Monday, December 17, 2012

Piala Suzuki 2012


Melihat Malaysia kalah dek Thailand bukanlah suatu benda yang memeritkan. Ianya sesuatu yang sudah dijangka.

Namun agak perit juga apabila aku - yang pada hari itu tengok bola di sebuah kedai - menoleh ke kanan dan memandang seorang budak tengah meset makwe dia. Bunyinya gini :

"keeper memang terbaik la....kesian fadhli sas kena buang, kalau tak kita boleh menang punya"

Maka aku buat hipotesis sendiri sendiri :

1. Budak tu tak reti tengok bola. Malaysia main macam 11 - dan kemudiannya 10 - orang gila atas padang. Itu pun dia tak nampak ka?

2. Budak tu saja nak ambil hati makwe dia.

3. Ayah makwe budak tu sangat tegas dengan pemilihan perkataan yang pesimis.

***

Lagi perit rasa tak dapat cabutan bertuah dari Malaysia kalah bola sebenarnya.

fin.

Thursday, October 25, 2012

Gergasi


Ini cerpen yang aku tulis untuk Pertandingan Cerpen FIXI - GERGASI. Tapi nasib tak baik macam cerpen lepas. Mungkin kali ni aku tak ada idea sangat, ah memang payah kot nak buat novel tajuk GERGASI.

Kah. Kah. Kah.

Alasan nak sedapkan hati.

***


“Betoi la, gergasi habaq hang!” kata Iskandar sampai tersembur-sembur nasi lemak yang disumbat ke dalam mulut.

Aku merenung Iskandar dengan 1001 keraguan. Bukan sekali dua aku kena kencing dengan dia, dah berkali-kali. Malah, setiap kali dia kencing aku, dia akan buat muka seposen, (macam sekarang ni la) yang membuatkan aku langsung tak dapat baca raut wajah dia. (Bukanlah aku ni pandai sangat baca raut wajah orang pun.)

“Apa hang buat kat tingkat atas malam-malam?” tanya aku pada Iskandar walaupun sebenarnya aku dah tahu dah jawapannya.

Iskandar menggoyang-goyangkan tangannya untuk menanggalkan sisa nasi lemak yang terlekat di tangannya. Tapi, lebih banyak nasi yang berterabur di atas meja berbanding yang mendarat tepat ke atas pinggan.

“Biasa la, hisap rokok la. Ni, kalau hang tak percaya, malam ni hang ikut! Hang boleh tengok sendiri!” Iskandar memberi kata putusnya sendiri.

***

Malam itu, seperti yang dijanjikan aku dan Iskandar ke tingkat atas Asrama Putera. Kami bergerak ke dorm B21, bilik pelajar Tingkatan Satu second in take. Jam sudah menunjukkan pukul 3.00 pagi. Jika ada warden yang nampak, memang nahas kami.

Suasana malam tu sangat dingin. Iskandar menjuihkan bibirnya menunjukkan katil yang paling hujung. Hanya ada 6 katil yang berisi di dalam dorm ini, dan rata-rata penghuninya sedang enak diulit mimpi.

“Mana?” tanya aku.

“Hang tengok ja la. Satgi hang nampak la!” tegas Iskandar.

Aku menumpukan perhatian aku pada katil yang paling hujung. Samar-samar cahaya dari lampu koridor menyusup masuk menerangi katil itu. Seorang junior sedang tidur nyenyak di katil hujung dengan hanya memakai kain pelikat lusuh.

Tiba-tiba kelihatan sesuatu bergerak-gerak dari bawah kain pelikatnya. Semakin lama semakin rancak pergerakannya. Mata aku membeliak. Iskandar hanya tersenyum nipis. Akhirnya benda yang bergerak di bawah kain pelikat itu berhenti bergerak dan berdiri tegak.

          “Gila aih! Memang gergasi betoi habaq hang!” jerit aku.

fin.

Monday, October 22, 2012

Berkhatan


Dalam fasa hidup lelaki separa matang, saat-saat inilah paling gerun, mendebarkan dan mencabar kejantanan seseorang. Kejantanan seorang kanak-kanak akan dinilai dari segi steady jumpa tok mudim, menangis jumpa tok mudim atau terkencing-kencing bila menghadap tok mudim.

Tapi bila dikenang di dalam hayat seorang kanak-kanak separa matang, siapa yang tak takut dengan pisau dan darah?

