Wednesday, May 19, 2010

Gadis dari Changlon v2.0 pt3.0

"Cik ni duk usha Cik S kan?"

Direct ja budak kelas aku, Eli, sergah aku suatu hari tu.

"Err, mana ada. Gua usha kereta Proton Saga dia lah."

"Hotak lu. Dia bawa MyVi la." Seorang lagi budak kelas gua, Mas, menyampuk.

Ahhh, sudah. Proton Saga tu kereta tunang S. Damn.

"Dia dah tunang la cik. Susah kalau nak dapat dia. Tapi tak mustahil." Kata Eli sambil membetulkan jawapan tutor Kimia.

"Apa maksud lu?" Gua bingung tiba-tiba.

"Hahaha, kalau cik nak saya tolong, boleh ja." Kata Eli sambil menjeling manja pada gua.

Eli dan Mas datang untuk menghantar tutorial saja. Sesudah mengeji gua, mereka pun cuba beredar.

"Eli!" Gua panggil.

Dia menoleh, "Err nombor 3 memang sama dengan Mas sebab kami buat sama-sama!"

"Hahaha, tak ada. Tak sangka lu selalu perhati gua. Tapi gua pun tau rahsia lu. Amacam lu dengan Shamsul?"

On the spot Eli terkesima.

Aku pun pandai baca orang juga.

to be..

2 comments:

wann afzan said...

eli hot x?

damn.
nape xde pmpuan hot kt changlun??!!

sHieLa said...

apsal nama eli dgn nama mas tu mcm familiar?? kawan2 hg kat kmk dulu ea?? huhu