Semalam tamatlah sudah Festival Teater MAKUM. Alhamdulilah UKM berjaya merangkul tempat ketiga dengan dua anugerah pelakon harapan, dan kebanyakan aspek berjaya mendapat pencalonan.
***
Setelah 3 kali dipentaskan akhirnya naskhah ini dipertandingkan. Dan kepuasan dicapai akhirnya.
Memori dan Evolusi
1. Ain dan Ari
2. Mak Pukul
3. Scene Mail
4. Scene Sham dan Ain/Aishah/Kak Eton
5. Scene Abang Bad
Takdir Ilahi MAKUM
6. Scene Seroja
7. Team produksi
***
Review
1. Kali pertama tak join Takdir Ilahi tapi, tahap orgasm kepuasannya mencapai tahap pementasan Februari di mana aku pengarahnya.
2. Sentimental value Takdir Ilahi pada aku masih tinggi. Masih ada lawak Korea, dan chemistry gua dengan Ain masih power walaupun gua tak berlakon. (Rindu Mai.)
3. Orang yang gua target paling menonjol, semua tercalon untuk anugerah tertinggi lakonan walaupun semuanya kurang bernasib baik.
4. Kali ni ada lagu Pelangi. Dulu tak pernah orang nak ajar lagu ni kat gua.
5. Entri sebelumnya gua ada cakap gua nak dapat sesuatu. Amin, gua memang dapat benda tu dan gua memang dah buktikan sesuatu.
6. Again, ditegaskan, aku bukan peminat tegar naskhah Takdir Ilahi jika di dalam medium pertandingan kerana ia susah untuk menjadi pemenang. Namun, bagusnya naskhah dan arahan ini, kelemahan itu berjaya dikaburi dengan kelebihan lain.
7. Orang akan selalu banding membanding watak Mak dengan Kak Adik, watak abang Bad dengan gua dan watak Ain dengan Mai. Ouchhhh, snappp!! Mereka berjaya membuktikan sesuatu bukan? Now eat your words back!
8. Budak setting tetap budak paling power walau tak tercalon. Pokok dengan rumah top class. First time budak setting jadi korus 3, suara jantan pula tu masa nyanyi.
9. Ini kali kedua gua melatih pelakon baru untuk teater ni. Mereka baru tapi mereka dengar cakap. Aku suka betul. Terutamanya Pejal dan Firdaus. Serius aku tiada masalah mengajar mereka dan jika diberi 3,4 hari lagi, aku yakin boleh ajar mereka jadi lagi superpower dari apa yang mereka ada sekarang. Itu fakta, sebab mereka tak jemu mengulang.
10. Yang nama gua tak sebut, korang juga okay. Cuma kalau nak sebut nama semua, gua risau entri ni akan jadi entri biodata pula.
11. Budak lelaki yang tebang dan stapler pokok tu hensem bukan main.
12. Abang Bad kali ni kurang Korea dan bergaya.
****
Penutup
Lepas ni akan ada orang yang buat lawak, "Weh, malam ni latihan pukul berapa?", katanya sambil tersenyum dan ketawa. Tapi bila dia seorang diri, benda lawak ni tak akan jadi lawak tapi akan jadi benda yang sedih.
Dan selalu-selalulah toleh ke arah Panggung Seni yang akan menjadi sunyi dari suara dan hentakan kaki anda semua.
p/s : anugerah pelakon untuk mereka yang berjaya menawan hati penonton atau mereka yang berjaya menguasai konsep teater dan berjuang mengikut landasan pengarah?
fin.
2 comments:
peh!!peh!!peh!! spe la dak yg jdik korus 3 tue ea..gila la~~
pehal xde scene ibu? grrrrrr!!!!
Post a Comment