***

Aku selamat dikhatankan pada usia 11 tahun. Berdebar juga rasanya, sebab sebelum tu kawan aku ada cakap “Lepas umur 10 tahun daging hang dah liat dah. Lagi susah nak potong. Lagi banyak darah.”

Ass betul.

Nak dijadikan cerita aku pun selamat dikhatankan di salah sebuah klinik, yang terus meranapkan rasa fobia aku dengan Tok Mudim. Selaku seseorang kanak-kanak yang menjalani pantang, setiap malam mak atau ayah aku akan steady jaga aku. Takut lapar dan sebagainya. Itu syurga dunia la kiranya pada masa tu. Ahhhhhh….

Pada satu hari yang hening, aku rasa nak terkencing. Sangat-sangat. Memandangkan tiada orang di sekeliling, aku ambil langkah drastik pergi sendiri ke bilik air yang letaknya di tingkat bawah. Setelah kencing yang power, di mana air kencing mengalir keluar sebanyak 3-4 aliran sekaligus, aku pun mengenakan kain pelikat dan naik semula tangga.

Sampai saja di tingkat atas, aku merasakan bahagian sulit aku lembap. Takkan aku tidak mencuci kencing dengan sempurna tadi, fikir aku. Lantas aku melurutkan tangan aku ke dalam kain pelekat yang tersemat kemas di pinggang aku. Jari-jari aku dapat merasa lembab antara skrotum dan testis. Aku tarik semula tangan aku, untuk melihat ciri-ciri bendalir lembap di bahagian sulit aku!

Darah!

Sudahnya aku menjerti-jerit panggil mak aku dalam keadaan kelelakian yang tergugat. Mak aku turut cemas, dia berkali-kali marah aku, kalau orang sunat ni mana boleh panjat tangga tinggi-tinggi! Kata mak aku. Aku hanya mengangguk laju-laju.

Kecederaan bahagian sulit mengambil masa hampir 2 minggu untuk sembuh, lebih seminggu dari kanak-kanak normal yang lain.

Begitulah cerita aku tentang pengalaman berkhatan dan berdarah di kemaluan macam period. Sekian.

fin.

Saturday, October 20, 2012

Leeds United : Satu Kisah Hidup Tipikal


Leeds United adalah sebuah kelab bola sepak. Ya. Kelab bola sepak. Apa signifikan kelab bola sepak ini dengan kisah hidup aku, kau dan mungkin mereka-mereka yang lain?

Baca sampai habis.




Kalau nak dikira sejarah, Leeds walaupun tak sehebat Liverpool dan Manchester United, kelab ini memegang takhta sebagai pemenang terakhir Liga Divisyen 1 di England (yang selepas itu telah dijenama semula kepada EPL - English Premier League). Malah, pada satu ketika walau dalam era bola sepak moden, pasukan ini jauh lebih hebat dari Chelsea, dan juga Liverpool.

Kalau minat nak tahu pasal Leeds, boleh google. Kalau nak tengok movie pasal Leeds sila tengok The Damned United.

Brian Clough dan Leeds (Belakang tu Bremmer)

Ini kisah lebih 30 tahun selepas 'The Dirty Leeds'.

***

Pada tahun 2001, pasukan ini berjaya ke separuh akhir Liga Juara-juara. Pada zaman pasca Abramovich, selain Arsenal dan Manchester United, pasukan ini dianggap sebagai antara yang terbaik di Eropah. Malah, Liverpool pada masa itupun mengalami kesukaran untuk melayakkan diri dalam top 8 pasukan terbaik Eropah. Nah, Leeds United, kata orang kuasa baru bola sepak Inggeris yang dikuasai Manchester United pada masa itu,

Pada musim seterusnya pengerusi Leeds United membuat pinjaman wang, dengan anggapan mereka akan layak lagi ke Liga Juara-juara.

Mereka gagal.

Hasilnya hutang berlambak, dan pemain-pemain terpaksa dijual. Antaranya Rio Ferdinand ke Manchester United dan Harry Kewell ke Liverpool. Namun, krisis kewangan pasukan ini masih belum mahu kebah. Ramai lagi pemain terkemuka yang terpaksa dijual. 

Dan akhirnya pada musim 2003/2004, tahun yang sama Arsenal menang EPL tanpa kalah dan Abramovich membeli Chelsea pasukan ini jatuh ke liga bawah.

