa yang lu nak?
Awek : Erm, tah la. Nazrin?
Gua : Gua cool je. Gua kan gentleman, lu ah cakap dulu.
Awek : Ok. Leh bagi saya purse warna cream?
Gua : Oh, tak ada masalah. Lu jangan risau la.
Awek : Thanks. Nazrin nak apa?
Gua : Sekadar tengok lu senyum ja dah cukup untuk gua.

(Ok. Ayat di atas semuanya hiperbola. Ini perbualan sebenar.)

Awek : Nazrin, nak bincang pasal hadiah leh?
Gua : Ok.
Awek : Erm, kalau aku nak purse warna cream leh?
Gua : Ok.
Awek : Ang nak apa?
Gua : Jam tangan cukup ah.
Awek : Ok. Ada apa-apa lagi?
Gua : Tak.

Pastu sampai habis sekolah gua dah tak cakap dengan dia. Gua segan ah beb! Lu bukan tak tau gua ni senang blushing!

Dulu juga status pelajar skema bagi je ah kat gua. Dulu gua bukan pandai sangat, tapi sekadar Add Math gua kira pakai bulu kaki gua jer. So gua bukan dalam kelas P dan S yang diterajui oleh set-set yang boleh buat Add Math sambil tidur ja. Dan gua pun buat kerja last minit gak ah. Dan selalu juga kerja rumah gua jadi bahan rujukan yang tak sempat gua patenkan. Ada kawan gua siap minta tunjuk ajar gua lagi. Gila betul. Nasib baik awek.

Dan gua gila tegar. Masih ingat lagi, dulu gua kena masuk dorm rumah sukan lain. Tapi rumah sukan tu tak kuat mana pun. So gua decide gua walaupun gua blok Merbau, gua nak stick dengan rumah sukan gua, Angsana. Sebab rumah sukan gua ada Tok Led, yang bermata sepet dan mampu berlari laju dan sekarang ni dah jadi pilot dah pun. Gua bajet dalam 2 tahun setengah lagi dia akan jadi orang Malaysia pertama sampai ke bulan. Syabas buat orang bermata sepet! Oh, berbalik pada cerita. Dan seperti mana dijangka, gua dikeji lah oleh sahabat rumah Merbau sebab gua bukan rumah Merbau. Tapi gua tegar juga. Gua kena paksa tukar rumah sukan. Gua taknak. Sebab apa? Sebab gua expect sesuatu. Gua expect Angsana menang. Gua betul. Wahahaahahhaaaha~~~

Itu gua yang dulu. Dulu gua baik, sekarang gua naughty. Dulu gua skema, sekarang gua pemalas nak mampus! Dulu gua pemalu, eh, tapi sekarang pun gua pemalu juga. At the end of the day, my past built myself and thus my future.

Gua tak expect budak Saina akan baca ni. Tapi just for the sake of writing, ini satu kenyataan. Kalau gua bukan di Saina dalam tahun 2003 dan 2004, maka mungkin gua bukan di sini pada 9 Disember 2009.

p/s : jangan tanya kenapa gua minta jam...gua pun pelik, patut gua minta no talipon rumah dia, macam [sini]...

Fin.

Sunday, December 6, 2009

Cerita Pukul 2.27 pagi, Hari Ahad

Hari ini hari Ahad. Pakcik-pakcik yang berkemeja kolar dan bertali leher akan membasuh uniform tersebut pada hari ni. Kecuali pakcik yang memandu komuter, terpaksa juga berkorban untuk remaja masa kini yang ingin buang masa di Midvalley.

Bagi gua, aksesori katil dan bantal yang sering gua aplikasikan di setiap hari minggu sudah tak dapat gua praktikkan lagi. Hari ini pukul 9.30, gua diskusi, sekarang 2.34 gua tak tidur lagi. Biarlah, gua memang suka bajet diri gua hebat walaupun gua tau alarm henset gua tak akan gua endahkan sepertimana gua endahkan dendangan lagu Siti Nurhaliza dari bilik sebelah jam 7 pagi tadi.

Hari Ahad adalah hari yang baik untuk melakukan aktiviti yang sudah sekian lama gua tangguh, seperti tesis. Hari Ahad juga hari yang baik untuk berbincang projek yang akan dihantar esok. Hari Ahad juga hari yang baik untuk menyambut kemenangan Arsenal ke atas Stoke dan keserian Liverpool ke atas Blackburn.

Jika pakcik berkemeja kolar putih itu menanti ketibaan hari Ahad, maka gua tak rasa hari Ahad gua lain dengan hari yang lain. Ahad masih sekeping hari, lainlah kalau hari Jumaat. Hari Jumaat memang gua rasa lain sebab gua kena pergi masjid pada hari Jumaat.

Tensi gua pada hari Ahad ni.

Gua menantikan 11hb Dis. Dah hantar tesis dan semua assigment, kelas semua dah habis. Kalau ada yang nak spoil tarikh itu untuk gua, silakan. Tapi jangan pelik bila nampak gua naik brutal nanti.

Kawan gua patah tulang rusuk sebab nampak gua naik brutal. Oh, gua tertekan sebenarnya, banyak kerja. Sebab tu gua menulis. Hilang tensi gua sikit.

Gua akhiri entry gua dengan kata pepatah peribahasa gua,

"Tak guna ada hardisk baru yang beli di pcfair kalau dalam tak ada isi apa-apa, terutamanya episod One Piece terbaru"

p/s: entry merapu release tensi.

Fin.

Thursday, December 3, 2009

No Point

Rasa mau menulis Gadis dari Sungai Petani lagi...
Tak mengharapkan ada yang membaca..
Cuma mau habiskan apa yang dah dimulai...
Dan mau buat skrip kisah ini jika mampu...

My First Love Story

p/s : cuba menghasilkan karya love story yang setanding new moon. gila! mana ada vampire di sungai petani!

Fin..

Sunday, November 15, 2009

The Beach Boys + 2 Girls Epilog

Epilog : End of the Horizon

Watak Utama :
Rolando Ortega - Jejaka kacak. Titik.
Maria - Gadis gemuk perasan kurus.
Rudy - Jejaka tiang.
Azwan Ali - Gadis kurang leher.
Abdul Mauritius - Anak polis trafik.

Watak tak ada Kaitan :
Imran Ajmain

*Cerita ini adalah bukan rekaan, namun mungkin terdapat sedikit penambahan dalam jalan cerita. Nama watak bukan nama sebenar.*

....................................................

"Saya letak kunci dalam beg! Mana tau beg kena curi," kata Azwan Ali dalam nada yang paling cemas boleh dibayangkan.

Dan pada masa itu, semua individu berasa kasihan dengan tragedi yang menimpa Azwan Ali. Maria sempat memberi nasihat dengan berkata,

"Kita nak breakfast kat mana ni?"

Maria memandu laju dengan penuh berhemah. Rolando yang berada di belakang menerima angin-angin pagi berkat cermin yang telah dipecahkan oleh Ashraf. Dalam kereta memang sumpah smart, macam iklan head and shoulder. Dah keluar, sila bayangkan ini. Seorang lelaki kacak yang belum mandi dan tidur dengan rambut yang serabai. Seksi kan?

