Monday, December 14, 2009

Eh, Ini Pertandingan Boo ke??

Maka jam 11.30 tadi berlabuhlah sudah acara FEStKUM (Festival Kebudayaan Universiti-universiti Malaysia). Acara pembukaan di UKM, gah kata mereka yang hadir. Jadi UM pun cuba menandingi pembukaan dengan penutup yang sama gah.

Syabas. Cubaan yang baik. Mungkin ada yang tak betul, tapi tiada insan yang semuanya betul. Kita semua masih belajar. Syabas, aku kagum dengan kesungguhan urusetia dari UM.

Tapi barangkali kalau aku mau menegur pun, mungkin dari segi backdrop pentas. Agak kurang tepat. Majlis Penutup FEStKUM yang dilabel mungkin boleh diganti dengan Acara 'Boo' IPT yang Lu Tak Suka Secara Tak Bertamadun Bersama Rakan-rakan.

Tema FEStKUM kali ni 1Malaysia, mungkin mau menerapkan prinsip ini dalam diri setiap pelajar IPT. Syabas buat pihak penganjur, misi ini gagal sama sekali!

Kontinjen UKM di'boo' oleh sesebuah kontinjen yang konon hebat dari mula majlis. Tak tau mana salah. Tak tau mana tak betul. MC sebut nama UKM, mereka mau 'boo'. Oh, seperti kawan-kawan yang mereka bela di ladang itu kan? Patut la IPT kamu penuh haiwan tersebut setiap kali gua melintas mau ke Mines.

Gua tak nafikan, UKM juga membalas selepas itu. Tapi, come on la beb, anak jantan kan? Apa lagi yang boleh kita buat setelah tempat kita menuntut ilmu diinjak-injak seperti itu? Apatah lagi kalau kita tidak berbuat apa untuk menerima itu semua? Pasti kau membalas kan? Maaf. Senyap bukan cara aku.

Sehingga kami ditenangkan oleh pegawai, mereka masih mengejek-ejek. Walhal kami menang pingat emas, mereka apa pun tak ada. Barangkali cuba menambat hati penganjur untuk mengadakan pertandingan 'boo', yang sah-sah mereka menang. Aku mengaku kalah dari awal!

Dah, kalau aku mau mengeji kau, sampai esok pun tak habis. Summary malam ini adalah seperti berikut, kau 'boo' kami dari jam 9 hingga 11 malam. Keputusan akhir :

Gangsa : UPM
Perak : UiTM
Emas : UKM

Maaf, 'boo' kau tak menarik perhatian juri pun. Maaf. Sekuat mana pun 'boo' kau, kau masih kalah. Kami menang.

Kau 'boo' lah sampai keluar anak tekak. Aku hanya perlu bisik ini pada kau. UKM juara.



Nak 'boo' lagi??


Fin.

37 comments:

NORFARAH NADIA said...

Bersabar kawan.. aku minta izin link post ni dalam blog aku..

wann afzan™ said...

nsb baik sy x dtg..
klu x,ade yg nk kne sumbat mulut ngan sesuatu yg x patut nih!

Anonymous said...

hi.i went to that DECTAR yesterday.n i watched the boria dr "U itu",it was so boring kot!sorak je lebey.mentaliti penyokong, OUT!persembahan, lagi OUT!so congrats to UKM beloved.we don't need such attitude.

Anonymous said...

UKM bayar juri bole la korang menang...
sampai sanggup buat macam tu sekali....
banyak lagi perkara x adil dalam Feskum kali ni...

aliff said...

i was there....terrible la kes boo2x ni..jelas kedengaran..memalukan....and i know which university yg asyik booo UKM 2..anyway, congrats UKM sbb menang GRAND PRIX..anyway congrats jgk 2 my university for the 1st runner up...

NORFARAH NADIA said...

Kejinya mereka yang letakkan UKM as sanggup bayar juri sebab nak menang? Ish2.. macam dah familiar, beliau pernah buat ke?
kami? tak pernah...

daud.montak.zakaria said...