***

Cerita tentang kelab ini masih panjang sebenarnya. Dari antara yang terbaik di Eropah, sehinggalah ke Divisyen 3. Sekarang kelab ini sudah berada di Divisyen 2, krisis kewangan sudah berakhir.

Kisah ini seolah-olah cermin dunia sebenar. Setinggi mana kau boleh terbang, tinggi itu jugalah kau boleh jatuh. Satu dekad yang lalu nama kelab ini disebut-sebut, malah jersi kelab ini dijual laris seiring jersi Manchester United, Arsenal dan Liverpool. Kini?

Orang hanya pandang kau yang di atas. Bila di bawah, mati dipijak. Sekian.

fin.

Sunday, October 14, 2012

Jennifer Morrison : House MD vs Once Upon a Time

Orang yang ohsem selalunya tengok House. 

Jadi tak hairan la aku pun tengok House. Dalam House ni ada satu karakter, nama dia Allison Cameron. Selepas berundur diri dari House, dia berlakon sekejap How I Met Your Mother dan sekarang berlakon cerita Once Upon a Time.

House MD


Once Upon a Time

Kesimpulan : Dia lagi lawa rambut brunette! Ergo, House 1 - 0 Once Upon a Time

fin.

Sunday, October 7, 2012

Jejaka Ini : Reinkarnasi


Blog ni dah lama tak bersentuh. Bukan apa, dulu banyak benda yang nak dipost, banyak benda yang nak rage. Biasalah, jiwa tengah membesar, akal letak di dasar. Bila baca balik, rasa geli juga dengan apa yang aku rage dan post sebelum ni.

Dah lama blog ni tak bersentuh tak bermakna aku dah lupa terus pada blog ni. Mana boleh lupa.

Aku dah tak ingat tahun bila aku buat blog ni. Dah lama dah. Agaknya kalau memori kita ni macam ruang stor yang diisi fail-fail berlabel peristiwa dalam hidup, fail yang berlabel ‘Mari Membuat Blog’ pasti dah berhabuk atau berkarat kalau ditulis atas besi. Secara teori-nya lah.

Ini blog kedua aku. Blog pertama aku (Anyone Order Pizza ß yeah agak lame, ah sangat lame, itu aku akui) terpaksa aku tinggalkan selepas tak lebih 30 entri sebab orang tak boleh komen kat situ. Maka terhasillah Jejaka Ini.

Kenapa Jejaka Ini? Entah. Sebab aku seorang jejaka mungkin, tapi yang pastinya semasa kelahiran Jejaka Ini, masa tu tengah ‘perang blog’. Semua orang nak ada blog. So aku nak blog yang ada identiti aku sendiri, bukan blog yang nama apa-apa atau ambil quote entah siapa-siapa. Jadi aku guna la Jejaka Ini. Itu kot alasannya.

URL blog ni aku akui, aku buat masa aku tengah tak matang. Masa tu aku saja tulis url damnfamous.blogspot.com ni atas alasan nak mengusik/melawak dengan member-member yang selalu baca blog aku. Alih-alih dah bertahun dah pun url ni macam ni. Nak tukar pun malas sebab semua orang pun dah kenal url gini. Biarlah dulu.

Dari dulu sampai sekarang, dah macam-macam header aku pakai. Semua aku buat sendiri. Kadang-kadang kelakar juga. Ada satu ja ada gambar aku, tu pun gambar belakang. Aku ni pemalu orangnya, jadi aku ni malas bergambar.
 





Dari atas tu sampai ke bawah itu lah header yang pernah aku pakai. Atas tu yang paling lama, bawah yang paling baru. Evolusi? Atau sekadar bosan pada benda yang lama?

Tapi aku tak boleh lupa terus Jejaka Ini, jadi aku tak boleh delete terus blog ni. Sebab aku ni orang yang penuh rasa nostalgia. Insya Allah selagi ada peluang aku nak biar je blog ni. Biar je blog ni di sini, menandakan kewujudan aku hari semalam yang menentukan keadaan aku pada hari ini.

Semoga aku semakin rajin update blog ni walaupun aku tahu bilangan pengunjung/pembaca blog ni dah berkurangan..

fin.

Wednesday, October 3, 2012

Gadis

Rambutnya yang panjang mengurai diikat kemas. Lenggok punggungnya selari dengan rambutnya tika dia melangkah.

