Saturday, January 30, 2010

Hari Ini : Pari-pari Berwajah Bengis dan Pari-Pari Kerdil


(Mungkin ada kaitan dengan [ini])

Setelah hampir setengah tahun, pari-pari berwajah bengis turun lagi dari syurga. Kali ni dia membawa teman. Seorang pari-pari kerdil. Hati berbunga-bunga lagi melihat dua orang pari-pari.

Hari ini mengajak dua orang pari-pari ini ke Midvalley. Tujuan? Mahu memohon bantuan pari-pari kerdil dan pari-pari berwajah bengis untuk memilih hadiah buat seseorang. Sudah nama pun pari-pari dari syurga. Pasti hajatku tercapai.

Kemudian, berlegar-legar makan dan mencari cincin. Hanya hajat untuk makan yang membuahkan hasil. Ceh. Pari-pari berwajah bengis sikit pun tak berubah.

Pulang dalam komuter yang sesak dengan bau muntah pada seat yang berdekatan.

Oh, tapi hati ini masih berbunga-bunga lagi.

Terima kasih Pari-pari berwajah bengis!
Terima kasih Pari-pari Kerdil!

Ujarku sebelum mereka terbang pulang ke syurga dan hilang pandangan di langit.

Hari ini keluar bersama dua orang pari-pari. Terima kasih. Aku sudah tak punya rasa gusar dalam diri. Terima kasih. Nescaya kali ini aku akan kerap mendongak ke langit untuk menantikan pari-pari datang lagi.

Fin.

Ali dan Siti versi Kejam

(Tak ada kaitan dengan ini.)

Kali ni Ali dah jadi kuat sikit. Ali tekad. Ali nak tanya Siti kenapa Siti pilih Abu, bukan Ali.

Ali tanya,

"Siti. Boleh aku tanya? Kenapa kau pilih Abu? Kenapa kau tak pilih aku? Aku kan selalu juga dengan kau. Selalu bantu kau. Selalu berkorban untuk kau. Selalu bersama kau tika susah dan senang. Bukan macam Abu. Dia datang bila kau senang saja."

Siti jawab,

"Oh. Abu kacak. Kau tak."

Fin.

Friday, January 29, 2010

Kata Fatin

Hari tu gua kata,
"Kalau ramai orang sayang gua, tak ada awek pun tak apa."

Fatin kata,
"Lu dah final year, mesti ah kena ada awek."

Ceh. Okay.

Tapi...

Kalau tak ada awek pun dah rasa macam ni,
sama juga.

Tak ada awek pun tak apa.

Fin.

Hilang


Ceh. Hilang lagi.

Malas dah nak cari. Biarlah.

Kalau cari dan hilang lagi, pasti sakit lagi.

Tak mau sakit lagi.

Fin.

Sunday, January 24, 2010

Hari Roberto Menangis

Ini Roberto.

1 Julai 2006 kalau tak silap. Tempat memang gua langsung tak ingat, harap maaf. Yang gua tau kat Jerman. Pagi tu pagi keramat. Dua juara Piala Dunia yang terdahulu bakal beradu. Sekali lagi Ronaldo vs Zidane. Cuma kali ini Ronaldo sudah agak gendut dan Zidane sudah botak penuh.

Tapi yang mencuri persembahan (translate direct dari 'stole the show') pada pagi itu adalah Thierry 'Pemain Arsenal paling kacak' Henry. Beliau menjaringkan gol tunggal perlawanan yang melayakkan Perancis ke separuh akhir Piala Dunia dan seterusnya menjadi naib johan edisi 2006.

Hari itu, Roberto Carlos seperti biasa ditugaskan untuk mengerahkan kudrat mengawal sisi kiri pertahanan Brazil di samping menjadi wing back untuk menembusi pertahanan Perancis dengan larian-larian yang cool. Hari itu media menyalahkan Roberto kerna gagal memarkahi (translate direct dari 'marking') Henry. Hari itu Brazil kalah setelah 3 edisi berturut-turut ke final.

