Wednesday, August 12, 2009

Gua Insan Biasa je beb, Ini Luahan Gua.

Dah lama gua tulis ayat nak tapis-tapis jer. Nak jiwang jer. Nak tersirat jer. Tapi kali ni tak payah la. Biar la gua tulis apa yang gua rasa. Sebab sekarang gua rasa tak happy.

Kenapa?

Banyak sebabnya. Tapi sebelum tu gua nak ulang. Gua rasa tak happy. Bukan gua nak maki sapa-sapa pun kat sini. Gua cuma tak happy.

Gua ada masalah gua sendiri. Itu gua ngaku. Semua orang pun ada masalah mereka yang sendiri. Aku tak peduli masalah mereka. Gua tak kisah. Kalau diorang nak minta pandangan, aku bagi. Tapi gua bukan dewa mahupun siapa-siapa nak masuk campur urusan mereka.

Cukuplah dengan itu. Komplikasi di sini adalah lokasi gua di sini. Entah la, orang cakap jauh di mata dekat di hati. Kimak la dengan peribahasa tu! Banyak sangat yang gua dah tengok. Jauh di mata, di hati lagi jauh la beb! Dulu gua tengok, sekarang gua rasa.

Alah, gua bukan tak biasa hidup sorang ni. Kalau kat UKM pun, gua gi tengok wayang sorang je kalau tak ada teman. Ada gua kisah? Tapi gua ni still manusia biasa gak beb. Kalau gua terbeban dengan masalah, gua kena gak lepaskan. Kat UKM, gua kongsi dengan member-member gua. Kat sini gua nak kongsi dengan sapa? Penagih dadah sebelah rumah yang gua sewa tu? Kimak tul!

Entah la bai. Gua tak la rasa gua leh salahkan orang pun. Tapi kat sini baru la gua rasa macam mana hidup sorang.

Maybe dah dalam naluri gua. Gua memang bermasalah sejak kecil. So bila gua tengok member gua bermasalah, gua mesti nak tau, gua mesti nak dengar atau tolong dia sedikit sebanyak. Mungkin sebab tu orang suka cerita masalah diorang kat gua. Even penagih dadah sebelah rumah gua pun cerita liku-liku hidup dia kat gua, padahal gua tak minta pun.

So gua expect, bila gua bermasalah, hidup seorang, maka orang tu akan buat benda yang sama kat gua. Huh, itu mimpi. Lu dengar la masalah sapa-sapa pun bai, bila masalah diorang dah setel, lu ingat diorang nak ambil peduli kat lu lagi? Gi mati la! Memang lumrah alam, bila sedih, problem banyak, datang sini! Then, bila dah bebas, ada ke orang nak peduli pasal lu lagi?

Gua tau la, gua ni takde la kacak mana pun. Bukan pandai buat lawak pun bai. So bila dengan gua, mesti la rasa macam gua ni 'tak fun'. Tapi dah itu gua, nak buat macam mana lagi? Gua dilahirkan dalam suasana konservatif, tak reti clubbing dan tak pandai memuaskan nafsu orang!

Pada yang sayang gua, terima kasih. Pada yang tak sayang gua, tolong jangan pura-pura sayang kat gua. Hati gua hancur sangat bila gua rasa dikhianati.

Tapi sebelum apa-apa gua nak ucapkan terima kasih kat member-member gua yang buat gua rasa hidup ni bukan keseorangan. Pejal, masa FTS dulu kerap gila mesej gua ajak gua balik tolong dia. Padahal gua bukan hebat pun. Selalu gak kongsi masalah dengan gua. At least ada gak orang yang anggap gua masih hidup. Opah, walau dia pakai Celcom, dia selalu balas mesej gua. Masa bestday gua pun, dia semangat gila nak call gua. Beb, gua suka gila kat lu. Ilya, masa gua rasa sorang gua selalu call budak ni. Dan bila gua call dia, gua rasa macam ramai je sebelah gua. Gua dah jadi diri gua balik bila gua call dia.

Tah la, gua tulis ni bukan nak maki sapa-sapa. Cuma gua nak luahkan kekecewaan gua kat dunia ni. Sejak masuk sem baru lagi la gua sedar. Oh, kalau kita dah ada kawan yang lagi menggembirakan, buat apa nak ingat mangkuk tingkat kat Parit ni lagi?

Sekarang ni gua memang bermasalah. Kalau ada orang baca post gua, terima kasih. Kalau tak ada pun, tak pe. Gua dah biasa dah.

Fin.

5 comments:

Fatin Mazelan said...

nama gua??
owh ok...gua xsyg lu...
lalalala~

Cik E said...

mesti hang bengang kat sorang dua tu kan? hehs.

oh, weyy aku dah pakai Maxis la.

Anonymous said...

sedih gua dgr...
adakah ayat2 ni dipelajari drpd mak pit sblah rumah?

NaZZy Hall said...

Fatin->
aku xtulis nma lu sbb msa ak btol2 down adalah msa bln 6 dlu... cti dlu ak jrg msg lu.. msg pn ajk lu tgk fts je kn... tp still, wlau gua xsbt, gua syg jgk kt lu.. lu patot dh taw 2...

cik E->
msa besday kn ak ckp? msa 2 ko pkai celcom lg n masa 2 gak ak hasut ko pkai maxis kn? huhuhuhu, post ni ak xdirect kt sapa2 pn sbnaqnya pah... cma mgkin ada sikit2... ko bajet sapa? hahaha~

Cik E said...

hahaha! aku bajet sapa yang kau dan aku kenal lah. woot woot!
wehh, balik cepat sikit boleh tak?