Monday, October 3, 2011

Drawing

Well, tak ramai yang tahu minat aku sejak kecil adalah melukis. Semua pasal terpengaruh dengan Dragon Ball.

Dulu, lukisan aku memang lahanat punya huduh. So aku berhenti bila aku masuk sekolah menengah. Then, tiba-tiba lepas setahun dua, keinginan tu datang balik. Dan aku pun lukis balik.

Aku tak expect lukisan aku akan cantik sebab dah lama aku tak melukis, but rupanya lukisan aku masih maintain. Tak lawa dan tak la gampang sangat.

Akak cakap its run in the family. Abang seorang arkitek dan sepupu aku kalau dia melukis mata seorang perempuan, kau memang akan rasa nak ambil simpan dan jadikannya Monalisa kau. Mata sahaja, baru.

Hence, baru-baru ini aku cuba melukis semula. Asah bakat yang terpendam.

Ini apa yang aku dapat. Sorry, stroke agak kasar sebab aku pakai pensil dan tak guna pembaris. Nak cuba adapt Blade of the Immortal tapi Hiroaki Samura sensei ada kelasnya tersendiri.

****

Aku suka tiru manga yang aku suka. Ini aku tiru dari manga One Piece.



Aku tak pernah cuba lukis potret. Hahahaha. So memang nampak celaka. Lepas ni dah taknak lukis dah potret.


Ini kawan aku suruh lukis.


Dan ini, lukisan yang aku sendiri pun tak tau datang dari mana. Aku ambil pensil dah dapat ini.


Dalam kepala otak ni nak lukis macam-macam, komik, rumah dan sebagainya. Tapi selalu sangat malas.

fin.

1 comment:

wann afzan™ said...

lukis ah hentai stuff. hik hik