Hari itu Roberto menangis. Hari itu hari terakhir Roberto bermain untuk Brazil.

Hari itu Roberto menangis. Tapi untuk gua, guatersenyum. Kerna hari itu gua menjejakkan kaki ke bumi UKM dan KDO.

Biarlah Roberto menangis. Gua bangga dengan hari itu. Kerna tanpa hari itu tak akan ada hari ini. Tanpa hari itu tak akan ada kenangan hari ini.

Fast forward 4 tahun kemudian, sekali lagi akan ada Piala Dunia. Mungkin Roberto tak akan menangis lagi. Mungkin.

Tapi mungkin kali ni aku akan menangis pula. Tak. Rasanya itu pasti.

Tak apalah. Sekurangnya aku ada kenangan untuk kusimpan dalam hati.

"Fame is momentary, but memory is eternal"

Fin.

Saturday, January 23, 2010

Bang! Bang! Dush!


Okay. Kalau lu suka lu mesti ah nak. Kalau lu suka lu mesti nak beli. Dan kalau lu suka lu mesti taknak orang lain ambil apa yang lu suka.

Okay. Fine.

Itu kalau barang. Kalau orang?

Bukan semua apa yang lu nak akan jadi kenyataan. Bukan semua yang lu nak lu akan dapat.

Hakikatnya, lu hanya boleh mencuba dan terus mencuba. Tapi berpijak lah pada realiti.

Fin.

Tuesday, January 19, 2010

Jatuh Cinta dengan Kawan Sendiri


Kalau menyukai seseorang, yang mana kamu suka? Orang yang sudah lama kamu kenal atau seseorang yang tiba-tiba muncul dalam hidup?

Kalau gua, gua pilih kawan. Bukan apa dah kenal hati budi bagai. So nak ajak dating ke, makan ke senang la kan?

Contoh :

Aku : Oi Awek, minggu ni aku free. Jom ah kua dating.
Awek : Nak dating mana?
Aku : Lu tak suka tempat bising-bising kan? So kita dating perpustakaan awam dah ah. Tak pun rumah mayat. Amacam?
Awek : Okay. Sayang you!

Tengok! Kalau dah kenal senang cerita. Nak beli hadiah bestday sekali keluar saja. Tak perlu takut dia suka atau tak suka. Nak pergi makan, tak perlu risau dia tak suka makan tom yam atau pun wantan. Tak perlu.

Itu kalau bercinta dengan teman.

Macam mana pula kalau bercinta dengan bukan kawan sendiri. Yang ini susah sikit. Tapi semestinya la ada pro jugak. Tapi ini gua tak suka. Sebab tak panjang selalunya.

Okay. Macam mana pula keburukan kalau bercinta dengan teman sendiri. Senang cakap keburukan tak akan ada semasa bercinta. Sungguh. Tanya saja kawan kamu yang bercinta.

Keburukan akan muncul apabila kamu clash. Kamu kawan. Kamu bercinta. Kamu clash. Itu saja alirannya. Jarang aliran itu akan terbalik. Sebab bila kamu dah clash, susah sangat kamu mahu berkawan semula. Kalau boleh pun, sangat susah untuk menjadi seperti dulu-dulu.

Kalau dulu-dulu boleh pergi lari-lari dalam hujan sama-sama, sekarang mungkin dah segan. Sekadar Larian 1Malaysia sama-sama mungkin boleh lagi.

Point yang nak cuba aku sampaikan sangat senang. Gua sukar mengambil risiko.

Gua kenal ramai kawan. Ramai juga kawan gua yang berjaya menambat hati gua. Tapi gua risau. Gua risau kalau gua cakap 'i lap u' gua dah tak leh kawan dengan beliau. Sebab bagi gua, kawan lebih penting dari awek.

Kalau gua ada awek, paling hebat pun dia ambil berat tanya gua sihat ke tak.

