Monday, May 10, 2010

Gadis dari Changlon

(Cerita ini tiada kaitan dengan yang hidup mahupun yang sudah meninggal dunia. Juga tiada kaitan dengan Gadis dari SP. Inspirasi dari sesuatu yang hidup. Terimalah.)

Dah lama gua tak turun Changlon. Kali terakhir gua turun Changlon semasa gua belajar di matrikulasi yang tersohor di sini. Kali ni gua turun juga, kerna katanya seorang pensyarah Kimia yang juga tersohor di kalangan aku dan rakan-rakan bakal melangsungkan walimatul urus di sini.

Di pekan kecil inilah segalanya bermula.

_______________________________

Dulu orang buat kenduri pakat orang kampung. Sekarang senang. Order saja katherine. Eh, typo. Katering. Nak buat macam mana. Orang sekarang semua nak cepat.

Jadi gua pergi kenduri hanya untuk makan saja. Gua pergi dengan Sahak, rakan sekelas. Bekas pemain ragbi sekolah. Sekarang jadi kerani di sebuah firma guaman. Menternak lemak dalam proses.

Sampai saja gua disambut meriah oleh bapa pengantin yang entah kenal ke tak gua. Tapi gua apa kisah. Gua dan Sahak dengan gigih terus ke meja makan. Gua ambil lauk yang gua mampu. Sahak pula ambil lauk yang gua tak akan mampu habiskan.

Dah jadi bukit pinggan Sahak.

Sempat pula gua nganjing Sahak semasa ke meja. Spontan. Gua terlanggar awek depan gua.

Baju merah ros sudah dibasahi kuah kari. Gua panik. Gua saspek angin senggugut gua akan serang gua lepas ni.

Semua mata pandang gua dan awek tu.

Awek tu usha gua. Tiba-tiba, PANG!

to be..

3 comments:

Siti Nurnasihah said...

hahahaha..cerita yg ak tunggu selama ni..ending biar gempak ok! tamoo trgantung cm gntung diri kt pokok taugeh! :)

wann afzan™ said...

x best..
x sexy..

Nazrin Saad said...

aku tak fikirkan lagi ending dia.
aku nak wat 3 episod ja.