Saturday, May 15, 2010

Gadis dari Changlon 3

"Lorh, kok cewek itu yang ditanya? Itu kan adiknya pengantin perempuan. Tapi cewek itu tunangan orang sih."

Itulah kata-kata dari ketua kampung yang telah menghancurkan hati aku. Direct. Hancur hati aku.

Habis saja makan, aku terus menggesa Sahak untuk pulang. Hati dah frust, apa lagi mau tunggu kan?

Sesudah mengucapkan tahniah kepada pengantin, Sahak bergegas ke arah Waja beliau. Dia tanya aku,

"Lu confirm lu nak balik ni bai? Wa tau lu ada hati dengan awek tadi."

"Biarlah Hak. Dah tunang orang dah pun."

"Ceh. Kapal terbang pun kena hijack bai."

Perli Sahak sambil menghidupkan enjin kereta.

_______________________________

Kereta Sahak meluncur laju melepasi pekan Jitra. Aku masih memikirkan perihal awek tadi. Tak pernah aku merasai rasa seperti tadi. Masa seolah-olah dibekukan. Jantung seperti sudah mau pecah.

"Hak, lu agak-agak dengan master yang gua ada, boleh tak gua jadi lecturer dekat matrikulasi tu?"

"Peh, lu gila ke? Lu ada master engineering tu bai. Pehal lu nak jadi lecturer situ pula?"

Aku hanya tersenyum. Semangat aku kini memuncak.

_______________________________

3 jam sebelum...

"Peh, tunang orang ke tu pakcik? Gua nampak hot je lagi. Dia kerja ke belajar lagi tu?" tanya Sahak pada ketua kampung sambil menerkam kurma ayam yang terhidang.

"Waduh. Sudah hampir setahun dia habis belajar pak. Sekarang dia berkerja di sini."

"Kerja apa, wak?" aku pula mencelah.

"Jadi apa ya? Ohh, jadi lekturar di matrikulasi."

Fin.

3 comments:

Siti Nurnasihah said...

skung baru paham..hahahahahaha
kaloo cerita ni jadi realiti cmne?
nak jadi lecturer kah?! :)

Nazrin Saad said...

ini mesej hari guru.
pada guru-guru malaysia.

wann afzan said...

lecturer kt mtrx???
x hot ah!