Sekarang gua ada kawan, gua demam pun terjaga. Gua boleh lepak dekat Ayah Pin KTHO sampai pukul 5 pagi cerita kisah hidup gua tanpa segan. Gua juga boleh tampar tumbuk kawan gua yang seberat 53kg tanpa perlu merisaukan dia akan menangis. Gua juga boleh mengata kawan gua gemuk tanpa risau dia merajuk dengan gua dan tak bancuh teh o pada esok harinya.

Okay. Sebenarnya ini bukan entri jiwang. Ini entri untuk menghargai kawan-kawan perempuan gua. Terima kasih jadi kawan gua. Gua tau gua tak hensem, tak cool. Tapi kalau ada kawan macam lu semua, gua tak ada awek pun gua tak kisah.

p/s : dah lama tak masukkan perkataan cinta dalam entri. saja tak tulis pasal kawan laki. nanti ada yang kata gua gay lak.

Fin.

Tuesday, January 12, 2010

Aku dirawat Angel

Semua orang pasti ada saat dan tika rasa down yang amat. Rasa tensi yang membebankan. Perasaan masa tu seperti dada ini direntap.

Aku pun.

Tapi aku hanya perlu pejam mata dan ingat hari itu. Hari 2 orang Angel datang merawatku. Hari yang membuatku rasa terharu dan rasa mau menghentikan masa.

Hari itu hari Jumaat, pagi. Aku di bilik keramat. Menolong adik-adik. Tiba-tiba entah dari mana badanku mula terasa panas. Kepalaku kian berat. Batukku bertalu-talu.

Niat membantu terbantut. Apa yang aku mampu buat adalah terbaring lesu tanpa kata. Melihat semua menjalankan kerja. Aku tak membantu.

Tiba-tiba cahaya itu datang. Angel Putih keluar dari cahaya itu. Pertanyaan cukup simple,

"Abg Nas ni okay tak?"

"Dah makan belum?"

Okay. Memang tak baik berbohong dengan Angel. Tapi aku gagal beritahu Angel bahawa aku belum makan. Kantoi. Teruk aku dibebeli Angel Putih.

"Itulah. Kalau tak makan macam mana nak makan ubat? Sebab tak makan la badan jadi lesu. Saya dah suruh dah pergi makan tadi di KTHO kan? Kenapa tak pergi? Ada panadol ke tak ada? Saya pergi ambil sekarang eah?"

Aku berjaya menghalang Angel Putih pergi mengambil panadol dengan mengatakan di bilik ada panadol. Ok. Fine.

Tamat urusan di bilik keramat, semua orang pun mau bergerak pulang. Aku? Masih lesu tapi cuba juga untuk bergerak pulang. Dan satu lagi cahaya terpancar. Datang pula si Angel Hitam.

Mengetahui status kesihatan aku, dia mengerahkan Angel Putih mendapatkan makanan dan ubat, manakala dia pula tinggal untuk memerhatikan aku. Ya. Angel Hitam bukan macam Angel Putih. Dia tidak membebel. Dia lebih fizikal. Dia merenung tajam. Itu aku lemah. Belum lagi dia mula mencubit.

Datang pula si Angel Putih dengan membawa segala peralatan memasak dan ubatan dari kediaman. Wah, tidak cukup dengan ubat yang diberikan, aku juga dikerah untuk makan dan minum. Ya. Kerahan oleh Angel Hitam sangat sukar untuk direjek.

Hampir jam 5 pagi setelah makan ubat disaksikan Angels tersebut, maka aku pun dikerahkan untuk pulang dan tidur.

Okay. Empat tahun di UKM, sekali pun aku tak pernah menerima layanan sedemikian. Sumpah sangat terharu. Aku rasa siapa-siapa pun akan terharu. Orang terakhir yang pernah menyuap ubat padaku adalah arwah ibuku. Dan aku sangat-sangat terharu.

Mereka hadir dalam hidup ini mungkin sejenak. Namun mereka itulah Angel aku. Seperti warna hitam dan putih yang saling berkait. Itulah mereka dan aku. Aku tak perlu cakap aku sayang mereka.

Family and friends worth dying for...




Fin.

