Monday, August 13, 2012

Buku Fixi, PTS dan Popular : Satu Konfessi, eh, Pengakuan!


Baru-baru ini heboh dengan cerita Popular tak mahu menjual 2 judul Buku Fixi yang terbaru (Hilang dan Murtad). Selepas itu Puan Ainon, presiden Universiti Terbuka PTS pula mendedahkan sebenarnya Buku Fixi ini menggunakan Bahasa Melayu Rendah, lantas telah menimbulkan keresahan di kalangan pembaca.

Masya Allah, apakah betul itu semua?

Setelah 10 judul Buku Fixi saya telaah akhirnya saya sedar rupanya saya telah dikaburi penggunaan Bahasa Melayu Rendah oleh pihak Fixi sendiri.

Perkara ini sedikit sebanyak telah menyebabkan saya dipandang serong oleh masyarakat yang rata-ratanya menggunakan Bahasa Melayu Tinggi atau paling kurang pun Bahasa Melayu Sederhana dalam kehidupan harian. Selain itu, ayah dan nenek saya juga sudah mula memulaukan saya kerana saya sudah kurang menggunakan perumpamaan dalam ucapan harian.

Saya juga perasan ramai anak muda di pekan menggunakan kata-kata kesat semasa bertutur dengan rakan-rakan. Sudah pasti mereka ini pembaca tegar Buku Fixi.

Malah, saya juga syak peningkatan golongan rempit di negara ini ada hubungkait dengan penerbitan novel-novel Fixi. Saya harap (kalau Puan Ainon membaca) Puan Ainon dapat membuat siasatan berkenaan isu ini. Entah-entah Syamsul Yusop pun baca Buku Fixi dulu baru keluarkan KL Gangster.

Saya ada dengar penulis BISIK tu gangster besar. Saya dengar la. Takut juga saya. Kalau penulis pun dah gangster, apatah lagi pembacanya?

***

Jadi saya menyokong penuh la kalau Puan Ainon tak kasi masyarakat marhaen ni baca Buku Fixi atas sebab gaya bahasa yang terlalu kesat dan rendah. Kan lebih baik baca novel cinta PTS yang mendidik kita untuk sayang kepada pasangan kita tanpa mengira darjat dan usia? Kan itu lebih penting??

Akhir kata, semoga pihak PTS akan terus menerus keluarkan novel cinta yang artistik dengan penggunaan gaya bahasa tahap tinggi yang melampau-lampau. Kalau boleh keluarkan novel yang gaya bahasanya kalau baca 17 kali pun sepatah haram tak faham lagi. Itu paling hebat.

***

Cis. Asal nak komen kat entri PTS, tapi buat semak pula bila fikir balik. Kah kah kah

fin.

9 comments:

Anonymous said...

Bahasa buku Fixi Bahasa Melayu Sampah atau lebih tepat Bahasa Melayu Tahi! (Saya hanya labelkan bukan serangan pada mana-mana pihak)

Saya banyak baca novel. Dan Novel paling baik adalah PTS. Saya tidak baca novel PTS sahaja, novel Alaf21, Buku Prima, Galeri Ilmu dan lain-lain. Paling teruk sekali buku Fixi.

Adalah satu rahmat pada saya bahawa popular menyekat novel-novel itu. Dan saya harap kebanyakan novel Fixi disekatkan terus sahaja.

Saya ramai kenalan dari penulis PTS. Bahawa bahasa melayu tinggi selain memandaikan bangsa menggunakan bahasa melayu baik mereka juga menulis karya baik yang membawa kepada kebaikan. Untuk mendapat ganjaran di akhirat kelak. Novel PTS tidak hanya novel cinta. Banyak buku lagi PTS terbitkan. Bantu diri, remaja, persekolahan, komik dan sebagainya. Mungkin penulis blog begitu cetek dengan mendakwa buku PTS hanya sekadar cinta.

Pergi ke Popular yang tidak menjual 2 buku fixi itu dan anda akan dapati bahawa novel PTS dari pembaca sasaran kanak hingga dewasa ada pelbagai genre yang boleh nikmati.

Opss, walaupun saya baca buku Fixi, tetapi saya tidak membelinya. Kawan saya berikan kepada saya. Katanya rugi membeli buku fixi ini. Apabila saya baca, tidak sampai lima muka surat saya pulangkan buku itu kepadanya.

Walaubagaimanapun, saya harap pihak MPH, POPULAR DAN SEMUA PENJUAL BUKU PERTIMBANGKAN SEMULA APABILA MENJUAL BUKU FIXI INI.

Terima kasih. :D

Anonymous said...

Ni la bangang dekat komen atas ni.

Orang cerita pasal novel, dah kaitkan pulak dengan buku-buku lain terbitan PTS.

Buku tu buku la. Novel tu novel.
Maaf la saya mungkin bahasa tak tinggi mungkin kedua-dua tu benda yang sama. Tapi pada pengetahuan saya, ianya dua benda yang berbeza.

