Monday, January 11, 2010

Anugerah Seni dan MEFEK

Dua hari yang berbeza.
Dua majlis yang berbeza.
Dua perasaan yang berbeza.

Anugerah Seni ; mendapat Anugerah Seni Teater bukanlah suatu yang kukejar selama ini. Namun malam itu, aku memperolehi anugerah tersebut. Satu-satunya malam anugerah seni yang aku tak hadiri, dan aku menang pada malam itu. Tidak mengapa. Rakan KTR yang ada menjadi wakil. Bersorak untukku.

Terima kasih KTR. Kalian mendidik aku sehingga aku mampu ke tahap ini. Mungkin tak akan sebagus Abg Yus dan Abg Haikal yang aku respek sebagai pengarah yang tiada tanding taranya. Tapi alhamdulillah, pengalaman yang terbentuk dapat kugunakan untuk kugilap generasi baru.

Tipu kalau cakap aku tak seronok. Tapi mungkin sebab aku tak hadir majlis, maka perasaan itu agak biasa bagi aku. Nonetheless, terima kasih kepada yang mendorong, menyokong dan mendidik.

MEFEK ; mementaskan teater Antara Dua Darjat yang diolah oleh aku untuk ke pentas atas elemen 1Malaysia. Namun, malang. Kami gagal beroleh placing. Alasan yang munasabah adalah kerana kegagalan menyampaikan tema. Teater berat yang cuba kutunjukkan gagal menambat hati juri. Gagal.

Untuk itu, aku menanggung kesalahan. Bukan KK yang berlakon 110% di dalam hujan. Berteriak, menendang dan menangis. Aku tersentuh dengan lakonan gadis itu. Selama 18 jam dia berjaya melakukan sesuatu yang seperti itu. Untuk itu, aku berani mengatakan gadis itu adalah pelakon terbaik pernah aku latih. Credit to her.

Bukan juga salah choir babes. Mereka menempuh hujan, namun suara tak dapat didengar jua. Bukan. Kerna bagiku, berkat harmoni yang ada, mereka bakal menyentap hati juri jika juri memberi perhatian.

Bukan salah DOTters. Mereka dah cuba terbaik. Ijan menampar KK dengan betul. Itu aku kagum. Ismeth melakonkan adegannya dengan bersungguh-sungguh. Watak terbaik Ismeth setakat ini. Syabas!

Overall, aku mengatakan ini salah aku. Well, selalunya memang begitu. Kegagalan sebuah filem akan dituding pada pengarah jua. Semalam aku down. Aku mengaku. Tapi ini tak akan menghalangku untuk menghasilkan suatu yang seperti itu lagi.

Kerna bagiku teater adalah untuk mendidik dan bukan berhibur semata-mata.

Fin.

5 comments:

widda_me said...

memang wida sorak time nama abg naz menang tu....
tambahan pulak sorakan wida ditambah dengan tawa yang melampau sebabnya gambar orang lain dekat skrin formal jer..sekali gambar abg naz...mals cakap.suruh kak ayu tanya puskeb macam mana gambar abg naz boleh jadi gitu

waney jalil said...
This comment has been removed by the author.
waney jalil said...

u weren't there?? ptotla...wney tyme tu ade kt situ..menyebuk di tepi2 dectar. melihat wajahmu terpampang besar di skrin atas..hebat2

btw, psl teater wney xtrun ari tu sbb dmm truk plak mlm tu. bc komen2 org kt fb je. abg nas dh wat mcm2 dah utk DOT, dato sume.. xde salah sape2 dah. cuma xde rezeki je..kn2??

Anonymous said...

its ok...
ko bgus..
cuma kdg2 penilaian juri tu laen2..
keep it up!!

kk_p!nK said...

walau papepun, abg naz is da bez!!!
abg naz yang terbaek!!!!
org y plg byk berjasa dlm DOT..
tk sanggup memikirkan
bagaimana hr2 mndatang tanpa abg naz...
a million thanx abg naz...
sy terhutang byk mnda dr abg naz...
u r ONE n only...