Disebabkan keadaan cermin yang tidak mengizinkan, mereka terpaksa pulang dan menukar kenderaan. Kancil sewa yang sudah dimusnahkan Ashraf itu terpaksa ditukar dengan Kenari Maria. Lantas Rudy mencadangkan supaya mereka bersarapan di pasar.

Malas menghalang impian Rudy, maka mereka pun bergegas ke pasar untuk bersarapan. Memandangkan nasi lemak masih belum tersedia pada masa itu, mereka sempat pergi menonton hidupan laut yang dijual di pasar.

Tiada banyak kejadian yang terhasil di gerai makan. Hanya makan. Sekali lagi Maria mencatat keputusan tertinggi dalam senarai consumer makanan. Setelah makan nasi lemak di Kampung Baru dan Aamir Ali Maria masih lagi berupaya makan Putu Mayam di pasar. Yang lain hanya boleh memerhati dengan rasa dengki.

Setelah membuat perancangan mengenai cara penyelesaian mengenai masalah cermin kereta yang sudah tinggal kenangan itu. Akhirnya keputusan diambil untuk menelefon syarikat sewa kereta dan meminta pendapat akak syarikat tersebut.

Cadangan Rudy bahawa dia mahu pergi menghantar kereta bersama Abdul Mauritius telah direjek memandangkan Azwan Ali bertegas perlu pergi selepas selesai memecahkan laci.

Sampai saja di bilik, Azwan Ali pun menunaikan hajat beliau untuk memecahkan laci yang telah kehilangan kunci itu. Setelah setengah jam bertungkus-lumus akhirnya Azwan Ali mesej Rolando untuk meminjam pemutar skru. Disebabkan kesian, Rolando pun meminjamkan pemutar skru pinjam itu kepada Azwan Ali. Kelihatan semasa meminjamkan pemutar skru, mata Azwan Ali penuh dengan unsur-unsur keyakinan bahawa beliau dapat memecahkan laci. Oleh disebabkan kesungguhan yang terpancar di mata Azwan Ali, maka Rolando pun menjadi segan untuk menegur Azwan Ali pada masa itu.

Selesai segala urusan, mereka terpaksa membayar RM160 untuk cermin yang pecah, dan Azwan Ali pun sempat pergi membeli botol air dan lip balm.

Pada malam itu, sambil melihat Chelsea membelasah Man Utd, maka mereka pun menyelesaikan hutang mereka yang sudah tertunggak.

Begitulah sedikit sebanyak kisah adventur 4 sekawan + seorang gadis Pandan Jaya. Penuh dengan tragedi walaupun hanya 24 jam.

Rudy : Henset hilang. Tak diendahkan A. Mauritius.
Azwan Ali : Lip balm hilang. Kereta yang disewa kene pecah.
Rolando : Pensil hilang. Terpaksa tahan kencing dalam GSC.
A.Mauritius : Jadi co-pilot yang paling teruk dalam sejarah. Tak diendahkan Rudy.
Maria : Dia join terus kereta kena pecah.

Banyak tragedi. Dan banyak kenangan. Azwan Ali ada bertanya,

"Menyesal tak ikut?"

Entah, rasanya gua tak perlu tulis untuk memberitahu jawapan untuk soalan tu kan?

Kadang-kadang tak perlu kita mencari kerna apa yang kita hajati sudah di depan.


Fin.

Saturday, November 14, 2009

The Beach Boys + 2 Girls Eps 3

Watak Utama :
Rolando Ortega - Jejaka kacak. Titik.
Maria - Gadis gemuk perasan kurus.
Rudy - Jejaka tiang.
Azwan Ali - Gadis kurang leher.
Abdul Mauritius - Anak polis trafik.

Watak Sampingan :
Gay Boy (GB) - Kawan Karib dalam GSC

Watak tak ada Kaitan :
Aamir Khan
NurKumalasari
Imran Ajmain

*Cerita ini adalah bukan rekaan, namun mungkin terdapat sedikit penambahan dalam jalan cerita. Nama watak bukan nama sebenar.*

....................................................

Destinasi selanjutnya adalah Alamanda. Kali ini dipandu oleh Rudy, jadi agak kurang membahayakan. Di kesempatan itu, hanya seorang saja yang tidur di sepanjang perjalanan ke Putrajaya. Hanya seorang.

Berbekalkan panduan Rudy yang sangat komitmen itu, mereka berjaya sampai di Alamanda di saat Negeri Sembilan sedang mendahului Kelantan 3-0, di samping sambutan bunga api di tempat duduk penonton Kelantan. Sesampai saja di Alamanda, mereka bergegas untuk membeli tiket wayang Pisau Cukur hasil cadangan Azwan Ali.

Malangnya tiket Pisau Cukur terlalu awal bagi diri remaja 3 orang remaja itu yakni Abdul Mauritius, Rolando dan Azwan Ali. Oh, Rudy sudah dianggap tua kerna dia sudah bertunang dan dia sangat panjang jika mahu dibandingkan dengan remaja normal. Dipendekkan cerita, mereka pun membeli tiket Inglourious Basterd yang masa tayangannya adalah pada jam 11.40pm.

Mereka membeli tiket pada jam 1030, sekejap saja jika ingin menunggu masa dewan tayangan dibuka. Seperti kata pepatah, ' macam hisap sekotak marlboro lite ja'. Namun begitu, disebabkan mereka tiada stok Marlboro Lite, maka mereka pun mengambil keputusan untuk mendendangkan 10 buah lagu di tempat Karaoke.

Yang paling menonjol sudah tentulah Azwan Ali, kecil-kecil cili api seperti kata pepatah. Rolando tidak sempat menonjolkan bakat dalam sesi karaoke kerna beliau sibuk bersms dengan jejaka kacak yang sedang memegang henset Rudy nun jauh di PD. Mata Rudy berair semula sambil menyanyikan Lagu Untukmu, namun berjaya ditenangkan oleh Abdul Mauritius.

Selesai berkaraoke, maka tibalah masa untuk bercanda dalam GSC. Tempat duduk yang telah ditempah oleh mereka adalah di tengah, sangat ideal. Memandangkan di tepi ada 2 orang jejaka yang kurang nampak di saat-saat gelap, maka Rolando terpaksa duduk di hujung kerna bimbang Azwan Ali akan meraba-raba kedua jejaka tersebut. Maklumlah, Azwan Ali kan ada history dengan mapley di Fariz Maju.

Maka movie pun bermula. Alangkah bertuahnya mereka kerna pasangan lelaki itu/Gay Boys juga merupakan pengacara Melodi versi review movie dalam panggung. Maka mereka berdua dengan gigihnya asyik mengomen setiap scene dalam movie. Selain itu, mereka turut gigih memberi respon maksimum pada setiap emosi yang ditonjolkan dalam movie. Sebagai contoh, jika scene kelakar, perlu ketawa dengan kuat sambil mengangkat kaki ke langit. Jika scene saspen, perlu berbisik 'O, My God' dengan sepenuh hati dan jiwa raga.

