Saturday, April 9, 2011

Dalam Movie ada Wahida


Dah lama gua tak update blog dengan post-post santai. Mungkin sebab gua dah sedikit matang dalam kehidupan harian.

Dah lama juga gua tak mengkritik sistem politik Malaysia, Libya mahupun Brazil. Mungkin sebab gua dah jarang membaca suratkhabar.

Semua ni berkait rapat dengan kecederaan ibu jari gua yang agak parah dalam seminggu dua ni. Dan gua dapati agak payah nak belek-belek suratkhabar sambil baring-baring dalam keadaan ibu jari yang cedera parah.

***

Baru-baru ni gua tengok cerita Hop. Google sendiri kalau nak tau. Gua malas review dan bagi sinopsis.

Yang gua boleh simpulkan dari cerita ni, kalau anak gua jadi Easter Bunny, gua takkan berbangga sebaliknya mengambil keputusan untuk buat-buat tak kenal anak gua. Jadi filem ni gua kategorikan sebagai filem pelik.

Tapi sekurangnya dalam filem ni ada Wahida.

p/s : biar filem macam haram, kalau tengok dengan orang yang kita suka, maka kita tak akan tidur dalam GSC. amin.

fin.

1 comment:

nur wahida said...

bowdow,...dan vavi sungguh!~ sekian..........