Thursday, August 13, 2009

Siapa Kawan, Siapa Bukan

Maaf la. Macam apa yang aku cakap semalam. Aku tak ada orang nak kongsi kat sini. So aku kongsi la dengan blog aku. At least, aku tak payah pendam apa-apa dah.

Kali terakhir aku rasa macam ni, masa bulan Jun. Masa tu, aku emo. Aku masih ingat. Aku emo, aku seorang. Dan aku rasa tak ada seorang pun yang kenal aku. Then, aku call Ilya. Nak dijadikan cerita si Ilya pula ada hal. Maka, bertimbunlah emo yang sedia ada.

Terus, aku off henset. Suatu yang tak pernah aku buat sebelum tidur sepanjang aku memiliki seketul objek yang bernama henset. Esoknya, aku keluar seorang ke Ipoh. Nak release tension, aku nonton cerita Terminator dengan Monster vs Alien. Tapi, still aku tertekan.

Then, Ilya SMS, merasa bersalah dan minta maaf padaku. Owh, bukan salah kau dik. Dah agak okay, aku berbicara dengan Opah. Kata Opah, aku ni memang macam perempuan masa PMS (entah betul ke tak). Owh, sampai hati kau, Opah.

Tapi aku rasa memang aku macam ni. Luar mungkin aku nampak teguh. Tapi dalam, aku memang, seperti kata Opah, ibarat perempuan masa PMS. Entah la, suatu nilai dalam diri aku yang sukar untuk aku ubah.

Aku boleh menjadi hipokrit depan semua orang. Tapi apabila berada di depan cermin, aku tetap aku. Itu aku tak boleh tipu. Aku boleh tipu semua orang tapi aku tak boleh tipu diri aku sendiri.

Ini kesimpulan aku tentang diri aku sendiri. Aku boleh hidup dalam suasana ramai, tapi tak mungkin dapat bertahan dalam suasana sendiri. Jadi salah lokasi praktikalkah semua ini?

Mungkin.

Sekurangnya dengan hidup keseorangan, aku tau siapa kawan, siapa musuh yang bertopengkan persahabatan. Siapa yang sanggup angkat call aku malam-malam, siapa yang sanggup dengar masalah aku, siapa yang sanggup menerima ucapan selamat pagi dan selamat malam aku.

Secara kasarnya, Parit mengajar aku berdikari. Dia mengajar aku mengenal dunia. Sekarang aku dah kenal. Siapa kawan, siapa bukan. Ia mengajar aku mengenal dunia. Setiap hari aku celik, sunyi dan sendiri. Pada yang tak pernah rasa, bayangkan aku merasai semua itu selama 4 bulan. Pulang kerja, hanya bertemankan PC. Tiada teman, tiada rakan. Dan orang rasa pelik bila tiap-tiap malam aku mengucapkan selamat malam pada mereka. Aku buat itu kerna aku mau meyakinkan diri aku bahawa masih ada sahabat di luar sana.

Cubalah. 4 bulan tanpa teman. Pasti korang kenal siapa kawan, siapa bukan. Aku dah kena. Aku taknak alami lagi.

Macam biasa. Kalau ada yang baca, terima kasih. Kalau tiada, aku tak kisah. Aku dah biasa.

Fin.

5 comments:

Cik E said...

siapa musuh yang bertopengkan persahabatan.

kalau boleh quote, mungkin akan aku publish quote kau.

widda_me said...

sedih....

Nazrin Saad said...

pehal lak lu nk sedih2 kt blog gua ni widd?

Ehem... said...

PMS???

hahahaha...

Ini sudah teruk

Youjie said...

Moody?
Pakai jed hijau untuk keseimbangan hormon..
Tataaaa~