Monday, January 11, 2010

Anugerah Seni dan MEFEK

Dua hari yang berbeza.
Dua majlis yang berbeza.
Dua perasaan yang berbeza.

Anugerah Seni ; mendapat Anugerah Seni Teater bukanlah suatu yang kukejar selama ini. Namun malam itu, aku memperolehi anugerah tersebut. Satu-satunya malam anugerah seni yang aku tak hadiri, dan aku menang pada malam itu. Tidak mengapa. Rakan KTR yang ada menjadi wakil. Bersorak untukku.

Terima kasih KTR. Kalian mendidik aku sehingga aku mampu ke tahap ini. Mungkin tak akan sebagus Abg Yus dan Abg Haikal yang aku respek sebagai pengarah yang tiada tanding taranya. Tapi alhamdulillah, pengalaman yang terbentuk dapat kugunakan untuk kugilap generasi baru.

Tipu kalau cakap aku tak seronok. Tapi mungkin sebab aku tak hadir majlis, maka perasaan itu agak biasa bagi aku. Nonetheless, terima kasih kepada yang mendorong, menyokong dan mendidik.

MEFEK ; mementaskan teater Antara Dua Darjat yang diolah oleh aku untuk ke pentas atas elemen 1Malaysia. Namun, malang. Kami gagal beroleh placing. Alasan yang munasabah adalah kerana kegagalan menyampaikan tema. Teater berat yang cuba kutunjukkan gagal menambat hati juri. Gagal.

Untuk itu, aku menanggung kesalahan. Bukan KK yang berlakon 110% di dalam hujan. Berteriak, menendang dan menangis. Aku tersentuh dengan lakonan gadis itu. Selama 18 jam dia berjaya melakukan sesuatu yang seperti itu. Untuk itu, aku berani mengatakan gadis itu adalah pelakon terbaik pernah aku latih. Credit to her.

Bukan juga salah choir babes. Mereka menempuh hujan, namun suara tak dapat didengar jua. Bukan. Kerna bagiku, berkat harmoni yang ada, mereka bakal menyentap hati juri jika juri memberi perhatian.

Bukan salah DOTters. Mereka dah cuba terbaik. Ijan menampar KK dengan betul. Itu aku kagum. Ismeth melakonkan adegannya dengan bersungguh-sungguh. Watak terbaik Ismeth setakat ini. Syabas!

Overall, aku mengatakan ini salah aku. Well, selalunya memang begitu. Kegagalan sebuah filem akan dituding pada pengarah jua. Semalam aku down. Aku mengaku. Tapi ini tak akan menghalangku untuk menghasilkan suatu yang seperti itu lagi.

Kerna bagiku teater adalah untuk mendidik dan bukan berhibur semata-mata.

Fin.

Thursday, January 7, 2010

Gadis dari Sungai Petani Epilog

Dua puluh tahun kemudian segala keadaan sudah berubah. Aku bukan lagi Safwan yang dulu. Aku sudah memilih hala tuju hidup yang berbeza.

Ya. Aku akui awal perpisahan aku dengan gadis itu, aku agak sesat. Namun pada saat-saat paling gelap dalam hidup itulah aku berjumpa dengan cahaya. Cahaya yang membimbingku ke sini.

Kini aku makin dekat dengan Tuhan. Makin redha dengan ketentuan Ilahi. Alhamdulillah, rezeki aku masih ada. Aku sedar dosa-dosa aku dulu tak mungkin dapat ditebus dengan mudah. Namun aku bersyukur aku masih diberi peluang untuk memilih.

Setiap insan mengimpikan cinta sejati dalam diri mereka. Setiap insan menginginkan pasangan yang sempurna. Kalau sudah jumpa apa yang kau rasa aku akan buat?

Ya. Aku akan kejar.

Gadis itu telah mengubah hidupku. Namun dengan begitu saja, gadis itu telah hilang dari hidup ini. Aku akan terus mencari. Biar pun selama ini pencarianku yang sudah berusia 20 tahun ini hanya menemui jalan buntu.