Ermmmm...sekadar mendapatkan informasi je....
http://studiouniversiti.blogspot.com/

Nazrin Saad said...

thanks pada yg komen....

anonymous, kalau mau keluarkan statement yg gah sdemikian, kn lg bagus disertakan dgn nama?

dan lagi bagus kot disertakan dgn bukti... dan aku akui mmg feskum kali ni mgkin agk tak telus, tapi aku xnmpk la yg ukm mng apa yg dia xpatot mng...

lain ah IPT yg aku tulis dlm entry...

maaf kalau aku silap...dan oh, uitm u deserve it....congratz...

ajie said...

lawak la korang ni... aku sebagai UKM pun aku malu, coz masa aku tngok boria sesi pertama kat dectar, boleh pulak UMK kene boo... aku pun tilik2 dari mana datang suara boo tu.. rupa2nyer dari sekumpulan budak2 UKM yang dok kat belah kanan dewan.. siap kibar2 bendera UKM.. malunyer aku~~!!~`.. mungkin kau UM tu balasanyer kot... xpe la.. aku rasa ade banyak yang x clean untuk FEStKUM kali ni. dah la banyak anugerah yang ditarik semula. Kalau korang selidik la.. tarian klasik india sepatutnyer 7 anugerah, tapi jadi 6 anugerah.. mana 1 lagi anugerah?? sape yang sembunyi ka??? haha.. itu mungkin permainan sang Juara kot.. anyway.. renung2kan ye..

Nazrin Saad said...

oh ye?? thanks ajie for the info..
for that i dont know...

aku dh lost brapa anugerah stlh dgr bnyi2 boo yg tah pepe tu...dan frankly mmg aku xtaw pepe pasal angrh tarian india tu, aku xtaw betul ke tak, aku xtaw konspirasi ke x, jadi sama cm ajie, renung2kan la...angrah apa yg x ada tu ea?

maaf, masa mereka boo UMK, aku xsedar, mungkin masa tkg karang silap lirik... okay, jadi masa di UM kenapa bkn UMK yg brsuara?

aku bkn la nk menangkan UKM, tp dgn kehadiran VVIP buat mcm ni, sgt memalukan... dan thanks pada yg provoke, even zidane pn headbutt materazzi stlh diprovoke...

aku yg brdarah muda ni apatah lagi...

thanks utk pandangan ko ajie, aku hargai...

Unknown said...

xtahu apa berlaku. yang pasti UPM itu kanak-kanak. UKM juga jadi kanak-kanak disebabkan UPM. Apakah? Jika ini untuk lepaskan tension sebelum result keluar. Hahaha! Tidak ada cara lainkah?
Hurmm...ok stop sini. Kalau panjang takut2 ada juga sakit hati. Tak puas hati. Ada nanti yang nak lawan balik apa yang diperkatakan ini. Nanti malas nak jawab mereka balik.

Let by gone be by gone. Bukan ada kelas pun kat UPM untuk kita berjumpa mereka lagi. Melainkan pertandingan2 ini.

Memorabilia Am said...

saya ingin menarik perhatian semua. isu universiti 'u know who' yang sangat anti ngan ukm bukan saja pada malm penutup feskum di UM mlm td. sejak 2 3 tahun lepas lagi sudah saya dan kawan2 pasukan 'meng-experience-nya'.

kepada saudara/saudari anonymous kat atas, kalau ada ketidakadilan, sila nytakan. boleh kita bincangkan, buat pembaikan atau apa yang patut. mungkin itu kelemahan dan kesilapan. tpi perluke sampai diboo??

pada pengalaman2 yang lepas. pasukan universiti 'u know who' ini kononnye mempunyai pasukan tradisi lisan terbaik. mereka menang di makum 2007. tapi kalah dengan UKM di 3 kejohan peringkat IPT berturut2. mereka sakit hati??
berapa lama nak sakit hati? setahun? dah lebih rasanye. sepuluh tahun? sampai mati?

come on la. macam la orang lain tak kalah pertandingan. tapi orang lain tak emnyimpan kebencian mcm budak2 univeriti 'u know who' itu.

saya mengalami sendiri. di atas pentas saya ada buat kesilapan. di kiri kanan adalah pasukan upm yg dah tersenyum2 kondident akan menang johan dan naib johan. kami pun dah bersedia bangun nak naik pentas utk ambik hadiah tempat ke3. tibe2 kami johan dan salah seoang jd yg terbaik. menang besar! salah kami??
marah lah kat juri sepatutnya. tapi kenapa kami yg dejelingkan?

masa pertandingan awal, mereka begitu mesra dengan kami. kami yg sampaikan mereka johan pusingan awal. mereka gembira. buat2 tak percaya. bila kalah di final, menangis masa amek hadiah, menangis lagi kat tepi pentas (teresak2 ye). salah kami???

masa makan lepas majlis, sepatah haram pun x bercakap. bila saya tanya knapa makan sikit sangat? dah la x menjawab sepatah, dengan mata merah2, jeling sya macam saya dah rogol die. salah kami??? tolonglah. mana mentaliti korang?

saya rasa pasukan mereka selalu kalah bukans ebab tak bagus, tpi sebab perangai dan mentaliti. mereka perasan bagus dan tak mahu memperbaiki kesilapan.

kejadian di MMu melaka 2008 paling tak dapat dilupakan apabila ada peserta universiti 'u know who' itu merentap label nama universiti di meja, sebaik diumukan tidak mara ke final. pergi ke tempat duduk penonton (venuen dewan kuliah, seat penonton tinggi dr pentas, mcm lecture hall lah) die hempas songkok, maki hamun.

masa tu, hakim masih ada di depan. songkok die sampai terjatuh kene hakim. salah kami?????

itu baru di satu perlawanan.bagaimana dengan festkum baru2 ni? anda jgn tanya la.

anda fikirkanlah perangai kawan2 anda tu. saya sangta kesal dna sedih. sedikit pon saya x simpan kebencian. saya kesal, sdih dan malu dengan universiti itu.

pemerhati said...

