Saturday, May 22, 2010

Gadis dari Changlon v2.0 pt4.0

"Gua dengan Shamsul tak ada apa-apa lah. Lu dengan Cik S tu yang lu kena kisah bai."

Damn. Pandai pula si Eli mengajar aku.

Petang tu gua lambat sikit balik. Mesti S dah balik. Aih, terpaksa bai. Kalau tak siap tutorial budak-budak ni gua kena buat kelas ganti pula.

Masa gua reverse Kancil kuno gua, gua nampak S sedang terbongkok-bongkok sebelah Vios dia. Maybe can gua.

"Err, masalah kerete ke derr? Leh saye bantu?"

"Eh. Awak? Haah. Tak tahu lah. Tadi elok ja."

"Hari ni tak ada orang ambil ke?" dalam keadaan muka paling hipokrit yang terdaya.

"Eh, hari ni tak."

"Meh la saye hantar. Nanti saye call mekanik datang tengok. Esok datang sini saye ambil. Lagipun dah lewat ni. Rumah awak pun celah-celah Changlon kan?"

"Hurm, baiklah. Ok gak tu."

Rumah S dalam 10 minit juga lah dari matrikulasi. Tapi aku rasa macam 10 saat ja. Damn.

"Hahaha, owh, awak la mamat masa kenduri kahwin akak tu eah? Tak sangka."

Slow-slow kereta kancil aku sampai di laman rumah S.

"Erm. Thanks. Sebelum kenduri akak kita pernah jumpa ke eah? Muka awak macam familiar sangat." S tanya padaku.

"Err, tak kot." Pantas aku jawab.

Fine. Aku tipu.

to be..

1 comment:

wann afzan said...

penipu!

*dalam keadaan yg sgt emo*