Monday, April 11, 2011

Tulis Point Form Macam Exam


1. Gua ni memang lelaki. Bila gua nampak perempuan, gua akan ghairah. Dan gua juga akan cuba sedaya upaya gua menarik perhatian perempuan mana-mana yang gua rasa gua minat. Pendek kata gua tak gay.

Tapi memang macam haram la bila lu layan perempuan ja, tapi kawan lelaki lu layan macam semut. Nampak tak nampak je bai!

2. Manusia semua berubah. Kita terima dan adapt. Itu lumrah alam brader. Patutnya lu kena sapa pakcik Charles Darwin bila dia cakap pasal teori evolusi.

Tapi kadang-kadang kita tak sedar bila kita kata orang berubah, yang berubah tu adalah kita, bukan dunia. Muhasabah.

3. Kawan-kawan. Member-member ni memang best bila masa gelak-gelak. Bila time down baru la kita tau mana satu kawan, mana satu gampang. Yang dulu susah cari kita pun hilang bila kita tengah susah.

Jadi hargailah kawan yang betul-betul ada. Sebab kawan yang betul-betul ada tak minta apa-apa pun untuk ada.

4. Lagi cakap pasal kawan. Kalau kawan, kawan sajalah dengan ikhlas. Bukan atas sebab musabab lain.

Kalau dia ada kereta lu kenal. Kalau kereta dia pancit, lu buat macam sampah. Lu tu yang sampah sebenarnya.

5. Gua ni nampak je macam tak kisah. Tapi sebenarnya gua kisah. Gua terasa, tapi gua diam. Konon orang cakap perlu ada kematangan.

Jadi gua diam dan gua tak cerita kat orang atas dasar respek. Tapi adakah lu masih respek sama gua?

p/s : gua harap dengan penulisan point form ni gua akan dapat markah penuh. sekian.

fin.

5 comments:

leha lah ni. said...

o0o0oo0o..ok.

N.W.I said...

cikgu kate wat essei bru dpt mrkah penuh,xley point form...

ismeth said...

cikgu selalu ckp kne letak simpulan bhasa ataupun dlm bhsa omputihnya idiom..eh clap bkn smpulan bhsa tp peribahasa..

mikhaelahmad said...

gua kalau usha pompuan cun, gua rasa on. kalau lawan mata dengan lelaki kendu, gua jadi blushing. adakah gua dikategorikan sebagai separa gay?

Nazrin Saad said...

lu mungkin biseksual. cepat-cepat la berubat. sebelum lu cari kerja tetap kat lorong haji taib.