Baru saja aku sempat menghabiskan full episod Nur Kasih. Tahun lepas tengok tapi putus-putus.
Memang jarang aku buat review drama, apatah lagi drama Melayu. No offence. Tapi kali ni aku buat juga. Sebab ini spesel.
Baru-baru ni drama TV3 sekali lagi digegarkan dengan drama Adamaya. Wah, bukan main lagi hebatnya drama ini. Katanya sampai boleh mencecah fenomena Nur Kasih.
Well, apa itu fenomena Nur Kasih?
Sudah tentu Adamaya tak akan mencapai tahap Nur Kasih. Adamaya seperti mana yang sedia maklum adalah drama tipikal Melayu. Hero super kacak, super pandai dan super baik hati. IQ 200 atau lebih dan sanggup berkorban demi heroin tercinta. TIPIKAL.
Nur Kasih lebih dari itu. Utusan melaporkan drama ini adalah drama Melayu yang paling banyak penonton dalam sejarah.
Apa istimewanya drama ini?
Pengarahnya of course. Khabir Bhatia adalah pengarah yang tersohor di Malaysia. Sinografinya sama ada dalam filem atau drama memang tiada tandingan. Editingnya apatah lagi. Dia bukan macam sesetengah pengarah filem kita yang hanya mengambil masa 2 minggu untuk menghasilkan sebuah filem. No offence.
Lakon layar yang ditulis oleh isterinya pula seringkali punya idea yang kreatif dan bernilai. Nur Kasih pun sama. Kita dapat lihat pelbagai plot yang disandarkan dalam cerita ini tapi cara dia mengadunnya menjadikan ia sebagai 1 plot dan 1 kisah. Cantik. Ini bukan kisah cinta lelaki dan perempuan sahaja, ia tentang keluarga dan agama juga. Kalau anda menonton sampai ke episod akhir, anda pasti tahu tema utama drama ini bukan berkisar pada Adam dan Nur sebenarnya. Tapi ianya berkisar pada penghijrahan Adam.
Lakonan. Bagi aku lakonan yang paling hebat adalah dari Liza Othman. Cara dia membawa watak mak kepada Adam dan Aidil menyebabkan aku rasa kasih sayang seorang ibu dari setiap dialog dia. Aku tak pelik Adam dan Aidil begitu sayangkan dia.
Tiz juga berada dalam kelasnya yang tersendiri. Selaku pemacu utama wanita, dia berjaya menyampaikan watak perempuan desa dengan sangat baik. Ummi Nazeera lagi lah. Dah berlambak komen facebook menyampah dengan beliau untuk menunjukkan betapa hebatnya lakonan beliau.
Yang paling penting drama ini tak tipikal. Watak utama bukan orang korporat yang bawa beg ke huhu hilir, mesyuarat pagi petang urus projek 5 6 juta. Tak ada orang dengki nak jatuhkan bisnes bagai. Oh, ini dari kawan aku. Orang kampung tak mekap tebal masa memasak.
Yang paling penting, dialognya. Tak Gerak Khas seriusnya. No offence. Nampak natural. Terutamanya masa Adam, Aidil dan maknya bercakap. Nampak macam keluarga kampung. Macam aku biasa bercakap di kampung. Tak Gerak Khas okay orang kampung cakap.
Perbanyakkanlah lagi pengarah seperti Khabir Bhatia yang sering mahu keluar dari kepompong tipikal. Yang berani. Yang rasa orang kita mahukan kelainan. Bukan menonton cerita mat rempit, walhal tiap-tiap malam benda tu boleh nampak live kot.
Bagi aku susah untuk ada drama Melayu yang sehebat ini lagi selepas ini. Kalau ada, tolong beritahu aku.
Review ni agak lambat. Tapi biarlah. Anggaplah ia sebagai tribute.
Fin.

No comments:
Post a Comment