Baju kurung warna biru muda dipilihnya pada hari ini, disesuaikan dengan beg galas warna coklat. Bibirnya yang sudah merah hanya dipakaikan lipgloss ala kadar.

Lorong dan simpang kecil itu tempat segalanya bermula. Aku dan dia.

Hari ini langkahnya dipacu laju. Lebih laju dari biasa.

Aku menoleh ke belakang melihat si gadis melangkah. Berlari kecil lebih tepat. Semakin lama makin dekat denganku.

Hatiku bergetar laju tatkala dia menghampiri. Makin lama makin laju. 

Makin lama makin dekat. Langkahku terhenti. Langkah si gadis diatur makin laju.

10 meter. 5 meter. 3 meter. 

1 meter.

Si gadis melintasi aku dan membawa bersama sisa-sisa hati aku.

fin.

Thursday, September 20, 2012

Teleportasi

Cuba-cuba masuk Pertandinga Cerpen anjuran Buku FIXI untuk menang Antologi Cerpen Nadia Khan. 70% aku yakin tak akan menang. Tapi aku masuk juga sebab aku nak test skill penulisan aku samada dah berkarat atau belum.

Hasilnya karya yang ini menang laaa.

***


Aku duduk di hentian bas dek kepenatan yang menimpa-nimpa. Bow yang aku pakai sejak pagi tadi aku longgarkan. Lemas dek kerana trakeaku dihimpit ketat oleh ikatan bow itu.

Rokok Marlboro yang aku baru beli tadi aku sedut dan terus sedut.

Riuh meriah rumah Cassandra masih belum habis. Masih berduyun-duyun tetamu datang untuk mengucapkan tahniah pada Cassandra.

20 tahun aku kenal Cassandra. Hari ini hari gembira buat dia. Hari sedih buat aku. 20 tahun aku menyimpan perasaan pada Cassandra dan akhirnya semua ini aku simpan dalam hati aku.

20 tahun aku kenal pada Cassandra ibarat satu proses teleportasi ; satu pergerakan yang menentang hukum Fizik dan kontinoum ruang dan masa. Dan setelah 20 tahun, aku dan Cassandra telah diteleporasi di dua ruang yang berbeza.

Bezanya Cassandra bahagia di dalam ruangnya sekarang. Aku tidak.

Aku cuba pejamkan mata aku. Kalau saat indah itu boleh berlalu pergi ibarat satu proses teleportasi, kenapa tidak saat yang menikam ini. Bawalah aku ke ruang yang indah, jauh dari segala malapetaka dan derita. Jauh dari Cassandra.

" Saya rasa perkahwinan adalah sesuatu perkara yang membosankan. "

Gadis dengan mata mungil di sebelahku memulakan bicara menyedarkan aku dari lamunanku. Aku memandang sipi wajahnya. Rokok di mulut masih tegar menghasilkan kepulan putih.

"Sebab saya terpaksa memakai kasut tumit tinggi yang menyeksakan ini selama sehari dan berpura-pura tersenyum. Padahal ianya sangat menyakitkan. "

Katanya lagi sambil tersenyum.

Aku membalas senyumannya. Entah kenapa, dada aku yang tadi bergelang-geliut dengan rasa kecewa dan derita kini mula tenang. Masa ibarat terhenti memandang gadis mata mungil itu. Aku mahu berada di sini, memerhatikan mata mungil si gadis buat selama-lamanya.

Aku menghembus asap rokokku ke udara, membiarkan kepulan putih itu hanyut dalam udara petang.

***

Masih lemah sebab dalam 6 karya yang menang tu cerpen aku yang paling tak power. Dan cerita ni sebenarnya aku ambil semula dari tulisan aku yang dulu.

Tapi alhamdulillah, rezeki. Dapat buku ohsem ni.



fin.

Monday, August 13, 2012

Buku Fixi, PTS dan Popular : Satu Konfessi, eh, Pengakuan!


Baru-baru ini heboh dengan cerita Popular tak mahu menjual 2 judul Buku Fixi yang terbaru (Hilang dan Murtad). Selepas itu Puan Ainon, presiden Universiti Terbuka PTS pula mendedahkan sebenarnya Buku Fixi ini menggunakan Bahasa Melayu Rendah, lantas telah menimbulkan keresahan di kalangan pembaca.

Masya Allah, apakah betul itu semua?

