Friday, May 28, 2010

Preview : Prince of Persia

Bila kita menjenguk ke layar perak dan nampak "Walt Disney presents" kita akan terbayang cerita kanak-kanak yang ada tupai berlari masuk dalam skirt puteri, anak anjing menyanyi soprano dan watak utama kanak-kanak comel yang belum mimpi basah. Oh, mesti ada juga remaja menari dan menyanyi bagai. HSM anyone?

Tapi bila Walt Disney menerbitkan Pirates of the Carribean, segalanya berubah. Walt Disney dah beralih ke arah yang lebih dewasa kata orang.

Apatah lagi trilogi filem ini gah di panggung wayang di mana watak Johny Depp yang lari sekejap dari Tim Burton berjaya memikat hati ramai penonton di seantero dunia.

Siapa tak kenal Jerry Bruckheimer? CSI pernah tengok tak? Armageddon? Black Hawk Down? Kalau baca CV Bruckheimer itu lah antara filem yang mungkin menarik pandangan korang.

Kali ini pihak yang bertanggunjawab menerbitkan Pirates of the Carribean (Walt Disney dan Bruckheimer) sekali lagi berkerjasama untuk menerbitkan sebuah filem, Prince of Persia.


Kalau Pirates of the Carribean belandaskan jalan cerita novel, namun Prince of Persia berpandu pada sebuah francais permainan video yang tersohor.

Ramai yang menanti filem ini dikeluarkan. Aku rasa seperti Transformers tahun lepas juga. Tapi semua orang pun tahu apa yang jadi dengan Transformers bukan?

Aku harap tak jadi untuk Prince of Persia.

Setakat ini, Bruckheimer masih gagal untuk menghampakan aku. Aku harap bukan dengan Prince of Persia.

Aku meletakkan Pirates of the Carribean sebagai benchmark. Kita tengok sejauh mana Prince of Persia pergi.

p/s : masih menanti Pirates of the Carribean 4 : On Stranger Tides.

Esok :Preview Prince of Persia! For better or for worse.

Fin.

2 comments:

arifpaan said...

supaya gua tak ketinggalan. gua terpaksa pegi bli tiket tgk juga muvi ni esok. dem.

Nazrin Saad said...

aku tgk lord of the rings kt alor setar. masih boleh kagum tgk frodo panjat gunung berapi.

kalau cerita ni xbest, aku akan kecam. wahahaha