Tapi aku akan terus mencari dan mengejar. Kerna kutahu dia adalah cinta sejatiku. Dia adalah insan yang diciptakan untukku. Biarlah sebelum hembusan nafas yang terakhir aku dapat melihat lagi senyuman manis di bibir yang bertahi lalat itu. Biarlah sebelum hembusan nafas yang terakhir aku dapat menyarungkan cincin ke jari manisnya.

Ya, biarlah sedemikian.

Ianya lebih berharga dari berjumpa bidadari syurga.

Tolonglah kembali padaku wahai gadis dari Sungai Petani.

.................................................................

Hari ini hari minggu. Tiba-tiba loceng rumahku dibunyikan. Aku yang sudah di dapur pada masa itu terus bergegas membuka pintu. Kerna Iskandar Tembam ada berjanji mau datang pada hari ini.

Bila aku membuka pintu, mataku terbeliak. Aku seolah-olah pernah melihat pemandangan pada 20 tahun yang lalu.

Di depan mataku, seorang gadis remaja yang berumur 18 hingga 20 tahun dan berbaju kurung berdiri mengadapku.

Dengan tahi lalat di bibir dia tersenyum dan berkata,

"Pakcik Safwan?"

FIN.

Monday, January 4, 2010

Gadis dari Sungai Petani Eps 8

Kami pulang ke rumah dalam keadaan yang hujan lebat. Petir sabung-menyabung. Aku hairan. Selama gadis bertahi lalat di bibir yang berasal dari Sungai Petani ini tinggal di sini, kenapa hari ini baru Tuhan ingin tunjukkan pada aku perasaan ini?

Pelik. Aneh. Kekok.

Itu yang aku rasa sekarang. Perasaan yang aku tak pernah alami sepanjang aku merosakkan gadis-gadis kota raya ini. Dan ia buat aku rasa tak senang. Ahhh, apa aku peduli. Aku adalah seorang lelaki yang tidak pernah menyesali perbuatanku sendiri. Tidak pernah meratapi dosaku sendiri.

Namun, pada malam keramat itu, segalanya bakal berubah. Malam itu aku melakukan kesilapan yang tak akan dapat aku tebus.

Hujan yang lebat dan keadaan larut malam telah menangguhkan hasrat gadis itu untuk bergerak keluar dari rumah. Penat, dia tidur di biliknya. Sementara aku di ruang tamu. Gelisah.

Celaka. Apa yang aku rasa ni? Dah berapa ramai perempuan-perempuan yang aku rosakkan, tak pula aku rasa macam ni. Kenapa sekarang? Apa lainnya gadis kampung tu?

Konon untuk menghilangkan kegelisahan, kuteguk beberapa tin Carlsberg. Aku dah hilang kawalan semasa masuk tin yang kelapan.

Celaka.

Rasa gelisah tu tak mau juga hilang.

Cis. Mungkin kalau aku pergi tengok gadis itu sekali lagi rasa ini akan hilang. Ya. Perlahan-lahan aku membuka pintu bilik gadis itu. Pandangan mataku kian kabur, namun sekujur tubuh di atas katil itu jelas kulihat.

Perempuan. Gadis. Apa bezanya?

Mindaku semakin menggila. Petir sabung menyabung seperti melarang niatku itu.

Ah!! Apa aku peduli? Selama ni ada yang pernah menghalang aku?

Aku sudah tak ingat bila aku menanggalkan bajuku. Yang aku tau aku sudah bersebelahan dengan gadis itu. Kudakap gadis itu dengan tanganku yang besar itu.

Petir semakin kuat. Namun gadis itu langsung tak menjerit. Aku semakin panas. Aku semakin menggila. Mindaku sudah mula berfikiran tak waras.

Perlahan-lahan ku gadis itu menoleh ke arahku.

Mulutnya yang bertahi lalat itu tidak lagi tersenyum. Aku semakin tidak keruan. Aku seperti ingin pitam. Sebelum aku melelapkan mataku, aku terpandang matanya.

Matanya yang sayu bergenangan dengan air mata.

