Leeds United adalah sebuah kelab bola sepak. Ya. Kelab bola sepak. Apa signifikan kelab bola sepak ini dengan kisah hidup aku, kau dan mungkin mereka-mereka yang lain?
Baca sampai habis.
Kalau nak dikira sejarah, Leeds walaupun tak sehebat Liverpool dan Manchester United, kelab ini memegang takhta sebagai pemenang terakhir Liga Divisyen 1 di England (yang selepas itu telah dijenama semula kepada EPL - English Premier League). Malah, pada satu ketika walau dalam era bola sepak moden, pasukan ini jauh lebih hebat dari Chelsea, dan juga Liverpool.
Kalau minat nak tahu pasal Leeds, boleh google. Kalau nak tengok movie pasal Leeds sila tengok The Damned United.
Brian Clough dan Leeds (Belakang tu Bremmer)
Ini kisah lebih 30 tahun selepas 'The Dirty Leeds'.
***
Pada tahun 2001, pasukan ini berjaya ke separuh akhir Liga Juara-juara. Pada zaman pasca Abramovich, selain Arsenal dan Manchester United, pasukan ini dianggap sebagai antara yang terbaik di Eropah. Malah, Liverpool pada masa itupun mengalami kesukaran untuk melayakkan diri dalam top 8 pasukan terbaik Eropah. Nah, Leeds United, kata orang kuasa baru bola sepak Inggeris yang dikuasai Manchester United pada masa itu,
Pada musim seterusnya pengerusi Leeds United membuat pinjaman wang, dengan anggapan mereka akan layak lagi ke Liga Juara-juara.
Mereka gagal.
Hasilnya hutang berlambak, dan pemain-pemain terpaksa dijual. Antaranya Rio Ferdinand ke Manchester United dan Harry Kewell ke Liverpool. Namun, krisis kewangan pasukan ini masih belum mahu kebah. Ramai lagi pemain terkemuka yang terpaksa dijual.
Dan akhirnya pada musim 2003/2004, tahun yang sama Arsenal menang EPL tanpa kalah dan Abramovich membeli Chelsea pasukan ini jatuh ke liga bawah.
***
Cerita tentang kelab ini masih panjang sebenarnya. Dari antara yang terbaik di Eropah, sehinggalah ke Divisyen 3. Sekarang kelab ini sudah berada di Divisyen 2, krisis kewangan sudah berakhir.
Kisah ini seolah-olah cermin dunia sebenar. Setinggi mana kau boleh terbang, tinggi itu jugalah kau boleh jatuh. Satu dekad yang lalu nama kelab ini disebut-sebut, malah jersi kelab ini dijual laris seiring jersi Manchester United, Arsenal dan Liverpool. Kini?
Orang hanya pandang kau yang di atas. Bila di bawah, mati dipijak. Sekian.
fin.
No comments:
Post a Comment