Tuesday, October 25, 2011

Facebook-ers

Satu ketika dulu gua deactivate FB. Sebab gua rasa FB dah tak perlu.

Lepas tu gua activate balik. Sebab gua rasa perlu balik. Sebab bila gua deactivate gua rasa ditinggalkan. Segala jenis hal dibincangkan dalam FB. So gua nak ambil bahagian. Dan gua perlu tahu benda-benda yang berlaku di sekeliling gua juga.

Sebab kebanyakan orang yang ada FB ni, semuanya tak ada handphone, emel dan sebagainya. So satu-satunya cara untuk berkomunikasi dengan mereka ni adalah menggunakan FB.

****

So fine, gua buka FB. Tapi gua tengok macam tu juga.

Link dakwah dishare beramai-ramai. Dan orang like kalau ada kena mengena dengan pandangan mereka. Lepas tu ada la seorang dua komen. Yang selebihnya tahu share ja. Yang share tu baca semua ke tak entah la.

Status bersifat sosial masih lagi banyak, so what? Dah memang laman sosial kan? Dan FB awek cun dan seksi memang cepat dapat komen kalau dia tulis " Tali bra I putus."

Status menganjeng dan mengumpat memang femes. Banyak orang nak babitkan diri mereka. Ini terbaik. Tulis saja macam ni " BN tu kurang ajar. " Maka ramailah yang akan komen.

****

Kat luar negara, Bhutan dan beberapa negara Eropah, tunjuk perasaan berjaya diadakan hanya dengan bantuan FB.

Tapi gua tak tahulah, orang Malaysia ni. Kalau ada status berunsur perbincangan, benda penting dan sebagainya kita buat tak tahu saja kan?

Don't give me "aku tak ada ilmu banyak nak komen situ" shit. Kalau kau diam sampai bila-bila kau bangang ada FB tapi tak ada ilmu.

Dan kalau ada post berunsur perbincangan, kenapa kebanyakan orang kita buka dan "kejap lagi lah komen". Dan seterusnya buat komen bangang macam "k" atau "ikut ah" atau "hoi gua nak pergi tengok wayang, jom ah".

Majulah sikit warga manusia. Majulah. Kalau simpan FB hanya untuk flirt dan nganjeng, tolonglah bangun. Anda sekarang tak ada life. Go and make one before you end up as trash.

p/s : okey, jangan terasa. kalau tak buat jangan terasa. dan jangan nak masam muka dengan aku sebab benda ni. gua tujukan pada warga manusia bukan pada mana-mana Nur atau Muhammad.

fin.


3 comments:

say- O said...

A kick in the teeth to everyone.

ShahizanAzmi said...

Disebabkan benda macam ni lah rasanya deactivate fb lagi bagus.

nama gua wahida so? said...

bhahaha!~
ayat yg agak dem org2 ber-FB xde mail n hp...ok fine~ nk kata mlawak,mcm tgh memerli...