Itulah kali terakhir aku melihat wajah gadis dari Sungai Petani itu.

Bersambung...

Saturday, January 2, 2010

Gadis dari Sungai Petani Eps 7

Hari itu hari yang menceriakan bagi aku. Perempuan yang ada bilik sendiri itu telah memberikan kenaikan pangkat kepada aku. Lepas ni boleh la aku enjoy sakan lagi. Sungguh aku puas hati. Kredibiliti aku selaku akauntan muda di kota raya ini tak boleh disangkal lagi. Dalam erti kata mudahnya aku adalah total genius.


Pulang ke rumah dengan hati yang berbunga-bunga di tengah hujan yang renyai-renyai. Rasa tak sabar mau jumpa gadis itu. Buka saja pintu rumah, aku melihat gadis itu di ruang tamu. Dengan beg pakaian yang lengkap.


Tanpa disuruh, dia berbicara.


"Terima kasih. Saya rasa saya dah tak boleh menyusahkan awak lagi."


Aku tersentak. Selama ni, aku tak pernah peduli kehadiran gadis ini di rumah aku. Tapi hari ni, aku merasa suatu yang pelik.


"Mana kau nak pergi?"


"Entah. Mana-mana."


Huh. Sebulan yang lalu aku memang nantikan kata-kata itu. Tapi hari ni? Masih dengan egoku, ini yang kubalas.


"Ikut aku makan dulu? Aku tak ada kawan nak dinner sama."


Walaupun selama ni aku tak pernah makan malam bersama dia, gadis tu masih boleh lagi menghadiahkan senyuman manis dengan bibirnya yang bertahi lalat comel itu. Dia hanya memberikan sepatah kata yang membuatkan hati ini berbunga semula.


"Okay."


Kami makan malam di restoran yang berdekatan. Saat tu, masa tu. Aku tak pernah rasa macam tu selama aku hidup. Masa tu aku tak tau apa yang aku rasa. Aku cuma tersenyum, gembira merasainya.

Bidadari tolonglah turun dari syurga dan hentikan masa ini, fikirku.

Aku tak tau apa yang aku rasa pada masa tu. Aku resah dengan apa yang aku rasa. Namun aku tau, itulah perasaan yang paling indah pernah aku rasai selama aku hidup. Apakah rasa itu? Entah.


Well, mungkin kau semua panggil rasa itu "CINTA".


Bersambung...

Ucapan Klise Selamat Tahun Baru

Okay. Hari ini 2 Januari 2010. Bukan satu tarikh yang signifikan untuk kuungkapkan ucapan ini. Tapi di atas dasar ego, di mana rakan-rakan lain mampu menulis pasal tahun baru, maka perlulah juga gua menulis pasal tahun baru 2010.
Kawan gua pernah cakap. One's birthday is just a *The F Word* day. Well, same goes to New Year la yew alls kan? Sama jua harinya, ada 24 jam. Tahun ni jatuh pada hari Jumaat, justeru lelaki-lelaki tulen kena juga pergi sembahyang Jumaat.
Jadi, kalau ia hanya sebuah hari yang biasa kenapa perlu disambut?
Kerna manusia mencari perubahan. Manusia kepingin pembaharuan.
Justeru tahun baru akan memberi suatu nafas baru dalam diri setiap manusia. Itu yang kita harapkan. Itu yang kita usahakan.
Tapi untuk berubah bukan suatu benda yang senang. Dan kita hanya manusia yang perlu mencuba walau ketentuan itu bukan dari kita jua hendaknya.
Aku?
Masih seperti diriku yang dulu. Single, gemar menhanjeng dan encem. Hahaha, tahun terakhir di UKM barangkali. Aku tak mencari perubahan dalam tahun baru ini. Aku hanya mahu mencari diri aku sendiri. Mungkin mencari bakal isteri di sepanjang perjalanan mencari identiti ini..kot.
Buat semua yang membaca, Selamat Tahun Baru. Carilah diri anda dalam Tahun World Cup ini. Yosh!
Fin.