Salam. FEStKUM 2009 baru sahaja berakhir. Ada suka dan duka. Ada gembira dan sedih. Pelbagai rencam perasaan terbungkam pada suatu malam yang berprestij.

Kadang-kadang, percaturan dalam seni budaya adalah baik. Tetapi apabila sistem percaturan disalahgunakan, berlaku penyalahgunaan atau berlaku kegagalan teknikal sistem akan mencacatkan seni percaturan dalam pertandingan kebudayaan sebegini.

Bukan untuk menghentam mana-mana pihak, tetapi sama-sama kita membuat suatu pemerhatian yang lebih signifikan terhadap ketelusan dalam pertandingan yang bersifat subjektif. Sekurang-kurangnya, kita dapat memperbaiki kelemahan dalam sistem pertandingan yang akan menyebabkan ketidakpuasan hati dalam kalangan sesetengah pihak yang bertanding.

Entri saudara yang lebih mencorakkan sentimen kebencian sesama universiti tempatan akan memburukkan lagi keadaan. Suasana gamat dalam dewan pada malam penutup FEStKUM 2009 hanya memberi gambaran kepada suasana yang cuba disampaikan tetapi terhalang disebabkan kelemahan sistem pertandingan yang dianjurkan.

Saya kira laungan 'boo' hanya sisipan kata-kata yang dibatasi dengan kuasa pelajar yang ada. Sedar atau tidak, dalam penganjuran pertandingan yang berbentuk kebudayaan perlu diamati dengan lebih profesional dan sistematik sehingga tidak mencacatkan sistem pertandingan.

Anda sendiri juga menyatakan ketidak puasan hati terhadap universiti lain dalam pertandingan kebudayaan tertentu. Justeru, apakah anda sendiri cuba untuk menidakkan ketidak puasan hati?

Maka, dalam entri maya sebegini, diskusi yang wujud diharapkan memberi suatu konklusi yang berguna kerana kita adalah mahasiswa yang bakal mengangkat budaya seni.

Saya mengucapkan tahniah kepada pasukan UKM yang telah berjaya merangkul juara keseluruhan.

Saya mengucapkan syabas kepada universiti-universiti yang telah berjaya menganjurkan acara-acara budaya dalam FEStKUM ini iaitu UKM, UPM, UM dan UiTM.

Sekiranya slogan Satu Budaya dalam FEStKUM 2009 ini hanya setakat memburuk-burukkan universiti lain, saya rasa terkilan kerana kita serumpun dalam mempertahankan budaya bukan setakat seni budaya tetapi budaya masyarakat kampus tempatan.

Hati-hati menggunakan kata-kata, kerana kata-katalah akan menbinasakan orang yang menuturkan kata-kata. Waspada!

W'salam.

Nazrin Saad said...

terima kasih saudara pemerhati...
komen anda sgt panjang dan bernas...
mungkin entry kali ini ditulis atas dasar amarah yg tggi, ya, saya rasa semua pun pasti akan rasa sedemikian...

bukan saya mau memburukkan IPT terbabit sedangkan bukan semua yg terlibat dlm hal ini, mgkin saya krg jelas dlm hal ini... ya, saya hanya mau tujukan pd kelompok yg berada dlm dewan smlm, jika ada pelajar IPT terbabit yg mmbaca, harap maaf...

kita sendiri juga sdh dewasa, saya yakin dgn pemikiran saya, saya x akan boo kalau tdk diprovoke... itu saya yakin... maaf buat rakan2 yg kebudak-budakan...

maaf, entry ini memang berunsur amarah yg tggi, tapi ini untuk maruah kerna saya xboleh berdiam diri lagi...