GB memang terbaik!! Bisik Rolando dan Azwan Ali yang memang berada bersebelahan. Bimbang ada yang akan cedera, Rolando terpaksa tidur pada kebanyakan scene movie tersebut.

Selesai saja movie, Rolando bergegas mencari kereta. Abdul Mauritius, Azwan Ali dan Rudy berasa hairan, rupanya tank Rolando sudah penuh. Dalam erti kata Melayu klasiknya, nak kencing ah!!

Azwan Ali sempat membuat lawak dengan mengajak Rolando lumba lari dengan beliau. Bimbang akan dipukul semula oleh Azwan Ali, Rolando terpaksa melupakan hasrat untuk mencubit Azwan Ali di setiap anggota badan yang berkesempatan.

Rudy, dengan gaya pemandu F1 1Malaysia yang direjek (nota : Rudy direjek menjadi pemandu F1 kerna kaki beliau tak muat masuk dalam driver seat akibat terlalu panjang) berjaya memandu ke stesen minyak berdekatan demi menunaikan hajat Rolando.

Selesai segala hajat yang ditunaikan, Maria pula sms Abdul Mauritius untuk join aktiviti melagho tersebut. Maka terpaksalah Rudy memandu ke UKM untuk menjemput Maria pula. Maria pada ketika itu sedang makan. Diulang, sedang makan.

Destinasinya seterusnya adalah Kampung Baru, yay!!

Bersambung...

Friday, November 13, 2009

The Beach Boys + 2 Girls Eps 2

Yay!! Mari mengira bulan oleh saudari Y2K! Januari, Februari...
Gambar sekadar hiasan...

Episod 2 : Romantika Yang Indahnya Persis Pantulan Bulan Purnama di Air Laut Yang Sejuk Melambai

Watak Utama :
Rolando Ortega - Jejaka kacak. Titik.
Rudy - Jejaka tiang.
Azwan Ali - Gadis kurang leher.
Abdul Mauritius - Anak polis trafik.

Watak Tambahan :
Y2K - Sang Pengira Bulan Gregorian yang tak mecet

Watak tak ada Kaitan :
Harun Salim Bachik
Ebby Yus
Imran Ajmain

*Cerita ini adalah bukan rekaan, namun mungkin terdapat sedikit penambahan dalam jalan cerita. Nama watak bukan nama sebenar.*

....................................................

Selesai mandi laut, maka Rudy, Abdul Mauritius dan Rolando pun bergegas ke rumah mandi awam kerna mereka perlu mandi air paip untuk mengelakkan kurap, kayap, panau dan lain-lain yang sewaktu dan menjijikkan. Seperti yang dijangka, mandi di rumah tumpangan awam tidak mengambil masa yang terlalu lama.

Kecuali Rudy yang mengambil masa hampir sejam untuk mandi. Rolando merasakan bahawa Rudy adalah seorang pondan kerna mandi terlalu lama. Namun Abdul Mauritius membela Rudy dengan berkata tubuh badan Rudy yang panjang seperti itu memang memerlukan isipadu air yang tinggi untuk membasahi badan beliau.

Selesai saja mandi, Rudy mula menggelabah. Ingatkan air sudah masuk telinga Rudy tetapi rupanya Rudy telah kehilangan 2 keping henset yang beliau sayangi. Disebabkan itu, Rudy telah memaksa Azwan Ali untuk memandu semula ke pantai tempat mereka bercanda tadi untuk mencari henset yang hilang walaupun pada hakikatnya jam sudah menunjukkan pukul 8 malam di saat itu.

Oleh kerna mata Rudy sudah berair, maka Azwan Ali pun menunaikan permintaan Rudy itu. Sampai saja di pantai itu, Rudy segera bergegas mencari henset beliau sambil ditemani oleh siapa lagi kalau bukan Abdul Mauritius. Mereka segera bergegas ke tempat gelap untuk mencari henset tersebut sambil diekori oleh Rolando dan Azwan Ali di belakang.

Apa yang mereka buat di dalam gelap tidaklah pula diketahui oleh Rolando dan Azwan Ali. Namun yang pastinya tiada henset ditemui di tempat gelap tersebut.

Selesai saja mencari, maka Azwan Ali menyuruh Rudy memandu ke tempat makan yang berdekatan kerna masing-masing sudah lapar. Abdul Mauritius masih tegar menjadi co-pilot Rudy, sementara Rolando dan Azwan Ali hanya mampu memerhati kisah romantika mereka dari seat belakang.

Rudy telah membawa mereka ke kedai ikan bakar yang tersohor di PD. Jadi, sah-sah la mereka makan ikan bakar di situ. Makan ikan bakar bersama sambal yang agak pedas, namun Azwan Ali gigih mengulang kata-kata ini.

"Pedas ke?? Tak lah!!"

Ikan bakar yang kapasiti untuk 6 orang makan selesai dilantak hanya oleh 4 orang dengan peratusan pemakanan adalah seperti berikut: 20% Rudy, 20% Abdul Mauritius, 20% Rolando dan 40% Azwan Ali.

Sambil makan, mereka sempat menganjeng saudari Y2K, yang juga merupakan rumet saudari Azwan Ali yang malangnya tidak ikut pada hari keramat itu. Masih diingat lagi mesej yang dihantar Rolando pada Y2K.

"Y2K, tau tak mana restoran seafood yang berdekatan? Kami dah penat mandi laut ni."

Kesian Y2K. Namun kisah ini masih belum tamat di sini. Kalau Y2K mau dengki, bukan di sini tempatnya.

Dengan membawa perut yang kekenyangan, mereka bergegas ke destinasi seterusnya.

Bersambung...

Wednesday, November 11, 2009

The Beach Boys + 2 Girls Eps 1

Gambar betul. Bukan hiasan.

Episod 1 : Bulat

Watak Utama :
Rolando Ortega - Jejaka kacak. Titik.
Rudy - Jejaka tiang.
Azwan Ali - Gadis kurang leher.
Abdul Mauritius - Anak polis trafik.

Watak tak ada Kaitan :
Harun Salim Bachik
Kuswadinata
Imran Ajmain


*Cerita ini adalah bukan rekaan, namun mungkin terdapat sedikit penambahan dalam jalan cerita. Nama watak bukan nama sebenar.*

....................................................

Kereta yang dipacu oleh Azwan Ali masih gigih menungkah lebuh raya menuju ke PD. Azwan Ali cuba sedaya upaya untuk memandu dengan halaju yang disahkan oleh JPJ, dan department ayah Abdul Muritius berkerja. Abdul Mauritius dengan riaknya berkata, jangan risau kalau kena saman, ayah aku kan ada.

Maka tenanglah hati kami, terutama Rudy. Tenang sehingga terlelap sepanjang perjalanan, penat barangkali. Itu lah, orang suruh ke Taman Tenaga, dia pergi Taman Universiti. Biarlah barangkali orang yang panjang memang suka perjalanan yang panjang.