Setelah 10 judul Buku Fixi saya telaah akhirnya saya sedar rupanya saya telah dikaburi penggunaan Bahasa Melayu Rendah oleh pihak Fixi sendiri.

Perkara ini sedikit sebanyak telah menyebabkan saya dipandang serong oleh masyarakat yang rata-ratanya menggunakan Bahasa Melayu Tinggi atau paling kurang pun Bahasa Melayu Sederhana dalam kehidupan harian. Selain itu, ayah dan nenek saya juga sudah mula memulaukan saya kerana saya sudah kurang menggunakan perumpamaan dalam ucapan harian.

Saya juga perasan ramai anak muda di pekan menggunakan kata-kata kesat semasa bertutur dengan rakan-rakan. Sudah pasti mereka ini pembaca tegar Buku Fixi.

Malah, saya juga syak peningkatan golongan rempit di negara ini ada hubungkait dengan penerbitan novel-novel Fixi. Saya harap (kalau Puan Ainon membaca) Puan Ainon dapat membuat siasatan berkenaan isu ini. Entah-entah Syamsul Yusop pun baca Buku Fixi dulu baru keluarkan KL Gangster.

Saya ada dengar penulis BISIK tu gangster besar. Saya dengar la. Takut juga saya. Kalau penulis pun dah gangster, apatah lagi pembacanya?

***

Jadi saya menyokong penuh la kalau Puan Ainon tak kasi masyarakat marhaen ni baca Buku Fixi atas sebab gaya bahasa yang terlalu kesat dan rendah. Kan lebih baik baca novel cinta PTS yang mendidik kita untuk sayang kepada pasangan kita tanpa mengira darjat dan usia? Kan itu lebih penting??

Akhir kata, semoga pihak PTS akan terus menerus keluarkan novel cinta yang artistik dengan penggunaan gaya bahasa tahap tinggi yang melampau-lampau. Kalau boleh keluarkan novel yang gaya bahasanya kalau baca 17 kali pun sepatah haram tak faham lagi. Itu paling hebat.

***

Cis. Asal nak komen kat entri PTS, tapi buat semak pula bila fikir balik. Kah kah kah

fin.

Tuesday, August 7, 2012

Pelik

Ada beberapa benda pelik bila orang kena tegur. Ada perasan tak?

Kalau orang tu alim yang amat tegur, maka mulalah bising.

"Ko ingat ko semayang semua cukup ko dah ada lesen la nak sound orang ni?"

Bila orang yang tak alim mana tegur,

"Alah, bro. Ko pun lebih kurang. Takyah la bising-bising."

Jadi golongan mana yang selayaknya untuk kau?

Mungkin kena tunggu malaikat bersayap gergasi turun dari langit kot. Masa tu barulah selayaknya untuk kau ditegur.

Kalau aku mudah saja. Orang begini tak payah ditegur, elok diterajang saja (buat yang berani).

fin.

Thursday, August 2, 2012

Novel

Asalnya seorang yang cakap,

'tulislah novel, kau ada bakat.'

Seorang saja.

Dan kemudian ada seorang lagi. Dan seorang lagi.

Ah, apa nak jadi hal. Mari mulakan menulis!

fin.

Monday, July 2, 2012

Pengembaraan Ke Kota



Aku malas nak cakap panjang-panjang. Aku pendekkan cerita.

Hari tu dengan tekad yang tinggi, azam yang utuh dan semangat yang membara, aku tabahkan hati dan aku pun mengembara ke kota.


Niat asal sebenarnya mudah, mahu melihat anak kecil (Ameer Zaquan) yang baru lahir.

Maka pergilah aku mengembara ke kota. Tak susah, tak sukar dan tak ada cabaran.

Malam tu aku tengok baby, anak saudara, anak buah dan sebagainyalah. Dia comel, dia pandang aku dan dia memahami aku. Aku dapat rasakan kami berdua akan hangout sama-sama tengok Lord of The Ring nanti.

Hatta, semalam pun aku pulanglah dari kota.

***

Kisah pengembaraan aku ni bosan sebenarnya. Tapi bila ditambah dengan adegan makan lobster dan adegan mengembara ke Pesta Buku, aku rasa terlebih eksaited pula.

Oh, lupa nak cerita. Petang sebelum aku balik, aku pergi UIA jumpa geng tabligh, ajak dia lepak makan Nandos, sambil sembang-sembang hal dunia.