4 tahun saya menceburi bidang seni, dan percayalah ini kali pertama saya menulis sebegini... entry kali ini memang ingin menyentap sesiapa yang terlibat, namun saya juga berharap dalam diskusi komen ini dpat mmberi kesedaran kpd yg mbca utk lbh berintelek..

terima kasih, komen anda sgt saya hargai...

hafiz said...

ape gaduh2 nih...benda dah lepas pn...tp kn festkum kali ni agak biol skit ar kn?semua univ dah bat yg terbaik..tahniah! ukm mmg best! tp aku rase upm patut juara sbb dorg sepatutnya dpt peroleh mata yg byk..aku bkn nk kutuk ukm..aku sokg ukm sbb aku blaja kt sini..tp sikap penganjur kurangkan mata upm tak bagus...aku dgr dr member perangai pengiring u kte agak tak sopan..dalah tu ye...

Nazrin Saad said...

terima kasih saudara hafiz, pndpt dari anda saya terima kerna stp org wajar meluahkan rasa mereka...

saudara hafiz ada ke mlm smlm? maaf kalau saya tak perasan...tapi statement upm patut juara tu mungkin saudara perlu kaji...sebab saya kurang faham...mana dapat info ni?

maaf, bukan apa, cuma keliru dgn pernyataan saudara, dan kami bukan bergaduh di sini, sekadar meluahkan pandangan dan pendapat... sama juga seperti saudara...

sekali lagi pandangan anda sgt saya alu-alukan supaya perkara seperti semalam tidak akan berulang sama ada dari pihak UKM atau IPT lain...

Anonymous said...

sakit telinga dgr boo tepi pihak tu smlm. dah la duk tepi mereka. nak kata pun payah. tak profesional betullah. dah kalah, terima jelah. kalau tak puas hati jumpa je pihak berkenaan, selesaikan cara elok bukan nak memalukan boo mcm tu. 2 timbalan menteri ada masa tu, NC unimap slaku pengerusi festkum kali ni pun ada.

apa pun, mahasiswa anjakkanlah profesionalisme anda. tiada ertinya boo pihak itu ini, hanya memburukkan nama ipt sndiri je.

ayu said...

aku dak upm n aku dengan x rasa takut mengaku aku jugak terlibat dengan aktiviti boo smalam...
aku juz nk kate kat sini... kami boo bersebab.. jeles??? tidak sama sekali.. bak kata pemerhati, kami meluahkan apa yg kami nk luah, tapi terkekang oleh batasan...
korang kene boo?? sebab ape?? rasanya korang ada jawapannya...cuma mungkin sebab dah malu sangat kene boo seisi dewan... korang butakan mata dan pekakkan telinga dan kuarkan kenyataan seolah2 korang adalah mangsa keadaan.. what the fish!!!
dan jangan la nk menuding UPM yg mulakan boo... kami cuma duduk dua baris aje dalam dewan tuh smalam.. sama aje bilangannya dengan universiti yang lain.. x lebih dan x kurang... tapi bila kami bergabung dengan U yang lain boo UKM kenapa jari dituding pada kami?? kami jerit kuat masa persembahan U kami, salah ke?? kalau nk boo jugak silakan, tapi boo korang x sekuat boo yg korang terima, sebab ape?? sebab bukan UPM aje yg boo korang, tapi seisi dewan selain dari korang sendiri.. xkan nk boo U sendiri kan...
so stop la menuding jari.. x payah cari punca korang kene boo, korang sendiri tau.. juz make sure diperbaiki kesilapan yg dah dilakukan...
setiap bende ada punca dia.. dan aku rasa, ape yg korang dapat malam tadi, adalah balasan ape yg korang dah buat.. korang menang?? kami akui dan kami terima pingat gangsa tu.. malah dah siap buat makan2 tghr td.. x kisah pun dapat gangsa.. yang korang tu, bangga sangat ke dapat emas sedangkan semua U tahu, yang korang x layak pun.... sebab pilihan juri??? hm... kaji balik ape yg dah berlaku pada juri2 tuh.. xkan sampai tersebar cerita, ada calon juri yg menolak tawaran jadi juri sebab x sanggup nk terima duit sogokan?? siapa yang bagi?? anda fikir la sendiri.. pokok x akan bergoyang kalau x ada angin...
finally...org yg makan cili mmg akan rasa pedasnya.. dan klu dah tau melatah, jangan buat benda salah, sebab bile melatah, benda yg disorok pun akan diluahkan...
daa....

NORFARAH NADIA said...

Kalau betul pun ada khilaf dkat mana2, boo org seperti yg saya kata 'bukan cara org bertamadun' tu bukan cara penyelsaiannya. Kalau betul awak (Ayu) tak pua hati sangat ,kenapa tak pergi tulis surat ke biro pengaduan? kenapa ambil tindaka sendiri menghukum? yang dapat celanya bukan kami, tapi kamu semua yang buka pekung. Tak pasal2 org nampak kamu semua sbg pelajar univ yg mempunyai mentaliti yg amat rendah sekali. sgt tak pro dan tak sopan.. Majlis formal, fikir la sikit.. buat pengaduan elok2 kalau betul rasa teranaiya.. Tindakan awak ni, sama macam tindakan org2 yang buat demonstrasi serta reformasi jalanan kalau tak puas hati dgn sesuatu.. rasa teruk kan?

