Tuesday, May 25, 2010

Gadis dari Changlon v2.0 pt5.0

Kliche drama Melayu.

Sejak hari tu gua makin baik dengan S. Hari ke hari gua makin mesra. Eli pun dah kian kerap menganjing gua. Tapi setiap penganjingan dia gua aminkan saja. Moga menjadi kenyataan.

Amin.

Orang kampung pandang saja gua dengan S. Ngumpat agaknya. Tapi selagi S belum kahwin dengan laki tu, selagi tu gua ada peluang.

Gua pun nak peluang mengecap kebahagiaan juga.

Suatu hari gua jumpa dia di cafe admin. Gua lepak dengan dia sebab masing-masing tak ada kelas masa tu.

Gua tau dia baru 3 bulan tunang. Maksudnya peluang gua sangat cerah.

" Err, kira saye ada peluang lagi la ni kan?" kata aku konon-konon bergurau. Hotak lu gurau. Gua serius ni. Gila serius.

"Hahahaha, kelakar la awak ni. Takkan la awak nak kat saya. Lagipun..."

"Lagipun apa?" tanya gua saspen.

"Lagipun saya memang cintakan dia."

Mudah ja ayat tu. Tapi bila aku dengar tiba-tiba ja dada aku sakit.

Sakit sangat.

to be..

1 comment:

wann afzan said...

igtkn die nk kate "lagipun sy dh xde dara"

br panas beb!!