Sunday, August 23, 2009

Boria : Puncak

(Sebenarnya post ini mau ditulis dalam blog DOT, tapi nanti bercanggah dengan entry Say O, maka biarlah ia mengimarahkan blog aku)

Orang kata aku ni sentimental. Entah betul entah tak. Tapi rasa-rasa aku memang sentimental. Produksi DOT kali ini penuh dengan kelainan. Banyak kelainan.

Satu-satunya produksi yang aku tak melibatkan diri 100%. Satu-satunya produksi yang tiada kelibat encik Safwan (sudah selamat grad dengan jubah purple beliau). Satu-satunya produksi yang aku hanya mampu melihat tapi tersadai di tepi pada hakikatnya.

3 tahun bersama DOT kali ini aku tak membantu, tak terlibat dan tak di sini pun. Oh, dan mereka menang TANPA aku.

Dan orang kata aku sentimental. *huh*

Kali ni aku memang menggunakan autoriti, senioriti dan apa-apa saja yang menggambarkan keadaan yang sama. Semua bermula dengan 1 mesej.

"....akan diadakan perjumpaan untuk membincangkan boria bagi pesta konvo..."

Erm, nampaknya Puskeb buat lagi inovasi. Lagi menarik bila dimesej Say O dan Ijan, masing-masing tiada pengalaman boria. Oh, paling hebat Leha di darjah 3. Itupun sudah beliau lupa. Ayat Ijan yang masih kuingat "Oh, dalam boria ada sketsa ea?"

Maka minggu itu kupulang dan kujelaskan asas boria pada senior dan junior. Minggu depannya aku pulang lagi, kali ini memberi tugasan seperti berikut:
Pengarah : Ijan
Produksi : Aida Najwa dan Ariff
Sketsa : Ilya
Muzik dan Tari : Yana dan Aida Najwa

Damn! Aku memang telah menggunakan autoritiku. Setelah itu, kutinggalkan mereka semua. Ahh, masing-masing sudah besar. Pasti tau menguruskan, pasti tau jaga diri.

Sorry guys. Sekarang aku sedar. Jangan hanya tau beri dan tinggal. Kerna jika difikirkan, sebarang masalah yang terhasil mungkin berpunca dari aku. Sebab aku yang membentuk produksi ini. Oh, aku sangat down pada ketika itu.

Bila pulang pula, hanya mampu menolong Leha dan sketsa. Yang lain aku hanya tengok dan bertepuk tangan. Oh, pergi mati dengan senioriti!

Dipendekkan cerita, kami menang. Oh, mungkin salah kata ganti nama diri tersebut. Mereka menang.

Di saat jerit-pekik budak-budak menyahut kegemilangan ini, aku diam. Merenung tangis, tawa dan gembira.

Mereka menang.

Namun, aku suka. Aku gembira. Kerna katanya kalau insan yang kita suka gembira, maka sebahagian dari rasa itu datang juga padaku.

Mereka menang. Mereka di puncak kini.

Dan aku tersenyum, mendongak ke puncak. Memandang mereka yang berdiri sendiri tanpa perlu dipapah. Peh, gua tak cam terharu lak bila tengok korang julang piala beb!

Seronok. Tapi perjuangan masih belum tamat. Kerna jatuh ketika di puncak lebih perit deritanya berbanding jatuh tika sedang mendaki. Jangan riak, takbur. Anggaplah ini hadiah dari Tuhan yang menghargai hasil usaha anda semua. Dan jika anda berusaha lagi, pasti lebih banyak hasil untuk dituai.

Selepas ini, pasti lebih sukar. Tapi jika kekal bersama, pasti sekali lagi mimpi bakal menjadi realiti. Buat sementara itu, lets just cherish the moment.



Ini pasukan boria. Superb pada malam tersebut.
Bawah dari kiri : Izayu, Wann, Ismeth, Oja
Atas dari kiri : Palie, Ariff, Say O, Yana, Dayah, Syira, KK



Ini pasukan penyanyi latar. Pemeriah suasana. Rasa seperti mau bersama mereka.
Dari kiri : Hazal, Aliaa, Zul, Aida Najwa, Roy



Ini pasukan sketsa. Tak perlu jejaka di tengah pun untuk persembahan sehebat malam itu.
Dari kiri : Amir, Ilya, Azrin



Dan ini hasilnya...



Fikirkan ini. Tanggal 17 Januari, kita merangkul Piala Pusingan Muzikal Kajai. Tanggal 17 Ogos, Piala Pusingan Pesta Konvo pula. Cukup genap 7 bulan. Kebetulan?





Fin.

1 comment:

widda_me said...

tahniah dot...ada ke xde kita dlm production yg pntg smgt...cam smgt abg naz nk bg abg pejal hafal skrip time FTS