Tajuk Drama : Jangan Hantar Aku ke Neraka
Sinopsis : Seorang ibu tunggal ada 3 anak. 2 laki seorang gadis. Eh silap. 1.5 laki, 1.5 gadis. Disebabkan hal tu, budak ni disisihkan. Orang kampung pandang hina sebab budak ni sotong. Tak ada orang nak kahwin dengan akak dan abang dia. Sampai last sekali abang dengan kakak emo terus halau adik. Last sekali mak mati, abang cacat, kakak kena rogol, adik lembut balik kampung simpan misai (ini gampang sekali ni).
Macam drama gampang yang lain, tajuk langsung takdak kena mengena.
Kegampangan :
1. Mak mati. Adik lembut balik nak tengok mak. Abang turun suruh orang kampung ikat adik lembut kat tiang. Orang kampung akur. Babi. Ini paling bodoh, ada tok imam bagai tengah baca Yasin, orang kampung boleh pula ikat sotong ni kat tiang rumah?
Paling babi samseng kampung ada datang masa tu. Pakai songkok duduk dari jauh gelak-gelak kat sotong ni. Motif??
2. Duduk kampung nama Salimah, pergi KL tukar jadi Sally. Ya Allahhhhhhh!!! Tak boleh lagi klise ke? Berapa ratus dah nama orang kampung pergi bandar tukar jadi nama Sally tah? Salim pun tukar Sally.
3. Duduk bandar rasanya dah kaya hantar duit kat mak RM500. Hantar pakai pos laju. Abang curi buat main judi. Gua tak tahu. Gua tak pernah buat. Nak hantar RM20 pun gua pakai money order. Abang dia tak jahat, budak tu yang bodoh letak duit dalam sampul pos laju.
4. Kalau lu orang lembut pergi bandar nak kerja cari butik pakaian saja. Setakat ni gua tak pernah lagi tengok drama orang lembut kerja kerani atau arkitek. Kerja butik ja.
5. Sekali kena rogol, terus pregnant. Lepas tu dah kena rogol trauma sampai baju pun tak salin. Trauma. Orang kampung boleh buat tak tahu pula. Tindakan yang diambil adalah talipon mamat lembut kat bandar.
6. Seperti mana tugas samseng yang biasa, mula-mula pukul abang sampai cacat. Lepas tu rogol akak. Kedua jenayah dibuat selepas ketuk pintu. Lepas buat jenayah pergi balik markas gelak-gelak. Paling gampang kayu pukul orang tersusun kat markas. Sumpah bangang yang jadi samseng tu.
7. Ending akak mati, adik lembut balik jaga abang. Sekarang dah ada misai. Misai nampak sangat lukis. Gampang la woiiii!!!!
Komen : Drama Melayu sekarang ni suka betul buat drama tak ada kaitan dengan tajuk.
fin
4 comments:
drama melayu memang genius.
haha...gua tengok jugak kowt drama ni. Yg no.1 tu yg gua x ble terima...smpai sekarang dok cari contact info pengarah cerita ni nk cari motif dia, hahaha~
fatin fasihah mazelan:
bukan sekarang je. memang dari dulu drama punya tajuk cam gampang.
Tajuk minggu ni pula : Bawaku Ke Syurga.
Hahahahaha! Dulu gua berharap kat TV3 ja untuk drama-drama yang boleh tahan. Sekarang terpaksa la gua tengok Korea.
Post a Comment