Anonymous said...

betol cakap farah. AYu, kalau awka rasa ada yg tak betol, inilah masanye untuk dibetolkan. buatlah aduan, tulis lh kat mana2 yg patot. atau boleh jugak cadangkan UPm jadi tuan rumah festkum tahun depan. tunjukkan upm boleh buat acara besar seperti ini dengan baik, jaya dan telus.
bila membuat perangai mcm mlm td, emamlukan institusi sendiri. pihak vip dan media tak tau sebab apa. apa yg terlintas, mereka akan pikir yg pihak menge-boo (menge-boo??)tu menunjukkan sikap yg biadap dan tak hormat majlis.

syaa ada beberapa perkara yg difikirkan:

pertama: konsep satu malaysia gagal. tak payah kaum berlainan, satu kaum pun dah berpecah belah.
kedua: kalaulah dakwaan rasuah (tak tau acara apa) itu benar, maka salah laku rasuah masih ada dlm aagensi kerajaan. gagal lagi matlamat kerajaan.
ketiga: konon ipta melahirkanminda kelas pertama, marilah sama2 kita akui, dlm dewan semlam takde sapa pon yg berminda kelas pertama.gagal lagi impian pemimpin malaysia.

alah..korang. kes2 rasuah la, beli juri la, kipas hakim la... setiap kali pertandingan inter-U, mesti ada. yg kene tuan rumah la. cam tahun lepas, USM tuan rumah boria. bila johan, hm..kene bende yg sama. bila Um atau Upm buat zapin or tarian2 or what ever, menang, pon kne jugak.....

agaknye memang kite ni xleh lari dari gosip/fitnah, rasuah, menyalahkan orang lain. memang satu kaum yg dah berpenyakit. penyakit keturunan plak tu.

kalo camni, jadi student IPTS lagi bagus. aku dah tengok budak2 IPTS banyak yg lebih professional.

sikap kita yg umpama "rumah siap pahat berbunyi" ni memang 'kekampungan'

Nazrin Saad said...

Terima kasih saudari Ayu. Setidaknya anda mengaku anda terlibat.

Pendapat Anonymous di atas saya akui. Bukan festkum saja, banyak lagi pertandingan lain yang dimenangi dengan cara yang tidak telus. Tapi ada kita dengar kisah seperti malam semalam? Beri satu contoh kalau saya tersilap.

Perbuatan anda mengejek-ngejek ini, nak pula saya tanya pada saudari. Adakah dengan mengemboo akan membuktikan kami penipu? Atau sekadar memalitkan lumpur di muka sendiri? 4 tahun saya menyertai aktiviti seni, malang sekali saya terpaksa melihat gelagat seperti malam semalam.

Dan jika benarlah kami penipu, jahat dan tukang bagi rasuah, jadi mana anda mau letak diri anda yang bersikap kurang ajar dalam majlis yang dihadiri timb menteri itu? Kalau kami penipu, adakah anda malaikat? Sila jawab.

Dan kemudian saudari beritahu bahawa terdapat IPT lain turut terlibat. Maaf, saya tidak tau IPT lain pun sama benci kami. Tapi saudari janganlah pejamkan mata, pekakkan telinga, IPT saudari juga ada kemenangan kontroversi kan?

Sayang. Kerna nila setitik rosak susu sebelanga. Saya percaya kita mungkin boleh menjadi sahabat jika 'tragedi' seperti semalam tidak berlaku. Kalau benar pun dakwaan saudari, perlukah saudari menghukum seluruh kontinjen UKM yang hadir? Kesannya IPT saudari juga yang busuk namanya. Bukannya pingat-pingat kami ditarik semula pun kan?

Kesimpulannya, saya percaya saudari balik malam semalam pun hati tak tenang kan walau sudah habis suara mengemboo kami?

Terima kasih untuk komen saudari Ayu. Semoga kita berjumpa semula dalam arena pertandingan kebudayaan yang lain.

Anonymous said...

