Monday, August 3, 2009

Pentas

*3, 2, 1 light on*

Berdiri di bucu pentas itu
Disoroti cahaya lampu paken
Dialun ambiens pagi
Diulit dengan muzik mendayu

Gadis itu bangun
Berdiri
Bersuara

Sayup-sayup dialognya
Menusuk kalbu yang mendengarnya

Emosinya
Merentap jiwa yang merasanya

Perlahan-lahan dia duduk kembali

Ambiens fade out
Muzik fade out

*light off*

____________________________________________________________________

Hidup tak seindah pentas. Tak sesempurna itu. Sebab kita tak boleh jangka. Tapi tolong. Cuba jadikan ia indah. Aku tak sanggup mengalihkan pandangan aku padamu setelah 4 bulan berlalu dan melihat zarah-zarah keindahan yang pernah aku saksikan itu pudar, lesu dan meruap.

Tolong. Ini rayuanku.

1 comment:

jigsaw said...

rendezvousisme. YEAH!!

*sila cek kamus kalo ad pekataan nih*