Dalam sekelip mata, perjalanan mereka kian tiba di PD. Keluar saja highway PD, Abdul Mauritius dengan girang menunjukkan arah jalan kepada Azwan Ali. Ternyata beliau pakar di area PD, sama seperti kepakaran beliau dalam area rural Togo.

Sudah hampir ke hujung perjalanan, maka mereka pun terserempak dengan sekeping bulatan.

"Ambil pukul 3," kata Abdul Mauritius dengan lagak super konfiden. Sumpah macho kalau dilihat gadis-gadis berbikini yang berkeliaran di PD!

Lantas, Azwan Ali pun mengambil pukul 3. Masalahnya di sini, dia telah mengambil pukul 3 untuk unit 24 jam. Ini bermaknan Azwan Ali telah silap belok, beliau telah pusing lebih 360 darjah. Yang lebih menakjubkan beliau telah memberi signal, tapi beliau membelok pada sudut bertentangan jalan.

Menakjubkan. Kehebatan panduan drift Azwan Ali itu telah menyebabkan Rudy bangun dari tidur untuk mengata Azwan Ali. Lantas, semua ditenangkan kembali oleh Rolando yang terpaksa makan panadol akibat pening kerna drifting Azwan Ali tersebut.

Muka bulat Azwan Ali sendiri menjelaskan kemahiran memandu beliau dalam bulatan.

"Sudah la, jom pergi semayang. Berdosa jer duduk ngata Azwan Ali ni," kata Rolando.

Selesai sembahyang, Azwan Ali telah request untuk menukar co-pilot kepada Rolando yang lebih kacak, tertarik, menarik dan memang da'Bomb. Ternyata perjalanan menjadi lebih lancar selepas itu.

Dengan teknik panduan yang sama bahaya, namun dengan co-pilot yang lebih kacak, mereka berjaya sampai di kedai makan sebelah pantai. Setelah berbalah dengan pakcik pemilik kedai, maka mereka pun berjaya mengorder makanan.

Pakcik itu berjaya mengelirukan Rudy dengan berkata 'sini kan kampung, maka ada nasi goreng kampung'. Oleh itu Rudy pun minta nasi goreng seafood kerna keadaan tepi pantai. Ternyata nasi goreng seafood tak ada kerna kedai itu masih kategori kampung. Lalu mereka pun makan sambil menonton Spiderman 3 di Astro. Rolando, Rudy dan Abdul Mauritius terpaksa menahan nafas selama 3 minit setelah Azwan Ali ditalipon oleh ibunya.

Main betul-betul, makan betul. Moto yang diaplikasikan oleh Rudy dan Rolando.

Setelah kejadian makan, maka tibalah kejadian mandi dan melagho di pantai. Azwan Ali enggan mandi kerna takut dilarikan ikan paus, manakala Abdul Mauritius dan Rudy terus bersalin setelah nampak air laut dari jarak jauh. Atas kesedaran moral yang tinggi, Azwan Ali sempat candid gambar-gambar maksiat untuk diforward kepada JAiS kelak.

Opsss!!!

Mandi manda dijalankan dengan penuh hemah tanpa ada yang lemas. Tambahan pula sempat lagi mereka menanam Abdul Mauritius dalam pasir dan melakar bentuk badan ikan duyung perempuan yang punya boobs pada beliau.

Tiada banyak yang menarik terjadi kecuali Azwan Ali yang histeria melihat ketam-ketam kecil yang berkeliaran di kaki beliau.

Selesai mandi, mereka pun beredar tanpa menyedari sesuatu yang berharga telah ketinggalan.

Bersambung...

Monday, November 9, 2009

The Beach Boys + 2 Girls Prolog

Prolog : Mencari Arah

Watak Utama :
Rolando Ortega - Jejaka kacak. Titik.
Rudy - Jejaka tiang.
Azwan Ali - Gadis kurang leher.
Abdul Mauritius - Anak polis trafik.

Watak tak ada Kaitan :
Harun Salim Bachik
Kuswadinata
Imran Ajmain

*Cerita ini adalah bukan rekaan, namun mungkin terdapat sedikit penambahan dalam jalan cerita. Nama watak bukan nama sebenar.*

....................................................

Hari ini hari Jumaat. Hero kita, Rolando, baru saja selesai main Farmville. Sedang dia mengatur langkah ke katil memandangkan dalam 2 jam lagi dia akan ke masjid, handphone dia berbunyi lagu Love You Yes nyanyian Couple. Mesej dari Azwan Ali.

"Rolando, hjg mggu ni kite sewa kete g jln2 nk? :-)"

Dibalas oleh Rolando.

"Erm, nak g mana? Sape lg g? lalalalalaa~~"

Azwan Ali membalas pula.

"Alah, rolando la carikan. Kalo nk sye nk sewa kete ni. Sye dh kt cni dh. :-)"

Niat tidur terbantut. Namun Rolando bijak. Rolando mesej Abdul Mauritius dan Rudy dalam keadaan berbaring. Selesai mesej, dia tidur. Abdul Mauritius yang sumpah tak ada kerja di rumah telah membalas.

"Ok je, exam dh hbs. Nk g mana pn bleh."

Selesai part Mauritius. Sekarang menunggu Rudy reply mesej. 1 jam setengah selepas mesej awal dihantar, Rudy reply.

"Sya on ja."

Maka keputusan pun dibuat. The Beach Boys dan Azwan Ali akan keluar meronggeng pada hari Sabtu, yakni keesokan harinya.

Tiada rancangan tanpa perancangan. Oleh itu, Rolando, yang sudah memiliki trait kacak dalam diri telah menjemput Azwan Ali dan Rudy untuk Conference YM demi membincangkan program yang akan dijalankan pada keesokan harinya adalah tidak melanggar hukum syarak dan akta-akta dalam ISA. Dah la kacak, bijak dan celik IT pula, bisik Azwan Ali dalam hati mengenai Rolando namun tidak diluahkan kerna dia cepat lupa.

Maka bermulalah sesi perbincangan di dalam YM. Sesi perbincangan amat agresif. Rudy mencadangkan pelbagai tempat di segenap ceruk Malaysia. Rolando pula sibuk menepis idea Rudy yang kurang bernas. Manakala Azwan Ali pula asyik menaip "Saya tak kisah".

Cadangan untuk mandi air terjun oleh Rudy terpaksa direject oleh Rolando memandangkan sekarang musim hujan. Risau akan Abdul Mauritius dan Azwan Ali yang tinggi mereka bukanlah seperti remaja normal masa kini. Seterusnya Rudy mencadangkan supaya mereka pergi ke taman tema air atas alasan beliau langsung tak biasa pergi ke sana. Tanpa berfikir panjang, Rolando merejek juga idea tersebut sebab mahal. Saya tak kisah, kata Azwan Ali.

Akhirnya Rolando mencadangkan supaya mereka ke PD, sementara Rudy sibuk merapu sesuatu yang tak diambil port oleh Rolando. Saya tak kisah, kata Azwan Ali yang enggan mandi kerna takut dia akan tenggelam akibat saiz pipi yang kian lama kian bengkak akibat alergi dengan nasi.