Assalamualaikum wbt

sekadar memerhati ..

sahabat2 sekalian

Dari apa yg saya baca di atas, beberapa konklusi dapat saya nyatakan disini

1.Tuduhan mengenai wang sogokan
Seandainya benar seperti yg dituduh..sila buat pengaduan di pihak yg bertanggung jawab.sahabat sekalian,fitnah itu adalah suatu dosa yg amat besar..Bagi yang mendengar info2 yang tidak diketahui kebenaran sumbernya,eloklah di timbang sebelum menghukumi..cari kebenaran..kita mahasiswa seharusnya kita lebih tahu menimbang.Jgan kerana kebencian atau kemarahan kita menidakkan yg benar, dan membenarkan apa yang salah..apa yg kita tuturkan dan apa yang kita katakan akan dipertanggungjawabkan kelak sahabat..renung2kan

2. Isu Boo

Sahabat2 yang dikasihi, kita sesama islam,serumpun bangsa mengapa perlu mengambil sikap seperti ketam di dalam bakul.Adat pertandingan pasti ada kalah dan menang.BAhkan,tidak semestinya sesuatu kemenagan itu berpihak pada yang hak.Walaubagaimanapun kepincangan yang kita fikirkan benar,adalah tidak wajar utunk boo2 sesama kita..PAtutnya kita berasa malu dengan senario mahasiswa/siswi yang kita lihat.Ini pertandingan kebudayaan sahabat.Orang melayu tinggi budi bahasa indah akhlak dan bicara.sayangnya ia tidak terlihat di dalam fiesta kita sendiri.Bangunlah sahabat2 sekalian..

3.UPM dan UKM(maaf saya sebutkan disini)

Saya seoorang pencinta pantun.Pada saya,pantun melambangkan keintelektualan bangsa melayu yang bijak menyampaikan hasrat,menegur bahkan menyuarakan kemarahan sekalipun disampaikan dalam bahasa yang puitis dan lunak sekaligus mencerminkan adab budi bahasa yang tinggi kaum melayu.

SAya menghadiri beberapa pertandingan peringkat universiti di malaysia dan turut jua berada di pesta pantun MMU di melaka..Pertandingan antara UKM dan UPM di peringkat semi final amat mengejutkan saya.kejadian berkenaan pastinya berbekas di dalam ingatan.SAat keputusan di umumkan dimana kemenangan memihak kepada UKM,peserta UPM (lelaki) bangun dlm keadaan yang amat marah..Kemarahan yang meluap2 itu ditonjolkan bahkan didepan hakim.Songkok dikepalanya di baling sehingga mengenai salah seorng penyokong ukm.Tidak puas dengan itu, saudara berkenaan mencarut memaki hakim yang dituduhnya tidak adil..SAudara mmg hebat.saya mengakui nya dan saya terpersona dengan cara saudara membaca pantun.namun saudara harus belajar menganalisa pantun jawapan saudara.Ianya tersasar dari soalan..Maaf, itu hanya pandangan ikhlas saya.Memang mudah melihat kesilapan orang lain,tapi sekerap mana kita menilai diri kita sendiri."bodoh sombong.perasan bagus" itulah ayat yang dituturkan oleh salah seorang hakim waktu itu..sahabat,akhlak mencerminkan bangsa.Renung2kan,seandainya saudara berkenaan berjaya menjadi guru,saya doakan saudara berjaya mendidik anak bangsa kita dengan budi bahasa yng tinggi lagi memakmurkan budaya kita bangsa melayu..segalanya bermula dari diri kita sendiri

Tinta terakhir..apa kata peserta2 yang bertanding menggunakan konsep ini

'kalau ada rezeki,adalah...'

bukankah rezeki ,kemenangan itu kurniaan Allah??siapalah kita untuk mengingkarinya..

sekian...mia

Anonymous said...

kepada ukm..kalo sumer orang booooo korang tu mesti ader sebab...so, kalo korang nak tahu aper sebabnyer..korang kena pikir sendiri..kenapa ukm kena boooo teruk?? bukan dari satu universiti..malah semua universiti booooo kt korang...untuk mendapat keputusan kenapa korang kena booooooooooooooooooooo...korang pergi la tanya kt pihak pengadilan...
dan kalo semua pengadilan yg di buat betol..kenapa semalam seorang pengadil pon tidak tampil kehadapan untuk memberi komen?????
kemana mereka menghilang????

Anonymous said...

satu dua tiga..bbbbooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooo.....hahhaa.. ukm ukm...lu pikir la sendiri...im sori...

Anonymous said...

hahahahahahaha......ukm...ukm...aku mnt maaf sebab mencelah.dah lama aku dok perhatikan pasal ukm kalo masuk ape2 pertandingan mst kna booooooooooooooooooooooooooooo.....dari zaman kes kak norzi ayu lg ukm mmg slalu kna booooooooooo.....mksd nye ,ukm kna mcm 2 sbb ukm slalu menepok ayaq di dulang terkena muka sendiri...kwn ak da g mlm 2,dr citer die,pegawai2 ukm pun ada y terlibat dlm xtiviti boooooo nie...2 pegawai sndr...stdnt??ape tah lg...mcm ibu ketam ajaq anak nye berjalan...tp b4 ak mengundurkan dr,ak nk pesan ckit.kpd sume mahasiswa universiti kat malaysia nie,jg la attitude masing2...student luaq negara tgk kte mcm orang x bertamadun......kalah menang adat pertandingan tapi menang emosi mmg ssh nk di cari....pd ak orng y kalah ngan emosi n amarah nie lebih kpd sahabat baik setan....bye...

