Wednesday, May 12, 2010

Gadis dari Changlon 2

PANG!!!

Sahak melepaskan pinggan yang dipegang disebabkan gelabah dengan situasi gua. Sahak ni pelik sikit. Setiap kali dia gelabah Parkinson dia mesti datang serang.

Awek tu usha gua dengan pandangan yang tajam. Dan berair. Awek tu apa lagi, menangis la. Susah betul. Gua panik lagi.

Susah betul. Gua apa lagi terus la pikat awek tu.

"Err, jangan la menangis. Malu lah."

Nak pulak dia layan aku. Menangis lagi depan khalayak. Semua orang dah mula pandang. Sahak macam biasa. Buat-buat sembang tak kenal gua dengan bersembang dengan ketua kampung situ. Bodoh punya member.

"WAAAAAAAA!"

Makin kuat la pulak dia meraung. Ah sudah. Matilah aku.

"Lu pehal bai? Dengan budak kecik pun takkan lu struggle?" sinis Sahak.

Gua tahu la awek ni baru 5, 6 tahun umurnya. Tapi nak pula dia dengar cakap gua kan? Lagi kuat dia meraung ada lah.

"Ni pehal memekak tengah-tengah khalayak ni?"

Itu ayat first gua dengar dari mulut dia.

to be..

1 comment:

wann afzan said...

still x nmpk mane hot nye awek tu...