Ahhhhh, senangnya rasa mengembara ke kota.

terima kasih atas layanan padu dan penuh mesra.

fin.

Tuesday, May 15, 2012

Cermin




Sejauh mana seseorang manusia itu mahu berubah? Sejauh mana seseorang manusia itu boleh berubah?

Apa yang menyebabkan seseorang manusia mahu berubah?

***

Sebuah naskhah drama pendek arahan pengarah kacak, lakonan dua gadis comel dan dikendalikan pihak produksi yang gagah (dan K Pop). Apa lagi yang kau nak?

Sila datang ke Panggung Seni 16 Mei ini jam 8.30 malam.

Wednesday, May 2, 2012

Si Bodoh A vs Si Bodoh B


Gua terjumpa tweet ini di dalam twitter.

"Dilema pengundi negara ini : Mahu memilih antara Si Bodoh A dan Si Bodoh B."

***

Anda pergi BERSIH 3.0 atau tidak? Atau anda langsung tak ambil peduli pasal perjuangan BERSIH 1, 2, 3 dan mungkin tak akan habis sampai ke sudah. Itu pendapat anda. Aku tak peduli.

Aku tak pergi BERSIH, sebab aku jauh.

Tapi kalau aku dekat dan ada kesempatan, memang aku pergi. Sebab aku nak tengok si Bangang A lawan si Bangang B dan masing-masing menyalahkan satu sama lain di surat khabar kelak.

***

Si Bodoh A

Tengok saja TV1, maka terang-terang anda dapat melihat apa pak pandir A sedang bercakap.

Dari Mukhzani Mahathir 'Pembangkang mahu adakan kekacauan seperti di Tunisia dan Mesir.'

Masya ALLAH, kenapa bangang sangat?

Kenapa bangang? Sila lihat sendiri apa yang diperjuangkan rakyat Tunisia, Mesir dan Libya. Apa kena mengena?

***

Si Bodoh B

Dulu aku ingat Anwar ni insan yang dianiaya. Jadi aku assume dia ni bangang ringan-ringan je.

Tapi rupanya dia pun bangang juga. Argument isyarat tangan tu memang argument paling babi dalam sejarah cover up. 'suruh berbincang dengan polis' my ass!

At the end of the day, dia adalah insan yang berada di atas trak sementara pengikut bertolak-tolak di bawah.

***

Sungguh, BERSIH ni satu perjuangan. Berjuanglah untuk apa yang kau percaya. Tapi berapa ramai antara mereka ni berjuang sebab mereka ni betul-betul percaya?

fin.

Wednesday, April 4, 2012

.....

Dah lama aku tak menulis. Bukan sebab tak ada idea.

Tapi, tapi tapi....


Ah, entahlah....

Suatu hari nanti, mungkin.

Mungkin.

fin.

Saturday, February 11, 2012

KFC - Kung Fu Chicken



Aku rasa benda ni biasa je, seriusly.

Bagi yang pernah kerja di fast food atau restoren mesti tahu kalau rush hour, orang akan emo. Beratur panjang, tunggu makanan dekat 30 minit. Ada yang emo nasi masin la, kopi rasa teh la, dan juga kek tak macam dalam gambar.

Normal lah. Yang tak normal, ada yang emo sampai tumbuk menumbuk dan DAP dengan PERKASA nak ambil port.

***

Kastemer

Brader, kalau ko tunggu lama sebab nak redeem voucher yang akan habis esok. Then tiba-tiba orang cakap benda yang ko nak dah habis, mesti lah ko sentap.

Tak kisahlah macam mana staff tu cakap pun, aku pun sentap.

Kalau di mapley, makanan aku sampai lambat pun aku akan emo. Tapi kalau nak emo emo pun fikirlah pasal orang lain juga.

Ko beratur 45 minit ja, staff tu dah kerja setengah hari mungkin, laaaaaaaaaaaagi la dia emo, penat dan sebagainya.

Hargai la orang sebagaimana kita nak dihargai. Cis.

***

Staff

Aku pernah kerja Secret Recipe. Aku tahu sangat pelanggan emo (regardless any race). Dan selaku waiter yang kacak, aku hanya mampu senyum bila orang kompelin dan maki-maki.

Pernah orang kompelin dekat aku, emo, dan aku hanya senyum saja, padahal aku emo juga.

Yang lain, kasi setel dengan manager/ assistant manager.