Memorabilia Am said...

sebagai wakil ukm; baiklah, kalau begitu marilah kita sama2, warga ukm semua berubah ke[ada yg lebih baik. semoga kita tak di-boo lagi.

kepada yang membuat pertuduhan, silalah jelaskan pertuduhan tersebut. sebab kalau masuk mahkamah sekarang ni, anda tak ada kes. jadi utk apa anda marah2?

baiklah. katakanlah benar ukm merasuah, mari kita lihat sama ada ukm masih mampu utk menang tahun depan. tapi menang apa je pun? bukan ukm menang semua pertandingan. ukm hanya menang besar dalam pantun.

insiden seperti ini dlm satu acara kebudayaan, melibatkan satu bangsa yg sama, amat mengecewakan. saya fikir pada masa akan datang, tak payah la dibuat bentuk pertandingan kalau itu bisa memecah belahkan kita.

Anonymous said...

hmmmm...xtau nak komen apa... Tp satu jela...straight to the point... Kpd team UPM (especially pantun), kalo teringin sgt nk kalahkn uni lain (esp UKM), korg beljarlah tundukkan dulu ego korg tu... Kalo dah berkali2 kalah, mesti ada sesuatu yg korg silap. Hakim kan lain2. banyaknyer duit ukm ni nak rasuah semua hakim n jahatnya hakim2 pantun ni...semua mkn rasuah... so "lu pikirlah sendiri"

Memorabilia Am said...

anon. di atas,
betol! betol!
kitorang team team pantun dlu adalah team paling dianak tirikan. xde duit. xde bajet pon utk kitprang. even skarang peruntukan yg dapat x sebesar utk boria atau dikir barat atau tarian2 lain.

baiklah. saya berkongsi kekuatan ukm. kami punya 2 pakar sastera dlm team pantun kami. 2 orang pensyarah pengkaji bahasa dan sastera menjadi jurulatih kami. jadi kami belajar dan guna pantun yang sebetul-betulnya.

bukan nak cakap ukm ada pakar pantun yg terbaik. tidak! setiap kali pertandingan pantun ukm, pusat kebudayaan ukm jemput juri2 dari UM dan UPM jugak. selain DBP.
pensyarah2 dr UM dan UPM tu taraf doktor2 lagi. jadi, dapatkanlah bimbingan, tunjuk ajar dan pandangan mereka utk pantun anda.

kalau anda bajet besar, boleh la bayar professional fee mereka. kami cuma beruntung jurulatih2 kami memberi khidmat percuma.

Nazrin Saad said...

Aduhhhhh.

Setelah saya menulis entry baru yg bersikap lebih diplomatik pun, masih ada lagi yang mau menangguk air keruh di sini kan?

Sudahlah, dunia memang macam ni kan? Kadang-kadang bukan yang terbaik saja boleh menang. Tapi jangan salah anggap dan menuding jari ke arah UKM saja. Beliakkan mata anda, nescaya banyak lagi yang anda akan jumpa.

Tapi setiap orang ada pandangan sendiri, kita tengok mungkin IPT lain yang hebat, tapi juri nampak lain dari sudut pandangan mereka. Justeru kenapa perlu merengek dan menyalahkan?

Sedangkan saya pasti kalau pengadilan lebih telus sekalipun, masih ada lagi yang kalah akan merungut, betul? Sudahlah KAWAN-KAWAN. Saya tak ada dendam dengan kamu, saya pasti kamu jua sama.

Hentikanlah tuduh menuduh ini, teruskanlah perjuangan kita dalam bidang seni. Sepanjang saya menceburi bidang teater, tak pernah sekali saya merangkul johan. Tapi saya teruskan jua kerna minat.

Atau adakah Anon2 di atas ni lebih mahukan takhta yang sementara dari kepuasan yang selamanya? Adakah hanya menyertai demi gelaran juara?

Fikir-fikirkanlah.

P/S : Pada Anon di atas, sila jaga bahasa anda. Kenapa perlu samakan manusia dengan setan? Kalau mau beri nasihat, minta beri dengan kata-kata yang lebih profesional. Maaf, ini emosi.

Shahir Hensem said...

Juara tetap Juara..Muah,..SYG UKM!..