Sedang Rolando sibuk menerangkan tentang tentatif keesokan hari, Rolando sibuk mengata Azwan Ali dan menyuruhnya mandi kerna mandi laut itu best. Rugi pergi kalau tak mandi. Oleh sebab tak dengar kata, Rolando ingin memaki Rudy. Kemudian, connection failed.

Pagi Sabtu, pukul 10.30. Rolando mesej semua orang bertanya khabar. Abdul Mauritius sudah di bilik. Azwan Ali sedang main FB. Rudy masih lagi connection failed.

Apabila connection sudah ada, Rudy mengambil keputusan untuk mengumumkan dalam FB bahawa dia belum mandi. Sengal, Azwan Ali mengambil langkah agresif mengerah Rudy untuk mandi sambil diperhatikan abang Rudy yang sudah mandi pada masa itu.Setelah ditegur oleh abang Rudy, maka dia pun mandi. Mereka bertolak ke tempat sewa kereta dalam jam 11.30 pagi.

Azwan Ali selaku co-pilot mengerahkan Rudy supaya ke Taman Tenaga, kerna port sewa kereta adalah di Taman Tenaga. Rudy faham 110%. Rudy memacu kereta dengan laju ke Taman Universiti. Ya, saya tak silap eja. Taman Universiti. Alasan Rudy, masa dia sewa kereta, port adalah di Taman Universiti. Alasan Rudy diterima kalau pada masa itu Rudy sedang memandu Mesin Masa Doraemon keluaran Jusco Balakong.

Disebabkan Rudy, mereka bertolak pada jam 12.15. 30 minit diambil untuk mengisi minyak oleh Rudy. Lantas perjalanan diteruskan. Azwan Ali memandu ditemani oleh Abdul Mauritius selaku co-pilot. Rolando dan Rudy sibuk mengahafal sifir di belakang.

Azwan Ali memandu dengan yakin sambil menyuruh Abdul Mauritius menunjuk arah. Ujian pertama Abdul Mauritius? Dia gagal. Azwan Ali mengambil jalan ke Kuala Lumpur, sedangkan PD sah-sah ada di arah Selatan. Rudy dan Rolando bingung. Barangkali ada short cut. Dari Kuala Lumpur boleh tembus terus PD kalau melalui alat pemecahan dimensi di Lorong Haji Taib. Nyata tidak. Abdul Mauritius yang silap. Mungkin dia silap tengok peta.

Peta yang dilihat oleh Abdul Mauritius.

Setelah diambil alih oleh Rudy dan Rolando, maka Azwan Ali berjaya membawa mereka ke arah jalan yang benar. Pergi PD melalui signboard Johor Baru. Kereta meluncur laju dengan jayanya.

Abdul Mauritius cuba cover kesalahan sambil mendendangkan lagu indie di XFresh, Azwan Ali sibuk berlumba dengan bas, Rudy connection failed lagi dalam kereta, manakala Rolando sibuk berdoa untuk keselamatan mereka setelah melihat teknik pemanduan Azwan Ali.

Bersambung...

Sunday, November 8, 2009

The Beach Boys + 2 Girls Eps 4

Gambar sekadar hiasan.

Episod 4 : Cerminku Retak Seribu

Watak Utama :
Rolando Ortega - Jejaka kacak. Titik.
Maria - Gadis gemuk perasan kurus.
Rudy - Jejaka tiang.
Azwan Ali - Gadis kurang leher.
Abdul Mauritius - Anak polis trafik.

Watak Sampingan :
Imran - Abg polis dalam pondok
Melur - Akak polis @ calon AP
Ashraf - Gangster
Tukiman - Bata tepi kereta

Watak tak ada Kaitan :
Johny Depp
Maya Karin
Imran Ajmain

*Nama watak adalah rekaan semata-mata, jika ada kaitan dengan yang hidup atau mati adalah kebetulan. Maksudnya semua ni bukan nama sebenar diorang ah! Cerita ini dilakar menggunakan konsep yang last dulu, yang dulu last. Diinspirasikan oleh karya Star Wars. Jadi nak tau macam mana eps 4 terjadi, maka terpaksa la tunggu eps 1-3 dikeluarkan. Gua apa peduli, gua yang tulis. Mood : maintain kacak.*

....................................................

Rolando duduk diam di belakang kereta Kancil pacuan 4 roda itu. Kesian melihat Azwan yang seolah-olah berzikir ke kiri dan kanan mengikut haluan kereta. Sekejap sandar kat bahu Rolando, sekejap kt bahu Maria. Maria baru lepas makan. Jadi Maria tidak ada rasa marah langsung pada Azwan Ali. Tersengih Rolando melihat Maria.

"Eh, nak sandar?? Sandar laaa, bahu gua memang macam sport toto (sambil menyanyikan lagu Bunga-bunga Cinta dari Misha Omar)" kata Maria sambil tersengih.

Kereta meluncur laju lagi. Kegagalan Rudy dipilih sebagai calon pemandu F1 1Malaysia jelas tidak melunturkan semangat beliau untuk berlumba. Walaupun pada hakikatnya pagi itu, beliau hanya berlumba dengan diri sendiri. Abdul Mauritius, yang bapanya seorang polis trafik berkali-kali cuba menasihati Rudy.

"Beb, ko laen kali nampak selekoh tajam macam tu, jangan laju boleh tak?? Ko tarik jer handbrake ni, buat drift!" kata Abdul Mauritius sambil menegaskan tips itu diajar oleh bapanya sendiri.

Kereta meluncur laju lagi. Rolando duduk di belakang sambil ditemani Azwan Ali dan Maria. Abdul Mauritius yang di depan sibuk SMS ayah beliau menanyakan roadblock yang berdekatan. Rudy yang panjang jelas struggle cuba menghimpit kaki beliau di ruang pemandu.

Oleh kerna nutrisi badan ahli-ahli jemaah sangat kurang, maka Rolando mencadangkan supaya mereka sahur nasi lemak di Kampung Baru. Mendengar kata-kata tersebut, tanpa perlu arahan, Maria melemparkan kepala Azwan ke sisi dan menunjukkan jalan kepada Rudy.

Nak cepat sampai, kata Maria sambil tersengih-sengih dengan air liur meleleh.

Setelah memaki Abdul Mauritius yang cuba menarik handbrake di selekoh depan masjid, maka jemaah pun sampai di Kampung Baru. Maka, kereta oun diparkir oleh Rudy di hadapan sekolah rendah dengan harapan untuk mengushar awek di situ. Malangnya hari itu hari Ahad pukul 4.32 pagi.

Berikut adalah hidangan yang dilantak oleh para jemaah :

Rolando Ortega : Sebungkus nasi lemak
Azwan Ali, Rudy, Abdul Mauritius : 2 bungkus nasi lemak
Maria : 4 bungkus nasi lemak, ayam seketul, hati, daging, telur rebus

Sesudah membaca doa habis makan, mereka pun bergegas ke kereta semula. Sampai sahaja di kereta, mereka hairan melihat kehadiran Tukiman di sebelah kereta. Maria sempat menyuruh Azwan mengambil sweater beliau.

Rolando yang menyedari apa yang telah berlaku, terbeliak matanya melihat cermin kereta yang telah pecah.

