BAB 1
Nama aku Safwan. Seorang akauntan di salah sebuah bank yang ternama di kota raya Kuala Lumpur ni. Kalau dalam syarikat ni, siapa yang tak kenal aku. Seorang pemuda yang umurnya tak lagi mencapai 30 tahun tapi sudah menjawat jawatan penting dalam syarikat.
Ya. Aku tak nafikan ramai yang dengki padaku. Tapi semua itu aku tak endahkan. Aku adalah aku. Semua kejayaan yang aku kecapi sekarang adalah hasil usaha aku sendiri. Kalau mereka nak memandang sinis pada aku, nak dengki dengan kejayaanku, mereka boleh pergi mampus!
Hahahaha... Dan aku tak nafikan juga wajah aku ni pun tak kurang kacaknya. Pendek kata, aku ni kira 'full package' laa. Dan aku rasa ini yang menyebabkan mereka yang dekat luar tu dengki pada aku agaknya.
Dan tak hairanlah perempuan-perempuan dekat pejabat ni ramai juga yang cuba mendekati aku.
Tapi perempuan-perempuan ni semua, langsung tak layak jadi teman wanita aku. Muka macam tembok rumah yang nak runtuh ada hati pula nak cuba mendekati aku. Aku sukakan cabaran. Aku lebih suka keluar di waktu malam dan mencari gadis-gadis yang jauh lebih muda dari aku.
Bagi aku, perempuan ini hanyalah teman untukku berhibur. Dan tak susah bagiku untuk mencari teman wanita berbekalkan muka dan kerjaya aku sekarang ni. Dan kalau aku tak mencari pun, pasti mereka yang datang kepadaku.
Dan aku dah tak terkira berapa orang anak gadis yang telah aku rosakkan di kota raya ini. Dan apa aku peduli tentang semua tu? Mereka sendiri yang datang menyerahkan segala-galanya padaku. Dan aku pun menerima semuanya dengan hati yang terbuka.
Orang cakap aku ni perosak. Playboy. Tapi apa yang aku peduli? Aku perlu bersuka ria dalam hidup ni. Dan bagi aku, cara yang paling sesuai untuk berseronok adalah dengan 'bersuka ria' melalui gadis-gadis tersebut. Walaupun aku sedar setelah mereka 'bersuka ria' denganku mereka sudah tak layak ku panggil 'gadis' lagi.
Apa aku peduli tentang kata-kata semua orang? Yang penting aku suka dengan hidup aku..
Inilah hidup aku. Sehinggalah aku berjumpa gadis dari Sungai Petani itu...
4 comments:
hoho....
great work bro!!
even it's too early to be labelled great maa...
hehe...
i'll follow ur story bout this gadis dari sp till the end~
hahahaaa...
seperti ku tawww ini dari cerita sebenar sape...
adakahh???
ini cerita fiksyen aliaa...
tp diinspirasikan oleh org2 yg rapat dgnku..
dr pengalaman or akan je pengalaman akn dtg? who knows?
Post a Comment