Anonymous said...

korang nilai sendiri kebenarannya

http://youtubefestkum.blogspot.com/

Nazrin Saad said...

Seperti yang saya cakapkan, masih ada yang mau menangguk di air keruh.

Kalau Anon mau tau, saya sendiri yang menyuruh esikrie disable komen dalam Youtube. Alasannya simple saja. Saya sudah muak melihat adegan gaduh yang kebudak-budakan dan tak membuahkan hasil.

Kalau anda baca pun, anda akan rasa tak ada motif, bukan? Dan tak menyelesaikan masalah pun. Kalau ya pun, kebenaran terdedah di situ, apa la sangat beb. Ramai sangat ke orang yang view?

Tapi itu semua tak penting, kalau kamu mau mengejar kebenaran, kejarlah dengan cara yang berhemah. Tak perlulah bergaduh seperi anak-anak kecil. Tak perlulah mencarut dengan menggunakan nama seni sebagai samaran.

Untuk semua yang membaca blog ini, layarilah link di atas, mungkin anda dapat menilai sesuatu? Saya hanya dapat menilai betapa adik-adik kita hanyut dalam arus emosi.

Saya lebih suka perbincangan di sini yang nampaknya lebih matang walau berbeza pandangan.

Tapi, itu hanya alasan. Pasti tiada yang percaya.

Terpulanglah.

batch said...

ko igt bpe rmai dak UPM mlm 2???
ktrg 2 baris je..
klu dh kt UM, pk sndri la dak U mne yg rmai..
klu x puas hati ngn UPM pun agk2 la...
korg igt dak UPM ke 1 dewn 2??
yg mulekn boo pun dak UM...
pehal korg nk slhkn UPM gak??
2 la...bile dh d nmekn x puas hati, mmg nk slhkn ktrg gak la nme nye...
klu ktrg 1 dewn 2 dh lme lg kuat dr ari 2...
korg x tau cite, jgn ckp byk..
ko bukak lmn web ni, ko bce pe yg patut..pe yg jd..
http://arjunasukma.com/festkum-2009/

kalau keputusan dikir barat pun leh d ubah, pe lagi ngn keputusan len yang mmg UKM yg pegg sebelum d umumkn...

pk sndri la wei!!!

mr_iez88 said...

mungkin da lambat kalu nak berkata kata di sini.. tapi kalu boleh dapat direnungkan bersama. cukuplah kot sampai kat sini jer.. pada yang menang tahniah diucapkan, pada yang kalah jangan bersa hampa kerana anda adalah golongan yang terbaik berbanding dgn mahasiswa lain yang tidak mengambil bahagian.. di harap sampai di sini cerita pasal feskum ni sebab x guna nak menuding jari pada sesiapa. masing2 ada kelemahan dan kekurangan..

saya sebagai salah seorang penonton malam penutup tu juga turut serta boo pasukan UKM sebab rase sangat marah kepada sepasang penyokong UKM yang terlalu melampau mengutuk pasukan lain.. yang lelaki tidak hairan la, tapi yang perempuan bertudung tu menjerit macam kne rasuk mengutuk pasukan lain.. kadang2 mata ni menjeling tunjuk muka x puas ati, tapi masih x berkesan.. sayang sekali wajah yang indah bertudung berperanagi seperti itu.. mungkin pada mata mereka agak normal, tapi bg pandangan saya tidak manis klu berkelakuan seperti itu..

kesimpulan nye, x boleh la nak salah kan hakim, juri, penganjur, mahupun pasukan lawan kerana perkara ni boleh terjadi dengan sendiri..

harap perkara ni dah xkan berlaku, tahun hadapan kita bersaing secara sihat..

tutup semua cerita.. dengan rasa rendah diri saya mohon maaf pada semua.. harap sama2 kite bermaafan..

jadikan feskum taun ni sebagai kenangan, bukan dendam yang menunggu masa untuk dibalas..

salam ukhwah dari saya.. assalamualaikum..

Nazrin Saad said...

Bukan mau kondem sapa-sapa, tapi hanya mau memuji pendekatan mr_iez88.

Tahniah, saya suka cara anda! Saya harap dapat berjumpa anda lagi di mana-mana pentas seni.

Sumpah, saya serius!

Anonymous said...

ukm.jom la hatok dikir...suka2 jer..
kata dah juara...jom2...
sambil2 cari2 kawan kt lua...

Lynn Rahman said...

pentas festkum dah lama berlabuh.mr_iez88 memang ada benarnya.tak kiralah,siapa menang siapa kalah.sama ada benar atau tak tentang segala konspirasi untuk pantun tu kita tolak tepi.tahun depan semua bukak mata besar2,berlatih sehabis baik,kita lawan lah balik.adat bertanding ada menang ada kalah.