Jadi yang bangang dalam isu ni aku rasa manager dia. Atau supervisor dia.

***

Kesimpulan

Sekarang ni zaman moden. Mana ada orang setel pakai buku lima dah. Orang setel pakai akal. Yang mana lambat atau bangang memang akan tertinggal.

Kalau tengok video orang akan salahkan staff KFC tu sebab dia tumbuk brader tu dulu. Biarlah brader tu buat apa pun sebelum tu, itu belakang kira, kau tak ada bukti. Tapi bila kau pukul orang bukti tu tersangatlah jelas.

Morale of the story, fikir pakai akal di kepala, bukan kepala lutut.

***

Dan lagi sampai ke sudah aku tak nampak celah mana DAP dengan PERKASA ada kait-mengait dalam isu ni.

Orang kena pukul, buat report polis atau kompelin dengan KFC.

Cuba bagi tahu aku celah mana DAP dengan PERKASA ada kena mengena?

Dan ada pula yang emo suruh pemuda UMNO ambil peduli.

Pergi mampos!

fin.

Saturday, February 4, 2012

K-Pop

Tengok kawan tulis pasal K-Pop, aku pun nak tulis pasal K-Pop.

Sebenarnya aku ni tak lah into sangat hal K-Pop ni, tapi sejak aku join produksi Takdir Illahi, tagline Ko Ko Korea yang pada asalnya aku saja-saja gunakan untuk menyakat Widda, Pejal pondan dan rakan-rakan, makin sebati pula dengan diri aku.

Ergo, aku pun mengK-Popkan diri. Walhal dah berapa tahun tak tengok drama Korea dan lagu Korea yang last aku tahu pun hanyalah Nobody.

***

Drama Korea

Last drama Korea yang aku tengok adalah Secret Garden, tapi still my all time favourite adalah My Girl.

Okey, bukan nak bercerita pasal drama-drama ni. Tapi nak bagitahu satu fakta.

***

Real Live Shooting

Sebenarnya bukan istilah tu pun, aku saja-saja reka. So since ramai orang gila-gila minat Running Man sekarang ni, aku nak cerita pasal artis Korea.

Benda ni aku jumpa dalam surat khabar, tapi sebenarnya benda ni pengetahuan am. Kalau kenal drama Korea, surely akan tahu benda ni.

Artis/pelakon/idol Korea ni dikenali di seluruh dunia sebagai artis paling 'hardworking'.

Kenapa?

Ada yang bekerja/shooting 100 jam seminggu. Ada yang tidur dalam 4 jam, dan kena sambung shooting. Kalau tengok the making of, tak hairan kalau nampak ada yang tidur dekat set.

Apa itu real live shooting?

Di Korea, semasa shooting drama, atau series macam Running Man tu, diorang tak shoot seluruh series baru release. Atau dalam kes drama, skrip asal bukan sampai episod akhir.

Agensi di Korea ni akan shoot mengikut rating penonton. Let say kalau diorang nak mamat Rain tu mati, so masa tengah airing episod 9 di Korea, mereka akan shooting untuk episod 11 atau 12.

Benda macam ni memang menguntungkan, tapi sebenarnya memenatkan. Memenatkan produksi dan pengarah. Tak hairan ada pelakon yang bawa IV drip semasa shooting sebab tak cukup rehat.

***

Kesimpulan

Benda ni memang nampak bangang. Artis je pun, kenapa nak kena kerja 100 jam seminggu, komisen dapat beribu-ribu juga.

Tapi benda macam ni la penyebab jenama hiburan Korea dah makin terkenal di seluruh Korea.

One word. Hardwork.

Mungkin anda bukan peminat K-Pop atau K-Drama atau whatever Korean, tapi korang kena admit. These friggin Koreans are hardworking.


Yoona. Auwwwwww~~~

fin.

Wednesday, January 25, 2012

14 Tahun


Aku malas sebenarnya tulis pasal bola kat sini. Sebab tak ramai yang boleh faham. Tapi kali ni aku tulis juga sebab ada nilai simbolik. Aku harap orang faham simboliknya penulisan ini.

***

Pengurus Pasukan Bola Sepak

Kerja dalam pasukan bola sepak profesional ni adalah kerja yang mencabar. Sebab ia melibatkan duit yang banyak, kejayaan, orang-orang kenamaan dan beribu penyokong/peminat/ultras yang menyumbang kepada keuntungan sesebuah kelab atau kejayaan sesebuah pasukan.

