Sunday, September 13, 2009

Awat Hingaq Sangat Tah??

Memang hingaq! Dah tu nak wat macam mana lagi? Jumpa kawan-kawan yang dah 4 tahun tak jumpa kot.

Selalu jenis wat reunion nak version jauh-jauh ja. Buat kat Kedah masa aku kat UKM, buat kat KL masa aku kat Perlis. Kali ni buat kat Times Square! Hahahahaha, tempat aku main aci ligan kot tu! Tapi tu kita cerita lain hari.

Dah lama kot tak jumpa set-set ni. Paling kerap Buyon, Ali dengan Wadi. Yang lain-lain tu boleh masuk versi Jejak Kasih dah. Masing-masing dah lain, kalau jumpa tengah-tengah bazar masa beli sayuq memang tak kenai la. Kecuali Pak Din la, baby face as usual.

Bila dah pi, jangan cerita la. Tengok muka masing-masing dah jadi macam bapak orang dah, yang perempuan pula tak payah nak komen la.

Rasa macam dah lama sangat tinggal geng-geng ni. Tapi bila jumpa,

Rasa macam kelmarin ja ja kita wat Add Math sama-sama kan?
Rasa macam kelmarin ja aku duk dorm Merbau padahal aku ni rumah Angsana.
Rasa macam kelmarin ja pakat duk strugle bangun Subuh lepas dengaq Herr Karim ketuk-ketuk pintu.
Rasa macam kelmarin ja prep malam versi kontrol macho sebab budak perempuan dah ada.
Rasa macam kelmarin ja bergelak sakan kat 4K dan 5E.

Perghhhh...

Rasa macam kelmarin ja kenai geng-geng ni...





Seronok. Hingaq. Rasa macam kat sekolah. Tu dah cukup. Dah cukup untuk wat aku ingat dari mana aku mai. Dari situ, dengan geng-geng ni. Apa aku jadi la ni pun, aku tak lupa. Aku takkan lupa.

Dengan depa ni la aku menjalani 2 tahun paling best dalam hidup aku. Titik.

Fin.

P/S : Kredit untuk Zoi kat gambaq-gambaq ni. Aku tak bawak kamera.

4 comments:

zac efron said...

yezzzaaa..mmg best..trigt zmn dolu2 kt saina..

nurhafizoh said...

best sgt weh...nak lagi cmni..krdt to Jay sama..

NaZZy Hall said...

oh aku lupa!!
kredit plg besaq utk JAY!!

wann afzan said...

ouhhh...
reunion d ts??
nostalgia juga slain bndr tun razak!!
lalalalala~