Monday, August 31, 2009

Merdeka.

Pulang dari Parit dengan abang dan keluarganya Sabtu lepas. Di dalam kereta sempat pula aku bergurau dengan 2 orang anak saudara aku yang sudah lama tak ketemu. Maka, selaku bapa saudara yang prihatin, amanah dan mithali, aku pun mengambil keputusan untuk bertanya tarikh hari lahir mereka yang sudah lama kulupa. Maklumlah, susah nak sambut bersama.

A : Aku L : Lis, anak saudara pertama Ls : Lissa, anak saudara kedua

A : Oh, next week birthday Ikram (ini anak sepupu aku, boleh juga dikatakan anak saudara secara tak langsung) ea?

L : Ye, kitorang ingat nak celebrate sama-sama. Birthday Lis 31 hb.

A : Oh, yeke. Dah lupa lak, birthday Lissa bila pula ea?

Ls : Birthday Lissa on the 11th of March.

A : Alamak, susah nak ingat, tak macam birthday akak.

Ls : Pak Andak (panggilan anak saudara padaku, jangan komen ini), birthday Lissa sama dengan Tun Abdul Razak la. Takkan tak tau.

A : Oh yeke? Kalau camtu, that's great. Birthday Lissa sama dengan Tun Abdul Razak, birthday Lis sama dengan birthday merdeka Malaysia.


......................................................................................


Oh, so patriotik kan my family?

Selamat menyambut Ulang Tahun Kemerdekaan ke-52. Sambut dan hargai.

Fin.

2 comments:

widda_me said...

GILER AR!!!!!!!!!!
PAK ANDAK!!!!!!!!!!!!!!!!

sHieLa said...

balik perlis x wei???
er,besday ikram bila??