Sebab itu kerjaya dalam sesebuah pasukan bola sepak ni sesuatu yang mencabar. Bila aku cakap kerjaya aku maksudkan pengurus pasukan bola sepak yakni K Rajagobal aka Ong Kim Swee sesebuah pasukan.

Ada pengurus yang power satu tahun lepas tu macam haram prestasinya, ada pengurus yang power tak ingat dan ada juga pengurus sampai neraka pun tak power.

Dalam pasukan bola sepak ini prestasi bagus dapat duit, prestasi bangang dapat maki. Jadi tak hairan jadi pengurus ni satu benda yang maha stress sampai ada yang sakit jantung dan berhenti terus jadi pengurus, tak kurang juga yang kena pecat, dan ada juga yang dapat maki sebab tukar pasukan.

Stressful. Jadi tak hairanlah tak ramai pengurus pasukan bola sepak profesional boleh tahan di sesebuah kelab lebih dari 5, 6 tahun, apatah lagi 10 tahun atau 20 tahun sekalipun.

Lain pula ceritanya pasal Sir Alex Ferguson dan Arsene Wenger.

***

14 Tahun

Arsene Wenger

Sir Alex Ferguson dan Arsene Wenger merupakan kes terpencil, di mana mereka berupaya berada di kelab tersendiri (Manchester United dan Arsenal) lebih dari 10 tahun. Sir Alex dah 23 tahun rasanya tahun ni, manakala Arsene Wenger sudah 14 tahun bersama Arsenal.

Uniknya mereka ini kerana dua kelab ini adalah kelab berprestij di England, dan berada selama lebih 10 tahun di sesebuah kelab profesional adalah sesuatu yang sangat unik dan rare.

Maknanya mereka berjaya menghasilkan prestasi konsisten saban tahun atau pihak pengurusan bersifat tolak ansur yang tinggi di dalam mengejar kejayaan.

***

Boo

14 tahun bersama Arsenal, akhirnya pada pagi Isnin lepas Arsene Wenger diboo peminat Arsenal kerana kesilapan taktikal yang menyebabkan pasukannya tumpas di tangan Manchester United.

"14 years at the club and look at that." ujar komentator Astro Supersport.

***

Kesimpulan

Dia ada 14 tahun. 14 tahun yang ada pahit manis. Ada menang, ada kejayaan. Sampai ada yang menggelarkan dia seorang legenda. Tidak kurang juga dia merupakan pengurus kelab Arsenal yang paling berjaya.

Tapi kena boo juga.

Aku harap orang nampak simbolik benda ni.

Dia ada 14 tahun. Kita? Syukurlah kita bukan perlu bangun pagi dan fikir macam mana nak puaskan hati berjuta-juta orang di bumi. Syukurlah kita tak bangun pagi dan fikir masalah kewangan negara. Syukurlah kita tak bangun pagi dan fikir macam mana mahu mempertahankan keperkasaan Melayu.

Dan syukurlah kita tak bangun pagi berbinikan Rosmah.

amin.

Wednesday, January 4, 2012

2012

2012 ni aku namakan tahun berdebar-debar.

***

Kes Amalina pakai Seksi-seksi

Yang gua faham orang Melayu ni macam ni saja. Kalau nak pakai seksi-seksi biarlah bodoh dalam SPM, ataupun bodoh dalam hidup. So nanti orang akan kata,

" Biarlah anak pak Talib tu nak berbogel, dia bukan ada SPM pun. "

Kesimpulannya masyarakat takkan pandang serong kalau fail SPM dan pakai baju nampak lurah, tapi sebaliknya jika pakai baju ketat dan SPM dapat 10A

Pffffft!!! Diana Daniele tiap hari pakai baju ketat, SPM pun tah berapa je, ada siapa kisah?


***

Kes Adam Adli dengan Safwan Anang

Gua doakan diorang dapat jawab exam dengan tenang dan dapat 3 pointer. Cuti sem nanti tolong datang kampung gua turunkan bendera BN.

***

Apokalips

12.12.12 ni apokalips. Dah siap-siap belum? Aku harap Rosmah sempat bertobat sebelum apokalips.

***

Amacam? Berdebar tak baca?

' HAPPY NEW YEAR '

p/s : there's no such thing as a bad year or a good year, only a good and bad choice.

fin.