Friday, November 5, 2010

P Ramlee

Apa pandangan kamu?

Untuk jiwa yang dibesarkan dengan lagu dan filem P Ramlee, aku sangat menghormati legenda ini. Even sekarang aku menulis sambil menonton filem drama Ali Baba Bujang Lapok.

Satu filem yang mampu membuatkan aku tergelak dan tak mengantok pada jam 2 pagi walau dah berkali aku tonton filem ni.

Dan bukan filem ini saja. Banyak lagi filem lain yang aku tetap tak bosan menonton.

Bujang Lapok, Do Re Mi, Madu Tiga, Anakku Sazali dan lain-lain.

Dan baru ini Astro telah mengenang beliau dengan menayangkan filem-filem beliau semula. Bukan setakat itu penanyi indie negara juga bergabung untuk mendendangkan semula lagu-lagu beliau.

Apa pandangan kamu?

Bagi aku irama P Ramlee adalah suci. Suatu irama yang mampu menahan segala arus masa dan kukuh di ingatan semua. Dan aku agak terganggu mendengar lagu-lagu beliau dinyanyikan semula dalam irama yang berbeza.

Getaran Jiwa - Bittersweet

Mungkin ini adalah nyanyian semula yang agak baik. Aku masih dapat merasai aura P Ramlee dalam lagu ini. Lagipun iramanya tidak banyak diubah. Bagi aku, aku masih dapat mendengar lagu ini dengan rasa selesa.

Jeritan Batinku - Lan
Suara Lan memang unik. Tapi dia bukan P Ramlee. Tapi dia mencuba dengan agak bagus. Namun, muzik bagi aku agak spoil. Lagu Jeritan Batinku dari filem Ibu Mertuaku setiap kali aku dengar akan menyebabkan bulu romaku meremang. Tapi bukan versi ini.

Itulah Sayang - The Ramlees
Lagu yang aku hafal dan hold high in the heart. Sayang. Hancur dibuat mereka. Bagi aku, melodi asal lagu ini adalah suatu yang unik. Boleh menyebabkan aku menangis, namun nyanyian gabungan ini menyebabkan aku rasa sangat menyampah. Sungguh.

Tunggu Sekejap - Hujan
Ini agak okay. Aku mendengar tiada banyak irama yang diubah. Dan nyanyian Noh berjaya kuadaptasikan dalam irama ini. Seperti Bittersweet, cubaan yang menarik. Dan aku mampu mendengar dengan selesa.

Apapun ini pandangan aku saja. Lagipun aku tahu ini bertujuan untuk mengambil untung saja. Aku tak pandang sangat tribute itu sejauh mana. Cuma bagi aku irama lagenda ini janganlah dimainkan begitu sahaja. Irama P Ramlee adalah sangat unik. Kalau diubah tak tentu hala punahlah jadinya.


Irama dan lagu tak boleh dipisahkan. Jika dipisahkan, pincanglah lagu, rosaklah seni.
P Ramlee

I stand corrected by the way.

Apa pandangan kamu?

fin.

5 comments:

Unknown said...

ada tribute dokumentari masuk kat national geography ke history tah. sebelum meninggal, dia jatuh merundum sampai tak boleh cari makan. tapi dah mati, orang agung2kan kembali. kesian dia.

ismeth said...

the unbeaten legend n soul..he got soul on his song..

Nazrin Saad said...

org kt dunia camtu lah kot. bila dah mati baru nak agung-agungkan kembali.

mcm yasmin ahmad juga. bila dah tak ada baru org nk cerita dia ni pengarah 1 malaysia la apa la.

mikhaelahmad said...

tapi diorang kira lambat gak ah. a year after mj death, dah ada album remake lagu mj. itu baru true kapitalis bangsat. genius nak makan duit. nasib baik kapitalis tanah sini slow sikit.

aku bukan dibesarkan dengan p ramlee sangat. aku lebih kepada mj, ini fakta. tapi aku masih share the same respect for him. kalau nak remake, jangan ikut suka hati. kaji juga sejarah lagu tu. artis yang berada di top biasa nya sangat precise dan cerewet pasal art mereka. please, get into their head first, what this song is all about in real life, feel it, baru nampak ikhlas sikit. to show ur appreciation of true legend.

mikhaelahmad said...

oh and, part hidup sengsara mati lagi sengsara (kena seksa dalam kubur), tapi nama mantap atas dunia, ada yang lagi top ranked.

pablo picasso for instance. bakar lukisan sebagai kau api. sekarang?
dan banyak lagi.

bak kata orang, bila dah tiada baru nak dihargai.