Masih ingat lagu itu yang popular di era 90-an. Semasa kecil, aku sering mendengar kalimah 3 huruf ini tanpa mengenali erti sebenar kalimah ini. Sekarang, aku dah tau.
Sering kali ego dikaitkan dengan jejaka-jejaka macho Semalaya. Konon, kalau tak ego, jatuhlah imej. Sering mengikut telunjuk wanita tersayang. Jadi, ego itu perlu. Dalam konteks seorang lelaki, untuk menunjukkan kekuasaan dan kemachoan.
Owh, bagiku ego perlu dalam hidup seorang. Dengan ego, orang akan nampak keteguhan sebuah jiwa.
Mungkin.
Tapi terlalu banyak ego, adakah perlu? Aku sayang dia, tapi biarlah dia tau sendiri. Aku tak akan cakap. Kalau aku cakap, pasti aku dicop poyo dan jiwang dalam 1 ayat yang ringkas. Malu la aku.
Erm, ideologi ini adakah betul? Seringkali aku diajukan soalan ini. Kalau tak cakap macam mana orang nak tau?
Jiwa ini dilahirkan sangat susah untuk menyayangi sesiapa. Namun, bila jiwa ini mula menyayangi, sukar untuk aku lepaskan. Itu aku. Aku sukar untuk menyayangi. Tapi bila aku sudah mula menyayangi, aku sangat susah untuk melepaskan kasih sayang itu. Tapi aku jua ego. Mana ada yang pernah kuungkap sayang lagi dalam hidup ini. Aku lebih suka melafazkan dengan perbuatan.
Tapi, kalau tak cakap macam mana orang nak tau?
Entah. Hidup sendiri sangat susah. Itu aku belajar. Jadi kalau ada yang sanggup memberi sokongan, aku pasti terharu.
Kataku, aku dah tak nak jadi ego lagi. Jadi, punahlah kemachoan yang terpendam selama ni kan? Erm, ada aku kisah?
Fin.
2 comments:
abg naz ego ker?????
huhu...
klu syg,gtau je la die abg nas..
baru laa lega jiwa raga..
biar laa ape org nk kate..
asalkn kite x kaco org..
kn abg nas??
nnt kitorg bertanding,abg nas blk?
Post a Comment