Gua ada sepupu. Dan sudah tentu beliau sudah berkeluarga. Nama dia Kak Na. Mempunyai kerjaya sebagai seorang guru, beliau sudah punya 4 orang anak gadis.
Yang last baru saja kenal dunia 26 Ogos dulu.
Anak gadis pertama nama Alia. Paling pendiam antara trio. Yang nombor 4 apa kira ye dak? Gigi pun tak tumbuh lagi.
Tahun ni ambil SPM. Ada sedikit-sedikit genetik gua mungkin sebab dialog ni.
Gua : Nanti nak ambil apa lepas SPM?
Alia : Ambil Math sebab minat Add Math.Pehhh. Gua pun minat Add Math tapi bila gua masuk UKM baru gua tahu dunia Math tidak seindah Add Math. Gua tak cakap kat dia, biar dia lalu sendiri.
Gua memang Pak Andak yang cool dan memikirkan kesejahteraan anak saudara!
Anak gadis kedua nama Anisa. Paling bising antara trio. Ini gua tak tahu apa cita-cita. Tapi gua nampak ini paling pandai main Facebook.
Tapi yang gua emosi tak tahan, ini yang paling gila Justin Bibir.
Anak gadis ketiga nama Amira. Paling peramah antara trio walau baru darjah empat. Ini sesi dialog yang buat gua rasa nak jadikan dia anak buah nombor 1 gua.
Gua : Maksu (adik gua) belajar di Poland. Mira nak ikut?
Amira : Takmau.
Gua : Habis, Mira nak pergi belajar mana?
Amira : Dubai.
Umur 10 tahun dah mula rancang masa depan nak belajar di Dubai. Gua umur 10 tahun sunat pun tak lagi.
p/s : untuk rekod, anak gadis keempat nama Nur Afrina.
fin.
1 comment:
perlukah part sunat itu???
O.o
Post a Comment