Saturday, September 10, 2011

Cheers masa Orientasi itu Bangang?


Minda seseorang boleh membuatkan kita respek atau kita kecam dia habis-habis. Yang baiknya, dalam dunia serba moden minda kita semakin matang, semakin tahu berfikir. Dan itu semua bagus, merangsang kita untuk menjadi sesuatu yang lebih bagus.

Tapi kadang-kadang aku kesal bila tengok minda seseorang boleh menjadi terlalu *mind my words* bangang disebabkan politik.

****

Aku ada terjumpa, entah mana-mana, cari sendiri kalau berminat, tentang hal orientasi di UKM. Katanya pelajar ni banyak yang mental stress, sakit tekak dan lesu semasa minggu orientasi. Dan ada juga keadaan mental stress yang berterusan menyebabkan pelajar tidak dapat meneruskan pengajian dengan sempurna.

Oh. Dan ada juga kajian yang mengatakan pelajar dari luar negara mengatakan mentaliti mahasiswa di negara ini masih lagi bukan berada pada tahap minda kelas pertama.

Dan semua ini disalahkan pada tradisi MMP (sekarang BMP di UKM) yang banyak cheers dan aktiviti keanakan.

****

Aku rasa tak payah aku ulas panjang. Benda ni memang bangang pun.

1. Oversea student ada sekali masa MMP tak? Kalau tanya aku, aku tak pernah pula lihat. Jadi dari apa mereka kata mentaliti kita bukan lagi pada minda kelas pertama? Sudah tentu bukan dari MMP, bukan? Ke aku silap?

2. Dengan cheers lagi katanya kita akan mengundang semangat Assabiyah. Okay. Benda ni paling bangang. Lepas MMP ada jumpa budak KTHO pukul budak Burhan atas dasar berlainan kolej? Ada yang boleh melepak kolej lain sampai lupa balik. Assabiyahkah?

3. Cheers itu bukan kerja mahasiswa minda kelas pertama. Minda kelas pertama, itu definisi masing-masing, tapi apa yang setiap orang, PC dan budak-budak, cheer bukan sebab nak tunjuk yang mereka tu bangang, tapi sebab nak have fun. Simple as that. Jadual dalam MMP memang dah cukup ketat, tak boleh ke orang-orang ini have fun for some while?

4. Akan ada orang bangkang ' datang UKM untuk belajar, bukan untuk berseronok'. Tahniah. Untuk pengetahuan yang mahu membangkang, minggu orientasi bukan dibuat untuk belajar, ia dibuat untuk kesediaan pelajar untuk belajar. Dan tidak ada langsung aku tengok ada pelajar yang buat cheer sebagai tanda protes tak mahu belajar.

5. Hahahaha. Kamu semua pun pergi tengok wayang, bersiar-siar semasa minggu kuliah kan? Maknanya semua yang berbuat demikian bukanlah berada dalam tampuk minda kelas pertama?

****

Bagi aku cheers itu perlu. Kalau tak perlu sekalipun benda ni benda paling kecil untuk didiskusikan dan dijadikan isu.

Tapi, aku open. Kalau ada pihak mampu offer 1 modul tanpa cheers yang ada segala jenis pengisian yang sama dengan MMP kali ini dan dalam masa yang sama tak stressing, well, silakan.

For the mean time, just focus on the bigger things ahead.

fin.

4 comments:

wann afzan™ said...

bmp stands for?

Nazrin Saad said...

Azwan : Bulan Mesra Pelajar kot. Rasanya lah. Heheheh

Eyra Gadis said...

peh. cheers ni la time nak skodeng lelaki2 lembik/gagah. hahahaha.

Ismeth Azril bin Shamsuddin said...

say-0 mesti gagah kan time mmp?