Monday, December 21, 2009

Pan's Labyrinth : Kisah Fantasi Realiti Tragis

Rasanya gua tengok cerita ni masa gua first year. Gua balas DVD kawan gua, Eddy. Dia tak kisah pun, dia lagi suka kalau orang tengok cerita-cerita fairy tale ni, jadi sekepala ah dengan dia. So gua expect cite ni cerita fairy tale ala-ala Narnia ah, masuk kua almari camtu.

Sekali gua tengok, terus gua sentap. Hati gua ni bagai dikoyak-koyak walaupun gua tak menitiskan air mata. Walaupun cerita ni diucapkan dalam kalimah Sepanyol, tapi gua terharu gila tengok cerita tu.

Gua malas nak cerita sinopsis, korang boleh tekan google dengan kudrat korang sendiri rasanya. Korang juga boleh buka wiki untuk mengetahui betapa cerita ni mendapat standing ovation di Cannes Festival selama hampir setengah jam. Okay, kalau korang tak tau kualiti Cannes, korang memang diisytiharkan oleh gua skema.

Cerita ni telah memasukkan unsur-unsur realiti dan fantasi dalam satu adunan yang menarik. Korang boleh tengok makhluk yang pelik tapi unik dalam cerita ni. Korang boleh tengok adegan pecah kepala. Korang boleh tengok adegan yang menyayat hati.

Gua tak tau macam mana mau puji cerita ni, tapi gua rasa cerita ni adalah antara cerita yang paling bagus gua tengok sepanjang hayat gua. Dengan ending dia memang akan membuatkan orang yang berhati tisu seperti Say O dan Pejal menangis teresak-esak.

Dan lagu ni memang mendatangkan kesan pada gua. Gua tak berani dengar malam-malam kalau sorang ni, nanti gua rasa sedih.



Dua kali buat FTS gua pakai lagu ni. Gua harap FTS yang akan datang pakai lagi lagu ni. Wahahahaha!!!

Kalau gua boleh bagi bintang, gua akan bagi tahi bintang kat cerita ni. Sebab filem-filem lain semua dapat bintang so gua bagi tahi bintang, susah nampak kan?

p/s : tengok la cerita ni kalau korang suka berangan, tengok la cerita ni kalau korang rasa hidup korang membosankan..

Fin.

6 comments:

Unknown said...

ada simpan lagi?? ngah mencari cite ni sbnrnya.

Nazrin Saad said...

hahahha...
nasib korang ah...
aku dlm proses mencari link download cerita ni tapi masih blm berjaya...
tp aku ada citer orphanage, pengarah yang sama, ala2 fantasi juga bertemakan hantu..

ending dia pun sentap gak walau xsesentap pan labyrinth...

mau?

Unknown said...

dah tgk~

prots a.k.a ed said...

hahaha,..
aku ader dvd dier..
aku burn dalam dvd kosong..


saper mau??

hehehe :)

Nazrin Saad said...

hahahaha...
ko bg je ah kt alina 2, dia dh tahap kempunan gila dah..
lmbat ah ko alina...

dinda said...

nk jugak leh x?

lepas baca entry nh ttiba lak tingin nk tgk... ahaks