@#%%%%^*^&**^&(%(%)*%(*!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! (Sesi mencarut terpaksa ditapis. Klu, ianya diterajui oleh Azwan Ali)

Maria sempat menyanyikan lagu Cerminku Retak Seribu demi meraikan kejadian tersebut.

Setelah memeriksa, barulah sedar bahawa Azwan marah kerna Lip Balm beliau telah hilang bersama-sama beg yang diisi dengan Lip Balm. Rolando pula hanya mampu menekap muka kerna menyedari pensil Pentel beliau telah dibawa lari dan tak mungkin kembali.

Abdul Mauritius berpura-pura pengsan apabila menyedari cermin kereta telah dipecahkan Ashraf.

"Celaka punya Asyraf!!!" jerit Abdul Mauritius setelah memastikan Ashraf tiada dalam lingkungan radius 100 meter.

Rudy yang panjang akalnya membuat keputusan untuk membuat repot polis. Manakala Rolando dan Abdul Mauritius ditugaskan untuk memberkas Tukiman yang masih konsisten berada di tepi kereta walaupun telah dipenuhi air liur bekas carutan Azwan Ali.

Sampai di balai polis, Azwan Ali terus membuat laporan pada Melur, manakala Imran pula mencadangkan kereta itu divakum supaya bebas daripada serpihan kaca dengan lagak ala-ala Casa Impian versi kereta. Bezanya beliau memegang senapang, jadi semua kata-kata beliau adalah benar-benar belaka.

Nasib Tukiman agak baik, Imran tidak mahu memberkas beliau kerna tiada cap jari beliau pada kereta tersebut. Setelah merasakan sia-sia saja memberkas Tukiman dan membawa serpihan cermin yang pecah, Rolando, Azwan, Maria dan Abdul Mauritius memandang Rudy.

Tanpa rasa bersalah, Rudy mengerahkan supaya cermin itu dibuang, walhal dia yang semangat nak bawa cermin tersebut ke balai polis tadi. Rolando terpaksa memandang Maria kerna takut Maria akan melakukan jenayah di depan balai polis dengan memaksa Rudy memakan serpihan cermin itu.

Setelah membuat repot, ahli jemaah pun cuba untuk pulang.

Sampai saja di Bangi, Azwan menjerit,

"Alamak, kunci bilik tinggal dalam beg!"

Bersambung...

Thursday, November 5, 2009

Terlalu Bergaya


Gol no 2 : Nas


Gol no 1 dan 3 : Fabby

Maaf Diaby, gua tak letak gambar lu. Sebab lu tak hensem, maka akan menjejaskan tajuk entry kali ini. Gua tak kisah menang, tapi ni terlalu bergaya. Sangat terlalu bergaya. Sesuai ditonton sambil makan popcorn mahupun keropok udang yang dibeli di kafe berdekatan.

Gua rasa macam mau nonton game ni dengan blazer dan tie polka dot untuk berkongsi kebergayaan tersebut dengan Fabby and Co.

Tapi masih tak layak lagi. Gua tak kisah. Ada lagi 1 game di Emirates. Masih ada peluang untuk bergaya lagi sekali.

*gambar gua cilok dari laman sesawang soccernet.com*

p/s : gua tak sempat wat solat hajat untuk liverpool. hurm, good luck je ah koppers, y'all going to need all the luck in the world pasni.

Fin.

Tuesday, November 3, 2009

Emosi

Masak.

Agaknya naluri gua kuat sangat. Bila orang ada masalah, gua tau. Tapi bila gua ada masalah? Gua sorang-sorang gua ja. Tipikal.

Gua tau kalau ada masalah, baik luah. So gua dengar masalah orang. Tapi bila gua ada masalah. Gua luah kt lu je ah blog, pergi mati la kalau ada yang baca ke tak. Tipikal.

Bila gua depan orang, gua suka buat lawak bodoh yang macam sial. Orang gelak. Lepas orang gelak, orang blah. Peh, ingat gua Raja Lawak? Tipikal.

Agaknya hidup gua ni memang sial. Tipikal.

Tapi, gua dah biasa. Biar la gua carut sorang-sorang gua.

Dan kalaulah ada yang faham hati gua...


Fin.

A Slap in The Face is All I Needed..

Gua bukan kena macam ni.



Tapi gua kena juga.

Pehhh...

Nasib gua kena.

Fin.

Friday, October 30, 2009

Tak Perlu Bola Pantai Merah

Orang cakap kalah menang adat pertandingan. Mana ada yang menang akan terus menang. Yang menang hari ni mungkin akan kalah juga esok.

Itu untuk Liverpool.

Arsenal? Seperti kata Wenger, kekalahan di Manchester itu adalah suatu eksiden. Aku gembira, sila lihat galeri foto. Kredit pada Merida dan Bendtner.










p/s : kalo fan liverpool baca ni, kredit gak untuk korang. liverpool main agak bagus, tapi....

Fin.

Tuesday, October 27, 2009

Kata Kunci : Rindu

Sedang gua selongkar galeri foto gua, eh, gua terjumpa pula gambar-gambar ni. Gua tak ingat bila, yang gua tau hari ni, FFM kat Putrajaya. Budak-budak tengah practice choral speaking lagi kot.

Ini first time gua pergi mapley dengan Ijan, Aida Najwa, Leha, Zati *mana panggil Opah lagi masa tu*, Kay dan Aliaa. Waktu ni trio Leha, Aida Najwa dengan Zati tak berani ngata gua lagi ni. Kalau jumpa gua ni memang diorang tersipu-sipu malu ah. Terutamanya si Zati. Lu tengok sendirik ah gambar beliau.



Ingat lagi saat main true or dare, ada yang kena jilat pintu 7-E dan tendang tong sampah.

Dan oh, fakta menarik : Leha sangat sopan pada masa tu. Sangat! Juga kurus, muat naik kereta Fatin secara pukal.

Opah juga sangat sopan. Langsung tak berani mencarut di hadapan husband soon to be beliau pada malam tu.

Dan gua masih ingat lagi soalan yang ditanya oleh Leha kat gua waktu main true or dare tu. Cuma gua je tak ingat soalan yang diajukan kat beliau.




Sori gambar Leha dan Fatin tak ada dalam ni, lekat siku je. Gambar Mr Hubby pulak langsung tak lekat sebab sibuk fikir soalan lucah untuk ditanya.

Gian lak nak main true or dare dengan budak-budak ni lagi.

p/s : yang tak ada jangan terasa. korang tidur kan masa tu?

Fin.

Friday, October 23, 2009

Kisah Seorang HERO

Minggu ni agak menyerabutkan bagi aku dari aspek akademik. Tak boleh tanam Erosgrotis Sp. sebab ia mengambil masa untuk tumbuk. Mungkin tanam spesis yang hampir sama dengan Paspalum Sp. Tak kisah la. Aku tau korang tak faham. Kecuali kalau korang belajar atau buat tesis pasal Fitoremediasi. Ok. Aku tau korang tak faham, jadi sila beralih kepada cerita yang sebenar.

