Tadi menonton Prince of Persia di Kajang. Panggung wayang agak celaka. Tapi aku menonton filem yang memenangi Oscar tahun 2004 juga di panggung wayang yang lebih kurang celaka juga. Jadi tak bolehlah aku nak mengomel tentang hal logistik di sini.
Prince of Persia. Filem yang paling dinantikan sepanjang musim panas di USA. Apatah lagi gandingan Bruckheimer dan Walt Disney yang telah menerbitkan trilogi Pirates of the Carribean yang telah merangkul keuntungan besar di serata dunia. Jack Sparrow masih dirindui hingga ke hari ini.
Aku dah cakap semalam, Pirates of the Carribean aku jadikan sebagai benchmark. Mungkin terlalu tinggi. Tapi itulah dia.
Prince of Persia tak menggapai langsung benchmark yang aku tetapkan.
Dastan tak akan menggapai status Jack Sparrow. Tak payah tengok, itu semua orang tahu. Sparrow is in his class of his own.
Gamer yang tegar dengan permainan pasti berpuas hati dengan aksi yang ditampilkan. Hampir menyerupai adegan di dalam game. Melompat dalam situasi yang tidak logik, bumbung ke bumbung, unta ke unta.
Dari segi plot, tiada unsur kekaguman di situ. Aku sudah dapat mengagak kesudahan cerita apabila menonton beberapa adegan utama. Sangat menghampakan.
Bruckheimer masih lagi tegar dengan adegan letupan, dan sound effect boombastik. Prince of Persia juga tak kurang elemen tersebut. Kalau anda menantikan adegan unta meletup, maaf anda pasti kecewa.
Tentang aksi, mungkin lebih hebat dari KL Drift, mahupun V3 Samseng Jalanan. Namun ending filem ini menyebabkan ada sesetengah penonton merasakan dirinya loser menunggu sampai 1 jam setengah untuk menyaksikan pengakhiran sedemikian.
Bagi aku, itulah. Permulaan dan pengakhiran. Kalau plot mantap pasti dapat menyokong ending yang mantap. Tapi kalau plot mantap, ending tak best agak anti klimaks.
Ini adalah salah satu filem anti klimaks bagi aku.
Tak banyak yang boleh dikomen, bagi gamers mungkin sesetengah akan berpuas hati. Bagi aku hanya 5/10.
p/s : derr. ini komen peribadi derr. kalau tak suka tak apalah. ini apa yang aku rasa.
Filem terbaik 2010 setakat ini : The Book of Eli
Fin.

1 comment:
nope..
only 1/5
Post a Comment