Saturday, January 2, 2010

Gadis dari Sungai Petani Eps 7

Hari itu hari yang menceriakan bagi aku. Perempuan yang ada bilik sendiri itu telah memberikan kenaikan pangkat kepada aku. Lepas ni boleh la aku enjoy sakan lagi. Sungguh aku puas hati. Kredibiliti aku selaku akauntan muda di kota raya ini tak boleh disangkal lagi. Dalam erti kata mudahnya aku adalah total genius.


Pulang ke rumah dengan hati yang berbunga-bunga di tengah hujan yang renyai-renyai. Rasa tak sabar mau jumpa gadis itu. Buka saja pintu rumah, aku melihat gadis itu di ruang tamu. Dengan beg pakaian yang lengkap.


Tanpa disuruh, dia berbicara.


"Terima kasih. Saya rasa saya dah tak boleh menyusahkan awak lagi."


Aku tersentak. Selama ni, aku tak pernah peduli kehadiran gadis ini di rumah aku. Tapi hari ni, aku merasa suatu yang pelik.


"Mana kau nak pergi?"


"Entah. Mana-mana."


Huh. Sebulan yang lalu aku memang nantikan kata-kata itu. Tapi hari ni? Masih dengan egoku, ini yang kubalas.


"Ikut aku makan dulu? Aku tak ada kawan nak dinner sama."


Walaupun selama ni aku tak pernah makan malam bersama dia, gadis tu masih boleh lagi menghadiahkan senyuman manis dengan bibirnya yang bertahi lalat comel itu. Dia hanya memberikan sepatah kata yang membuatkan hati ini berbunga semula.


"Okay."


Kami makan malam di restoran yang berdekatan. Saat tu, masa tu. Aku tak pernah rasa macam tu selama aku hidup. Masa tu aku tak tau apa yang aku rasa. Aku cuma tersenyum, gembira merasainya.

Bidadari tolonglah turun dari syurga dan hentikan masa ini, fikirku.

Aku tak tau apa yang aku rasa pada masa tu. Aku resah dengan apa yang aku rasa. Namun aku tau, itulah perasaan yang paling indah pernah aku rasai selama aku hidup. Apakah rasa itu? Entah.


Well, mungkin kau semua panggil rasa itu "CINTA".


Bersambung...

1 comment:

wann afzan said...

mungkin rasa itu rasa LAPAR?