Wednesday, September 21, 2011

Twitter, bukan Facebook



Setelah berhari-hari gua baru dapat tahu yang Facebook dah tukar layout. Dan ramai yang kompelin, macam biasalah, ke atas layout baru ni.

Sesungguhnya gua sikit pun tak peduli. Sebabnya sekarang gua dah bergiat aktif dengan Twitter.

Sepertimana Nami dalam TTGB ( ya, aku pun baca juga TTGB kadangkala) yang katanya sudah jarang update blog disebabkan sudah ada Twitter, aku pun sama juga.

Sebabnya Twitter lagi mudah kalau nak rageeee, lagi compact dan yang paling palingnya Twitter boleh dihapdet pakai henpon hatta 3310 sekalipun dengan bayaran RM 1 seminggu.

(Aku rasa ini sangatlah worthy, aku dapat kontek adik aku di Poland dan kawan aku di Indonesia sebanyak RM 1 je. Siapa sanggup bayar? Dan aku buat semua ni guna henpon cikai sahaja.)

***

Sebenarnya aku dah ada Twitter sejak tahun 2009 lagi. Masa tu Facebook di Malaysia, Asia umumnya baru nak naik. Dan Myspace dah nyawa-nyawa ikan masa tu.

Aku buat Twitter sebab aku dapat info, di Amerika, orang di sana lebih menggunakan Twitter berbanding Facebook. Dan untuk tahu apa bagusnya Twitter, aku pun sign up, yang pada masa tu hanya Opah yang ada untuk aku follow dan dia follow back.

First impression, Twitter bagi aku terlalu simple, sebab dia hanya perlu update status ja itu pun tak boleh lebih 140 aksara. Aku pada masa tu berpendapat, disebabkan Twitter tak boleh upload gambar dan sebagainya, so Twitter ni no fun. So aku kembali pada FB.

Masuk tahun 2011, aku (atau kita secara umumnya) dah tahu segalanya tentang FB dan sudah tentu ada yang bosan sudah kan?

So pada Mei 2011 aku buat langkah drastik, aku buka semula akaun Twitter aku (yang pada masa tu dah dekat setahun aku tak buka) dan aku sign up supaya Twitter ni link dengan henpon aku.

Maksudnya sekarang aku boleh tweet di mana saja aku nak.

Aku juga follow akaun kawan-kawan, staronline dan pujaan-pujaan aku (tolak NajibRazak, mainly semuanya footballer.

Dan sejak tu tahap penggunaan aku di FB dan blog semakin berkurang.

(Mei aku hanya ada 300 tweet dan menjelang September aku dah ada 1700 tweet.)

***

Kelebihan Twitter.

Bagi aku Twitter lagi cepat menyampaikan maklumat dari FB.

Contoh, isu pemain bola nak kena jual mana-mana. Aku dapat terus tahu dari akaun pemain tu sendiri dan mana-mana akaun bola sepak yang aku follow. Tambahan pula akhbar dan mana-mana blog sukan sekarang pun banyak yang follow akaun sportsman untuk berita mereka.

Lagi, aku rasa ia lagi senang untuk interaksi berbanding dengan FB. Sebab apa? Aku tak payah explain lah, sebab bukan korang faham kalau korang tak ada Twitter.

Lagi aku follow akaun Najib Razak. Kehkehkeh! Yang ni best juga. Dengar dia merapu.

Even, Michele Obama pun ada Twitter, so aku figure out, kalau artis, pemimpin dan popstar semua ni berkehendakan untuk membuka akaun Twitter, aku rasa Twitter is really worthy. Dan dengan follow mereka ni anda akan tahu terus pemikiran mereka macam mana.

Contohnya Tiz Zaqyah. Semua orang yang dah percaya yang Tiz tu gadis sopan bila buka Twitter dia mesti melopong. She talked, and she talked bad. Kadang-kadang aku tengok dia macam budak remaja, bukan artis. And bila aku buka page FB dia, peh, skema.

Heh.

All in all, aku simpulkan kekurangkerapan aku membuka blog dan FB sekarang rata-ratanya sebab Twitter. Dan buat masa ini, aku rasa Twitter sudah cukup, dan ianya bagi aku juga jauh lebih bagus dari FB.

Jadi, harap maaf.

p/s : aku harap lagi ramai kawan-kawan aku ada twitter. aku tak follow ramai orang bukan sebab aku malas, tapi sebab twitter ni memang orang tak pandang pun.

fin.

3 comments:

wann afzan™ said...

fb baru tukar layout hari ni. right in front of my eyes. gila.

say- O said...

cubaan mengsignup twitter gagal hari tu sebab heavy traffic. so, terus malas sampai skarang. adakah henpon nokia satu hitam tochlight tu juga mampu bertwitter?

Nazrin Saad said...

Boleh. 3310 pun boleh.