Monday, August 13, 2012

Buku Fixi, PTS dan Popular : Satu Konfessi, eh, Pengakuan!


Baru-baru ini heboh dengan cerita Popular tak mahu menjual 2 judul Buku Fixi yang terbaru (Hilang dan Murtad). Selepas itu Puan Ainon, presiden Universiti Terbuka PTS pula mendedahkan sebenarnya Buku Fixi ini menggunakan Bahasa Melayu Rendah, lantas telah menimbulkan keresahan di kalangan pembaca.

Masya Allah, apakah betul itu semua?

Setelah 10 judul Buku Fixi saya telaah akhirnya saya sedar rupanya saya telah dikaburi penggunaan Bahasa Melayu Rendah oleh pihak Fixi sendiri.

Perkara ini sedikit sebanyak telah menyebabkan saya dipandang serong oleh masyarakat yang rata-ratanya menggunakan Bahasa Melayu Tinggi atau paling kurang pun Bahasa Melayu Sederhana dalam kehidupan harian. Selain itu, ayah dan nenek saya juga sudah mula memulaukan saya kerana saya sudah kurang menggunakan perumpamaan dalam ucapan harian.

Saya juga perasan ramai anak muda di pekan menggunakan kata-kata kesat semasa bertutur dengan rakan-rakan. Sudah pasti mereka ini pembaca tegar Buku Fixi.

Malah, saya juga syak peningkatan golongan rempit di negara ini ada hubungkait dengan penerbitan novel-novel Fixi. Saya harap (kalau Puan Ainon membaca) Puan Ainon dapat membuat siasatan berkenaan isu ini. Entah-entah Syamsul Yusop pun baca Buku Fixi dulu baru keluarkan KL Gangster.

Saya ada dengar penulis BISIK tu gangster besar. Saya dengar la. Takut juga saya. Kalau penulis pun dah gangster, apatah lagi pembacanya?

***

Jadi saya menyokong penuh la kalau Puan Ainon tak kasi masyarakat marhaen ni baca Buku Fixi atas sebab gaya bahasa yang terlalu kesat dan rendah. Kan lebih baik baca novel cinta PTS yang mendidik kita untuk sayang kepada pasangan kita tanpa mengira darjat dan usia? Kan itu lebih penting??

Akhir kata, semoga pihak PTS akan terus menerus keluarkan novel cinta yang artistik dengan penggunaan gaya bahasa tahap tinggi yang melampau-lampau. Kalau boleh keluarkan novel yang gaya bahasanya kalau baca 17 kali pun sepatah haram tak faham lagi. Itu paling hebat.

***

Cis. Asal nak komen kat entri PTS, tapi buat semak pula bila fikir balik. Kah kah kah

fin.

Tuesday, August 7, 2012

Pelik

Ada beberapa benda pelik bila orang kena tegur. Ada perasan tak?

Kalau orang tu alim yang amat tegur, maka mulalah bising.

"Ko ingat ko semayang semua cukup ko dah ada lesen la nak sound orang ni?"

Bila orang yang tak alim mana tegur,

"Alah, bro. Ko pun lebih kurang. Takyah la bising-bising."

Jadi golongan mana yang selayaknya untuk kau?

Mungkin kena tunggu malaikat bersayap gergasi turun dari langit kot. Masa tu barulah selayaknya untuk kau ditegur.

Kalau aku mudah saja. Orang begini tak payah ditegur, elok diterajang saja (buat yang berani).

fin.

Thursday, August 2, 2012

Novel

Asalnya seorang yang cakap,

'tulislah novel, kau ada bakat.'

Seorang saja.

Dan kemudian ada seorang lagi. Dan seorang lagi.

Ah, apa nak jadi hal. Mari mulakan menulis!

fin.