Tuesday, June 1, 2010

Gadis dari Changlon v2.0 pt8.0

"Assalamualaikum. Hari ni adalah hari terakhir korang belajar di sini dan hari terakhir gua mengajar di sini. So let make it count okay." kata gua pada hari terakhir sesi pengajian matrikulasi dengan lagak ala Encik Rozmey sedikit sebanyak.

3 hari sebelum majlis S.


___________________________________

"Cik, hari tu gua nampak lu dating dengan Cik S kat Changlon. Apa jadi derr?" tanya Eli menyibuk.

"Tak ada apa. Well, tak ada apa yang perlu lu tau."

"Derr, lu jangan macam ni. Lu tiba-tiba nak letak jawatan. Sebelum dia kahwin lu nak blah. Gua tau mesti ada sesuatu." Eli menyoal siasat gua lagi.

"Eli, kalau lu besar nanti lu mesti tahu. Kita tak akan boleh paksa orang untuk suka kita. Walau tinggi mana pun cinta kita kat orang jangan sangka kita akan dibalas dengan rasa yang sama." Nah. Ambil kau. Sentap Eli.

___________________________________

2 hari sebelum majlis S.

Barang-barang semua gua dah siapkan. Tibalah masa untuk gua tinggalkan pekan Changlon ini.

Pekan yang telah mebawa banyak kenangan padaku. Pekan yang melambangkan kegagalan padaku. Damn. Gua gagal bawa pulang cintaku. Gua gagal bawa pulang apa yang sepatutnya menjadi milikku.

___________________________________

Sehari sebelum majlis S.

Hari ini aku dah di Seremban. Hari ni aku gelisah. Tiba-tiba telefon bimbitku berbunyi.

Ceh. SMS dari Eli.

"Bai kalau gua dapat U dekat-dekat Seremban, leh ah gua pow lu derr. Jangan sedih-sedih. =)"

Ceh. Tersenyum sekejap gua. Tet, tet! Bunyi SMS gua lagi. Agak antik ya.

"Bai, gua minta UKM ni. Gua rasa memang dapat ah."

Suka hati kau lah Eli. Tet, tet!! Ceh. Takkan dah dapat result kot budak ni.

"Awak tak nak tunaikan janji awak pada saya ke? -S-"

to be..

(Next : Final Episode!)

1 comment:

wann afzan said...

sy still rase awek tu x hot