Jadi minggu ni jiwa aku sangat kacau. So, aku berniat untuk turun menonton dan menyelia persembahan teater adik-adik first year.

Peh, aku memang tamak. Datang menghadiri bangsawan dan seni lakon pada masa yang sama. Namun memandangkan adik-adik seni lakon sudah mendapat seliaan yang secukupnya, maka perhatian dilebihkan kepada adik-adik bangsawan. *Ye ah, lagipun tahun-tahun sebelum ni aku lebih pada seni lakon, jadi tahun ni apa salahnya mencuba benda baru*

Hasilnya sangat memberangsangkan!

Seni Lakon membawa naskhah Transit Warga Tanah. Naskhah yang berat dan abstrak. Naskhah yang rasanya tak mungkin aku gapai buat masa ni dengan tahap aku. Tapi, adik-adik seni lakon berjaya menyampaikan dengan baik dan penuh dengan gerak tubuh dan teknikal yang berkesan. Syabas!

Aku hanya sempat menolong bahagian set. Namun, hanya dari segi tenaga dan idea. Itupun sebab dirayu oleh salah sorang ahli teater kolej yang juga merupakan ketua set, KK. Maaf. Aku sukar untuk membantu kerna aku tak terlibat dari awal. Takut nanti menganggu idea dari adik-adik.

Bangsawan membawa naskhah Raja Badang. Naskhah yang pasti tidak asing lagi di kalangan kita. Tak banyak membantu dari segi lakonan kerna aku tak terlibat dari awal. Namun, dari segi teknikal, alhamdulilah, banyak yang sempat, terutamanya audio dan gendang.

Mungkin teknikal teater ini tak mungkin menggapai adik-adik seni lakon, namun teamwork yang ditunjukkan adalah terbaik. Kesungguhan pelakon juga tak dapat dinafikan di sini. Mungkin dengan teknik yang lebih baik, pelakon baru yang baik dapat dilahirkan di kalangan kelompok ini.

Kesimpulannya, kehadiranku semula di Panggung Seni betul-betul memuaskan hati. Rindu sangat pada Panggung Seni. Dapat kembali dan memegang panel audio serta membuat run-through teknikal sangat memuaskan hati. Rasa seperti seorang HERO balik.

p/s : tiada gambar. aku tak bawa kamera. hero mana bawa kamera ke tempat kejadian, kecuali Spiderman.

Fin.

Wednesday, October 21, 2009

PAPADOM : Comelnya Liyana Jasmay!!


Mindset aku : Tak perlu susah-susah ke panggung untuk menonton cerita Melayu. Tapi aku ada exception. Kalau arahan Afdlin, Khabir Bhatia dan Allahyarham Yasmin Ahmad, aku tak kisah susah, aku pasti ke panggung.

Kali ni Afdlin buat hal lagi. Belum tayang lagi di panggung dah menang 3 anugerah utama di Festival Filem Malaysia (Pelakon Lelaki dan Wanita Terbaik, Filem Terbaik). Oh, Skor Muzik Terbaik dan Cerita Asal Terbaik juga berjaya dibawa pulang.

Nak tak nak, for good or worse, expectation untuk cerita ni meningkat tinggi. Semua orang keluar untuk menonton filem ni dengan harapan cerita ni sangat menarik. tTapi rata-rata komen dari teman, cerita ni memang menarik.

Kreativiti Afdlin dari segi komedi memang top class, bahkan beliau pernah disamakan dengan seniman agung kita satu ketika dulu. Kali ni bakat komedi itu tak pudar, masih ada. Mungkin naik satu level dari dulu. Keistimewaan komedi Afdlin bagi aku adalah kerana keaslian komedi itu. Suatu yang spontan dan datang dari diri membuatkan yang menonton rasa seperti berada dalam situasi ini. Ini memang dari dulu. Kredit buat Afdlin.

Liyana Jasmay, sumpah comel!! Tak heran aku jatuh cinta dengan dia dari 2nd year lagi. Tak heran, beb. Memang comel. Tapi bila scene dia dengan Afdlin, sangat menyentap hati!

Aku tak pandai komen dari segi lakonan, tapi yang stand out dalam cerita ni adalah Liyana, Afdlin (of course la), Khiriah.

Overall, cerita ni memang kelakar dan penuh dengan emosi. Bagus ditonton bersama rakan dan keluarga. Untuk DOT-ters, sila tengok. Cerita ni mungkin akan mengingatkan korang pada sesuatu.

Thumbs up untuk Afdlin. Tak perlu lawak sekeh-sekeh kepala macam sesetengah cerita tu pun dah cukup membuatkan orang ketawa. Aku tak pernah kesal menonton garapan Afdlin. Cerita seperti ini membuatkan aku rasa bangga menjadi rakyat Malaysia.

p/s : cerita ni lagi bagus dari Transformers.

Fin.

Monday, October 19, 2009

Terbaik Ah!!!!

Gua ase cam nak pukul-pukul orang je ni! Ari tu kabel enset gua dah hilang! Gua beli balik! Tiba-tiba dia muncul balik. Bodoh, buat habis duit gua je! Sekarang gua nak guna, dua-dua pun hilang! Terbaik ah!!

Anyway, gua bukan nak cerita pasal kabel enset gua. Ini cerita pasal mereka yang prihatin dengan gua. Jadi gua terpaksa bersopan sejenak untuk melampiaskan cerita ni kat y'all.

________________________________________________


Semalam hari Ahad. *Damn! Budak kecik pun tau semalam hari Ahad!* Semalam memang tak ada yang spesel. 24 jam macam biasa, lapar macam biasa.

Memang biasa, tak ada pari-pari turun dari langit nak offer jadi bini saye (tanda dah sopan) pun. Memang biasa. Meskipun hari Sabtu adalah Deepavali, hari Ahad tetap biasa.

Namun kebiasaan ini nyata menjadi luar biasa apabila salah seorang teman baik telah menjemput ke open house beliau. Jangan tanya ini open house Deepavali atau Hari Raya yang sudah hampir sebulan berlalu. Beliau sudah penat menjawab persoalan ini. Lihat sini.

Nak dipendekkan cerita open house yang sudah seminggu plan untuk dihadiri ini terpaksa saye kensel last minit di depan FPI. Barangkali mendapat hidayah di sana.

Maka, 9 orang jejaka dan jejaki pun hadir ke rumah beliau. Saye cuba untuk tak berasa kesal. Namun, mesej yang diterima pada jam 7.00 petang membuatkan saye tersenyum sendiri.

"Saya dah tapau makanan untuk abg nas"

Oh, sumpah saya tak minta! Sumpah saya tak akan rasa pape! Tapi alangkah bagusnya rasa diingati. Seronok. Betul kan?


Maaf tak boleh bersama senyum, ngumpat dan ketawa. Tapi ya, terima kasih kerna ingat sekeping jasad kosong ini. Sumpah, itu saja sudah cukup.

p/s : next event, tunggu kenduri kahwin wann pulak kata Leha. cehssss, sila sedar diri, kau lagi banyak skandal.

Fin.

