Tuesday, April 5, 2011

Jari, Obor-obor, Nurse Garang dan WRJ9492

Tukul punya kerja, obor-obor yang dapat nama. Tapi memang angkara obor-obor. Gua kalau benda lain gua tak berkira sangat. Tapi kalau dengan obor-obor memang gua hangin satu badan.

Malam tu nak kata dingin tak dingin, nak kata hangin pun tak hangin. Gua macam biasa kerja paku memaku ni dah jadi rutin gua dah. Maka nak tak nak gua pun memaku sebab alam sekeliling gua penuh dengan gadis-gadis yang tak pernah kenal tukul dan paku.

Sekali gua paku. Macho. Dua kali gua paku. Macho. Tiga kali gua paku. Hancur.

Gua dengan spontan hisap ibu jari gua sebagai tanda protes atas kesakitan yang melampau. Sesudah tu gua keluarkan jari gua dan goyang-goyang dengan harapan kesakitan itu dapat bergoyang pergi.

Secara tak langsung, tiba-tiba sirap turun dari langit. Tap. Tap. Tap.

Gua rasa ada dalam segelas darah gua gugur malam tu.

****

Macho, macho juga. Tapi kalau dah isi terkeluar dekat jari, nak tak nak gua kena juga pergi hospital memohon bantuan.

Dan terima kasih kepada Nurse Garang, Popod Pendek dan Yuyu Comel yang menemani gua ke hospital yang berdekatan.

2 kaunter, sekali x-ray, cucian yang memedihkan dan 1 suntikan kancing gigi gua pun lepas dari hospital tersebut. Tapi gua terpaksa datang setiap hari untuk cuci luka yang semakin tak smart ini.

****

Walau apa pun gua nak ucapkan terima kasih kepada WRJ 9492 dan penggeraknya kerana kalau tanpa anda, memang gua dah putus harapan dan putus jari.

fin.

2 comments:

ainur said...

serammmmmmmmmmmmmmmmmmmmm

N.W.I said...

nampak s***h lalu....
ketuk tangan sendiri...

macho ke gitu?
gile...