Thursday, October 25, 2012

Gergasi


Ini cerpen yang aku tulis untuk Pertandingan Cerpen FIXI - GERGASI. Tapi nasib tak baik macam cerpen lepas. Mungkin kali ni aku tak ada idea sangat, ah memang payah kot nak buat novel tajuk GERGASI.

Kah. Kah. Kah.

Alasan nak sedapkan hati.

***


“Betoi la, gergasi habaq hang!” kata Iskandar sampai tersembur-sembur nasi lemak yang disumbat ke dalam mulut.

Aku merenung Iskandar dengan 1001 keraguan. Bukan sekali dua aku kena kencing dengan dia, dah berkali-kali. Malah, setiap kali dia kencing aku, dia akan buat muka seposen, (macam sekarang ni la) yang membuatkan aku langsung tak dapat baca raut wajah dia. (Bukanlah aku ni pandai sangat baca raut wajah orang pun.)

“Apa hang buat kat tingkat atas malam-malam?” tanya aku pada Iskandar walaupun sebenarnya aku dah tahu dah jawapannya.

Iskandar menggoyang-goyangkan tangannya untuk menanggalkan sisa nasi lemak yang terlekat di tangannya. Tapi, lebih banyak nasi yang berterabur di atas meja berbanding yang mendarat tepat ke atas pinggan.

“Biasa la, hisap rokok la. Ni, kalau hang tak percaya, malam ni hang ikut! Hang boleh tengok sendiri!” Iskandar memberi kata putusnya sendiri.

***

Malam itu, seperti yang dijanjikan aku dan Iskandar ke tingkat atas Asrama Putera. Kami bergerak ke dorm B21, bilik pelajar Tingkatan Satu second in take. Jam sudah menunjukkan pukul 3.00 pagi. Jika ada warden yang nampak, memang nahas kami.

Suasana malam tu sangat dingin. Iskandar menjuihkan bibirnya menunjukkan katil yang paling hujung. Hanya ada 6 katil yang berisi di dalam dorm ini, dan rata-rata penghuninya sedang enak diulit mimpi.

“Mana?” tanya aku.

“Hang tengok ja la. Satgi hang nampak la!” tegas Iskandar.

Aku menumpukan perhatian aku pada katil yang paling hujung. Samar-samar cahaya dari lampu koridor menyusup masuk menerangi katil itu. Seorang junior sedang tidur nyenyak di katil hujung dengan hanya memakai kain pelikat lusuh.

Tiba-tiba kelihatan sesuatu bergerak-gerak dari bawah kain pelikatnya. Semakin lama semakin rancak pergerakannya. Mata aku membeliak. Iskandar hanya tersenyum nipis. Akhirnya benda yang bergerak di bawah kain pelikat itu berhenti bergerak dan berdiri tegak.

          “Gila aih! Memang gergasi betoi habaq hang!” jerit aku.

fin.

1 comment:

say- O said...

iskandar tu mesti hensem dan baik hati.