Monday, October 12, 2009

*batuk* *batuk*


Hidup boleh jadi terlalu mudah kalau kita tak cuba untuk menyusahkannya.

Monday, September 28, 2009

Galeri Foto


YEAH!! MARI MELIHAT FOTO!!
.........................................................................................................





Dengan awek masa hari raya pertama, ouh, bapak seksi!




Masa kenduri tunang sepupu gua. Yang free hair tu BUKAN sepupu gua!!





Cupcake yang gigih dibuat oleh gua, hahahahaha...


Ni semua permata hati gua di KLIA..

Sunday, September 27, 2009

Dari Stadium Hang Tuah ke Craven Cottage

Lokasi : Stadium Hang Tuah
Keputusan :
Melaka 0-2 Perlis


.....................................................................................................................

Location : Craven Cottage
Result :
Fulham 0-1 Arsenal


........................................................................

Dua negara berbeza. Jeritan fanatik yang sama. Aku puas sekarang. Boleh tidur nyenyak.

Fin.

Saturday, September 26, 2009

Angin Raya yang Menderu ke Kalbu.. Ceh!!

Kali ni cuti sat ja. Sempat beraya di rumah selama 3 hari saja. Ya, tuan-tuan, walaupun UKM dengan murah hatinya memberi cuti seminggu beraya di rumah, aku spend 3 hari saja. Tapi itu tidak menghalang aku mengumpul duit raya sebanyak RM***.00. Paling banyak sepanjang 4 tahun di UKM. Tapi ini bukan cerita duit raya. Ini cerita Raya.

............................................................................................

Raya kali ni, macam-macam benda jadi. Cadang nak balik pada hari Khamis, tapi dirayu oleh sahabat Matriks aku, Ateh, untuk memberi tiket pada coursemate aku, Melati. Dia ada kenduri la, so kesian, aku bagi je ah. So, aku balik pada hari Jumaat dengan sedari Ateh menaiki kereta kuda beliau. Hahahaha, beliau hantar sampai rumah tu. Sampai saja di rumah nenek aku, seperti yang dijangka aku dihanjeng oleh cousin aku.

"Wuuu, balik dengan awek"

Nak best, Mak Tam aku.

"Ein, Mak Tam tak suka! Belajar dulu bagi habis!"

Ok. Lepas ni aku balik naik bas. Kalau ada kawan perempuan nak hantar lagi, sila hantar di simpang depan tadika. Harap Maklum.

............................................................................................

Raya pertama berlalu macam biasa ja seperti tahun-tahun lepas.

Checkpoint 1 : Rumah Tok, ketupat. Beraya dengan Tok, Mak Tam, Paksu, kakak.
Checkpoint 2 : Rumah Mak Ngah, laksa. Ini checkpoint WAJIB! Laksa paling sedap di dunia dapat dijumpai di sini!
Checkpoint 3 : Rumah Wa Bariah. Takda makanan spesel, tapi seronok kalau Kak Na dan anak-anak dia ada. Suka sembang dengan mereka.
Checkpoint 4 : Rumah Pakcik bersama Kak Na. Laksa lagi!

Dah balik, singgah rumah Tok, tertinggal spek kat situ. Last thing yang aku ingat, bantal depan tv. Sedar-sedar dah Maghrib. Tak sedar kehadiran family Mak Lang yang berkoyan-koyan tu. Oh, maafkan aku.

............................................................................................

Ouh, tahun ni Mak Teh balik lambat. Satu anjakan paradigma dari beliau yang tidak pernah miss raya pertama di kampung. Tapi raya kedua beliau balik. Mau sambut majlis akikah anak sepupu aku pada raya ketiga. Ouh, side ayah aku makin terima tekanan untuk menghasilkan cucu baru untuk nenek aku. Last cucu yang diberikan oleh anak-anak ayah aku adalah pada 13 tahun yang lalu. Jangan risau. Gua tak kahwin lagi beb!

............................................................................................

Raya ketiga gak, sepupu aku, anak pakcik aku (kali ni belah arwah mak aku lak) bertunang. Ouh, umur dah la setahun dua ja lagi tua dari aku. Sekali lagi tekanan dari side family aku. Tapi gua rilek ja. Nak dijadikan cerita, ada artis la pula datang kenduri ni. Tak tau nama dia, yang berlakon La Dolce Amira tu, kata mereka. Ouh, aku tak kisah, kenduri ni ada gulai rebung. Itu lagi penting!

............................................................................................

Satu benda penting aku miss nak tulis. Raya keempat adik aku fly ke Lodz, Poland. So, raya keempat aku, ayah aku, Baam (kazen bujang aku yang paling rapat dengan family aku) serta adik aku dah sampai kat rumah abang aku di Subang. Yang adik aku ni punya la tegar nak gi Times Square naik komuter nak beli handphone and sneaker.

Last-last abang aku yang bawa ke Times Square. Damn! Beli sneaker Adidas yang baru, disponsor oleh abang aku! Aku mau fly juga ah! Tapi niat beli handphone dilarang oleh abang. Dia cakap leh dapat Blackberry dengan murah di Polang. Ceh! Aku tak jeles ah setakat Blackberry! Aku ada Nokia XpressMusic!

............................................................................................

Maghrib raya keempat, kami pun bergegas ke KLIA. Akak aku dah lama tunggu dengan kamera dah. Hari tu tak cam banyak lak student yang nak fly. Sesak KLIA sebab korang jer. Patut ah jalan jam!

Tunggu punya tunggu, tiba la masa timbang berat beg.

24.3kg, lagi 0.7kg nak sampai berat maksimum.

Adik aku punya excited, ya Allah, hanya tuhan saja yang tahu. Maklum la, kawan dia punya beg bapak super berat sampai 33kg! Tapi aku tak nyesal teman dia timbang beg. Adik aku tau sebab apa. Hahahaha~~

10.30 dah kena pi boarding hall. Tah pe tah diorang panggil. Di situ la drama air mata bermula. Dan still, gua steady. Gua mana ada nangis!

Dan adik aku sampai di Paris sedangkan aku masih mengenang memori di Parit.

............................................................................................

Dan semalam, raya keenam, aku buat kerja gila. Aku tolong akak ipar dan anak sedara aku buat cupcake. Sekali buat terus dipuji cantik! Damn! Takkan aku berbakat dalam industri hiasan kek?

Sila klik ini untuk melihat cup cake yang ku hias. Oh, kalau rasa mau beli silakan. Ada baju dan kasut-kasut untuk wanita cantik di sini. Jangan klik kalau anda bukan wanita cantik. ;D

............................................................................................

Raya ketujuh dah ada di bumi UKM. Cukup seminggu beraya. Cukup satu putaran. Raya yang paling puas rasanya. Well, gambar akan diupload selepas ini. Nantikan kemunculannya.

Fin.

Friday, September 18, 2009

Parit . UKM . Perlis

Dah lama gua tunggu nak realisasikan ayat ni. Okay, sekarang gua dah leh tulis.

Gua nak balik Perlis sekarang!

Mana-mana individu yang membaca, Selamat Hari Raya.
Maaf Zahir Batin.

Fin.