Setiap orang ada pendapat masing2. Saya takde la kenalan siapa-siapa sebagai penulis dekat mana-mana penerbitan. Tapi kalau buku tu asyik nak meniru jalan cerita novel-novel popular pun susah jugak. Tiada ketulenan disitu. Cuma tajuk dan nama watak sahaja diubah. Saya tak rasa siapa-siapa pun cetek ilmunya sebab saya tak berhak nak melabelkan orang ni. Maklum la. Dekat rumah pun, saya berbual tak guna bahasa tinggi. Maaf.

Opss, walaupun saya baca NOVEL PTS, tetapi saya tidak membelinya. Kawan saya berikan kepada saya. Katanya menyampah nak baca buku tu. Klise sangat jalan cerita dan ayat berbunga. Apabila saya baca sinopsis tu pun, saya dah pulangkan buku tu kepadanya. Dah boleh agak dah endingnya. Jadi, setiap orang ada pendapatnya.

Walaubagaimanapun, saya harap pihak YANG SIBUK NAK MELABELKAN NOVEL-NOVEL ORANG NI PERTIMBANGKAN SEMULA APABILA NAK MELABELKAN BUKU ORANG WALAUPUN YANG MENULIS MUNGKIN BUKAN KENALAN ANDA.

Terima kasih. :D

shandye. said...

membaca komen abam/kakak anon di atas membuat bulu tengkuk saya meremang.

ada juga orang yang mudah melatah sebegitu ye?

kalau benarlah dia berani bersuara menegakkan apa yang dia uar-uarkan di dalam komentar dua sennya di atas, mengapa harus menyorok di sebalik anonimiti?

bacul.

Anonymous said...

kalau saya kata saya mula membaca balik sebab novel fixi x salah kan?.. lain orang lain minat ye..ade yang minat genre cinta,hipster,seram,fakta dan lain-lain..ikut hati masing-masing lah...terserah minat yang mana....x minat x perlu beli..kalau tak dijual di popular pun..peminat masih boleh beli secara online...
~ini pendapat seorang pembaca...

Hanin said...

salam.
saya peminat novel juga.dan saya suka ide2 baru yang dibawa penulis2 fixi.cuma saya tetap tak menyokong penyampaian yang buruk.benda ni sama saja baik dalam filem mahupun novel.

saya cadangkan penulis2 ni berguru ngan dr.Faisal Tehrani pasal cara2 nak mengolah konflik dengan lebih berhemah dan tak mendatangkan dosa.novel beliau,Perempuan Politikus Melayu juga mempunyai tema yang sama macam novel2 fixi tapi beliau dapat sampaikannya dengan baik tanpa menimbulkan krisis akhlak kepada pembacanya.

:)

nun said...

wei lantak lah bahasa kesat ke tak bagi aku setiap penulis berhak untuk menulis apa saja ayat yg dia suka dlm buku dia dan kalau kau rasa benda tu suatu kesalan atau pun DOSA BESAR jadi jangan lah baca. SIMPLY KAN? tak ada yg susah pun. tak kan lah sebab baca buku fixi je kau terus jadi jenayah! aku rasa itu kau yg mental bukan masalah buku. jadi bgi aku benda ni simply kalau kau rasa benda tu salah tak yah baca. SIMPLY DOWH!

Anonymous said...

Assalamualaikum w.b.t.

Dalam situasi sekarang ni, kiranya banyak yang tak menyokong penerbitan buku FIXI lah?

Saya pembaca buku FIXI, walaupun sebenarnya baru satu buku sahaja saya baca iaitu Kelabu tapi saya nak baca yang lain.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa penggunaan Bahasa Melayu di dalam buku ni agak tidak menyenangkan tapi apa yang nak disampaikan itu yang penting. Saya sendiri pembaca buku FIXI pun tak teruk sangat lah kan bahasa saya?

Cara penulisan buku penerbitan FIXI ringkas yang tersangat ringkas tapi deep dalam dia, menusuk dalam hati jiwa kalbu takkan hilang ditelan zaman.

Daripada menggunakan Bahasa Melayu yang kebanyakkannya agak mengelirukan, kan senang guna penulisan Bahasa Melayu macam tu yang ringkas senang dan mudah difaham yang mudah fit in dengan golongan remaja.

Kalau baru nak baca sikit muka surat yang first je tapi tak sampai ke sudah pun takda guna sebab banyak nilai dia kalau baca sampai habis.

Lagipun bagus apa kalau lebih banyak kalangan remaja membaca buku, kata membaca buku ada banyak faedahnya then kenapa nak sekat kami, remaja nak membaca buku FIXI?

Saya tak setuju kalau ada yang nak ''boikot'' penerbitan buku FIXI. Don't judge a book by it's cover. Sekian.

Anonymous said...

Buku fixi ni skarang bukan orang besar je baca .. budak2 pon baca . Nanti apalah jadi kat generasi akan datang. Kecik2 pon gune bahasa yg x elok. Tahu bende yg x elok. Kan harga die murah. kat mph pon ada jual.. dahlah murah...

Anonymous said...

Fixi sedikit sebanyak boleh tarik masyarakat kita terutamanya golongan remaja untuk membaca. Ya saya setuju, bahasanya mungkin agak kesat. Tapi we look at the postive side. Kenapa Allah wujudkan nuclear? Sedangkan kita tahu perkara tu tak memberi manfaat? Kuman? Penyakit? Benda yang baik mesti ada buruk. Yin and Yang.