Monday, July 25, 2011

Bacalah Harian Metro.

Semua orang pun mesti dah tau apa yang jadi kat Norway. Walaupun gua tak tengok Buletin Utama, Dunia Jam 10, tapi gua masih juga tahu apa yang jadi.

Hasil dari pembacaan media cetak yakni akhbar.

Pada yang tak tahu, boleh belajar-belajar ambil tahu. Pada yang tak tahu tapi pasal Bersih 2.0 dia serba tahu boleh pergi mampus.

****

Okay, kejadian yang berlaku di Norway mengejutkan seluruh dunia. Seorang lelaki telah mengebom bandar Oslo dekat Parlimen dan telah menembak mati 85 orang remaja di pulau Utoeya kalau tak silap aku.

Dia menyamar jadi polis dan memujuk mangsa keluar dengan alasan mahu membantu. Setelah mangsa keluar dia menembak mati semua orang.

Bagi gua hal tembak menembak di negara orang putih ni bukanlah benda baru. Tapi bila ia dilakukan oleh seorang lelaki dan mengambil nyawa hampir 100 orang (97 orang setakat hari ini), gua rasa ianya satu benda yang sadis dan sangat ganas.

Kamonlah. Gua main Counter Strike sejam lebih pun tak mampu bunuh orang sampai banyak tu, ini dalam realiti seorang lelaki buat macam tu.

Apa-apa pun lelaki ini dikatakan seorang aktivis yang membenci orang Islam, beliau pernah menulis di dalam blog yang katanya lebih kurang macam ini " 13% of British Muslim is prone to al Qaeda ideology ". Beliau juga dikatakan sangat membenci konsep multirasial yang diterima Eropah dan Norway.

Tapi gua masih belum jelas lagi tentang motif beliau.

For me, he deserved death sentence. The cruelest way possible.

****

Oh pasal tajuk di atas. Alah, semalam kan tajuk cerita di Norway ni jadi front page semua paper. Cuba lu baca Metro semalam. Apa front page dia?

Pasal seorang pondan yang buang kemaluan.

Wartawan dia memang lagi pentingkan pondan Malaysia dari 100 nyawa yang terkorban di Norway.

Oh, tajuk cerita pasal Norway hari ini lagi best.

" Beihrik ingin hapuskan Islam. "

Bangang punya Metro. Dia tahu ke tak tahu apa yang dia tulis tu? Salah dan boleh mencetuskan emosi. Bodoh!

Beihrik tu orang yang bertanggungjawab pasal kejadian di Norway tu. Dan dia sepertimana yang aku kata, tidak suka konsep multirasial di Eropah. Kalau dia nak hapuskan Islam kenapa dia tak pergi Arab Saudi, Iraq atau Iran. Bom negara tu. Instead, dia bom negara sendiri.

Dia lelaki yang ingin mencetus revolusi, bukan mahu hapuskan Islam, bodoh!

Tapi Metro still lagi akhbar tabloid yang paling dibaca rakyat Malaysia. That speak about our mentality.

****

Metro is our version of News of the World. Apa? Cerita pasal News of the World pun tak tahu? Baik lu pergi belajar mengaji kalau macam ni punya bangang.

Tu la, selalu sangat baca Harian Metro!

fin.

1 comment:

say- O said...

ada baca metro hari ni. standard metro lah. hal konek pondan rogol main adik bradik budak skolah romen still berita besar walaupun semalam Najib kena headshot.

itulah Melayu. dari dulu lagi. suka benda ringan2.