Friday, May 28, 2010

Gadis dari Changlon v2.0 pt7.0

"Derr, dia memang cintakan tunang dia. Tapi lu? Lu cintakan dia tak?"

___________________________

Lagi 5 hari S akan melangsungkan perkahwinan. Gua macam biasa, masih tak bisa. Masih tak bisa untuk gua meluahkan yang tersurat menjadi yang tersirat. Gua memang pemalu. Dari kecil lagi.

Hari ni S datang untuk menyerahkan surat cuti. S datang meja gua.

"Ada kelas ke? Jom teman saya pergi Changlon Mart. Nak beli barang kenduri. Boleh kita memanah sekali." ajak S.

"Errr, tak ada." Dengan pantas gua SMS Eli mengatakan tutorial petang ni terpaksa dibatalkan atas sebab gua buasir.

___________________________

Sampai saja gua usha ja dia beli barang, gua tak pernah kahwin, mana gua tau.

"Kareem, suka yang corak mana ea? Bunga merah ke bunga purple?" tanya S tentang alas meja yang dia pegang. Gua pun tak tau motif dia nak beli alas meja.

"Bunga merah la. Nampak lebih universal." kata gua.

Dia senyum.

"15 tahun dulu, aku macam pernah dengar perkataan merah warna universal." S bingung.

"Kawan lu ke derr?" gua tanya semula.

"Kawan? Hurm. Bukan kawan. Dia ada buat poem untuk aku. 'When star are dim, and moon seem gloom. I have this one dream, that is to be...."

"..your groom." Gua sambung semula.

Dia tersentak. Diam. Dan memandang gua.

"Kau Abdul Karim?" tanya dia.

Aku mengangguk perlahan.

Segalanya bermula 15 tahun dahulu. Semasa kami berusia 12 tahun.

to be..

2 comments:

wann afzan™ said...

time die 12 thn, die hot x?

Nazrin Saad said...

komen ko xmembina langsung.