Sunday, November 21, 2010

Kerana Potongan 1cm

Aku berumur 14 tahun ketika itu. Berada di salah sebuah sekolah elit di Perlis dan merupakan top 5 di dalam kelas dan top 100 di dalam tingkatan. Aku merupakan salah seorang jejaka idaman di dalam kelas mahupun sekolah.

Hatta, saham aku naik lagi apabila aku cuba dicalonkan untuk menjadi pengawas yang rata-ratanya guru hanya memilih 2 orang dalam setiap kelas. Dipendekkan cerita, aku gagal dan dari kelas aku hanya seorang yang berjaya di dalam interview untuk menjadi pengawas.

Suatu hari sebelum ke kelas Seni, aku bergurau kasar dengan kawan pengawas aku menggunakan gunting. Tanpa disengajakan aku terpotong blazer dia dalam 1cm di bahagian lengan. Dia seakan marah pada aku. Tapi kami masih boleh bercakap setelah aku memohon maaf.

Esoknya aku dihadapkan ke hadapan guru disiplin atas kesalahan menggunting blazer kawan aku. Dan ibubapa aku disuruh datang ke sekolah.

Kerana potongan 1cm.

Kawan-kawan aku yang lain semua memberikan kata-kata simpati pada aku dan rata-rata mengeji kawan gua kerana mengadu pada ayahnya. Aku yang dalam keadaan terpinga-pinga tidak dapat berbuat apa-apa. Peliknya aku sedikit pun tidak marah kepada kawan pengawas aku itu.

Esoknya, setelah ayah aku pergi berjumpa guru disiplin, ayah aku berkata pada aku.

" Sikit saja. Takpalah, kalau dia suruh kita ganti, kita gantilah. "

Mati-mati aku ingat aku akan kena maki sesudah itu.

Hasilnya, aku sedikit pun tidak mendapat sebarang hukuman dari kejadian itu sama ada di sekolah mahupun di rumah. Kawan aku masih lagi memakai blazer itu setelah menjahitnya kembali dan aku masih lagi berkawan dengan dia.

2 tahun selepas itu, guru datang ke kelasku dan memanggil aku untuk menjadi pengawas. Di saat itu aku sudah mengambil keputusan untuk ke SBP

Moralnya, jika atuk kamu pengerusi PIBG sesebuah sekolah dan bukan penoreh getah macam ayah aku, orang akan dengar cakap kamu walaupun atas dasar benda yang semerapu mungkin.

Sampai sekarang, aku tak faham motif memanggil aku ke bilik disiplin.

Dan sampai sekarang juga aku benci orang yang menggunakan politik dan pengaruh atas dasar kepentingan sendiri.

fin.

5 comments:

Lemonades Of Life said...

ni kisah benar ke?

anaeeim said...

kerana aq budak black list..
aq dipolitik kan..amek! budak black list dah lepas ukm la weh! p mati la yg politik aq dulu

Nazrin Saad said...

cerita benar. mak marah awal2. pak diam ja, aku takut dah.

tapi bila pak pi tengok yg koyak hat sikit tu, dia tak kata apa pun. masa tu aku terus jadi benci dengan cikgu kanan hem sekolah derma.

pak balik dia tak marah pun.

duk ingat lagi cikgu bodo tu kata,

'ni dah koyak ni, xleh pakai dah ni'

2 bulan pastu pakai ja lagi. tak ada apa pun.

Nazrin Saad said...

cikgu-cikgu macam ni patut tak payah ada pun aizat. bukan ikhlas nak mendidik anak bangsa.

~**Raw Honey**~ said...

wth wtf f h m a ! elit skul mcm ni !? ... sy pernah guna pisau kecik "TER"koyak kan baju sorg bdk laki mase form 1..mungkin kulitnye tebal jd x cedera pun..x setakat 1 cm!6 cm pun ade..risau2 tp nasib baik bdk tu x kate pape..

ade jugak mase skolah rndah seorg kawan ni..sy "menepuk" bahu nya tanda friendly~last2 sy kene panggil ke office>>dan diberi amaran agar jgn berkasar dgn pengawas tu...well,for information dia tu ketua pengawas..sy jz pengawas biasa aje...