Blog
ni dah lama tak bersentuh. Bukan apa, dulu banyak benda yang nak dipost, banyak
benda yang nak rage. Biasalah, jiwa tengah membesar, akal letak di dasar. Bila
baca balik, rasa geli juga dengan apa yang aku rage dan post sebelum ni.
Dah
lama blog ni tak bersentuh tak bermakna aku dah lupa terus pada blog ni. Mana
boleh lupa.
Aku
dah tak ingat tahun bila aku buat blog ni. Dah lama dah. Agaknya kalau memori
kita ni macam ruang stor yang diisi fail-fail berlabel peristiwa dalam hidup,
fail yang berlabel ‘Mari Membuat Blog’ pasti dah berhabuk atau berkarat kalau
ditulis atas besi. Secara teori-nya lah.
Ini
blog kedua aku. Blog pertama aku (Anyone Order Pizza ß yeah agak lame, ah sangat lame,
itu aku akui) terpaksa aku tinggalkan selepas tak lebih 30 entri sebab orang
tak boleh komen kat situ. Maka terhasillah Jejaka Ini.
Kenapa
Jejaka Ini? Entah. Sebab aku seorang jejaka mungkin, tapi yang pastinya semasa
kelahiran Jejaka Ini, masa tu tengah ‘perang blog’. Semua orang nak ada blog.
So aku nak blog yang ada identiti aku sendiri, bukan blog yang nama apa-apa
atau ambil quote entah siapa-siapa. Jadi aku guna la Jejaka Ini. Itu kot
alasannya.
URL
blog ni aku akui, aku buat masa aku tengah tak matang. Masa tu aku saja tulis
url damnfamous.blogspot.com ni atas alasan nak mengusik/melawak dengan
member-member yang selalu baca blog aku. Alih-alih dah bertahun dah pun url ni
macam ni. Nak tukar pun malas sebab semua orang pun dah kenal url gini. Biarlah
dulu.
Dari
dulu sampai sekarang, dah macam-macam header aku pakai. Semua aku buat sendiri.
Kadang-kadang kelakar juga. Ada satu ja ada gambar aku, tu pun gambar belakang.
Aku ni pemalu orangnya, jadi aku ni malas bergambar.
Dari atas tu sampai ke bawah itu lah header yang pernah aku pakai.
Atas tu yang paling lama, bawah yang paling baru. Evolusi? Atau sekadar bosan
pada benda yang lama?
Tapi
aku tak boleh lupa terus Jejaka Ini, jadi aku tak boleh delete terus blog ni. Sebab
aku ni orang yang penuh rasa nostalgia. Insya Allah selagi ada peluang aku nak
biar je blog ni. Biar je blog ni di sini, menandakan kewujudan aku hari semalam
yang menentukan keadaan aku pada hari ini.
Semoga
aku semakin rajin update blog ni walaupun aku tahu bilangan pengunjung/pembaca
blog ni dah berkurangan..
fin.
1 comment:
pemalu lah sangat..
kahkahkah~
apa kata buat header baru pastu lukis gamba orang2 lidi..amacam?
Post a Comment