AUKU adalah Akta Universiti dan Kolej Universiti.
Sebenarnya benda ni dah lama, dan aku pun baru nak tulis.
Apa-apahal, yang nak bangkang AUKU tu sangat kenalah sedar bahawa AUKU adalah Akta Tubuh Universiti, tanpa AUKU macam mana sesuatu IPT itu hendak ditadbir?
***
" Tiada sesiapa jua, semasa menjadi seorang pelajar Universiti, boleh menyatakan atau berbuat sesuatu yang boleh ditafsirkan sebagai menyatakan sokongan, simpati atau bangkangan terhadap mana-mana parti politik atau kesatuan sekerja atau sebagai menyatakan sokongan atau simpati dengan mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang haram. "
Itu lah Seksyen 15(5) yang dikatanya agak kontroversi tu. Anyway, kes tu dah setel di Mahkamah Rayuan, dan Mahkamah Rayuan sendiri dah decide Seksyen tu tak relevan dan menghalang pelajar berfikir secara kreatif.
***
Ini pendapat gua.
1. Kreatif tu bukan datang dari apa pertubuhan (politik atau tak) yang kau join. Kreatif itu bagi aku datang dari kesungguhan kau. Kalau kau masuk parti politik just for the sake of joining them, so apa kreatifnya di situ?
2. Mahasiswa bagi aku adalah jiwa muda, di mana mindanya boleh kita kata agak reaktif. Macam mana kalau orang berjiwa Voldemort hasut mereka ini? Sudah tentu jadi kacau bilau bukan?
Bukan semua minda di IPT boleh berfikir secara rasional. Pahit untuk diakui, tapi itu benar, tengok sendiri orang yang membantah/menyokong AUKU ini tanpa faham betul-betul apa bendanya AUKU itu.
3. Saya baca di MalaysiaKini "AUKU menghalang mahasiswa dekat dengan golongan kelas bawahan dan sebaliknya mahasiswa lebih suka enjoy". Ada betulnya, selaku pemimpin masa depan, apa salahnya kalau kita ambil masa dan tengok golongan kelas bawahan? Tapi, apa kena mengenanya dengan AUKU?
4. Kita ada PTPTN, kita ada JPA dan pelbagai bantuan untuk mahasiswa. Malah mahasiswa diberi peruntukan untuk pelbagai jenis aktiviti. Di Chile, pelajar buat demonstrasi jalanan semata-mata untuk perjuangkan sistem pendidikan mereka. Soalan : Adakah negara kita seteruk mereka?
****
Kesimpulan
Kalau dilihat dari aspek tertentu, aku rasa Seksyen 15(5) ni ada juga mengongkongnya. Kalau kita dikatakan sebagai pemimpin masa depan, kenapa kita tak diberi peluang untuk melihat sendiri how this country is run?
Tapi, aku masih berpegang bahawa, akal sesetengah mahasiswa ini masih lagi reaktif. Mereka akan emosi dengan sedikit provokasi. Bagi aku golongan inilah sebabnya Seksyen 15(5) diwujudkan.
Aku tak bangkang, aku juga tak sokong, tapi melihat pada keadaan pilihanraya kampus aku dah nampak betapa emosinya mahasiswa jika bergerak dengan panji politik.
Apa pula jadi kalau mereka terlibat dengan politik sebenar?
p/s : bukan masalah untuk pelajar berpolitik, masalahnya bila politik itu dibawa masuk ke dalam kelas.
fin.

1 comment:
akulah antara yang tak tahu mendalam pasal auku, wahahahah!!
tapi aku tetap secara personally tak setuju kalau student main politik. kurangkan risiko terpesong yang ada, tunggulah bila dah stabil, politiklah sepuas mungkin.
Post a Comment