Saturday, October 15, 2011

Sebab Apa Kita Masih Bangang?

Kalau kau artis, politician atau ahli sukan, kau kena terima hakikat yang kau akan diperhati. Dan orang-orang macam inilah yang kita kata sebagai public figure atau role model.

Jadi setiap benda bangang yang kau sebut, orang akan quote dan setiap benda pandai yang kau buat pun orang akan gahkan. Itu resam dunia yang kau pilih.

****

Jack Marshall merupakan seorang kanak-kanak berusia 6 tahun yang merupakan peminat bola sepak. Menginap di England, dia juga merupakan peminat tegar bolasepak, kelab Manchester United.

Apa yang membezakan Jack dan kanak-kanak lain adalah dia menghidap barah otak peringkat akhir.

Dan minggu lepas, Jack telah menghembuskan nafasnya yang terakhir.

RIP Jack Marshall

sumber

****

Untuk meningkatkan tahap kesedaran masyarakat terhadap barah ibubapa Jack telah mendaftar satu akaun Twitter atas nama Jack.

Dan antara selebriti yang menyokong tujuan ini adalah pemain bola sepak England sendiri, Wayne Rooney dan Jack Wilshere.

Yang paling tegar sudah tentu Wilshere, walaupun berumur 20 tahun, dia kerap kali tweet tentang Jack Marshall (walaupun Jack Marshall adalah peminat Manchester United dan Wilshere adalah pemain Arsenal). Pernah pada satu ketika dia membawa Jack Marshall ke Emirates Stadium.

Jack Wilshere

Semasa jelajah Arsenal ke China, seorang peminat dari China datang kepada Wilshere dan bertanya perihal Jack Marshall. Ini membuatkan Wilshere sangat terharu, dan aku juga pada ketika itu.

Seorang pemain bola yang berusia 20 tahun berjaya menyampaikan mesej kepada dunia tentang bahayanya barah dan cabaran hidup seorang kanak-kanak berusia 6 tahun.

****

Secara konklusinya dunia sekarang ni penuh dengan selebriti. Dan sekarang ni bermacam jenis cara untuk mereka berkomunikasi dengan kita. Antara cara yang paling cepat adalah menggunakan Twitter.

Dan aku respek, orang macam Wilshere ni. Walaupun baru 20 tahun, dia menggunakan status selebriti dia ni untuk satu tujuan yang aku rasa, mulia.

So apa kaitannya tajuk di atas dengan segala cerita di atas.

Balik di Malaysia, sila cuba log in akaun Twitter anda dan follow akaun pemain bola Malaysia.

1. Protected Tweet. Maknanya orang selain orang yang follow mereka saja boleh baca. Well fine, aku rasa mereka perlu privasi (aku rasa kalau perlu privasi tak perlu buat Twitter kot, dah kau memang terkenal pun, even pelakon Hollywood pun delete akaun Twitter kalau rasa privasi diganggu, kau siapa yang nak protect tweet ni?) .

2. Dan lagi satu, tweet mereka tak ada satu pun membina.

Paling ketara tweet Amirulhadi (pemain Selangor dan Malaysia). Kalau awek komen, pantas balas. Balas pun cara sempurna terbaik. Pernah sekali seorang peminat Selangor wish good luck untuk perlawanan Piala Malaysia. Dan dia balas macam ni.

"ermmmm, k."

Ermmmmm, k.

Kualiti bola sepak kita dengan England memang jauh macam langit dengan bumi. Tapi sekarang terbukti mentaliti pemain bola sepak kita dan England pun turut jauh.

p/s : kalau tak percaya, follow sendiri Amirulhadi. Gua dah follow, tapi gua terus unfollow lepas 2 hari.

fin.

1 comment:

say- O said...

ermmmm

fork. bapak gedik syial.